Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku.. 2


Super Member

Status: Offline
Posts: 2505
Date:
RE: Kisahku.. 2


hantu tengah kontrol ayu la tu..
Mcm ade org nak minang la tu

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

seram hbs....mmg di tgu2 citer bonda tu......
g freedom....sape la yg lalu nk minang dia tu kan....wt bazir duit li brg make up jer

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum..

Mencelah kejap sebelum sambung class..hehehee

LALING - clap..clap tu haper? ada macam kuih koci tak?...huhuhu

G - control ayu?! hhhuuurrrmmm takde maknenye ayu tu.... kekekeke... kalau dah tetengah malam duduk berjuntai kaki kat atas pokok petai.. iiissshhhh..

AIDA - hahahhaaa...bli make up? takyah susah nak perabih duit.. sekejap lg dia boleh transform jadi pompuan cantik.... lg cantik dari Nyah-Nyah kat Lorong Hji Taib... tak gitu IJOI...?

Kemain lagi korang yek.... karang dia muncul depan mata.... ayu ntah ke mana...make up pun.........eeerrr.... bg Bonda je laa.. jangan dibuang...sayang woo...
Tak payah lama2 dia muncul...dengar dia gelak je... kaki semua dah lembik...

Nak tak?....keh keh keh...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

x pe la bonda..dgn pnh keayuan ida mgaku..ida xnk jumpe dia
takut sifat dengki dlm diri ida nie muncul lak melihat keayuan beliau...hehhehe


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

clap ..clap tu tepuk tgn ..tepuk tgn la bonda..kui..kui..kui..



__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

BondaDiana wrote:

Assalammualaikum... Morning to all...

Bonda sambung kisah Bonda..

 

Masih ingat lagi cerita di mana Bonda terjumpa kereta Bunian ketika Bonda berada ditingkatan 5?

Selang beberapa minggu selepas kejadian itu, Bonda & sepupu kurangkan sedikit aktiviti merayau malam-malam. Mana tahu, seronot-seronot kami round..ropa-ropanya kereta follow belakang.. Takut wooo...

Seperti biasa, Bonda dijemput oleh Tina selepas habis kelas tambahan. Sebelum pulang, kami singgah mengisi minyak motor & Tina sempat menelefon buah hatinya.. ( malangnya abang sayang takde kat rumah........YEESSSS!!!! ).

Jam hampir ke pukul 10 mlm bila kami tiba dirumah. Ayah & emak Bonda masa ni tidak ada sebab mereka pergi ke rumah saudara sebelah emak ( Bonda tak ingat pasal apa.. ). Jadi Bonda ajak Tina tidur dengan Bonda memandangkan esoknya hari cuti.

Dipendekkan cerita, Bonda & Tina malam tu tidur di bilik ruang tengah ( kedudukan ruang tengah ni tinggi ). Memang sudah menjadi tabiat kami berdua yang suka buang tebiat bila nak tidur.. kami akan membebel sambil mengurut satu sama lain.. Mula-mula Bonda urut dia then dia urut Bonda. Bestkan? Hahahhahaa.

Masa sesi urut-mengurut tu.. kami terdengar suara orang gelak-gelak di luar rumah. Sebelum tu Bonda nak jelaskan sedikit ko-ordinat kedudukan ketika itu

Kepala katil Bonda betul-betul berada di bawah tingkap ( tingkap jenis keping-keping ). Manakala hujung katil menghadap ke pintu billik. Tingkap bilik ini pula berada di bahagian sisi rumah, dimana boleh melihat rumah sebelah dan seluruh rumah yg berada di hadapan rumah arwah Tok Ayah.

Bonda jengah keluar tingkap utk melihat siapa tuan punya suara yg tak reti-reti nak gelak pelan-pelan. Oleh kerana kedudukan bilik ini tinggi, jadi Bonda dapat lihat dari mana suara yg tak sedap langsung didengar itu..

Rupa-rupanya Uncle Toi (  dia ni org jawa ). Dia ni anak bongsu kepada pasangan tuan punya rumah ( jiran arwah Tok Ayah ). Dia & kawan-kawannya seramai 5 orang tengah duduk lepak di beranda rumah. Bonda panjangkan leher utk melihat dgn lebih jelas. Ooohhh...mereka main pakau rupanya.. Patutlah girang semacam.. ( jarak beranda rumah depan & tingkap bilik -+  dalam 200 meter ).

Tiba-tiba mereka gelak. Lagi kuat nada iramanya dari yg tadi.. selamba Bonda cakap, " Bodo punya orang..korang tak reti malam ke? Gelak macam orang meroyan.. ". Bila dengar Bonda cakap macam tu, Tina segera bangkit.. " Apasal? ". Bonda muncungkan bibir ke arah mamat-mamat yg tengah berkumpul tu..

Tina pun ikut macam Bonda. Kami berlutut di kepala katil. Kepala serta muka kami dekatkan betul-betul di tingkap kaca tu.. Bonda & Tina perhatikan mereka berlima bermain kad. Sambil tengok kami mengumpat. Hehehhee ..

Tak lama lepas tu Bonda lihat Uncle Toi bangun dan mengeliat di atas tangga rumahnya. Oleh sebab badannya sasa serta berotot-otot.. tidaklah kami nak termuntah melihat cara dia mengeliat..

Kemudian dia turun tangga dan menghala ke rimbunan pokok pagar. Kami sudah menganggak adegan apa yg akan berlaku seterusnya. Untuk menghindarkan diri daripada melihat adegan yg tak sepatutnya, Bonda pun berpalinglah ke tempat lain.

Belum sempat Bonda nak pusing badan, leher Bonda dipaut oleh Tina. Ishh..apa ni main paut-paut lak! Bonda merungut dalam hati. Terus Bonda pandang Tina yg tetap memandang keluar tapi tidak menoleh langsung kepada Bonda.

"Tebiat ek? Tengok orang kencing berdiri? ", Bonda tarik telinga Tina.

Tina menoleh perlahan-lahan kepada Bonda. Jari telunjuknya di letakkan dibibirnya  " Kepala hotak ko..! Cuba kau tengok kat sana.. " , Tina tunjuk ke arah Uncle Toi. Bonda pandang keluar tingkap memandang Uncle Toi. Hapenye..nak tgk orang kencing? , Bonda jeling Tina di sebelah.

" Bukan dia yg aku nak kau tengok....depan dia lee..", Tina bercakap dengan nada yg berbisik. Dipegangnya bawah muka Bonda dan dipusingnya balik muka Bonda menghadap keluar. Bonda kecilkan mata..

Ddduupppppp!!!!! Jantung Bonda tetiba kembang dan mengembang seperti mahu pecah. Muka dah mula rasa panas dan tapak kaki Bonda tetiba rasa sejuk..sejuk macam ais!

Aa..a..rrr.ggghh....hhh.. Cepat-cepat Tina tekup mulut Bonda dengan tangannya. Sssyyyhhhh..... Tina beri isyarat suruh diam.

Betul-betul di depan Uncle Toi yg sedang membuang air kecil ( dalam keadaan & ditempat yg tidak sepatutnya ), berdirinya seekor Pontianak!! Dan Uncle Toi langsung tidak menyedarinya!!! Mereka berdua hanya dipisahkan dengan pokok pagar yg ketinggian hingga paras peha Uncle Toi saja..

Cahaya lampu dari beranda rumah Uncle Toi sudah cukup membantu Bonda melihat fizikal Pontianak tersebut dengan lebih jelas. Tinggi,berbaju putih ( tapi kotor ), rambut panjang serta kusut masai..dan cara dia berdiri kelihatan sedikit membongkok.

Peliknya tiada seorang pun diantara mereka yg lepak diberanda tu perasan kehadiran Pontianak tu. Mereka masih dengan aktiviti riadah lagi tidak berfaedah tanpa mengetahui mereka semua diperhatikan!

Bonda & Tina masih lagi terpaku di tingkap tapi kedudukan kami sedikit rendah berbanding tadi. Bonda lihat Uncle Toi dah selesai melepaskan hajatnya. Dizipkan seluarnya sambil bersiul-siul kecil. Ngeri betul Bonda bila melihat keadaan Uncle Toi. Selamba dia zip seluar depan Cik Pon tu.

Pontianak tu masih lagi berdiri di situ tanpa bergerak walaupun seinci. Mereka berlima masih lagi leka bermain. Masih lagi tidak menyedari akan kehadiran makhluk yg menyeramkan itu, mereka ketawa terbahak-bahak sambil membaling kad masing-masing. Tak mahu melihat Pontianak tu lama-lama, Tina mengangkat tangannya sedikit untuk menarik besi penutup tingkap.

Maka terjadilah sesuatu kejadian yang paling-paling kami berdua takuti.. Tingkap tersebut menjadi ketat dan agak susah sedikit untuk menutupnya. Tina bangun sedikit, tolak besi penutup tingkap kuat-kuat. Kkkrreeeekkkkkk.... besi tingkap berbunyi..

Walaupun bunyinya perlahan tetapi sudah membuat kami terpaksa berhadapan dengan situasi yg lebih menakutkan...

Tiba-tiba tanpa disangka, Pontianak tu memusingkan kepalanya mengarah kepada kami berdua. Tapi bukan sebarang pusing.. kedudukan badannya masih sama cuma kepalanya saja berpusing 180o !! Bayangkan semua !!

Kami berdua ternganga di tingkap. Selama ni Bonda hanya nampak badan dan rambutnya saja..tapi kali ini Bonda nampak jelas muka mahkluk ni. Sangat hodoh!.. Matanya seperti terpelohong ke dalam. Kulit daging pipinya seperti nak terjatuh ke bawah..berjuntai-juntai. Lidahnya terjelir panjang, manakala hidungnya rompong. Rambutnya tak usah cakap.. Cantik lagi rambut Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam..

PPPAAKKKKK!!! Tersentak Bonda & Tina.. dinding rumah seperti di tepuk kuat. " Sudah!.. Tidur! Dah malam ni! Jangan ditengok benda tu! " , tempik arwah Tok Ayah. Suaranya keras, terdengar dari bilik bawah. Cepat-cepat Tina menolak besi tingkap. Tingkap bilik tertutup.

Kami segera berselubung dalam selimut. Masing-masing menggigil ketakutan. Tak lama seleas itu, kami terdengar suara mengilai. Mula-mula sayup kejauhan kemudian makin kuat & kuat bunyi suara hilaian Pontianak tadi. Suara hilaian tadi hilang bersama bunyi seperti burung terbang. Macamana dia terbang kami tak tahu & tak nak tahu..

Kami berdua masih lagi berselubung dalam selimut. Sejuk dan berpeluh. Takut-takut Pontianak tu datang ke bilik kami. Manalah tahu tetiba dia nak buat kunjungan hormat.. AAAhhhhh!!!! TTtiidakkkkkkk..... Tak sanggup Bonda..

Bonda juga tak tahu apa yg terjadi kepada mamat berlima tu. Yang Bonda dengar ialah bunyi pintu ditutup kuat dan juga bunyi motor ditolak dengan laju..

Syukurlah..tidak ada yg terjadi kepada kami berdua malam tu tetapi esoknya kami berdua sarapan cucur bawang berulamkan bebelan arwah Tok Ayah.. HHhhuurrmmmm..sungguh nikmatnya kena marah.

Nanti Bonda sambung kisah Pontianak mengganggu Emak Bonda pula.

 


 

 

yess ... Bondaku Diana Danele yang manis lagi ayu .. rambut ikal mayang mengurai ....

kalu x silap .... ini cik pontianak ... betul ke?

kalu aku la yang buang air kecil ... kemedian tertenggek berhayun2 cam tu kat atas kepala ...

mau pitam pengsan doplo kali kottt ...

maklong ler ...... jenis2 macam aku niie dan g preedem .... bukan penakot ... cumer jiwa sentimental jer ......



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Waahh...pandei sungguh Wak Baddarom yg gagah perkasa menilik akan diri hamba...
Mangkuk apakah yg ahli nujum negara gunakan sehingga boleh nampak wajah hamba yg tak seberapa indah ini...?
Amat menakjubkan sekali... mabeles..mabeles. . Kui kui kui..

Kalau cerita yg Wak Baddarom kopi & pes tu..mmg betul la.. Puan Sri Pon... tp bagaimana dgn cerita terakhir tu? Dpt agak tak? ^_^

Hahahaha...
Bonda yg tak tgk pun serem... mlm slps kejadian tu...awal lg Bonda pakat2 dgn adik.. buang air kecil sblm jam 8 mlm.. kalau nk juga terkincit.. tahan je la sampei esok pagi... boleh? Huhuhu..
Cukup sebulan...confirm kene batu karang...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

BondaDiana wrote:

 

EMAK DIGANGGU PONTIANAK @ LANGSUIR ?

Assalammualaikum wbt

Sepertimana yg Bonda janjikan kepada semua, Bonda ingin bercerita tentang emak Bonda yg telah diganggu.

Kejadian ini berlaku di rumah sewa yang sangat angker itu ... house.gif

Pada suatu malam emak Bonda terasa hendak membuang hajat kecil. Oleh kerana ayah tiada sebab keluar berjumpa kawan-kawannya, emak mengajak Bonda temankan. Jam menunjukkan pukul 11.45 malam.

Pada mulanya Bonda malas hendak temankan. Mata ni mengantuk sangat-sangat. Macam ada gam kat kelopak mata ni.. ke sebab Bonda tertumpahkan gam UHU kat mata? Memang susah nak buka mata ni.

Bonda dengar suara emak tapi mata ni memang tak boleh nak buka langsung. Mungkin bosan nak kejutkan Bonda, emak pun berlalu ke dapur. Akan tetapi sebelum dia bergerak ke dapur sempat juga emak berkata sesuatu yang membuatkan tiba-tiba mata Bonda segar bugar..

Emak kata, " Takpelah kalau tak nak teman..tapi esok-esok kalau ko nak terbe**k tengah malam..silalah pergi sendiri ye.. ". Hah! Amik ko.. Haahahaha...  Bagus betul la emak ni. Main saikologi . Ugutannya menggugat hati nurani ku yg suci lagi mulia ni.. Eceh ! Ada ke patut?

Bingkas Bonda bangun dari tempat tidur. Dengan badan yg terhuyung hayang Bonda mengekori emak turun tangga ke dapur. Bonda terus ikut emak sampai ke bilik air. Sampai di bilik air, tak semena-mena emak berhenti. Dia pusingkan badannya dan memandang Bonda. Matanya tak berkedip-kedip memandang Bonda. Mata Bonda melilau ke kiri dan ke kanan.. dalam hati ni tertanya-tanya.. " Eh! Kenapa emak ni? " . Bonda mula dah seriau.

Emak masih lagi diam membisu. Kaku sambil memandang Bonda. Bonda garu kening yg tak gatal. Tiba-tiba emak berbisik, " Kok ye nak teman pun.. tak payah la ikut masuk dalam bilik air sekali.." . Hoh! Baru Bonda perasan yg Bonda ikut emak masuk sekali ke dalam bilik air. Bonda sengih.. emak menjeling tajam. (  kalau kami duduk bersembang pasal ni mesti tergelak besar apa la Bonda ni.. )

Selepas emak tutup pintu bilik air, Bonda pun menuju ke tangga batu di dapur. Hajat hati nak letakkan kepala kat tangga. Nak tutup mata sekejap. Bonda baru saja letak punggung di atas tangga..baru menyandarkan badan, tak sempat pun nak letakkan kepala di atas tangga emak dah keluar dari bilik air. Bonda lihat emak berjalan laju sambil betulkan kain batiknya.

Tanpa berkata-kata emak terus tarik tangan Bonda naik tangga. Sampai nak tersungkur Bonda dibuatnya. Apa hal ni? Nak tanya tak berani apabila melihat akan keadaan emak ketika tu. Emak arahkan Bonda untuk tidur.

" Tidur! " , itu saja yg emak katakan kepada Bonda. Tanpa banyak tanya, Bonda rebahkan badan atas tilam dan paksa diri untuk tidur. Dalam kepala ni dah fikir macam-macam. Sedang Bonda cuba nak tidurkan diri, Bonda dengar seperti bunyi orang berjalan atas daun kering. Ssrreetttt.ssrrettttt.ssssssrrreeettt.. bunyi tu tetiba hilang dan diganti dengan bau bunga melur.

Memikirkan yang depan rumah ini ada pokok bunga melur yang besar, Bonda ambil positif tentang bau terebut. Manakala bunyi seret atas tanah itu mungkin bunyi biawak yang sedang berkeliaran .. ( agaknya laaa.. ). Tak mahu fikir yg bukan-bukan Bonda pejam mata kuat-kuat. Ambil bantal tutup muka. Entah bila Bonda terlelap pun Bonda tak tahu.

Dipendekkan cerita, keesokkan petang selepas Bonda pulang dari sekolah.. terus Bonda bertanyakan kepada emak.tentang kejadian malam semalam.

Bagi sesiapa yg mengikuti kisah Bonda dirumah sewa yg angker tu asti ingat lagi akan kedudukan bilik air rumah tersebut. Ingat lagi bukan?

Baiklah..Bonda ceritakan balik secara ringkas akan kedudukan bilik air tersebut. Tapi SEBELUM itu, Bonda mahu...bagi mereka yang sedang membaca kisah ini.. FOKUS ! Dan cuba bayangkan serta cuba letakkan diri anda semua di tempat kejadian..SEDIA?

Kedudukan bilik air ini berada dibelakang sekali. Dindingnya separa batu-bata & separa zink tebal. Manakala atapnya juga zink tapi tidak menutup bilik air keseluruhannya. Hanya setengah depa bahagian atas bilik air yang terbuka. Berhadapan dengan dinding bilik air & juga pintu belakang terdapat sebatang pokok petai yang besar dan berbuah lebat. Hinggakan salah satu hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air yang terbuka. Buah petainya terjulur masuk sedikit ke dalam biik air.

Emak menceritakan selepas dia menutup pintu bilik air, dia pun teruskan niatnya nak membuang hajat. Kedudukan emak Bonda ketika itu menghadap dinding ke belakang. Ini bermakna di depannya ( bahagian luar bilik air ) pokok petai.

Sedang membuang hajat kecil, emak Bonda terperasan daun-daun petai jatuh berguguran ke lantai bilik air yang basah. Emak pula rasa pelik. Hendak dikatakan angin..tak terasa angin bertiup. Malam tu memang terasa bahang..

Daun-daun petai makin lama makin banyak jatuh berguguran ke lantai seperti salji.. Jadi emak Bonda dongak ke atas secara perlahan-lahan. Cuba mencari puncanya daun petai itu berguguran..

Allahuakhbar !! ..

Di atas dahan yang hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air.. emak Bonda nampak susuk badan perempuan berselubung dengan kain putih labuh sedang duduk sambil kakinya berjuntai-juntai ke bawah ( seperti anak kecil duduk di buaian..kakinya di goyang-goyangkan ke depan dan belakang ). Mukanya tidak kelihatan sebab terlindung dengan rambutnya yang sangat panjang. Kulitnya sangat pucat serta kukunya yang runcing dan hitam sedang bermain-main dengan rambutnya..

Tapi yang terang-terangan, emak Bonda nampak mulut perempuan itu tersenyum. Ini bukan sebarang senyuman .... Ini senyuman yg mampu membuat segala bulu-bulu di tubuh badan SEPAKAT naik serentak! Kalau SEPAKAT MEMBAWA BERKAT tidaklah diherankan sangat tapi SEPAKAT INI MEMBAWA TANDANYA BALA AKAN TIBA...!! Itu yang emak takutkan..

Agaknya DIA tahu yang emak Bonda sudah nampak akan dirinya yang tidak seberapa indah itu.. kakinya tiba-tiba berhenti bergoyang. Tangannya berhenti bermain dengan rambutnya. OMG! jawdrop.gif

 

Kata emak lagi. Sebelum perempuan itu menoleh sepenuhnya kepada emak, ada baiknya emak cepat-cepat bersihkan diri. Tanpa menoleh dan memandang ke atas emak terus tunduk dan selesaikan semuanya seberapa cepat yg boleh.

Dalam pada bergelut nak buka pintu bilik air, emak Bonda terdengar suara perempuan itu tergelak halus.. Mulut emak tak berhenti-henti beristighfar kaki emak rasa kebas..langsung tak terasa kakinya jejak ke lantai.. Terus emak buka pintu bilik air dan bergegas keluar.

Dan bunyi serta bau yang Bonda alami malam tersebut adalah tanda kehadiran makhluk tersebut diluar rumah Bonda. Ini berdasarkan cerita ayah Bonda yg kebetulan balik 15 minit selepas itu. Ayah nampak makhluk itu terbang menghala ke pokok kekabu yg berada di depan rumah..

Adakah susuk perempuan tersebut PONTIANAK? Ataupun LANGSUIR?

Cuba teka? biggrin

 


 

 

 

hehehehehe ... al kisahnya tadi aku tersala kopi pes ....

yang ini ... pasal dia bergayot gayotan ... serta berdendang sayang menjuntaikan kakik ...

macam .... langsuyir  ..... tapi ...

kalu dibaca2 lagi .. beliau x ler terbang menelentang ....

malah beliau duduk2 eksesais kakik ... sambil meng kik kik kik (nakal sungguh beliau mengusik orang yang sedang membuang air kumbahan hizzz .. x senunuh betulll)

aku teka jugak laaaa ..... cik ponti laaa nihhhh ... betul ke?

betul x betul .... kena clap clap calp jugak ....... bagi sapoting aku ....biggrin

 

 

(bondaku diana danele ... clap clap clsp tuu .. marilah kita bertepuk tangan amai amai ....)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

MOrning...

oh! tak apa tak apa....
paham..paham... keh keh keh..

salah la Wak...
tu la Cik Lang... Puan Sri Pon..tak minat buat keje tak berfaedah tu..duk atas pokok petai bukanlah hobi dia....
heheheee...

tak apa...kita coba lagi....clap clap clap....jom! mari kita bertepuk tampar beramei-ramei....


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ohhh...yg juntai2 kaki tu cik lang????

depan rumah sebelum ni ada pokok jambu botol...die selalu duk juntai2 kaki...
sampai nak pengsan nenek..selalu sangat jumpe...
pastu boleh plak duduk kat pokok (kat atas kolam ikan) tanduk rusa...
dengan muke berdarah die tu...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Uuiihh.. Bak kate bebudak rebena skrg.. Gilak ah!
Mau Bonda pangkah pokok jambu bol itu..takut..

Pn. Sri Pon mmg jarang Bonda dgr atau tgk dok atas pokok.. Dia ni suka merayau dan..dia ada laluan rasminya..
Kalau dia ikut jln A terus ke jln B then belok ke jln C then u turn blk ke jln D..itulah..laluan yg slalu akan dia lalu..kalau terjumpa tu nasib aarr..

Beza dgn Cik Lang..dia suka melayang2 terbang di angkasa ikut suka ati dia..itupun kalau dia ada ati..
Keje dia menyakat org..uuuhhh...mmg aktiviti feberet dia..
Selain drpd tu..antara hobi dia..
1. Tukar jd pompuan cantik..then flirting2..
2. Duduk atas pokok..amik angin mlm sambil gelak2..apa yg gemvira sgt pun Bonda pun tak tau..happy agaknya..
3. Yg ni kuang ajaq sikit.. Kencing atas org..mmg le keje setan..
4. Dok bergayut kat dahan..goyang2 kaki sambil prektis menyanyi..

Bestkan?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:

Walaupun Aku Hantu~~

Wajahku Tetap Cantekkk~~~ -,-

__________________

GO GREEN GET LUCKY!!~!!~!!!! BHAHAHAHA.... -..-

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

huamboi...macam ade pengalam jadi natu je bonda??hahhahaha

sume profile dah ditahunye....

ha...pasai kencing..boleh bonda gtau tak....apa akan jadi bile kne kencing...

g satu...yg orang2 minum 'air kencing setan tu'...berani nyer depa g tadah die kencing..hahahha

pastu yang bodoh2 bebal ni sume p beli dengan harga mahal...kasi sway kepala otak..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ohhhh ... aku dah agak dah ... langsuyir la tuuu  ... (hahahahahaha .. x nak menglah la pulak orang tua ni kan ..)

pasal apa ... memula nak teka lang langkasuka ... eh langsuir ...

pasal ... aku teringat cerita pontianak kampung batu

pelakon .. era fazira .. amy mastura .. didi alias .... dan err ....  lagi dua orang lagituu .. lupa pulak aku ..

sorang jadi hatu kom kom .. sorang lagi tu .. jadik langsuir ..

yang jadik langsuir tu .. yang hinggap dari satu pohon ke satu pohon ...

kemedian nyanyi nyanyi .. aaaa ... tu la dia langsuir ..

memula nak kata langsuir ... tapi terjawab pontianak pulak (cizzz ... sungguh ego pulak orang tua ni kan ..

da silap da la kan... bukan kene denda pon ... ngehehehehe)

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

pengalaman jadi hantu?... heheheee....

Bonda ni rajin bertanya...kecil2 dulu...Bonda rajin lepak ngan orang-orang tua...
Bukan cam sekarang..bebudak mana join lepak ngan orang-orang tua lagi dowh..hape klasssss... kononnya laa....
baik depa lepak depan fb..x pun lepak ngan Tab..samsung note..depan Ipad....

Bila Bonda lepak ngan golongan warga emas ni la...Bonda dapat byk petua..ilmu agama...ilmu orang dolu2..
Dari situ la Bonda dapat tahu..

Syukur Bonda dapat lepak dengan mereka yg tak lokek ilmu..rajin bercerita..rajin mengajar...
Tapi tu..kalau dah namanye bebudak...bila silap...kena la ketuk...hehehhe
___________________________________________________________________

Wak Baddarin ..

Eceh...dan dan tu laa....hahahhahhhaaaa..
tu citer kat astro.. Bonda pun ada tgk...

takpela..Pn. Sri Pon ke...Miss Lang ke... same jer.. tetap HA NUN TA WAU...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

BondaDiana wrote:

pengalaman jadi hantu?... heheheee....

Bonda ni rajin bertanya...kecil2 dulu...Bonda rajin lepak ngan orang-orang tua...
Bukan cam sekarang..bebudak mana join lepak ngan orang-orang tua lagi dowh..hape klasssss... kononnya laa....
baik depa lepak depan fb..x pun lepak ngan Tab..samsung note..depan Ipad....

Bila Bonda lepak ngan golongan warga emas ni la...Bonda dapat byk petua..ilmu agama...ilmu orang dolu2..
Dari situ la Bonda dapat tahu..

Syukur Bonda dapat lepak dengan mereka yg tak lokek ilmu..rajin bercerita..rajin mengajar...
Tapi tu..kalau dah namanye bebudak...bila silap...kena la ketuk...hehehhe
___________________________________________________________________

Wak Baddarin ..

Eceh...dan dan tu laa....hahahhahhhaaaa..
tu citer kat astro.. Bonda pun ada tgk...

takpela..Pn. Sri Pon ke...Miss Lang ke... same jer.. tetap HA NUN TA WAU...


huwaw....sekali lagik...WOW...hihihihi semakin mengikut arus la bonda ni..heheheh

ingt ade pengalaman tadi....hihihihi



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Iissshhh...ada ka pengalaman jd hantu?
Walaupun wajah ku tidak seindah maya karen..tidak seanggun rozita che wan two three...takdela Bonda nk jd makhluk demikian..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

huuhuhu.....

bonda cerita lah...apa akan jadi kalau terkena kencing lang tu...

nak tahu ni...akak pernh kena..die jadi kurap yg susah baik..betul ke?

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

klu kena air kencing kak lang x pnh tahu & dengar lak

tp klu kena ludah hantu (x tahu la spesies apa), adik lelaki aku pnh kena

dia jd mcm sopak garam kat bdn..org penang & kedah pggil sopak garam

org keyel x tao lak aku..dia mcm ruam2 halus kat bdn tp penuh satu bdn la

gatal yg amat2...

adik aku masa kena dia kecik lg, balik dari hutan pas main combat2

then, start menggaru...

apa lagi, bogel la..hahaha

apa2 pon, clap..clap..clap..utk pak badarusalam, young reza

& special kredit tu wahai bonda ku..bondaku si ikan kaloi... keluar la bonda, keluarla tunjukkankan diri...nasik melukut dgn sayur keladi..buat bondaku di pagi hari.....lalalalla....

opsss..silap..termemlalut lak...special kredit to BONDA DIANA ...

p/s: bonda, jgn marah yea, mmg peminat filem dulo2..hikhikhik

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hahahah lalink terlebih makan sayo keladi lah tu..

cepatlah cerita...buat cerita baru..aritu kata ade nak cerita lagi pasai mak lalink..ha..cepat..cepat...

(mohon ampun yer..terchat kat sini...larikkkkkkk)

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

huhuh..tgh mengarang ni..curik2 mengarang sbb ada bos nak hantar file baru

huhuhu..takut kantoi..nanati eak..insyaallah...

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

 

 Assalammualaikum wbt..

Dahulunya ketika berusia 18 tahun, emak Bonda mempunyai seorang bapa angkat ( Bonda gelarkan sebagai Pak Akob ~ bukan nama sebenar ). Pak Akob bekerja satu tempat dengan arwah datuk Bonda ( bapa emak ).

Baiklah..Bonda ceritakan serba sedikit  tentang Pak Akob.  Pak Akob ni jenis orang yg tegas dan berani. Padanya, dia hanya takut pada Yang Esa tidak pada yg lain. Menurut emak Bonda, Pak Akob bukan calang-calang orangnya. Orangnya berisi serta pandai bersilat( Pak Akob bukanlah seorang dukun. Pawang ataupun dukun. Dia tidak mengamalkan ilmu yg bertentangan dengan Islam ).

Berbadan gempal  pendek dan berkulit sawo matang. Walapun usianya ketika itu sudah menginjak  ke angka 60 tetapi penampilannya segak. Air mukanya jernih dan sentiasa senyum apabila berjumpa dengan orang. Cuma dengan syaitan saja dia tak nak senyum. Katanya pada emak Bonda.. " Pasai pa hat aku nak dok senyum kat depa? Kalo dah setan tu tak kelapaq langsung aku nak senyum. Takdak pekdah !  "  . Kelakar pula Bonda dengar emak mengajuk cakap Pak Akob.

Emak adalah anak angkat Pak Akob yg paling disayangi. Jadi dengan emaklah selalunya Pak Akob bercerita tentang hidupnya. Hinggakan emak hampir hendak dijodohkan dengan anaknya. Tapi emak  menolak dengan baik sebab pada emak, dia sudah pun menganggap anak Pak Akob tu seperti abangnya sendiri.


Cerita kali ini adalah berkaitan tentang Pak Akob. Berlaku di Taiping, Perak dalam tahun 70-an. Pak Akob bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu ( KTM ). Tugasnya adalah menjaga railway gate.

Hendak dijadikan cerita, hari itu Pak Akob bertugas pada shift malam. Waktu kerjanya adalah dari jam 9 mlm hingga ke 7 pagi. Pak Akob selalunya akan menunggang Vespa ( motorsikal yg paling famous amos ketika zaman tu.. ) utk ketempat kerjanya. Tapi malam itu, dia ke tempat kerja dengan hanya menggunakan basikal...

Setelah meletakkan barang-barangnya di atas meja, Pak Akob duduk di luar Guard Post menjalankan kerjanya seperti biasa. Selesai kerja di luar, Pak Akob menyambung kerjanya semula di dalam Guard Post. Jam di dinding Post menunjukkan ke angka 11 lebih malam. Keretapi berikut hanya akan lalu jam 4 pagi..bermakna ada 5 jam lagi untuk Pak Akob menutup railway gate.

Kedudukan Guard Post ini membelakangi beberapa buah rumah. Bersebelahan sebuah rumah yang paling hujung sekali, terdapat sebatang pokok ketapang. Menurut emak Bonda, pokok ni besar dan apabila malam pokok ni sangat menyeramkan.

Tengah Pak Akob duduk sambil menulis sesuatu pada buku log dia terperasan sesuatu melintas di di depan pintu Post. Memikirkan mungkin matanya mengantuk, Pak Akob biarkan saja. Tak lama kemudian..hidungnya  tercium sesuatu yang wangi seperti bau bunga kenanga. Pak Akob berhenti menulis tetapi kepalanya masih lagi pada kedudukan yg sama iaitu tunduk menghadap buku.

Pak Akob tarik nafas sekali lagi Ya! Bau bunga cempaka. Kuat sungguh baunya. Dengan hujung mata. Pak Akob cuba melihat kalau-kalau ada kelibat benda yang melintas tadi. ZZzzzzuuuuusss....... kelibat tu muncul lagi....dari arah yang sama. Kalau yang lalu tu manusia, sudah pasti Pak Akob akan dengan bunyi orang menapak atas batu jalan. Lagi satu.. kalau itu manusia, kenapa lalu dari arah yang sama dalam masa yang agak singkat? Hhhuurrmmmm.....ada logiknya juga..

Pak Akob pejamkan matanya rapat-rapat. Mulutnya terkumat-kamit membaca beberapa surah. Terus bauan bunga kenanga tadi hilang. Pak Akob menarik nafas lega. Tapi..lega hatinya hanyalah sementara

Hatinya terasa lain, seperti ada yang tidak selesai lagi. Dugaannya memang betul. Tak lama kemudian, telinga Pak Akob menangkap bunyi suara mengekek-ngekek ketawa. Kekekekeeee...kekekekee..kekekekeeeeeeeeeeeeeeee........bunyinya kuat seolah-olah berada bersebelahan dengan Guard Post.

Mendengarkan bunyi suara tu Pak Akob dah dapat agak benda apa yang mengganggu dia tadi. Bingkas Pak Akob bangun. Dia tahu benda tu berada jauh dari situ. Pintu Post ditutupnya dengan perlahan. Malas dia nak melayan empunya suara tu. Pak Akob memang tahu sangat perangai empunya suara tu. Kalau dilayan makin menjadi..( tu ayat dia ye..bukan ayat Bonda hehehehe..... )

Pak Akob sambung buat kerjanya tadi. Sangkanya habis setakat itu. Rupa-rupanya tidak ! Dia terdengar lagi suara tu. Kalau tadi empunya suara terkekek-kekek gelak, kali dia benda tu mengilai-ngilai pula ( memang kenalah dengan lagu Ikan KEKEK Mak Iloi-Iloi.. Ikan Gelama MengILAI - ILAI  ). Bukan setakat menilai-ngilai saja.. cerita emak kepada Bonda, Pak Akob cakap benda tu siap gegar-gegar pokok lagi.

Pak Akob dah hilang sabar. Ingatkan bila dia tak layan.. benda tu pergi Oh! Salah ropanya jangkaan ku itu.....

Pak Akob terus buka pintu Post dan berdiri diluar sambil bercekak pinggang. Suara hilaian yang kuat tadi kedengaran sayup-sayup. Bermakna benda tu berada berdekatan dengan Guard Post. Mata Pak Akob masih lagi berdiri diluar menghadap landasan keretapi.

Pak Akob menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba mencari arah angin. Menurut emak Bonda, ini adalah petua orang dulu-dulu untuk mengesan kehadiran sesuatu.( malangnya Pak Akob tak menceritakan dengan lebih lanjut tentang petua ini ).

Setelah Pak Akob dapat mencari arah angin, dia terus memusingkan badan dan memandang terus ke arah pokok ketapang yang berada di hujung sekali..( emak tak nyatakan kepada Bonda jarak antara pokok tersebut dengan Guard Post ).

Pak Akob tahu empunya suara tu berada di atas pokok ketapang yang besar. Melihatkan keadaan pokok yang bergoyang-goyang, dia memang tahu benda tu di situ.

Pak Akob melipat hujung kaki seluarnya dan dia terus ke melangkah menuju ke pokok ketapang. Dia memang yakin yang benda tu ada di atas pokok tersebut. Rumah-rumah di situ semuanya gelap.  Mungkin penghuninya tidur atau mungkin mereka juga terdengar bunyi yang sama seperti yang Pak Akob dengar dan ketakutan di dalam rumah. Itu semua Pak Akob tak ambil peduli. Dia terus berjalan.

Sampai depan pokok, Pak Akob mendongak ke atas. Memang tepat agakkannya. Empunya suara tersebut memang berada di atas pokok. Seperti yang diceritakan oleh Pak Akob kepada emak Bonda, dia melihat benda tu duduk menyangkung kat salah satu dahan yang besar. Bagi yang tak pernah melihat sepsis ni menyangkung atas pokok, pasti mereka akan lari lintang-pukang. Tak pun mungkin mereka akan pengsan di situ juga. Tapi Pak Akob, bila dia melihat benda ni dalam kedudukan yg sedemikian rupa...Ditambah pula dengan dengan jari-jemarinya yang panjang dan runcing,  Pak Akob naik menyampah ( ni ayat emak Bonda ya.... diulangi ayat emak Bonda ).

Pak Akob tak nampak muka benda tu sebab terlindung dengan rambut yang panjang. Cuma Pak Akob nampak lidahnya terjulur keluar dicelah-celah rambut yang berjurai dan mengerbang. Benda tu masih lagi terkekek-kekek gelak.. Kekeke..kekekeekekekeee........ Agaknya spesis ni memang jenis happy go lucky. Tu yang memanjang gelak je...( hat ni memang ayat Bonda. Tidak ada kena mengena langsung dengan Pak Akob.. )

Dari jauh terdengar anjing melolong sayu. Pak Akob mula hendak membaca beberapa potong ayat al-Quran. Tapi belum sempat dia menghabiskan bacaannya..tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang nak menimpa ke atas dia. Cepat-cepat Pak Akob buka mata.

Ssssyyyrrruuuusssss....bunyi air seperti di simbah dari atas. Nasib baik Pak Akob dapat mengelak. Cepat dia meloncat mengundur ke belakang.  Busuk betul bau air tersebut. Pak Akob dongak semula ke atas. Hati dia makin panas. Kalau terkenalah kat badan akibatnya memang teruk. Dikatakan sekiranya kita terkena kencing spesis ni, kulit akan gatal-gatal, kemerahan dan berbintat-bintat mengelembung. Jika tidak diubati dengan segera akan menjadi seperti kurap berair.

" Ooo....kuang ajaq punya Langsuih! Hang buat pelecaih ngan aku. Hang main kotoq na.... Hang bagi ayaq kencing kat aku? Siap hang.. Mampuih hang!!  Celuih ( meluat ) aku nengok.  Hang belum kenai aku sapa...! Hang tunggu sat..",  menyirap darah Pak Akob kesabarannya betul-betul tercabar. Benda tu bantai gelak lagi.. Hiiihhiiii.. hihihiiiiiiiiiiiiiiii. Anjing-anjing liar berbalas-balas lolongan.

Dengan segera Pak Akob buka butang baju serta ditanggalkan seluar panjangnya. Dengan separuh berbogel, Pak Akob berdiri betul-betul di pokok ketapang, lalu dia kencing pada pokok tersebut! Selesai  dia kencing, dia tepuk batang pokok sebanyak 7 kali. Pak Akob terus berundur 5 tapak kebelakang. Di selakkan bajunya ke belakang dan menghalakan 'anu' nya kepada benda tu.

" Hah! Amik hang.. Nak sangat kacau aku.. Hingaq ( bising ) sangat. Hang mai sini tengok..! Toksah nak kacau aku lagi. hang mai sini lagi..aku balun hang cukup-cukup!!  Baik hang pi jauh-jauh.. Pi !! " , tempik Pak Akob.

Terus benda tu terbang melayang-layang meninggalkan pokok ketapang. Ia terbang menghala ke kawasan hutan yang berada di tidak jauh dari kawasan perumahan tersebut. Melihatkan benda tu terbang, Pak Akob mengambil seluarnya dan menyarungnya kembali.

Dia berundur lagi beberapa tapak ke belakang dan kemudian memusingkan badan membelakangi pokok ketapang. Pak Akob terus berjalan menuju ke Guard Post tanpa menoleh lagi ke belakang. Emak Bonda kata...Inilah cara petua orang dulu-dulu bila berhadapan dengan gangguan syaitan terutamanya Langsuir.. Wallahu`alam



-- Edited by BondaDiana on Saturday 2nd of March 2013 05:14:36 AM



-- Edited by BondaDiana on Saturday 2nd of March 2013 06:23:22 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

ternganga cek baca,,, hihihi betoi ke kene wat macam tu bonda klau nk halau benda tu?

__________________

"mencari ketenangan"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Ternganga ke?

Laaa...kenapa? hehehe..

Itu petua orang dulu-dulu dear.. Bonda pun tak pasti..
Tapi masih ada lagi orang pratikkan petua tu...

Cuma Bonda tak tahu keberkesanannya...
Cuba tanya yang lebih pakar...mungkin betul kot..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

hihihihi hantu tu terkejut kot kan kene tunjuk bnda tu.. kikikikiki

__________________

"mencari ketenangan"



Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

err.. abes tu kalu pompuan yg kene kaco nk kene tunjuk ape ye bonda?? uhuhuhuhu..

__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Cik Lang jarang ganggu pompuan yang...

Dia lebih suka kacau lelaki.. sbb dia GA ALIF TA ALIF LAM....

hehehehe...oooppssss

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

owh ea?? ahahahahaha..

kate gatal.. abeh tunjuk yg tut tut tu, lari la pulak. ke dia takot ngn kencing org??

__________________

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ekekekek///bonda..nti mesti pak bada buat camtu...hahahha...

kompem punye....

kata pakcik..cik lang makan ta lam wau gho org laki...

ntah betul ke tak..die kne kejar waktu kat kubo cine...



-- Edited by young areza on Sunday 3rd of March 2013 05:44:58 PM

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

ye ke yang?

Bonda pun tak tahu..
Ikut ayat emak Bonda je..

Sbb Pak Akob bukan orang Penang..dia org taiping...

tapi celuih tu..mmg bonda minta sorry..salah taip.. sepatutnya cemuih..sekali tertaip celuih...

kengkonon nak taip laju2.. hehehee..my mistake.. EDITED already..

tapi yg lain i just follow emak Bonda je..dia cerita cam tu..cam tu gak la Bonda sampaikan...smile



-- Edited by BondaDiana on Sunday 3rd of March 2013 07:17:42 PM

__________________
«First  <  1 2 3 4 5  >  Last»  | Page of 5  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard