Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku.. 2


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
Kisahku.. 2


tp..

yg pelecaih tu ...mana lah Bonda tau ejaan yg sebenarnya sayang...
pelecaih ka pelecey ka...sama je bunyi nya...

anyway..tq.. ^_^

 

p/s: ttg cite coins tu nanti..now bz..ni online pun sbb tunggu reply adri supplier...lambat bebenor tenet..ni sat ok..sat ilang...aaddooiiyaiii..no

boleh?



-- Edited by BondaDiana on Sunday 3rd of March 2013 07:38:39 PM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Kurang periksa pula Bonda..

Tp menurut orang tua dulu-dulu..walaupun Miss Lang ini suka menggoda lelaki..menyamar jadi perempuan cantik hinggakan kdg2 boleh berkahwin dgn manusia yg lemah imannya..
Dia amat malu kiranya lelaki berbogel dan tunjukkan anunya depan Miss Lang ni..

Macam Bonda cakap sebelum ni..petua orang dulu-dulu...
akan TETAPI HENDAK DIINGATKAN KEPDA KAUM ADAM YG INGIN MEMPRATIKKAN PETUA INI...DINASIHATKAN JANGAN SEKALI-KALI CUBA BUAT SECARA MEMBUTA TULI ATAS SEBAB INGIN MENCUBA! DAN JANGAN BUAT DIDEPAN TERBUKA...KELAK TANGGUNG SENDIRI AKIBATNYA...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

bONDA..pembetulan...bukan celuih (meluat) tapi cemuih..hehehe..

bukan peleciah tapi pelecey..maksudnya buat main2/ bergurau kasar..

bukan langsuih tapi utara panggil langsiaq...

maaf bonda, sekadar membetulkan yg salah

xde maksud apa2...

anyway, best cite ni..clap..clap.clap...



__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

xde apa la bonda...betulkan yg mana rasa x betul.

fhm, macam saya le..mak cite dlm bahasa klate, saya pon tulis je semula..

klu salah tu, mgkin saya yg x pandai nak kecek klate..hehehe

bonda,nnt cite yea pasal spirit of coin..

nak tao jgk



__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

REZA dear..

betul ke? huhuhu..

Bonda ada dengar mitos ttg tu..tp jaman ni tak tahu la Bonda ada lagi ke tak kes mcm tu..

tp kalau terjadi..huhuhu itu dah dikira KES KRONIK...hahahhaaa....

Eh!..wak Badda kena keja Miss Lang tu ker?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

boleh bonda..no hal..

hehehe..ejaan bahasa utara ni kdg2 pelik sikit

ssh nak diterjemahkan..hehehe

bonda, i like your pic..gelang tu

gelang kaki lama kan?

moyang lalink pnh simpan..

mak gtao dia pakai masa kawin dulu

tp lepas arwah moyang meninggal, x tao kemana gelang kaki tu

tu brg pusaka keturunan kata mak... hurrmmm mgkin arwah moyang bagi balik kat sedara kitaorg yg ada kat kelantan..

ntah la...

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Sorry link lambat reply..

Gelang tu?..susah nak dapat yg original..
kalau ada pun sekarang yg biasa2 saja...

cantikkan?



-- Edited by BondaDiana on Wednesday 13th of March 2013 03:02:02 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

DIGANGGU PONTIANAK

 

Assalammualaikum wbt. semua..

Lama Bonda tak sambung cerita kat sini. Maaf ya semua... Sibuk bangat. Ini pun baru semalam tiba dari JB. Okeyla Bonda sambung cerita ttg topik kita iaitu P.O.N.T.I.A.N.A.K.

 Cerita yg ingin Bonda sampaikan kali ini berlaku pada 2 tahun lepas

 Jadual kerja Bonda yg padat & memerlukan Bonda selalu membuat kerja diluar menyebabkan Bonda mengambil seorang pembantu ( Wina org seberang ) utk membantu Bonda di pejabat peribadi ( dirumah ). Tugasnya hanyalah membantu, mengemas & menguruskan pejabat.

 

Ketika kejadian ini berlaku Wina hamil 9 bulan & dia telah lewat 9 hari dari tempoh waktu bersalin. Bonda berpesan kpd suaminya ( juga guru mengaji anak2 Bonda ), sekiranya 2 hari lg Wina tidak juga ada tanda-tanda utk bersalin telefon Bonda dgn segera.

 Hendak dijadikan cerita, malam tu..suami Wina menelefon Bonda. Dia memberitahu yg Wina sudah sakit hendak bersalin. Bonda tgk jam.. dah pukul 8.50 mlm. Bonda terus beritahu suami & minta izin utk menghantar Wina serta suaminya ke hospital. Setelah itu, Bonda terus hubungi driver ( Michael  ) meminta dia dtg ke rumah mengambil Bonda.

Oleh krn keesokkan hari kedua anak Bonda akan menduduki peperiksaan, suami Bonda tidak ikut menghantar kerana menjaga mereka dirumah. Sementara menunggu Michael dtg, Bonda sms suami Wina, mengarahkannya utk bersiap.

Bonda serta yg lainnya bergerak ke hospital tepat jam 9.15 mlm. Dlm perjalanan, Bonda lihat Wina keresahan. Begitu juga dgn suaminya. Kesian pula Bonda tgk suaminya...tak tentu arah. Kejap pegang tangan Wina, kejap pegang perut isterinya. Maklumlah anak pertama.. faham-faham jelah..

Apabila kereta melepasi satu jambatan kecil, hidung Bonda terbau sesuatu Bau hanyir darah! Memikirkan mungkin Wina sudah hampir nak bersalin, terus Bonda toleh ke tempat duduk belakang. " Win..kamu ok? Ada rasa keluar apa2 tak? ", Bonda tanya dia. Wina gelengkan kepala. Bonda pandang suaminya & minta suaminya utk memeriksa isterinya.

" Takde apa2 Puan.. ". Bonda angguk kepala walaupun dalam hati Bonda rasa pelik. Mana pulak datang bau darah? Malas nak fikir panjang, Bonda diamkan saja & arahkan Michael pandu dgn cepat.  Dalam beberapa minit kemudian bau tersebut hilang serta-merta.

 

Sampai di hospital, Bonda terus menghantar Wina ke wad bersalin. Oleh kerana Wina dijangka bersalin pada esok hari, Bonda beritahu suaminya yg mereka mesti tinggal di wad malam ni. Selesai uruskan semuanya, Bonda pun balik. Suami Wina ingin menemani Bonda hingga ke kereta, tp Bonda suruh dia temani isterinya..jangan dibiarkan Wina keseorangan. Entahla..kenapa Bonda rasa risau semacam pada malam tu..

 

Sebelum balik, Bonda bertawaf keliling kereta. Bukannya apa..saja nak tgk kalau ada apa yg tak kena pada kereta. Sebelum masuk ke dalam kereta Bonda suruh Michael periksa lagi di bahagian belakang kereta ( kereta Bonda jenis 4WD ). Bila rasa dah puas hati, Bonda pun gerak balik ke rumah.

Apabila kereta membelok di simpang 3 utk masuk jalan menghala ke rumah Bonda, kami berselisih dgn sebuah lori balak. Utk mengelak habuk jalan masuk, Bonda suruh Michael tutup tingkap.

Kiri kanan jalan yg menghala ke rumah Bonda ni..banyak pokok-pokok. Malam tu bulan penuh..memang terang. Ketika Bonda leka sambil mendengar lagu, tiba-tiba hidung Bonda terbau sesuatu lagi. Kali ini Bonda bukan bau darah tetapi Bonda terbau harum bunga melur. Baunya sangat kuat.

 

' Bila masa pula si Michael ni pakai minyak wangi? Tadi tak bau pun? ', Bonda cakap dalam hati. Tengah Bonda tercari-cari mana datangnya bau bunga, Bonda terlihat cermin tingkap tepi Michael terbuka. Baru saja Bonda nak tegur.. mata Bonda terpandang sesuatu.

Di depan kereta, betul-betul di tepi jalan..berdiri makhluk yg dipanggil P.O.N.T.I.A.N.A.K ! Ia berdiri tegak & kepalanya senget ke kanan serta tunduk ke bawah. Rambutnya sangat panjang hingga mencecah tanah. Kain putih yg membalut tubuhnya meleret atas tanah..ada kesan tanah melekat-lekat pada kain tu ..( Bonda tak tahu macamana nak jelas dgn lebih terperinci keadaan pontianak... ).

Mata Bonda tak berkelip memandang ke arahnya seperti ada yg memegang kepala Bonda supaya memandang ke arah makhluk ini. Memang Bonda nampak dengan jelas sebab lampu kereta betul-betul menyuluh kepada susuk Pontianak ni.

 

Tiba-tiba Bonda lihat ia seperti nak mengangkat mukanya. ' Allah.. ', terpancul keluar dari mulut Bonda. Sekelip mata makhluk ini hilang. Kuuussss.semangat. Bonda toleh pada Michael yg duduk disebelah. Bonda tengok dia tepuk belakang kepalanya 3 kali. Tangannya yg sedang pegang stereng kereta, Bonda lihat menggigil. Terus Bonda arahkan dia tutup tingkap.

Tiba-tiba Bonda rasa kereta seperti bergoncang sedikit. " Puan, tadi.. " belum habis dia nak bercakap, Bonda beri isyarat suruh diam. Terus dia terdiam. Bonda cakap pada Michael, " Apa pun yg saya buat jangan sesekali tegur atau bertanya. Faham?! ". Michael mengangguk.

Bismillahirrahmannirrahim.. Bonda kerling pada tempat duduk belakang dengan kedudukan badan mengiring sedikit ke kanan .. ( Bonda tak pusingkan badan ). Ya memang betul tekaan Bonda. Pontianak tu ada di belakang tempat duduk pemandu iaitu tempat yg sama Wina duduk tadi! Berderau darah Bonda masa tu. Tak pernah seumur hidup Bonda ditumpangi oleh makhluk ini. Dahlah menumpang..tak minta izin pun kan? no

Bonda perasan kedudukan kepalanya tetap sama, senget dan masih tunduk kebawah. Bonda baca Basmallah 7 kali, Al - Fatihah  & diikuti dengan Surah Al - Mutawadzin. Kemudian Bonda baca Ayatul Qursi dgn diulangi baris ayat terakhir sbyk 7 kali dgn 1 nafas. Terus Bonda tepuk dashboard sekuat hati. Bonda tawakal serta berserah. Kalau diizinkan Allah, apa yg Bonda buat tadi, Pontianak tu akan pergi.

Bonda diam sambil dalam hati Bonda berzikir Al-Hafizuu banyak-banyak . 1 minit..2 minit...3, 4, 5 minit.. Bonda toleh ke tempat duduk belakang perlahan-lahan. Dalam pada Bonda tak putus-putus berdoa moga-moga makhluk tu tidak lagi berada disitu. Alhamdulillah... Pontianak tu dah hilang. Bonda pusingkan badan utk pastikan ia betul-betul tiada lagi. Lepas tu Bonda jengah  kat ruang belakang pula. Memang dah tiada lagi.Syukur....

 

Barulah Bonda bersuara, " Jangan cerita apa-apa. Nak cakap, tunggu esok ".

" Baik Puan. Sekarang macamana? ", Michael tanya Bonda. Hok alah... apa punya soalan dia tanya. " Kenapa? Kamu nak jumpa dia lg ke? ". Michael tersengih.. " Saya takut Puan ". Bonda gelengkan kepala. Ingatkan tadi tak takut. Bonda suruh tutup tingkap..dibukanya. Saja cari nahas. Bonda suruh Michael  jangan ikut jalan biasaikut jalan lain yg jauh sikit.

Walaupun Pontianak tu dah takde lagi, tapi Bonda takut kalau-kalau ia ikut tanpa Bonda sedari.

Tiba dirumah, Bonda suruh Michael tunggu. Selagi Bonda tak masuk rumah, jangan kemana-mana. Sebelum tu Bonda dah sms suami Bonda supaya jgn buka pintu rumah kalau Bonda balik. Tunggu hingga Bonda bagi salam 3 kali, baru dibuka pintu.

Bonda ikut petua orang dulu-dulu. Bonda petik sehelai daun, berdiri menghadap kiblat  lalu Bonda bacakan Ayatul Qursi & Surah Al-Mutawadzin. Selesai baca, Bonda ludah daun tu sbyk 3 kali. " Kiranya kalau kau ikut aku balik, sempadaan kau hanya disini saja. Jangan kau ikut aku masuk & jangan sesekali menganggu aku sekeluarga. Baliklah kau ke tempat kau dgn lafaz Laillaha`illahmuhammadarasullullah.. ". Bonda baling daun dalam keadaan terbalik iaitu dari depan kebelakang Bonda tanpa menoleh dan Bonda jalan ke depan & terus beri salam sbyk 3 kali. Melihat Bonda sudah masuk ke dalam rumah, Michael pun balik.

 

Masuk ke rumah, Bonda tak terus ke depan. Bonda terus ke bilik tempat gosok baju. Bonda salin baju & terus angkat wuduk. Kemudian tanpa bercakap apa-apa Bonda masuk bilik dan tidur. Suami Bonda mmg faham, kalau Bonda berperangai macam tu maknanya ada sesuatu yg berlaku. Jadi dia takkan bertanya apa-apa melainkan kalau Bonda sendiri yg bercerita. Bonda bukan apa-apa, nak hilangkan rasa seriau je.

Esoknya, Micheal ceritakan pada pembantu rumah ( diceritakan kpd Bonda ). Selepas Bonda suruh dia tutup tingkap, dia memandu seperti biasa. Bila kereta hampir  disatu selekoh ( dalam jarak 100 meter ), dia ternampak ada satu kelibat melintas laju depan kereta. Michael tidak dapat mengecam kelibat apakah itu sbb laju sangat. Kemudian dia terbau bunga melur dlm kereta ( waktu yg sama Bonda terbau wangi bunga ). Itu sebab dia turunkan tingkap sbb dia tak tahan bau wangi bunga yg kuat sgtdlm kereta.

Kemudiannya, dia ternampak apa yg Bonda nampak. Selepas dia lihat Pontianak tu tiba-tiba hilang, dia sangkakan makhluk td betul-betul dah takde. Rupanya dia silap. Semasa dia memandang pada cermin sisi.. Pontianak tu betul-betul berada di tepi kereta ( ia berdiri ditepi pintu belakang pemandu ), berjalan seiring dgn kereta seolah-olah melekat pada kereta. Menurut Michael Pontianak tu berdiri menghadap ke depan. Michael rasa kepalanya kebas dan mengembang..( Itu yg Bonda nampak dia tepuk belakang kepalanya semalam ). Bonda senyum je dengar cerita dia.

Dan bila Bonda fikirkan semula tentang apa yg berlaku pada malam tersebut, baru Bonda perasan. Antaranya:-

  1.  Tempat Bonda terkena gangguan Pontianak tu adalah sama dengan tempat yg Bonda terbau hanyir darah semasa Bonda menghantar Wina serta suaminya.
  2. Begitu juga jarak dan laluan yg Bonda lalui semasa pergi dan juga semasa pulang. Maksudnya di sini. Ketika Bonda mula terbau hanyir darah, bila kereta melepasi satu jambatan kecil dan baunya hilang selepas selekoh dalam jarak 100 meter. Begitu juga waktu gangguan tadi. Bermula sebelum selekoh, dalam jarak yg sama serta berakhir selepas kereta melepasi jambatan kecil. Hhhuurrmmm..... Pelikkan?
  3. Dan..... Baru Bonda perasan malam tersebut adalah Khamis malam Jumaat!

Sejak itu, kalau suami Bonda balik lewat malam.. Bonda pesan padanya, tutup tingkap kereta apabila sampai di selekoh tersebut. Kalau terasa lain macam, jangan terus masuk rumah, tunggu diluar sekejap..kemudian baru masuk rumah.

Itulah kali pertama dan terakhir ( setakat inila.. ), Bonda nampak makhluk ini. Terakhir pada hujung tahun lepas tapi Bonda tak nampak cuma terbau kemenyan saja.

 

Sekian..

 

 



-- Edited by BondaDiana on Wednesday 13th of March 2013 02:54:38 AM



-- Edited by BondaDiana on Wednesday 13th of March 2013 03:02:35 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2505
Date:

eee takut nye klu dah start nak tumpang kete....
Mana la nak pergi tu....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Salam ya hamba Allah..

Org biase tu mcmana yang? =)
Bonda pun org biase juga...
Kalau nk buat petua ni bole saja.. Xde pantang larang.. Bonda pun dulu diajar oleh arwah Tok Ayah, ayah & emak Bonda..
TETAPI..kalau buat kena yakin. Jgn main ikut je..
Petua2 org dulu2 bukan sekadar buat tp ada caranya...
Buat ikut tertib..apa yg perlu di dulukan..mesti didulukan..kalau was2 tp nk buat juga takut lain jadinya sayang..
yg penting petua tu tak menyalahi hukum agama..



-- Edited by BondaDiana on Thursday 14th of March 2013 07:23:49 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

takut?

Bonda lagi la rasa takut..
Puan Sri Pon tu tumpang sampai jambatan je..

jauh sangat kot nak berjalan dari selekoh tu ke jambatan..hahhaa ( * ayat cover sbb takut )

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

salam.

bonda..nk tanya..confuse

klu orang biase boleh ke amalkan ape yg bonda buat mcm diceritakan kt atas klu terasa seperti ada benda ikut?

(petik daun & bacakn ayat2 mcm bonda buat..)

 

 

 

 



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

bonda..gelang tu cantik sgt2...

pasal cite cik pon ni...uissssshhhhh, amat serammmmm sekali

klu lalink, mao pengsan 2, 3 kali kot

x mao la tgk menatang tu

x mao..buknnya cute pon..hahaha


__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Link..
Yg ada pada Bonda bukan yg antik.. Tp jenis rhodium.. Ringan sikit dr yg dulu2 nye..
Kalau ada pun harga bole cecah 800++ hingga ribuan..fuhh mahal tu..

Nak pengsan? Jangan...kang diangkutnye sekali..hehehe
Bonda ni pelik sikit.. Mula mmg takut..
Tp Bonda kaaau takut eksen tak nak tunjuk..kalau bole Bonda cuba tenangkan diri dulu..
Tp kalau dah takut sgt..Bonda jd marah..tak pasal2 kena maki bende tu..hahaha..( itu kalau dh tahap klimaks la )..

Kalau boleh Bonda elakkan jd marah sbb iblis n gang lg suka..lg senang dia depa nk hasut kita buat bukan2..( itu pesan arwah Tok )..

So..kalau terjumpa cuba tenangkan diri.. Mmg rasa takut..tp bila kita ingat Allah, Dia akan jaga kita. Byk2 kan bc Surah Al Mutawadzin
Selagi bole bc..baca sampai rasa diri selamat..( peringatan utk Bonda juga )..
Tak yah ikutkan cerita Bonda..sbb bila dh takut apa surah pun kdg2 langsung tak ingat..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhhhh ... bondaku diana danele yang manisss ..... cerita P.O.N.TI.A.N.A.K. niee ... aduhhhhhhh haiiii ... seremmmm bangettt ...

kecut mecut seme mende ... pengkirieas .... buah pinggang .. buah hati .. seme kecuttt nihhh .... ngehehehehehe

beranii amat BOndaku Diana Danele nih yeaa ....

 

 

(Bonda ... nie cerita bener legi membener kan kan kan  ... coz ... wak niii .... adalah tunjuukkan kat somi kepada supupu wak yang kije satu opis ..

beliau pon baca la al kisah PONTIANAK nihh ... beliau kata ... betul ke? macam x percaya laaa ... wak pon kata .. geng2 tenet aku nie ... hampir seme cerita

dan pengalaman betol dan sendirik laaa ... bukan rekaat .. beliau kata yea ke? mana ade lagi bende tu sekarang niii? ade ke? cam x percaya laaa ...

mungkin rekaan penulis jer niiiii .... x pon kopi pasta laaa .... aduhhhhh ... wak nie yang lurus lagik bendulll ... pon kata la kat beliau ...

betulllll .... ini cerita betul punye ... tapi macamnya beliau agak ragu ragu .... emmmmm ... entahlaaaa .............................................   no ...)

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 29
Date:

selalu baca cerita bonda diana ni.menaikkan paras adrenalin aku berbanding nengok muviy yang mcm hampeh tu.semua aku baca.lg boleh terleluncut jantung memalam.

__________________
~~kalau tak mampu buat baik,jangan buat jahat~~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

As salam Wak Baddarom...hehe

Manis ka? Ooohh sungguhh 'manis' kata-kata mu itu. tersentuh buku lali ku ini....hohoho

Nampak mcm Bonda berani je kan?............sebenarnya Bonda SEPARA berani. Bohonglah kalau Bonda kata Bonda tak takut. Dosa woooo...... nanti lidah kena kerat...( hat ni mmg Bonda sangat takutttt.... ).

Sperti yg Bonda bgtau sebelum ni..Bonda ni pelik sikit. Kalau Bonda takut, Bonda tak boleh lari atau jerit atau buat aksi2 yg bebukan. Bonda akan relaks..cool...buat macam takde benda yg berlaku. Walaupun hakikatnya jantung ni berdegup macam nak pecah!

Mcm beberapa bln yg lepas.. Bonda kengkononnya nak buat kerja sampai lewat mlm. Buatlah paperwork utk dihantar pd SME ( utk 2nd project ) kat mini opis kat rumah. Tgh siok2 menaip tetiba Bonda dengar suara lelaki bernafas dgn kuat kat luar tingkap billik yg betul2 berdepan dgn meja kerja. Memula buat tak tahu, mayb bunyi tv kat ruang menonton ( anak2 duduk kat situ ). Lepas tu bunyi lagi..bila dengar betul2 mmg bunyi nafas lelaki..mcm bunyi lembu kena sembelih pun ada gak. Ahh sudah! Incik suami lak takde. Tgk tgn..segala bebulu roma dah sepakat berdiri beramai2.

Bonda dgn slow motionnya..save file..shutdown komputer..masukkan paper dlm file. Yg kelakarnya Bonda siap betul2 kan alas meja lagi.. Boleh? Hahahahaa... apa daaa...
Bonda bangun pelan2..masukkan kerusi. Pandang pintu bilik ( disebelah kanan ). Seboleh-bolehnya Bonda tak nak pandang tingkap tu..( nasib baik dah tutup dgn nite curtin ..so tak nmpk luar ). Mlm tu Bonda rasa pintu bilik tu mcm jauh sgt..yg sebenarnya tak jauh pun ( dlm 5 -6 langkah ). Bonda jln mcm biasa..padahal Bonda boleh lari terus ke pintu tukan? Habis cerita! Tapi tak boleh..tak tau kenapa. Dah sampai pintu..Bonda rasa lega sbb dah nmpk anak2.

Itulah perangai pelik Bonda. Ntah hapa-hapa kan? hehehe.. Tp ada bagusnya juga. Boleh mengajar Bonda utk mengawal perasaan takut... Opss..jgn silap ya..Bukannya takde perasaan takut..takut tu ttp ada. Bonda manusia biasa..bukannya panglima.

Ttg somi kazen Wak tu Bonda tak pandei nak komen lebih2. Bonda pernah baca & juga pernah dgr ceramah agama...( Bonda petik kata2 penceramah tu ya.. )

..Pontianak, pocong, hantu raya, jembalang dsb tergolong dlm golongan JIN & SYAITAN. Di negara Arab sana..golongan ini dipanggil Al-Asybah ( bayang-bayang), ada juga dipanggil JIN ( depa tak sekreatip kita yg suka bg nama bg pada makhluk2 ni ).. Dan kewujudan JIN & SYAITAN ni telah dijelaskan dalam al-Quran. Jadi ini melibatkan akidah & wajib beriman kepada kewujudannya.

Menjadi rukun iman iaitu percaya kepada benda-benda ghaib dan ianya telah disebutkan di dalam al-quran seperti jin, syaitan, syurga dan neraka. Oleh itu, tidak mempercayai makhluk halus boleh meruntuhkan akidah kita....

Kita semuakan tahu 2 golongan ini boleh menyerupai apa2 saja.. Pd zaman mana pun kita berada, semoden mana pun manusia.. 2 GOLONGAN ini tetap ada. SEBABNYA..bapak segala golongan ini iaitu IBLIS telah berjanji di depan ALLAH bahawa dia akan menyesatkan seluruh umat manusia SEHINGGA hari KIAMAT. Jadi jgn cakap ..... "mana ade lagi bende tu sekarang niii? ade ke? cam x percaya laaa ... " ( rujuk balik ttg akidah tadi ). Gangguan dr golongan ini telah berlaku sejak dari zaman Rasullah lagi.

Silapnya manusia ni..takut kpd hantu melebihi takut kpd Allah. Kdg2 tu macam taksub..siap nak pergi cari lagi.. Nak cari tu pulak siap buat persembahan makanan..bakar kemenyan la...isshhh.... Nauzubillah...yg ini mmg sudah terpesong akidahnye...
Cuma... bila kita rasa takut ingat la pdNya..Allah dah bekalkan ayat2 yg terdapat di dalam al Quran. Gunakan sebaik-baiknya. Janji yakin. Allah sentiasa bersama dengan kita.

Bebalik pd cerita Bonda..apa yg boleh Bonda ckpkan..apa yg telah berlaku pada Bonda ...itulah yg Bonda ceritakan di sini. Bonda tak berminat utk buang masa kopi dan pasta. Bonda lbh suka ceritakan pengalaman sendiri..hehehe. Bonda dan begitu juga yg lainnya di blog ini tidak dapat berikan bukti kukuh yg menyatakan apa yg diceritakan ini benar2 berlaku. Hanya pencerita yg tahu sama ada cerita yg disampaikan itu benar atau sebaliknya. Bonda tak ambil hati kalau somi kazen Wak tak percaya.. lain org lain pengalamannya..lain pendapatnya.

Mayb dia tidak pernah alami atau berjumpa dgn 2 golongan ini. Tidak mengapa..bersyukurlah sbb hijabnya si tutup. Tapi tidak mempercayainya kewujudan makhluk ini.......... Wak fahamkan? Kalau Bonda silap..minta maaf. Wak boleh rujuk HUKUM MEMPERCAYAI MAKHLUK HALUS atau HANTU..mungkin boleh dapat penerangan dgn lebih detail lagi.. Bonda ni pun kdg2 kurang arif sikit...

Fuuhh..terpanjang pulak penerangan ku ini. tadi ingat nk taip sikit je...keh keh keh
Ok ..harap jawapan Bonda dapat puaskan hati Wak Baddarom... ^_^





-- Edited by BondaDiana on Thursday 14th of March 2013 10:34:02 PM



-- Edited by BondaDiana on Friday 15th of March 2013 01:51:31 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

Bonda...gelang tu cantik sgt

lalink pon pnh kena mcm bonda..

sorry bonda, tumpang thread bonda nak cerita sikit..hehehe..(ampun ya semua GC members)

masa tu duduk rumah sewa kat area bayan baru sbb keje kat area sana..

masa tu kena keje lebih masa sikit sbb supervisor yg patut dtg utk shift mlm xdtg, EL

so, aku kena standby sampai kul 11.30mlm

masa nak balik, mak call suh balik rumah famili kat BKT MERTAJAM sbb bapak x sihat

then, aku pon pecut balik rumah famili & lalu kat Jambatan P.Pinang.. Masa tu jam dah pukul 12.30 am masa lalu kat jambatan..

sejuk sgt2 wlpon pakai sweater tebal (naik motor je masa tu sbb baru je mula keje, x mampu nak beli kereta lagi)..huhuh

masa lalu jambatan, dah seram sgt2... rasa lain mcm..ntah, x tahu nak ckp

nak masuk kawasan rumah aku tu kena lalu satu jalan & selekoh yg dipanggil bukit merah

kawasan tu mmg famous dgn kisah seram. macam2 org pnh jumpa.. masa aku lalu kawasan tu mcm2 ayat aku baca

sebab sunyi sgt2 dan agak scary... aku rasa motor aku mcm berat semacam & lambat je gerak..mcm lambat sgt nak lepas kawasan tu

ada jgk bau semacam tp aku x kata apa..aku pecut je motor aku

tp aku x pandang cermin sisi sbb takut nmpk yg bukan2..

sampai je rumah dlm pukul 1.15am, mak bukak pintu then aku terus masuk...

mak dahtgk aku lain mcm & aku dah takut. bkn takut apa, takut mak kena benda tu..mana nak tao kot2 aku terbawak balik..

tapi mak kata, xpe... dia dah leh handle diri..dia gi amik wuduk n solat sunat.. aku lak dok kat ruang tamu, lepak2 dulu..mak lak pasa abis solat terus masuk tido

silap aku jgk, x lepak luar rumah dulu..melulu je masuk..tp nak lepak luar pon aku x berani sbb kawasan rumah aku pon gelap gelita..

yela semua org dah tutup lampu tido & aku mmg x berani sgt sbb jiran pnh nmpk cik lang dok main2 atas bumbung rumah jiran2 aku yg lain..

tu yg aku melulu masuk rumah..hhuhuu...

dlm 15 minit lepak kat ruang tamu, aku pon masuk bilik tukar baju & baring

masa nak lelap tu, aku dengar bunyi lelaki mendengus..kuat sgt!! mcm lembu mendengus...

dekat sgt kat telinga aku... aku dah x senang hati... pastu badan aku mcm kena tindih..Ya Allah, berat nak mampus!

Sesak nafas aku..Aku try melawan...aku try gerakkan bdn aku tp aku x mampu..bunyi dengusan tu makin kuat.

Aku pon baca la apa yg terlintas, ayat qursi n mcm2 la..masatu la ada ayat yg lupa, tunggang terbalik..ye ar, mana sesak nafas nak melawan, nak baca pon ssh

tp aku ttp x bukak mata sbb aku x nak tgk muka menatang yg tindih aku tu..walaupon aku tao dia mmg nak aku tgk..

lepas 10minit bergelut, aku menjerit Allah huakabar...baru la terlepas, then perpeluh2..tp aku still x bukak mata..

Tiba2 aku dengar mcm org panggil nama aku..Suara sebijik mcm mak aku..Aku x menyahut sbb berdasarkan firasat aku tu bkn mak aku.

Aku intai melalui cleah bantal (aku tutup muka aku dgn bantal) tgk bwh pintu, xde cahaya lampu!

bermakna mak aku x bangun & dtg bilik aku...klux, mak mesti dh masuk terus bilik aku sbb aku mmg x kunci

Lepas tu, suara tu panggil lagi nama aku..Mmg dia nak aku tgk muka dia! Aku dah x tahan, aku jerit sekali lg Allah huakhbar, then bgun duduk.

Aku bukak mata seluasnya..Aku mrh sgt2 masa tu. Aku kata " Aku nak tido! jgn kacau aku! Kalau hang nak tumpang aku tadi, tumpang la! Tapi jgn ganggu aku & keluarga!"

Mmg aku x tahn sgt sbb bdn aku letih, aku ngantok..Dia nak ajak main2..

Pastu aku baring semula sbb dh xde gangguan then tido.. Aku mimpi sesuatu.. Aku mimpi masa aku lalu selekoh tu, ada ppompuan pakai kain putih lusuh, rambut panjang tutup muka

tahan motor aku.. Tapi aku x stop, aku blah terus.. then sampai ke depan sikit, dia tahan lagi..aku wat x peduli, aku jalan ke terus..then dia naik belakang motor aku tanpa dijemput

byk kali dia try suruh aku tgk muka dia tp aku tolak mentah2 dlm mimpi tu..aku xnak tgk..menatang buat mcm2, aku ttp tolak then siap jerkah menatang tu dlm mimpi

menatang tu ikut aku sampai ke rumah then aku terjaga..aku rasa badan letih sgt mcm baru bwk benda berat..aku tgk bwh pintu, ada cahaya lampu..means mak aku dah bgun sbb nak

prepare solat subuh..aku pon bangun sekali solat subuh... masa breakfast, aku cite kat mak, then mak senyum..mak kata yela, mgkin mimpi tu menceritakan apa yg berlaku sebenarnya

mmg masa aku balik mak kata dia perasan semacam..sbb tu dia cpt2 amik wuduk & solat sunat..dia nak tido dlm wuduk sbb x nak kena ganggu..lupa nak gtao, mak ada pesan suh aku

bersihkan diri & amik wuduk b4 tido tp aku lupa..sbb letih sgt kot.. mak kata mgkin benda tu ikut aku sampai rumah then start nak ganggu aku tp aku kuat

sbb tu dia x boleh masuk... Aku diam je la..Then, pas beberapa hari kejadian tu mak kata dia pon mimpi jgk..menatang yg sama cuba nak bg dia tgk muka..menatang yg mcm aku

cerita kat mak..mak pon tolak x nak tgk then dia pon pergi...Dan x datang2 lagi lepas tu

So, adakah apa yg aku mimpi tu betul? Adakah ada kaitan dgn apa yg aku alami mlm tu?? Adakah mimpi mak ada kaitan dgn kes aku tu?? Mak kata wallahualam....



-- Edited by lalinklina on Thursday 14th of March 2013 08:06:39 PM



-- Edited by lalinklina on Thursday 14th of March 2013 08:13:35 PM

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalamualaikum n morning to all di pagi Jumaat yg mulia ni..

Bonda hentikan sementara cerita ttg Pontianak & Langsuir ni..
Bonda akan ceritakan mengenai hal yg lain pula...

Lalink ku... kdg2 mmg terjadi mcm tu..ada yg mengalami perkara yg pelik melalui mimpi..ada yg fikir mrk mimpi ttp sebenarnya tidak..
Seriau juga Bonda baca pengalaman Lalink..

Tahan2 tak berhenti. Dia ikut balik umah..nak protes lak tu..dh link tak nampak dia..camne nak kasi tumpang..ye dork? He he he he

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

bondaaaa...x sbr nk taw citer hal lain tu...citer aper tu,,,

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

cerita tentang rumah Bonda..penanggal...genduruwo ..pocong....dll...

tunggu laa...

tgh draft sikit2 ni...hehehehe

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

nk tumpang cerita ringkas boleh?

sebelum ni kan reza ulang alik jb - kl...so..kalau drve malm pun dah tak risau sebab dah kenal jalan...reza akan ke kl biasanya bertiga..reza, N dengan sorng lagi cina S

tapi hari tu, dari batu pahat, kami ke JB sebab N nak jumpe laki die..then sampai jb..makan2..terus gerak ke kl, sebab sbtu pagi ade class..dari kul 8lbh rasanya kitrg gerak dari Jb..keluar tol skudai...waktu hari tu kami berdua je. N yang drve..reza duk sebelah..reza standby je..kalau sampai melaka nti tukar lah pulak...tpi disebabkan kete laki N ni jenis yg ade sound2 mcm polis, speaker tuh..kami orang ni suke lah duk mengusik pemandu mane yang poyo2 hehehe..nakal...

sampai tak jauh dari skudai..dalam kat sedenak tu kot..kawasan tu lampu memnag takde...malam kan..waktu tu dalm 9 la...banyak kereta memotong kami kat sebelah kanan..kitorang saje amek sebelah kiri..bersantai sikit sambil layan lagu2 jiwang..tibe-tibe ade satu uncle ni..ni main lampu..pastu die potong ke kanan..eh pahal pulak..dah kite sebelh kiri pon ade lagi yg nk beam lampu?? pastu kitrg buat bodo jela...

N buka tingkap luas2...pastu uncle tu lalu je sebelah kitornag....tau tak apa kitorang nampak...ade pocong duduk sebelah uncle tu! 

reza dah terkedu...pandang N..die pun pandang reza sambil naik kan tgkap die...

aku pikir..macam aku je yg nmpk...N pun senyum..aku pon nampak..

apa lagi...kitrg pecut jela...180 hehehe...sampai dah jauh tglkan uncle tu...kitrang bincang..huuhunampak dengan nyata..yang pocong tu masih berikat semua..tangan..kepala..sambil pandnag uncle tu drive..tapi..badan die macam besar sikit dari manusia biasa...sebab kepala die cecah betul2 kat bumbung kereta...nasib lah die tak toleh..kalau die toleh..memng confirm cek in JB je..tak pegi class mngu tu...heheh

sekian lah cerita tumpang menumpang ni..dan sampai sekarang..kitorang masih lagi nakal..kalau ade kereta kat hway blow2..kitrang akan kejar..so bile main kejar mengejar tu..hilang la pasaan takut dan mengantuk..nti dah keluar tol..masing2 angkat tangan..ade juga beberapa org yg sampai berhenti kat rnr bagi kad..eheh kerja masyuk2 tuh..tapi reza mlas nk melayan sangat..suami N dah meninggal sakit jntung bln 12 aritu...arwah umur 26thun je..keja bank..N umur sebaya reza..kje bank juga..arwah sblum meninggal dah beli satu lagi kete baru..klau tak..memnag terkenang lah..arwah memang ckup baik...

Al-Fatihah..



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Al-Fatihah....
Muda lagi ya....

Bak kata bebudak sekarang laa....Gila sehhh!..Pocong kat sebelah? Uncle tu boleh tak tau...
Tapi kenapa lak dia yg beam lampu kat kome berdua? Bonda ingatkan..dia beam lampu sbb ada benda kat kat keta si N..

Skali dalam keta dia ropanya..hehehehee....
Kalau Bonda pun sama...harus cek in kt JB je...eeiiii..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ahahaha gile sehhh!

aah lah kot..tak terfikir..agaknye uncle tu nampak atas kereta kitaorang..tu yang die beam..pastu potong..

bajet2 nk lari..tibe2 pocong tu duduk sebelah perhati die..hahah agaknye die ckp.."nak lari kemana kau?" hahahah

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

bonda... tu la pasal..dah tahan kita, pastu x tunjukkan diri mcm ne org nak bg tumpang

aparaaaa.... tp klu dia tunjukkan muka pon saya x hingin nak bg tumpang

apa kes lak nak tumpang2 org ni?? bukan ke leh terbang, terbang je la

cepat pon cepat..ni nak naik motor makan masa tao x...

dah tu minyak motor saya je yg bayar, dia bkn ada share pon

nak tumpang, byr la duit minyak..ingat freee ke???

marah sgguh ni..

p/s: nenek aku kata kena marah2 cket kat benda ni, baru dia takut kat kita..patut pon dia takut kat kita sbb kita ni lg mulia dari dia..kita ni khalifah kat bumi!..

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2369
Date:

Waalaikumsalam wbt..

Cerita2 seram terbaik dari BondaDiana..

Tak terasa pun panjangnya kalau baca cerita2 yg Bonda post.. Memang seram, best!..awwaww



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Terima kasih Ijoi..

Takut juga Bonda kalau taip panjang2..org jemu & tak nak baca... =)

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

isshhh bonda x de'y nak jemu...ida lak sepisis ske mbaca..so bonda taip pnjg2 pn ida bca...
jji ada isi...ag best ida bca,,,heheheheh...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 25
Date:

panjang kalau cerita best tak jemu baca...

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

takut plakk nak pegi toilet...

__________________
***(6_9)***
«First  <  1 2 3 4 5  >  Last»  | Page of 5  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard