Kali ni, lin nak cerita pengalaman yang pernah lin lalui sendiri semasa menjaga arwah ayah lin kat hospital Kota Kinabalu. (SORYLAH, AYAT BERTERABUR...)
Umur Lin masa tu nak dekat 14 tahun. Lin rasa masa tu Lin belum matang sebab Lin suka main lif hospital. Lif kat sana ada 4 lif. Satu lif orang awam, satu lif doktor. dan dua lif pesakit. Dah suka sangat main lif, sampai pergi beli keropok tak sampai lima minit minta duit kat mak dan pergi naik lif. Ditakdirkan Tuhan, Lin nak pergi beli asam boi. Selamat turun ke bawah, dugaan datang masa Lin nak naik balik ke tingkat 2, khas untuk wad lelaki.
Dugaan pertama, Lin kena masuk lif pesakit yang ada pintu depan dan belakang sorang-sorang. Dugaan kedua, bila sampai tingkat satu, lif pintu depan terbuka. Bila Lin jenguk kat luar, tak ada siapa pun. Keadaan kat luar sunyi, langsung tiada orang. Heran, selalu ramai. Jantung Lin dah berdetup kencang. Lin kuatkan hati, buat-buat tenang sambil tekan ‘button tutup’.
Dugaan seterusnya, dah sampai tingkat 2, jantung Lin bertambah kuat, tiba-tiba sesak nafas bila cuma pintu lif kat belakang terbuka. Kat depan langsung tak buka. Macamana nak keluar ni? Tengok keadaan tempat pintu lif belakang terbuka tu, gelap sangat. Direct tengok depan, satu sign board tertulis BILIK MAYAT. Mak!!! gelap rasanya dunia…
Lin kuatkan semangat. Lin tekan ‘button tutup’. Lama rasanya nak tunggu pintu lif belakang tu tertutup. Lin kuatkan semangat menunggu dengan hati yang tabah. Lin tekan button nak pergi Ground Floor. Sampai kat bawah, lega rasa hati. Lega gilalah… Tapi ada satu lagi masalah, nak naik rasa takut pula. Tapi, dengan sepecut-pecunya lin buka langkah seribu berlari naik tangga sampai tingkat 2. meremangnya bulu roma bila teringat lagi kisah itu. Lin demam lepas tu, tapi 2 hari jek…
Laaa... rupanya budak ni la yang rosakkan lif hospital KK ni...
masa tu aku keje perbaiki lif... aku dah check lif tu memang rosak.. aku biar dia terbuka... masa aku dok geladah beg aku cari spana... aku pandang2 lif tu dah ada orang naik... memang kerosakan lif tu pintu dia terbukak2