Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku.. 2


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
RE: Kisahku.. 2


Assalammualaikum wbt semua .....

Wah1 lama sangat Bonda tak menjenguk di sini. Maaf semua Bonda busy sangat lepas raya nie. Macam2 nak diuruskan.

Okayla .....tak mahu bebel panjang2. Bonda sambung cerita tentang rumah Bonda. Jom 1


Bismillahirahmannirrahim...

Selepas kejadian yg menakutkan itu berlaku, Bonda cuba merisik tentang rumah ini.  Oleh kerana Bonda baru berpindah dan jiran pula amat ' ramah ' , maka rancangan Bonda kurang berjalan lancar. Masing2 berikan jawapan yang sama ..... " KURANG TAHU " atau " ENTAHLA YE ...... ". Walaupun kecewa dengan jawapan yg diberikan Bonda cuba senyum semanis yg boleh. Bukan apa ....... Bonda tak nak mereka syak yg Bonda anak-beranak diganggu.

Jadi macam sebelum ini, kejadian tersebut hanya habis setakat di situ saja ......................

Habis ke? Oh !  Tidak.... belum lagi. untuk pengetahuan semua, gangguan yg berlaku bukanlah setiap malam Cuma ketika suami Bonda tiada di rumah saja. PELIKKAN ?

Hendak dijadikan cerita, suatu hari suami Bonda harus bekerja diluar a.k.a OUTSTATION. Kali ini agak lama sebab dia harus terbang ke Jakarta.

Seperti biasa, Personel Security Officer ( PSO ) akan datang ke rumah apabila suami Bonda bekerja luar. Dia akan tiba jam 6 petang dan akan pulang pada jam 6.45 keesokan paginya.

Pada malam pertama tiada kejadian pelik yg berlaku. Segalanya seperti biasa. TETAPI ..... tidak pada malam keduanya.

Malam itu, Bonda dan anak2 masuk tidur agak lewat sedikit. Selalunya kami akan masuk tidur jam 9 mlm tapi malam tu oleh kerana ada movie best, kami masuk tidur jam 10.30 malam.

Kami tidur di bilik yg sama ( kalau suami Bonda tiada ). Anak2 akan tidur di atas tilam yg Bonda letak di sebelah katil. Manakala Bonda akan tidur di atas katil. Bonda dari zaman kecil comel2 sampailah zaman agak2 dah kurang comel ini MEMANG TIDAK SUKA tidur bersebelahan/dibawah/ berdekatan dengan TINGKAP! Dan................. jangan tanya mengapa ..........hehehehe ..

Sebelum tidur Bonda suka membaca. Kalau tak membaca Bonda akan bermain game. Ketika Bonda sedang leka membaca ...

Tik! Tik! Tisssssss .....

Tik!....................... Tik! Tik! Tik! Tissss ............................

TIik Tik Tik! .........................................................................Tisssssssssssssssssssssssssssssss..

Bunyi apa tu? Bonda berhenti membaca. Bonda cuba tajamkan telinga. Mata Bonda menadah ke siling. Bunyi tersebut datangnya dari arah bumbung rumah.

Ttiiiiissssssssss......................................

Tik! Tik! Tik! Senyap ........................

Kalau di amati betul2 , bunyinya seperti orang baling batu pasir dan kemudian melepar segenggam pasir kea rah bumbung rumah Bonda. Tapi pelik sebabnya PERTAMA , rumah Bonda berada di bukit. Kalau ada sesiapa yg naik pun PSO yg ada ni akan nampak. KEDUA , rumah ini berpagar dan mempunyai alarm. Kalau sesiapa cuba mengumpil atau memanjat pagar maka berbunyilah alarm tersebut.

Daripada baring Bonda duduk. Mata bonda memandang kea rah tingkap yang berada di sebelah kanan Bonda. Senyap. Tiada kedengaran sebarang bunyi samada di luar ataupun di dalam rumah.

Ketika bonda berpaling ke sebelah kiri utk melihat anak2 yg sedang tidur, mata Bonda terpandangkan sesuatu. Oleh kerana lampu di ruang menonton tv tidak di tutup, Bonda ternampak ada bayang2 melintas di  depan pintu bilik Bonda.

Apakah?

Darah Bonda sudah berderau. Dada Bonda berdebar2. Ada orangkah yg masuk ke rumah? atau .........

Bonda pandang tombol pintu bilik. Nak pastikan pintu bilik tidur Bonda berkunci atau tidak. Malangnya lampu tidur tak langsung  membantu Bonda utk melihatnya. Bermakna Bonda mesti bangun dari katil utk cek.

Zusssss..........................bayang2 tersebut lalu lagi. sekarang Bonda nak buat macamana? Nak terus baring dan berselubung dalam selimut atau bangun utk pastikan pintu berkunci atau tidak? Aduhhhh .... hati Bonda berbelah bagi.

Setelah beristighfar berkali2 Bonda ambil keputusan utk bangun dari katil. Perlahan-lahan Bonda berjalan menuju ke pintu. Sampai di pintu ....syukur, pintu memang berkunci. Tapi Bonda ni gatal sebab nak tahu sangat apa yg ada di rung menonton tv.

Bonda tekapkan telinga ke daun pintu......................... BBBBAAAAAMMMMMM !!!!!!!!!! salah satu pintu dihempas dengan kuat. Terlompat Bonda. Nasib baik Bonda tak terjerit. Tak tunggu lagi Bonda berlari ke katil, tarik selimut dan Bonda cuba lelapkan mata. Mulut Bonda terkumat kamit membaca Ayatul Kursi.

Entah bila Bonda terlelap Bonda  pun tak tahu.


Malam ketiga ...

Kami sedang menonton berita ketika itu. Kedudukan Bonda betul2 berhadapan dengan TV. Di sebelah kanan Bonda adalah ruang tamu dan terus ke ruang makan. Di ruang makan ini ada pintu besar ( sliding door ). Night curtain di pintu tersebut belum lagi di turunkan. Jadi kalau ada sesiapa berdiri diluar, pasti Bonda akan nampak dengan jelas.

Sedang menonton tv, tiba-tiba Bonda terdengar seperti ada orang yg cuba membuka mangga pintu dan ingin membuka pintu grill. Bonda menoleh memandang ke pintu sliding. Amat jelas ( ruang beranda dan porch diterangi dengan lampu putih ) Bonda nampak susuk seorang lelaki betul2 seperti suami Bonda sedang berdiri membongkok sedikit seperti sedang terkial2 membuka kunci mangga pintu.

Eh! Dah balik suami Bonda? Tak beritahu pun balik awal. Bonda pun bangun dan ingin menuju ke pintu. Tetapi dalam kurang lebih 5 saat Bonda berpaling, bila Bonda pandang balik pintu, susuk tubuh lelaki yg menyerupai suami Bonda HILANG!

Eh! Kemana hilangnya dia? Sungguh ! Bonda tak dengar pun bunyi orang berjalan. Bergegas Bonda bangkit dari tempat duduk dan berjalan laju menuju ke pintu tersebut. Tak keterlaluan kalau Bonda katakan masa yg diambil ketika itu dalam -+ 10 saat.

Sampai di depan pintu Bonda pandang keluar. KOSONG ! langsung tiada orang di ruang beranda. Tengok lantai memang tiada tanda-tanda ada orang datang atau berdiri di situ ! bonda pandang ke laman. Sama juga.. TIADA ORANG ! Bonda berllari ke tingkap ruang makan di bahagian kanan ( menghala kea rah kolam renang + back yard. Di sini ada Bonda pasangkan tiang lampu spotlight mcm di badminton court ). TIADA !!

Bonda lari ke pintu sliding di ruang tamu. Tarik langsir dan terus melihat ke laman. MEMANG KOSONG ! Untuk pengetahuan semua jalan di laman Bonda di taburi batu-batu jalan. Kalau memandu, berjalan atau buat sebarang aktiviti pun mesti akan menghasilkan bunyi. Lagilah ketika itu waktu malam. Pasti akan berbunyi bukan?

Tiba-tiba anak perempuan Bonda datang kepada Bonda..

" Bonda .... mana papa? Tadikan papa balik ... " tanya dia sambil berdiri di sebelah Bonda. Matanya melilau memandang keluar. Rupanya dia pun nampak perkara yg sama. Bonda turunkan langsir pada semua tingkap. Perkara tersebut hanya mati di situ saja.

Memang pelik. Bonda rasa Bonda belum rabun atau tersalah pandang. Bonda nampak AMAT JELAS susuk seperti suami Bonda sedang membuka kunci mangga pintu. Perlakuan susuk itu saling tak tumpah seperti suami Bonda. Gaya, pakaian dan caranya membuka kunci SAMA seperti suami Bonda. Takkan pelanduk 2 serupa? Atau ........... mungkinkah?


Keesokannya , Bonda bersiap sedia utk mengambil suami Bonda di Airport. Ketika bersiap utk keluar, pembantu rumah menghampiri Bonda.

Diceritakan kepada Bonda. Pada malam yg Bonda terdengar seperti bunyi batu-batu pasir dibaling ke bumbung rumah ................ Rupanya PSO Bonda mengalami perkara yg ganjil dan menakutkan ........ Ceritanya begini ..............


Selepas membuat rondaan di keliling ,, dalam dan luar rumah .. PSO ini terus duduk merokok dan mencatit  dalam buku laporan di ruang beranda.

Selepas mencatit  sesuatu dalam buku laporannya,, dia duduk bersandar di kerusi. Entah bila masanya, dia terlelap. Tidak pernah ( menurut dia la.. ) dia boleh terlelap dalam keadaan sambil duduk.

Dalam keadaan separuh sedar, dia terdengar suara halus memanggil namanya. Dia ingin berdiri tapi seperti ada sesuatu yg memegang kuat dan menahan bahunya drpd berdiri.

Puas dia cuba utk bangkit tp tetap tak boleh. Keadaan tidak ubah macam ditindih. Nak kata dia tidur, dia boleh mendengar lagu yg dipasang melalui telefon bimbitnya tadi. tangannya pula dalam keadaan berkiam.

Setelah puas bergelut, barulah dia boleh lepas diri. Tapi bahunya terasa amat sakit dan lenguh.

Dia sempat beristighfar dan menoleh ke laman kecil disebelah kirinya. Alangkah terkejutnya dia apabila dia menoleh. Dalam jarak kurang dari 3 meter berdirinya seorang perempuan cina ( Bonda andaikan sebagai HANTU  )berbaju dan bergincu merah menyala berdiri tegak memandang tepat ke arahnya.

Rambut perempuan cina a.k.a HANTU tu sangat panjang. Matanya bulat memandang garang  ke arah PS Bonda. Nasib baiklah PS Bonda ni jenis hati kering. Dengan perlahan tangannya menarik pedang samurai yg selalu dibawanya. ( errrrr ....... boleh ke guna pedang samurai? )

Sedang dia cuba hendak menggapai pedangnya, telinganya menangkap satu bunyi yang amat nyaring. Pedih rasanya.

Dia cuba mengalihkan padangan matanya dari bertentang dengan  HANTU tersebut. seperti di paku ..... matanya dipaksa utk bertentang dengan mata HANTU tersebut.

Yang peliknya mulut HANTU tersebut dtidak langsung terbuka tapi PS Bonda mendengar suara perempuan menjerit dan memarahinya.

Katanya, suara tersebut bertanya apa yg PS Bonda buat di sini. Di sini adalah tempat tinggalnya. Suara tu juga memberitahu yg ' dia ' sudah lama berada di sini. ' Dia ' tak suka dengan kehadiran kami di rumah ini.

Habis saja suara tu bercakap ( nadanya halus, nyaring dan bergema sampai bingit telinga PS Bonda ), terus HANTU tu terbang ...... ( menurut PS Bonda sebijik macam cerita dalam pilem .... adoiyaiii ).

Meremang bulu roma Bonda tapi Bonda berlagak normal dalam ayat yg lebih berhemah ... berlagak berani la ..... senyum je. Dalam hati macam nak menjerit. Aaaarrgghhhhh rumah Bonda ada hantu cina .... !!!!

Dipendekkan cerita................................Setelah sikit2 demi sikit Bonda siasat ... maklumat pertama telah pun berjaya diperolehi.

Dan Bonda menyesal dan kesal serta sesal di atas maklumat itu ........  Nak tahu kenapa ?

Sebabnya ..................

Tapak bilik tidur utama yakni bilik tidur Bonda adalah bekas tapak kubur perempuan cina yg di mati dibunuh ketika zaman komunis !   Best kan?

Maklumat ini Bonda perolehi dari seorang kontraktor yg membuat rumah tersebut ......

Sabar je laa ....... hmm

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

duk dak duk dak duk dak ....... dak duk dak duk dak duk    ...

macam kenallll jek bunyik tuu .....!!

hehehehehe ... bunyi jantung wak laaaa  yang berdeguppp ...

adinda Bondaku Diana Danale ..... terima kasih kerana menyambung cerita umah niii ...

 

sambel membaca .... wak pun terbayang bentuk rumah ...

ruangan rumah ...

dannnn ... yang paling x tahan .....

terbayang .... hantu cina baju merah bibir merah .. cam kat pilem tuuu ... huhuhuhuhuhu .....

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Wak...Bonda sudah salah post..sepatutnya rumah Kisah 4 tp terpost di sini pula...mohon maaf semua.... nyanyuk sudah Bonda ni..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ala, tak kisah bonda. janji... dah hapdet.. hahaaa..

tu yang paling penting..


kitorang takkisah punyer kat mana pun bonda masuk kitorang follow je..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

hohohoho..lame ku tnggu..
upenye antu cine ye

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Wahai Gaara kacukan anggun & perkasa..

Ini bukan sebarang hantu cina. Ini memang kronik punya Han..

Kelmarin, baru je maid Bonda terdengar suara perempuan menangis mendayu dayu pukul 2 lebih pagi. Waktu tu Bonda outstation.dua stay dlm rumah dgn anak2 Bonda. Mula dia fikirkan mungkin bunyi hujan..atau kucing...atau bunyi burung.

Tapi bila dengar betul2 mmg betul bunyi suara perempuan menangis. Cakap dgn suami dia merangkap jawatan tukang kebun Bonda. Macam biasalah..incik suami dia menafikannya. Maid Bonda ni sungguh2 mengatakan mmg jelas suara perempuan menangis tu.

Akibatnya mereka berdua bertekak. Masuk hari ni dah 2 hari tak bertegur sapa. Semuanya disebabkan perempuan menangis tu..Yg menakutkan bunyi tu datang dari bumbung rumah.

Hhurrmmmm....


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

haish..rasenye dye tkot gelap kot
apekate bonda try ltak lampu atas bumbng tuh?
kui3

rasenye bonda kena pagar dh umah tu...
slalu wat bace yassin ke..halau makhluk tuh

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Err kalau hantu cina, Bonda kena buat pagar tinggi sikit..

Sebab hantu cina yg anakanda pernah tengok dalam tv tu..

Dia tau kungfu.. Takat pagar kecik2 ni dia lompat aja..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

Ijoi wrote:

Err kalau hantu cina, Bonda kena buat pagar tinggi sikit..

Sebab hantu cina yg anakanda pernah tengok dalam tv tu..

Dia tau kungfu.. Takat pagar kecik2 ni dia lompat aja..


 

kung fu dorang ley terbang ler

apekate wat pagar yg ade net..cam nk tgkap burung tu....

mnt taw kot2 lekat



__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahah klo antu cina nie ssh sikit...takat pagar umh dia x heran sgt...kdg2 kiter guna dgn bca yasin pn x lut..
dia kne ubt dgn cara dia jgk..kne jmpe la sami2 dia..tu aper yg aida taw la kan...

tp bonda klo x ley pagar kan..pe kata bonda wt tembok lak...like2 tembok cina tu...suh dia men2 kt tmbok tu
jgn meyemak nk ggu org...tu kira antu cina senior tu..kategori veteren tu...mmg ssh n hapuskan kesan degil klo mcm tu

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:

kalo antu india lagi susah...err..tapi...antu india cam ne ekkk???.... by the way...haku pengkomen yang ke100 di topik ni...cehwahh...bagi hadia ke apa ke??..heeeeeeeee

__________________

ingin ku cium pipi mu dengan tapak tangan ku...ohhh,indahnya~~~

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

otromen klu ko 100 aku 101 la....

Bonda boleh plak bilik bonda betul betul kat tampat bekas kubur tu....ape punya kontraktor pun tak tau la.....main buat je tak kaji selidik pro n kontra...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ahaaa.... sape yg kate antu cina, antu india sume nak halau kena ikut cara diorang.. mintak maap cakap ye... SALAH SAMA SEKALI..

itu seoalah-olah kita memperakui ada Tuhan lain selain Allah. sebagai umat Islam mintak kita sama2 betulkan akidah supaya percaya hanya ALLAH Tuhan Yang Maha Kuasa dan tiada tuhan yang lain selain Dia.


kenapa antu diorang lain daripada antu pocong, kak limah, langsuir sume2 antu melayu la? haaaa... ada sebabnye. bagi aku terlalu sensitip aku nak citer kat sini.

maap ye kakak2, abang2 adik2 pakcik mokcik sumer. mungkin bahasa saya agak kasar pasalnye memang saya ni straight to the point je orangnye. tak reti nak belok2 nak berkais2.... eh berkias2 ni.


apa2 pun jenis antu tak kira antu melayu (buleh ke bg nama antu melayu) antu omputih, antu cina ke antu india, antu jopun ke antu siam.. asal nama antu je la....... sume tu sebenarnya dari kalangan jin & shetannnn. tak kira la jin iprit ke jin selipar ke, tu sume kerabat2 dari kalangan iblis. iblis tu bapak segala ketua shetan & di ikuti pulak oleh jin2.

sebagai orang Islam... saya ulang sebagai orang Islam kita kena tahu bahawa iblis, setan, jin sume dah wujud sejak sebelum wujudnya adam.

kenapa aku cakap sebagai ornag Islam? sebab aku tau dlm gc ni ada jugak kaum2 lain yang bukan beragama Islam. jadi terpulang la diorang nak terima tulisan2 aku ni ke tak.

sambung citer..... sebagai orang Islam kita kena tahu bahawa iblis, setan, jin sume dah wujud sejak sebelum wujudnya adam. maknanya umuq depa2 yg jahanam tu dah melebihi nombor yang kita mampu nak bilang la. kena pulak iblis dah mintak dengan Allah supaya dipanjangkan umur sampai kiamat kan. disebabkan terlalu lamanya depa tu sume idup maka ada sebahagian yang otai2 tu dah tak makan dah ayat kursi yasin ruqyah sume tu. kadang2 diorang lagi terer dari kita pasal ayat2 & surah2 tersebut. kadang2 dia buleh pulak betulkan bacaan kita. siap gelak2 lagi melekehkan kita yg baca ayat tunggang terbalik. pasalnya diorang pun dah ada masa Nabi Muhammad SAW lahir, terima wahyu sampai baginda nabi wafat. jadi diorang dah biasa dengar ayat2 ni.

maka ada la caranya utk mengajar golongan2 ni. kalau takat level2 kita ni mengadap diorang, jangan la dibuat berani. cari la ustaz2 yang dah lulus kemahiran mengalahkan jin2 otai ni.


seterer2 jin iprit shetan iblis sume akan kalah jugak dengan kuasa Allah. ada petua2 dia tapi aku tak hengat la.. heheee... kalo hang pa sume nak tau depa2 ni pun senanye takut jugak dgn Allah sebab depa2 ni tau cam ne hebatnya Tuhan Yang Maha Agung ni. cumanya pasal kita ni ilmu ciput je, kena pulak jenis penakot, diorang pun nak tunjuk kuat la.



ceh, aku ni citer panjang lebar aku pun penakot jugakk.. heheeee..

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:

setuju ngan akak cengkodok puteh ni.. kita sebagai org islam patut berada dijalan agama kita.. tapi kan kak ,org kata jin dan syaitan akan kuar pada waktu malam dan suka mengganggu org... mmm~~ budak2 muda zaman skang ni yang suka kuar malam dan lepak sal tak da keja,ganggu2 orng keja waktu malam boleh dikategorikan sengkatan ngan jini dan saiton ke kak ??.. kekadang paneh2 jugak aku ngan golongan cam ni..

__________________

ingin ku cium pipi mu dengan tapak tangan ku...ohhh,indahnya~~~

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

haaa.... buleh jugak... tu golongan pengikut atau bahasa kasar dia anak didik shetan.

setan ni kalo nak ngaco tak payah tunggu siang ke malam ke pagi buta ke. tapi perubahan waktu ni sebenarnya ada aura yg buleh pengaruh jugak kereaktifan setiap makhluk yang wujud termasuk manusia & jin shetan ni. haaaa... aura waktu menjelang senja sampai ke malam memang sangat sheshuai dengan kereaktifan antu2 ni.



siang masa utk golongan manusaia macam kita2 ni aktif. sebab tu kita2 ni lebih digalakkan utk bekerja di waktu siang berbanding mlm sebab aura mlm adalah utk merahatkan badan dan otak supaya kekal aktif pada besok hari.



ecewahhhh.. ayat dah macam iklan ubat ketiak pulak.. heheee..



-- Edited by cengkodok puteh on Thursday 28th of November 2013 04:35:48 PM

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:

hahaha..sesuai jadik ostad la akak ni...opsss.. ostazah la..heee..

__________________

ingin ku cium pipi mu dengan tapak tangan ku...ohhh,indahnya~~~

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

assalamualaikum anak2 murid sumer...


semua dah makan ek tadi? kalau nak pi sekolah kena makan dulu, kalu tak nak makan pun kena bekfes dulu. isi perut supaya tak lapar. bila perut dah hadam makanan baru otak pun senang nak hadam pelajaran. lagi pun nanti kalau lapar ostajah tak bawak duit extra nak banjer anak2 murid sumer. elaun makan ostajah hari2 cukup2 je utk anak perut ostajah nak melantak.


ok anak2 murid, hari ni kita akan mulakan kelas pendidikan islam dengan senaman cakar ayam.


eh, ni kelas P.I ke P.J?

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:

kalo ade button like nih dah aku like komen makcik congkodok ni laju2...muehehe.. >.< .....peace makcik...

__________________

ingin ku cium pipi mu dengan tapak tangan ku...ohhh,indahnya~~~

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ha tu la ko otromen...kat gc pun ade button like tau nak aku ajar ke???

Bayar la penggeras dulu...2juta daun mempelam...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hahaha mne den taw...den pun doga org2 yg ckp..so tipu dorg..tipu la den..hahah trus tukar loghat dh nie h...
tah lah cengkodok..sbb ada la org2 tua yg bcerita..ank dia kne sampuk dek antu india...g la kt dorg hamba allah nie...
so hamba allah nie kire pandai gak brubat la kan..last2 hamba allah nie ckp..better g la kt sami dia..haaa tu yg
aida taw la...sbb sng kot sami dia nk bcakap bahasa dia kot...hahaha maap le klo terslh bg statment..hihi



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

betul tu aida jabudin.... orang tua2 selalu cakap cenggitu.


tapi selalunya orang2 tua ni cuma ikut2 orang lama. orang lama yang idup jaman dolu kala memang dah nama beragama islam tapi penghayatan tu masih kureng.


so anak cucu cicit piut miut depa pun ikuuuuuuuuuuuuttttttttttt je la tanpa usul peksa. macam adat resam pantang larang dolu kala la. main ikuuuutttt je. memang kadang2 ada betul jugak pantang melarang nyer, tapi kadang2 tak de motip langsung.


yang deme2 tu suh pi berubat ngan bomoh yg berkenaan tu sebabnye memang bomoh yang tersebut je buleh ngalau antu tu. yelah, antu dia pun hasil pemujaan dah nak mengalau nyer pun dgn memuja jugak ler. dgn kata lain, jin gaduh ngan jin.


haaa..... kalau yg mcm sy ckp yg pjg lebar cam syarahan dlm kelas tamadun melayu melaka ni kan.. (eh?) kita mintak bantuan Allah untuk kalahkan antu tu. tak kire la nak bunuh ke nak ngalau je ke.


tapi kalo kita pi jumpe bomoh yang tersebut tu, sama la cam kita mintak bantuan jin atau setan.


so sekarang dah tau kan? rasanye dah clear dah kan nak pilih cara dia ke cara Islam...


mintak maap lagi sekali ek kalu ada yg terkecik ati. aku ni tak reti nak berbasa basi, tapi memandangkan macam ada yg kurang faham aku rasa cam bertanggungjawab pulak nak eksplen kat korang.


aku pun kurang berilmu jugak, macam korang2 ni... aaaaa, atas siket dari peedem tapi bawah siket dari bonda.. heheheeeee... tapi kalau ada mana2 ilmu yang kita boleh share ape salahnye curah siket2 kat sini daripada mencurah di daun keladi kan.. kannn?

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

aaaa.... nak tambah satu lagi. kalo kita mintak tolong bomoh yang memuja2 ni maknanya kita mintak bantuan jin.


meminta selain daripada Allah boleh membawa kepada syirik tau..


ke memang syirik ek?


errrrr.... abam ijoi... eh ostat ijoi.... eh..... abam ostat ijoi, tolong eksplen bley?

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Dengan wajah hodoh lagi sugul umpama shetann nirrajimm, Ijoi pergi menemui ustaz Gab utk berkongsi permasalahan yg melanda buah dada dan ketiak beliau..

 

Ijoi mungkar: Ustaz Gab, sebenarnya saya dihinggapi satu sakit pelik yg belum saya jumpa penawarnya, waima dah empatbelas org ustaz dan tujuh ustazah, 5 dah bersuami, dua masih bujang lagi utk saya berubat, tapi semuanya gagal mengubati saya.. Boleh tak saya nak gi jumpa paderi atau sami atau bomoh utk mengubati sakit saya ni, sekadar utk berubat, oshtaadd Gab?..

Ustaz Gab: (makan pelempang gak cipanzi ni kang..) Kalau kamu berjumpa dgn 99 org ustad dan masih sakit, itu lebih baik dari kamu sihat lepas berjumpa dgn seorang sami atau dukun, ia mensyirikkan Allah dgn mahluk2 yg hina. Kononnya dgn kesaktiannya ia memulihkan kamu.

Ijoi mungkar: Tapi org tak faham seksanya saya, salah ke saya cuma berubat, saya tetap tak memuja apa yg dipuja sami dan bomoh tu pun, cuma minta tolong aja.

Ustaz Gab: Lisan kamu mungkin kata macam tu, tapi pasti akan terdetik walaupun cuma sebesar zarah dalam hati kamu yg kamu sembuh dgn pertolongan sami dan bomoh serta mahluk2 ghaib tu, dan mungkin juga akan mempersoalkan kenapa Allah tak menolong kamu sampai kena minta pertolongan sami dan bomoh..

Ijoi mungkar: Jadi lebih baik saya kekal sakit la ustaz?..

Ustaz Gab: Biarlah Al-Quran yg menjawabnya.

'Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu ujian seperti yang telah menimpa kepada orang-orang yang sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta), dan diserang penyakit serta ditakutkan (dengan ancaman musuh), sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.'

Al-Baqarah 214.

'Dan mungkin kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan mungkin kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semuanya itu, padahal kamu tidak mengetahuinya.'

Al-Baqarah 216.

'Allah tidak memberati(menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.'

Al-Baqarah 286.

 

'Dan sesiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.'

An-Nisaa 38.

'Dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata bagi kamu.'

Al-An'aam 119.

'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat terang bagi manusia.'

Al-Isra' 53.

'Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukannya (dengan sesuatu apa pun) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.'

An-Nisaa 48.

'Dan mereka menjadikan jin, sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu...'

Al-An'aam 100.

'Sesungguhnya mahluk-mahluk yang kamu seru selain Allah, adalah mahluk-mahluk seperti kamu..'

Al-A'raaf 192.

'Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.'

Al-A'raaf 197.

'Sebenarnya mereka (apa) yang kamu puja dan sembah, yang lain dari Allah, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk melakukannya, dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, maka mereka tidak akan dapat mengambilnya semula daripadanya(kerana kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta, dan lemah yang diminta.'

Al-Hajj 73.

'Dan diantara manusia ada orang yang tutur katanya (indah) mengenai hal kehidupan dunia, meyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia bersumpah dengan mengatakan bahawa Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepada kamu dan orang-orang mukmin.)'

Al-Baqarah 204.

 

"Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang tilik dan ia mempercayainya, maka sesungguhnya ia telah ingkar (kufur) daripada apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw."

Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majjah.

.............

Ijoi mungkar: Ohh macam tu yek ustaz..wink

Ustaz Gab: Apa sebenarnya sakit misteri kamu ni? Cuba cerita.confuse

Ijoi mungkar: Bila saya makan banyak gile, perut saya sakit..

Ustaz Gab: Waachhaaaaa!!!  (bunyi ustaz Gab mengkarate tengkuk Ijoi mungkar akibat membuatkan beliau berkuliah panjang lebar utk sebab2 yg tak masuk akal biawak.)furiousfurious

 

Ijoi: Auwww!!..biggrin

 



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

heheh sengal tol la...last2 sakit perut..tq atas ilmu yg u olls kongsikan...
moga same2 kiter dapat manfaat dri ilmu tersebut...

ia cengkodok..kok dicurah kt daun keladi kompem2 x dapek apo...
klo curah kt cni..atlist dpt gak kami2 nie ilmu yg bguna kan..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

awww... tengkiu abam ostat ijoi... sungguh pun rupamu sungguh rupawan bak cipan kalah bertaruh sape lagi lawa maya karin ke abam g peedemm.. (awwww..... tak sanggup u) tapi sungguh kata2 mu itu berdasarkan fakta dan bukti yang sangat2 boleh dipercayai dan diterima oleh akal & pemikiran dubuk2 tak hensem sekalian.


er.. kalo ada lagi tambah2 la ek...


nak tambah laukkk!!!

(prangggggg... pang pang.... bunyi pinggan jatuh secara beramai2 dan bergotong royong melantun2 akibat dihentam bonda)

"anakanda sekalian, masih banyak ruang untuk korang main sorok2 selain kat bawah singki ni ye. tak takut kene sorok ngan antu kopek ke?"

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

maaf kan anaknda bonda....anaknda kena upkan cite bonda utk hilangkan cite pasal ubat kuat

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ini la obat sapu istimewa..klo slah sapu bgn pagi hilang nyawa...lalalala
sje je nk up pose nie...nk bgtau uolls yg aida nyayi sodap..hahawahahah



-- Edited by aida zarina on Thursday 12th of December 2013 04:11:18 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

g_freedom wrote:

maaf kan anaknda bonda....anaknda kena upkan cite bonda utk hilangkan cite pasal ubat kuat


 

g preedeng ...

x usahlah nko berase gundah gulana lagik

incik Mod udah mendelete UBAT KUAT punya post

beliau gune nomo akaun baru

so .. incik Mod kata .. terpaksa delete jika UBAT KUAT bukak posting gune akaun baru lagik .....

wolobagaimana pong ....

beliau udah band itu budak ..

 

err .. caya x nii?

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ini adalah salah satu sebab musabab mengapa dan kenapa aku suka sangat dengan geng cerita....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

badda2 wrote:
g_freedom wrote:

maaf kan anaknda bonda....anaknda kena upkan cite bonda utk hilangkan cite pasal ubat kuat


 

g preedeng ...

x usahlah nko berase gundah gulana lagik

incik Mod udah mendelete UBAT KUAT punya post

beliau gune nomo akaun baru

so .. incik Mod kata .. terpaksa delete jika UBAT KUAT bukak posting gune akaun baru lagik .....

wolobagaimana pong ....

beliau udah band itu budak ..

 

err .. caya x nii?

 

 


Nasib baik laa GaBRiEL Tunyuk tu masih gak online sekali sekala.

Banyak sangat iklan ubat kuat tu, haku nak log in kat GC ni pun malas, new post iklan dier aja..no

Tapi mamat tu rasanya jenis tak paham bahasa punya, mungkin lepas ni dia buat lagi akaun baru..nono



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

«First  <  1 2 3 4 5  >  Last»  | Page of 5  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard