Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: HAI LA PINTU LIFFFFF.......


Senior Member

Status: Offline
Posts: 377
Date:
HAI LA PINTU LIFFFFF.......


Kali ni, lin nak cerita pengalaman yang pernah lin lalui sendiri semasa menjaga arwah ayah lin kat hospital Kota Kinabalu. (SORYLAH, AYAT BERTERABUR...)


 


            Umur Lin masa tu nak dekat 14 tahun. Lin rasa masa tu Lin belum matang sebab Lin suka main lif hospital. Lif kat sana ada 4 lif. Satu lif orang awam, satu lif doktor. dan dua lif pesakit. Dah suka sangat main lif, sampai pergi beli keropok tak sampai lima minit minta duit kat mak dan pergi naik lif. Ditakdirkan Tuhan, Lin nak pergi beli asam boi. Selamat turun ke bawah, dugaan datang masa Lin nak naik balik ke tingkat 2, khas untuk wad lelaki.


            Dugaan pertama, Lin kena masuk lif pesakit yang ada pintu depan dan belakang sorang-sorang. Dugaan kedua, bila sampai tingkat satu, lif pintu depan terbuka. Bila Lin jenguk kat luar, tak ada siapa pun. Keadaan kat luar sunyi, langsung tiada orang. Heran, selalu ramai. Jantung Lin dah berdetup kencang. Lin kuatkan hati, buat-buat tenang sambil tekan ‘button tutup’.


            Dugaan seterusnya, dah sampai tingkat 2, jantung Lin bertambah kuat, tiba-tiba sesak nafas bila cuma pintu lif kat belakang terbuka. Kat depan langsung tak buka. Macamana nak keluar ni? Tengok keadaan tempat pintu lif belakang terbuka tu, gelap sangat. Direct tengok depan, satu sign board tertulis BILIK MAYAT. Mak!!! gelap rasanya dunia…


            Lin kuatkan semangat. Lin tekan ‘button tutup’. Lama rasanya nak tunggu pintu lif belakang tu tertutup. Lin kuatkan semangat menunggu dengan hati yang tabah. Lin tekan button nak pergi Ground Floor. Sampai kat bawah, lega rasa hati. Lega gilalah…  Tapi ada satu lagi masalah, nak naik rasa takut pula. Tapi, dengan sepecut-pecunya lin buka langkah seribu berlari naik tangga sampai tingkat 2.  meremangnya bulu roma bila teringat lagi kisah itu. Lin demam lepas tu, tapi 2 hari jek…



__________________


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Laaa... rupanya budak ni la yang rosakkan lif hospital KK ni...

masa tu aku keje perbaiki lif... aku dah check lif tu memang rosak.. aku biar dia terbuka... masa aku dok geladah beg aku cari spana... aku pandang2 lif tu dah ada orang naik... memang kerosakan lif tu pintu dia terbukak2

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Senior Member

Status: Offline
Posts: 377
Date:

Jahatnya awak ni... mati-mati Lin ingat kena kejar hantu.


rupanya, awaklah hantu tu ya!



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 12
Date:

tulo..
ko dogill sangt ..
suko beno main lif tu..
haaa..kn ko doh keno tu..
hahaha ambik ko bhse perak aku da mucui!!!

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 446
Date:

la rupanye mister rie penah keja baiki lif.. kau bagi lif tu tmbah rosak ke aper mister rie... tu psl ngko kene buang keje kan....

__________________

never turn your back on me....



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 45
Date:

Ish.. Gerun gak cm 2.. Law aku agak nya mau wat2 tdo tiga pat ari dlm lif 2

__________________
Pencari hantu dialu alukan.. Utk join sila tpn/msg me at 0127123142 @ 0137824221.. Kami juga anda cadangkan kpd kami tempat yg seram dikawasan anda..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

men lagi lif 2..nsib xde "org" join skaki lam lif 2...

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard