Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Budak Terjal Mempermainkan Special Call Puaka Perkhemahan


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Budak Terjal Mempermainkan Special Call Puaka Perkhemahan


Budak Terjal Mempermainkan Panggilan Telefon Special Puaka kat Perkhemahan

 

Assalammualaikum...  Seperti yang pernah kunyatakan kat post yang lalu, aku banyak berkawan ngan gengster dan kawan-kawan yang lucu.

Oh ya, walaupun aku berasal dari Sarawak, aku jugak ada ahli keluarga  kat Semenanjung ni. Ada masa aku tinggal kat Sarawak, ada masa, aku tinggal kat Semenanjung. Kat Semenanjung ni, aku dah pernah tinggal di beberapa buah negeri. Aku dah berkawan ngan ramai orang. Biasala, kalau dah terjal, selesa la jugak aku berkawan ngan jenis terjal jugak. Cuma, geng ku yang ada kat Semenanjung ni agak kurang sikit keterjalannya berbanding geng ku kat Sarawak. Banyak jenis jugak kawan yang aku dah kenal kat Semenanjung ni. Yang aku suka, antara persamaan mereka yang agak kamceng ngan aku ialah - lucu. Ada di antara kawan yang lucu tu jadi urusetia perkhemahan kat Semenanjung ni. Satu ketika, mereka ajak aku join dia orang kat perkhemahan yang dia orang kendalikan... 

Yeah...

Kawasan perkhemahan tu kat kawasan hutan kat Batu Pahat... kat area Tanjung Labuh... cantikkk...

Sebelum aku cerita kisah aku, biar aku sampaikan dulu kisah dua orang sahabatku yang lain yang pernah kena sakat oleh puaka/penunggu perigi buta kat kawasan perkhemahan tu...

Dua orang sahabatku tu dah tahap makcik dah, sorang Kak Farah(bukan nama sebenar) dan sorang lagi Kak Timah(bukan nama sebenar). Mereka kenal dengan aku melalui kawanku.

       Gini kisah dia orang. Sebelum tu, dia orang pernah handle perkhemahan kat kawasan tu. Jadi satu malam tu, Kak Farah dan Kak Timah ni jalan le berdua, berhampiran perigi buta tu, masa tu, masih awal malam lagi... Sambil lalu, Kak Farah perasan ada 'sesuatu' kat perigi tu sedang merenung kat dia orang. Dia toleh- nengok makhluk  tu tengah duduk, macam sedang membasuh pakaian kat perigi tu, nengok tepat je kat dia orang. Apa lagi, Kak Farah pun jalan cepat-cepat, Kak Timah pun ikut le rentak kawannya tu... Bila sampai kat hujung satu kawasan, Kak Farah pun cerita kat Kak Timah... apa lagi, kumat kamitle mulut mereka baca apa yang patut,... takut beb... 

       Kisah tu dicerita semula oleh Kak Farah kat aku. Aku senyum. Dengar cerita, memang perigi tu agak terkenal dengan 'keras' nya kat area tu. Memang hebat penunggu/puaka kat perigi tu. Cantiiikkk.... apa lagi, sebagai budak terjal yang masih suka menerjalkan diri masa tu kalau jumpa antu, aku pun jadi minat nak tengok... camana le rupa perigi buta tu.... mana le tau, bleh le jugak jumpa ngan 'kawan' tu... 'bermesra-mesra' le katakan... ha ha... takde pasal, cari pasal....

       So... bila geng kawanku yang lain(lelaki) ajak aku temankan dia orang kat situ, aku pun pegi le... Sampai kat sana, masa tu dah petang. Aku pun meninjau-ninjau, nengok perigi buta yang dikatakan 'berpenunggu'/berpuaka tu... Hmmm... aku sangkakan keadaannya mengerikan... rupa-rupanya dah disimen kelilingnya agak elok...bersih je aku tengok, macam takde mende je... bagiku, ia takle menakutkan, bukan macam keadaan perigi buta kat kampung saudaraku kat Sarawak yang memang hebat penunggunya...

       Bila time malam, aku merayau-rayau le kat kawasan perkhemahan tu, nyakat kawan, sembang-sembang, yang cantiknya sembang cerita hantu tu... memalam gitu kat area macam tu... dah terjal le namanya kan... macam saja cari pasal je... Memang ramai orang masa tu, budak-budak dan urusetia yang ada kat perkhemahan tu, aku tak le rasa seram.

 .....hinggalah ke sekitar pukul 3 pagi... macam dah sunyi dah... mataku masih segar masa tu... cantiiikkk... 

       Sebelum merayau nyakat budak lain, aku memang ada dengar bunyi burung hantu kat dalam hutan tu, panjang semacam je bunyinya. Aku tak rasa apa pun, pasal dah banyak kali dengar bunyi burung hantu yang lain kat belakang rumah sewaku sebelum tu. Lepas tu, aku jalan sorang-sorang, meronda-ronda, kat area depan, juga kat belakang-belakang, kat tempat-tempat gelap, berdekatan ngan hutan. Ramai jugak yang rasanya dah tidur, selain yang konon-konon tidur. So, aku jalan kat area belakang, kawasan perigi buta tu... aku singgah kat satu pondok kat area hujung/belakang yang berhampiran dengan perigi buta tu. Kat dalam pondok tu, ada ramai budakyang semuanya dah senyap berselimut.. macam dah kena sakat je... Aku takut-takutkan dia orang... Aku membayangkan kat dia orang ada hantu yang sedang nengok dia orang kat situ... "Ha... dia ada kat atas pokok tu..." kataku kat budak-budak tu. Tapi aku tau, ada lagi di antara mereka yang belum tido.  Kat sekitar, memang banyak jugak pokok-pokok hutan. ...Aku selambe je cakap benda-benda yang menakutkan untuk menakutkan mereka... ha ha... senyap habis dia orang... Memang masa aku nyakat tu, terasa jugak aku macam ada 'benda' dok nengok aku, tapi aku selambe je...

       Lepas puas hati nyakat budak, aku jalan, lalu betul-betul kat perigi buta tu. Saja je aku nak perhatikan kat perigi tu...  macam takde apa-apa je... Mana makhluk yang dikata sebelum tu? Macam takde mende je... Tiba-tiba... handphone ku berbunyi, ada orang call. Eh, sapa pulak call aku pukul 3 pagi ni? Aku tengok kat skrin- 'No number'... wah... hebat... tapi, call tu sekejap je, aku baru nak jawab, dah mati dah panggilan tu. Itu je? Hmmm.. Masa tu, aku berada dekat dengan perigi buta tu. Aku simpan handphone, buat donno. Tak rasa seram pun.

       Aku pun pergi kat tempat pondok tempat kawan-kawanku, geng urusetia tu berkumpul. Aku tengok ada yang macam cuba nak tido. Dengki punya pasal, aku ajak sembang macam-macam, termasukla pasal call yang aku terima tadi. Ha ha.. dia orang takjadi tido... padan muka kena layan dengan aku, malang le mamat bertiga tu... ngeh ngeh....

       Boring kat dalam pondok urusetia, ramai-ramai keluar. Sorang kawan buat unggun api. Bubuh kayu banyak- api jadi marak betul, besar semacam. Sorang kawan pulak, nak bergambarle kat unggun api tu. Sorang kawan lain ambik guna handphone. Dah siap, tengok hasil gambar kawan tu kat handphone tu, mereka perasan macam ada sesusuk 'lembaga' kat belakang kawan tu dalam gambar tu. Aku pun apa lagi, terus je mengiyakan, siap menakut-nakutkan lagi le kawan yang dah sedia takut tu. Sebenarnya, aku tak de le nengok betul-betul gambar tu, aku tengok sikit je, terus mengada-ngadakan cerita yang menakutkan... memang celupar le jugak mulutku masa tu... dah masa gitu, kat hutan, cakap pasal hantu selambe... bengang le 'benda' yang tak nampak tu, kan? Memang logik dia bengang beb... aku dah le dari tadi asyik banyak kali cakap pasal hantu, selambe je pegi tempat dia orang tak bagi salam... dah budak terjal... tu le kerjanya...

       So... tengah aku syok nyakat kawanku itu, tiba-tiba, handphone aku lagi sekali berbunyi. Special call tu... Aku angkat, jawab. Kali ni, dia tak terus matikan macam tadi. Macam saja je nak kasi aku jawab, nak kacau aku. Yang cantiknya, aku cakap, suara aku dengan bunyi di persekitaranku itu keluar balik kat handphone ku. Eh, kalau ikut normal, mana da handphone bunyi macam tu kan? Biasanya, kita cakap, suara kita dan bunyian sekitar kita tak keluar balik kat handphone tu, yang kita dengar- bunyi daripada pihak/orang yang memanggil/dipanggil. Handphone aku memang okey, tak rosak pun masa tu. Dah namanya budak terjal, bukannya makin takut,... siap aku main-mainkan lagi- aku cakap "Hello hello hello" berulang-kali, main-mainkan. Siap suaraku tu keluar balik, macam tu jugak. Makin seronok pulak aku main-mainkan panggilan tu. Aku panggil kawanku yang lain, suruh cuba- dia cakap, keluar balik bunyi suara dia dan bunyi2 yang ada kat sekitar kat handphone tu. Hebat jugak makhluk tu, boleh buat handphone macam tu. Aku selambe je main-mainkan panggilan tu. Agaknya boring pasal aku tak takut langsung, panggilan itu pun dimatikan sendiri oleh 'pihak' yang membuat panggilan tu... Ha ha... antu tu nak menyakat budak terjal macam aku masa tu dengan teknik tu... dia silap... Aku tengok kat skrin nombor pemanggil- 'No number'... he he... dia lagi le tu...

Lepas tu, bila siang, aku sembang dengan kawan lain pasal kejadian panggilan daripada 'No number' tu. Bila ditanya kenapa dia tak panggil siang, aku jawab- panggilan siang mahal, malam ada murah... ha ha... 

Lepas tu aku balik. Aku dah dapat rasa, benda tu masih tak puas hati nak ngacau aku. Mesti dia ikut aku balik... 

So... malam tu... kat rumah sewaku... pada sekitar pukul satu, ketika aku sedang duduk kat ruang tamu... jeng-jeng jeeennnngggg....

Bunyi burung hantu yang aku dah dengar kat kawasan perkhemahan tu berbunyi semula, kat area belakang rumah sewa ku itu... macam sama je bunyinya... hei... nak nyakat aku le tu... macam masih tak puas hati je, macam masih geraaam je kat aku...

Aku bengang, aku sound keras "Jangan Kacau aku! Jangan sampai aku marah!" elok je senyap terus bunyi burung hantu tu... ha... engkau, dah kena marah dengan budak terjal... memang nasib le...

Entah le...

Memang aku rasa macam dah takde lagi dah benda tu kacau aku. Maknanya, penunggu tu takle hebat sangat... ceh... macam le aku ni hebat sangat, kan? Padahal, aku takle hebat manapun... ha ha...

 

Oh ya... bila aku fikir2 balik...

jadi risau pulak aku, kalau ada geng yang baca cerita ni dan cerita2ku yang lain nak jadi berani terjal ngan makhluk halus macam yang aku dah buat jugak... hmmm... mungkin anda tak patut buat macam tu jugak, terutama sekali kalau anda tu pompuan. Memana lelaki yang sebenarnya penakut tapi buat-buat berani pun tak ku galakkan jugak buat macam yang aku dah buat... 

Aku berani buat sebab, walaupun aku terjal dan gangster, tapi aku ada le jugak ilmu-ilmu yang berkaitan. Ada di antara ilmu tu dah aku ceritakan gambarannya kat cerita bertajuk Budak Terjal dan Penunggu Kedai. Selain ada ilmu macam tu, aku juga agak berani bila berdepan ngan makhluk tu. Orang yang berani- boleh kawal diri dan boleh kawal bacaan al-Quran bila berdepan makhluk tu. Orang yang gabra- boleh terganggu bacaannya- jadi lintang-pukang, jadi tak betul- ilmu tu pun tak jadik, setan/jin tu pun tak takut. Makin berani lagi ada nak bertambah menyakat... 

so... terserahlah kepada anda sendiri berfikir mengenainya...



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Legend.tu....kem jubli intan...dlu selalu teman ayh bawabudak.silat kem.kat sana

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adinda rok kapak .... nko buat `artwork' kat batu pahat tu .. kat ne?

buleh jugak kang .. bile budak Areza muda tu balik .....  beliau akan membelajakann dirinya mee racon  dengan nko ....

 

 

(budak yang areza nii ... dulu janji ngan aku nak membelanjakan dirinya mee racon ngan aku

sampai la niii ... air lior aku meleleh ... mee racon x sampai jugak masuk kat mulut aku ....)

 

aaa ... lagi satu ... nko duk kat batu pahat kat ne aaa?

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Hahahah kan...pak.bado tu sombg..lnsg tak cntc..huhu

Ni..tahun.dpn kot bru balik huhu

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Artworks saya masa ni buat kat rumah sewa.

Kalau jenis yang lain- saya kena pegi ke tempat yang pelanggan kehendaki.

Pasal mee racun... sorry, rasanya dulu pernah kawan belanja saya. Tapi tu agak lama. Saya tak berapa berkenan pas tu pasal namanya ada 'racun'... ha ha...

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

young areza wrote:

Hahahah kan...pak.bado tu sombg..lnsg tak cntc..huhu

Ni..tahun.dpn kot bru balik huhu


 adoiiii dikkk oiiii .... ade aku sombong ke?

bila mase la nko mesej aku dik oiiiii ....

aku nie selain tua umur ... tua fizikal ... juga tua memori ...

so .. kalu aku lupa atau ter miss ... sori la dikk

ni nko musti keje kat pulau jauh niii .... silap2 kat Pulau Labuan ... sabah ... errr ... x pong Pulau Pinang

 

(tula ... padan muka aku ... mase budak tu ade keje kat batu pahat .. x nak membelanjakan diri

makan minum ngan budak tu ... ni dah jaohhh ... adoiiiiiii .... taun depan? lamanya dikkkk ....)

 

adina Batu Keras Batu Belah Batu Bertangkop ...

mee racun tu .. aku pon lupa pernah makan ke x ... sebab kat tempat aku x de

racun tu nama glamer jerk ... makan ler nasik baryani gam ke .. baryani spesel ke ... baryani power ke ...

artwork nii .... err ... nko buat lukisan / drawing ke dik? x paham aku ler

sebab ... ade jugak seni lukis untuk kerja2 pembangunan ... pelan lakar ... leaout ... pelan rumah dan lain2

nko pulak mane satu .... (sorilah dik rok batu rok ... tanya bab2 yng budus budus canggini .... sebab aku ni sekulah pon sampai darjah enam jer ...)

 

 

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Artworks yang aku ada buat- airbrush, painting dan murals.

Tapi ada gak buat design guna computer, ikut tempahan.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ohhh ..., kire macam .. melukis la nii .. lukis potret ke ...

biasanya sape yg tempat kolo gune komputer atau mural..? mural tu ape?

kolo moral .. aku tau laaa .... biggrin

 

 

cer tepek kat sini art desging ke artwork yg masih ade pd ko... bulej?

(banyak ler org tua ni mintakkk)

lagik satu soklan aku tidak dijawap oleh nko wahai adinda rok kapak ...

nko dah blik ke Kucing ke?



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Artworks... mungkin di masa lain saya akan paste...

Mural yg saya maksudkan tu- lukisan kat dinding... macam grafiti tu le. Bergantung kepada permintaan pelanggan dan kesesuaian. 

Saya mungkin akan balik ke Kuching bulan depan. Masa ni ulang-alik kat area tertentu kat semenanjung. Minggu ni saya kat Batu Pahat. 

Kat semenanjung ni, ada masanya saya kat negeri lain untuk tempoh tertentu.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ohhh ... bulan depan nak balik kucing la niii ....

kucing tu nko duk kat ne?

bulan mei lepas aku n the gang eh .. aku ngan grup opis .. uat miting kat kucing

kire ... Alhamdulillah dah 6 kali aku g kucing ..

taun lepas bulan julai kolo x silap ikut partner ada miting kat kucing ... bawak anak sorang

entah ler ... aku x jemu2 g kucing ... suka .. espeseli ... water front dia ....

la ni la ni .. kami x g kg budaya tuu ....

 

kolo kat kucing tu .. sebenornya kek sarawak yg sedap kat mane beb?

kolo g ikut grup nii ... diarang bawa ke kilang dayang tu laaa ....

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard