Budak Terjal Mempermainkan Panggilan Telefon Special Puaka kat Perkhemahan
Assalammualaikum... Seperti yang pernah kunyatakan kat post yang lalu, aku banyak berkawan ngan gengster dan kawan-kawan yang lucu.
Oh ya, walaupun aku berasal dari Sarawak, aku jugak ada ahli keluarga kat Semenanjung ni. Ada masa aku tinggal kat Sarawak, ada masa, aku tinggal kat Semenanjung. Kat Semenanjung ni, aku dah pernah tinggal di beberapa buah negeri. Aku dah berkawan ngan ramai orang. Biasala, kalau dah terjal, selesa la jugak aku berkawan ngan jenis terjal jugak. Cuma, geng ku yang ada kat Semenanjung ni agak kurang sikit keterjalannya berbanding geng ku kat Sarawak. Banyak jenis jugak kawan yang aku dah kenal kat Semenanjung ni. Yang aku suka, antara persamaan mereka yang agak kamceng ngan aku ialah - lucu. Ada di antara kawan yang lucu tu jadi urusetia perkhemahan kat Semenanjung ni. Satu ketika, mereka ajak aku join dia orang kat perkhemahan yang dia orang kendalikan...
Yeah...
Kawasan perkhemahan tu kat kawasan hutan kat Batu Pahat... kat area Tanjung Labuh... cantikkk...
Sebelum aku cerita kisah aku, biar aku sampaikan dulu kisah dua orang sahabatku yang lain yang pernah kena sakat oleh puaka/penunggu perigi buta kat kawasan perkhemahan tu...
Dua orang sahabatku tu dah tahap makcik dah, sorang Kak Farah(bukan nama sebenar) dan sorang lagi Kak Timah(bukan nama sebenar). Mereka kenal dengan aku melalui kawanku.
Gini kisah dia orang. Sebelum tu, dia orang pernah handle perkhemahan kat kawasan tu. Jadi satu malam tu, Kak Farah dan Kak Timah ni jalan le berdua, berhampiran perigi buta tu, masa tu, masih awal malam lagi... Sambil lalu, Kak Farah perasan ada 'sesuatu' kat perigi tu sedang merenung kat dia orang. Dia toleh- nengok makhluk tu tengah duduk, macam sedang membasuh pakaian kat perigi tu, nengok tepat je kat dia orang. Apa lagi, Kak Farah pun jalan cepat-cepat, Kak Timah pun ikut le rentak kawannya tu... Bila sampai kat hujung satu kawasan, Kak Farah pun cerita kat Kak Timah... apa lagi, kumat kamitle mulut mereka baca apa yang patut,... takut beb...
Kisah tu dicerita semula oleh Kak Farah kat aku. Aku senyum. Dengar cerita, memang perigi tu agak terkenal dengan 'keras' nya kat area tu. Memang hebat penunggu/puaka kat perigi tu. Cantiiikkk.... apa lagi, sebagai budak terjal yang masih suka menerjalkan diri masa tu kalau jumpa antu, aku pun jadi minat nak tengok... camana le rupa perigi buta tu.... mana le tau, bleh le jugak jumpa ngan 'kawan' tu... 'bermesra-mesra' le katakan... ha ha... takde pasal, cari pasal....
So... bila geng kawanku yang lain(lelaki) ajak aku temankan dia orang kat situ, aku pun pegi le... Sampai kat sana, masa tu dah petang. Aku pun meninjau-ninjau, nengok perigi buta yang dikatakan 'berpenunggu'/berpuaka tu... Hmmm... aku sangkakan keadaannya mengerikan... rupa-rupanya dah disimen kelilingnya agak elok...bersih je aku tengok, macam takde mende je... bagiku, ia takle menakutkan, bukan macam keadaan perigi buta kat kampung saudaraku kat Sarawak yang memang hebat penunggunya...
Bila time malam, aku merayau-rayau le kat kawasan perkhemahan tu, nyakat kawan, sembang-sembang, yang cantiknya sembang cerita hantu tu... memalam gitu kat area macam tu... dah terjal le namanya kan... macam saja cari pasal je... Memang ramai orang masa tu, budak-budak dan urusetia yang ada kat perkhemahan tu, aku tak le rasa seram.
.....hinggalah ke sekitar pukul 3 pagi... macam dah sunyi dah... mataku masih segar masa tu... cantiiikkk...
Sebelum merayau nyakat budak lain, aku memang ada dengar bunyi burung hantu kat dalam hutan tu, panjang semacam je bunyinya. Aku tak rasa apa pun, pasal dah banyak kali dengar bunyi burung hantu yang lain kat belakang rumah sewaku sebelum tu. Lepas tu, aku jalan sorang-sorang, meronda-ronda, kat area depan, juga kat belakang-belakang, kat tempat-tempat gelap, berdekatan ngan hutan. Ramai jugak yang rasanya dah tidur, selain yang konon-konon tidur. So, aku jalan kat area belakang, kawasan perigi buta tu... aku singgah kat satu pondok kat area hujung/belakang yang berhampiran dengan perigi buta tu. Kat dalam pondok tu, ada ramai budakyang semuanya dah senyap berselimut.. macam dah kena sakat je... Aku takut-takutkan dia orang... Aku membayangkan kat dia orang ada hantu yang sedang nengok dia orang kat situ... "Ha... dia ada kat atas pokok tu..." kataku kat budak-budak tu. Tapi aku tau, ada lagi di antara mereka yang belum tido. Kat sekitar, memang banyak jugak pokok-pokok hutan. ...Aku selambe je cakap benda-benda yang menakutkan untuk menakutkan mereka... ha ha... senyap habis dia orang... Memang masa aku nyakat tu, terasa jugak aku macam ada 'benda' dok nengok aku, tapi aku selambe je...
Lepas puas hati nyakat budak, aku jalan, lalu betul-betul kat perigi buta tu. Saja je aku nak perhatikan kat perigi tu... macam takde apa-apa je... Mana makhluk yang dikata sebelum tu? Macam takde mende je... Tiba-tiba... handphone ku berbunyi, ada orang call. Eh, sapa pulak call aku pukul 3 pagi ni? Aku tengok kat skrin- 'No number'... wah... hebat... tapi, call tu sekejap je, aku baru nak jawab, dah mati dah panggilan tu. Itu je? Hmmm.. Masa tu, aku berada dekat dengan perigi buta tu. Aku simpan handphone, buat donno. Tak rasa seram pun.
Aku pun pergi kat tempat pondok tempat kawan-kawanku, geng urusetia tu berkumpul. Aku tengok ada yang macam cuba nak tido. Dengki punya pasal, aku ajak sembang macam-macam, termasukla pasal call yang aku terima tadi. Ha ha.. dia orang takjadi tido... padan muka kena layan dengan aku, malang le mamat bertiga tu... ngeh ngeh....
Boring kat dalam pondok urusetia, ramai-ramai keluar. Sorang kawan buat unggun api. Bubuh kayu banyak- api jadi marak betul, besar semacam. Sorang kawan pulak, nak bergambarle kat unggun api tu. Sorang kawan lain ambik guna handphone. Dah siap, tengok hasil gambar kawan tu kat handphone tu, mereka perasan macam ada sesusuk 'lembaga' kat belakang kawan tu dalam gambar tu. Aku pun apa lagi, terus je mengiyakan, siap menakut-nakutkan lagi le kawan yang dah sedia takut tu. Sebenarnya, aku tak de le nengok betul-betul gambar tu, aku tengok sikit je, terus mengada-ngadakan cerita yang menakutkan... memang celupar le jugak mulutku masa tu... dah masa gitu, kat hutan, cakap pasal hantu selambe... bengang le 'benda' yang tak nampak tu, kan? Memang logik dia bengang beb... aku dah le dari tadi asyik banyak kali cakap pasal hantu, selambe je pegi tempat dia orang tak bagi salam... dah budak terjal... tu le kerjanya...
So... tengah aku syok nyakat kawanku itu, tiba-tiba, handphone aku lagi sekali berbunyi. Special call tu... Aku angkat, jawab. Kali ni, dia tak terus matikan macam tadi. Macam saja je nak kasi aku jawab, nak kacau aku. Yang cantiknya, aku cakap, suara aku dengan bunyi di persekitaranku itu keluar balik kat handphone ku. Eh, kalau ikut normal, mana da handphone bunyi macam tu kan? Biasanya, kita cakap, suara kita dan bunyian sekitar kita tak keluar balik kat handphone tu, yang kita dengar- bunyi daripada pihak/orang yang memanggil/dipanggil. Handphone aku memang okey, tak rosak pun masa tu. Dah namanya budak terjal, bukannya makin takut,... siap aku main-mainkan lagi- aku cakap "Hello hello hello" berulang-kali, main-mainkan. Siap suaraku tu keluar balik, macam tu jugak. Makin seronok pulak aku main-mainkan panggilan tu. Aku panggil kawanku yang lain, suruh cuba- dia cakap, keluar balik bunyi suara dia dan bunyi2 yang ada kat sekitar kat handphone tu. Hebat jugak makhluk tu, boleh buat handphone macam tu. Aku selambe je main-mainkan panggilan tu. Agaknya boring pasal aku tak takut langsung, panggilan itu pun dimatikan sendiri oleh 'pihak' yang membuat panggilan tu... Ha ha... antu tu nak menyakat budak terjal macam aku masa tu dengan teknik tu... dia silap... Aku tengok kat skrin nombor pemanggil- 'No number'... he he... dia lagi le tu...
Lepas tu, bila siang, aku sembang dengan kawan lain pasal kejadian panggilan daripada 'No number' tu. Bila ditanya kenapa dia tak panggil siang, aku jawab- panggilan siang mahal, malam ada murah... ha ha...
Lepas tu aku balik. Aku dah dapat rasa, benda tu masih tak puas hati nak ngacau aku. Mesti dia ikut aku balik...
So... malam tu... kat rumah sewaku... pada sekitar pukul satu, ketika aku sedang duduk kat ruang tamu... jeng-jeng jeeennnngggg....
Bunyi burung hantu yang aku dah dengar kat kawasan perkhemahan tu berbunyi semula, kat area belakang rumah sewa ku itu... macam sama je bunyinya... hei... nak nyakat aku le tu... macam masih tak puas hati je, macam masih geraaam je kat aku...
Aku bengang, aku sound keras "Jangan Kacau aku! Jangan sampai aku marah!" elok je senyap terus bunyi burung hantu tu... ha... engkau, dah kena marah dengan budak terjal... memang nasib le...
Entah le...
Memang aku rasa macam dah takde lagi dah benda tu kacau aku. Maknanya, penunggu tu takle hebat sangat... ceh... macam le aku ni hebat sangat, kan? Padahal, aku takle hebat manapun... ha ha...
Oh ya... bila aku fikir2 balik...
jadi risau pulak aku, kalau ada geng yang baca cerita ni dan cerita2ku yang lain nak jadi berani terjal ngan makhluk halus macam yang aku dah buat jugak... hmmm... mungkin anda tak patut buat macam tu jugak, terutama sekali kalau anda tu pompuan. Memana lelaki yang sebenarnya penakut tapi buat-buat berani pun tak ku galakkan jugak buat macam yang aku dah buat...
Aku berani buat sebab, walaupun aku terjal dan gangster, tapi aku ada le jugak ilmu-ilmu yang berkaitan. Ada di antara ilmu tu dah aku ceritakan gambarannya kat cerita bertajuk Budak Terjal dan Penunggu Kedai. Selain ada ilmu macam tu, aku juga agak berani bila berdepan ngan makhluk tu. Orang yang berani- boleh kawal diri dan boleh kawal bacaan al-Quran bila berdepan makhluk tu. Orang yang gabra- boleh terganggu bacaannya- jadi lintang-pukang, jadi tak betul- ilmu tu pun tak jadik, setan/jin tu pun tak takut. Makin berani lagi ada nak bertambah menyakat...
so... terserahlah kepada anda sendiri berfikir mengenainya...
Kalau jenis yang lain- saya kena pegi ke tempat yang pelanggan kehendaki.
Pasal mee racun... sorry, rasanya dulu pernah kawan belanja saya. Tapi tu agak lama. Saya tak berapa berkenan pas tu pasal namanya ada 'racun'... ha ha...