Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku.. 2


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
Kisahku.. 2


 

MUKADIMAH

Assalammualaikum..

P.O.N.T.I.A.N.A.K @ Kuntilanak..sebut je perkataan ni  mesti orang takut. Belum lagi kalau bersua muka. Betul tak? Apa asalnya makhluk ni? Kenapa boleh terjadinya makhluk yg dinamakan PONTIANAK a.k.a Kak Pon @ Cik Pon.?

Pontianak versi Asia Tenggara adalah wanita yg mati bersalin bersama anak yg dikandungnya sekali atau kata lainnya perempuan mati beranak . Selalunya Pontianak digambarkan sebagai perempuan yg cantik dan kemudian bertukar rupa yg sangat hodoh dan menakutkan. ( Bonda tak pernah jumpa yg cantik..yg pernah Bonda jumpa semua yg tak sempat berdandan ).

Bnyak versi yg kita dengar tentang kejadian ataupun mitos ttg pontianak ini. di sesetengah tempat mengatakan Pontianak ini mempunyai lubang belakang badan ( juga dikenali sebagai Sundel Bolong ).

Dikatakan juga Pontianak takut dengan benda-benda tajam. Itu sebab orang dulu-dulu suka membawa atau meletakkan barang-barang yg tajam seperti gunting, pisau, paku panjang dan sebagainya. Di satu bahagian di daerah Indonesia percaya, Pontianak yg mempunyai lubang di bahagian atas punggung tidak membunuh mangsanya, makhluk ini hanya mengganggu dengan penampakkan susuk tubuh dan wajahnya saja..

Pontianak juga boleh merasuk seseorang. Selalunya yg dirasuk tidak mengira jantina. Kadang-kadang lelaki juga akan dirasuk oleh spesis ini. Juga pernah diberitahu yg Pontianak akan masuk ikut baju yg dijemur pada waktu tengah malam. Sebab itulah orang tua zaman dulu melarang anak-anak mereka jemur baju pada waktu malam sebab takut Pontianak masuk ke dlm rumah ikut baju-baju yg dijemur td

Mitos atau kepercayaan orang dulu-dulu ada menyebut jika dipaku Pontianak ia akan menjelma sebagai manusia yg sangat cantik yg pantangan selama hidupnya tidak boleh  menaiki anak tangga, memanggil anak ayam, dan melihat darah orang yang bersalin. Namun mitos ini memang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh sebab itu ramai yg tidak menyakini akan perkara ini.

Dan.target mangsa-mangsa spesis ini sudah tentunya kaum lelaki ( sudah tentulah kan..dah hantunya perempuan ye tak?). Pontianak juga suka mengganggu anak-anak kecil dan wanita yg hamil anak pertama ( betul atau tidaklah diketahui akan kebenarannya ).Targetnya juga bagi orang mengacau tempat mereka serta bercakap besar. Bak kate oghang Peghak .. " Siaplah kome semua. I will come to you bebeh! "

Tetapi pernah tak kita dengar orang mati disebabkan darahnya dihisap oleh Pontianak? Bonda belum pernah jumpa atau terdengar kes sedemikian. Yang selalu Bonda dengar ialah diganggu oleh penampakkannya saja. Di segelintir tempat ada mengatakan Pontianak membunuh mangsanya dengan cara merobek perut mangsa dan memakan alat sulit mangsanya. Semuanya bermotifkan dendam!! Eeeiiiii.. betulkah? Bonda sendiri pun tak tau..

Apa yg Bonda pernah dengar ialah spesis ini suka mendiami pokok-pokok besar ( yg mempunyai lubang ditengah-tengahnya ). Spesis ini juga suka merayau-rayau dan suka menyakat / menganggu. Pontianak juga suka bertenggek di dahan-dahan pokok-pokok yg besar..( kadang-kadang spesis ni suka menyangkung atau duduk sambil kakinya di hayun-hayunkan ). Ada juga yg suka menumpang.. tak kiralah tumpang kereta ke, motor ke, basikal ke..waima lori pun ditumpang juga. Huuurrmmmm. Duduknya dimana? Kadang-kadang di belakang tempat duduk ( selalunya la ), kadang-kadang juga di atas kenderaan. Ikut mood dan perasaan suka hati spesis ni....

Ada juga mengatakan kehadiran Pontianak akan diiringi dengan bauan bunga Kemboja atau bunga Harum Sundal Malam..( ini memang pernah Bonda alami )Bagaimana utk mengetahui samada spesis ini ada bersama dengan kita? Orang tua-tua cakap sekiranya bunyinya dekat bermakna ia jauh dari kita..TETAPI kalau bunyi sayup dan jauh bermakna ia ada berdekatan dengan kita. Berjaga-jagalah.. ( termasuk diri Bonda sendiri ). Kadang-kadang juga akan terdengar seperti bunyi mengepak yg kuat..

Arwah moyang sebelah emak Bonda pernah sekali memberitahu Bonda cara Pontianak dan langsuir terbang berbeza. Pontianak biasanye terbang seakan bangau singgah dari 1 pokok ke 1 pokok. tetapi Langsuir terbang dengan cara telentang, sambil mukanya menghadap pada orang yg disakatnya Ye ke? Bonda tak nak bertanya lanjut sebab arwah moyang di garang. Kalau dia cakap itu..maka itu lah yg kita kena terima atau dengar. Kalau Bonda tanya lagi..maka sesungguhnya jawapan yg Bonda terima adalah satu ketukan di kepala. Hehehee..

Lazimnya orang cakap Pontianak suka ketawa mengekek-ngekek? Macamana bunyinya? Pernah dengar? Bagi yg pernah dengar tentu tahukan? Bagi yg belum pernah dengar, bunyinya seakan-akan bunyi musang. Tetapi bunyinya lebih nyaring dan merintih. Jadi..jangan tersilap dengar..

Bonda pernah dengar ada juga yg menggunakan pontianak ini sebagai belaan dan dijadikan  suruhan bg sesiapa yg mempunyai tujuan yg tidak baik. Tidak kiralah samada utk mengganggu musuh tuan kpd belaan atau dijadikan sebagai penjaga tempat atau rumah atau kawasan. Bonda juga pernah diberitahu oleh seseorang, bagi orang yg membela Pontianak ini, susah bagi mereka utk mempunyai zuriat. Ini disebabkan Pontianak belaan mereka akan memakan janin isteri atau anak atau mungkin saudara terdekat mereka. Janin tersebut akan di sajikan sendiri oleh tuan belaan..tetapi sekiranya tidak disajikan atau dijamu, Pontianak itu sendiri akan mengambil janin tersebut.

Entah betul atau tidak..apa yg Bonda nyatakan di atas sama seperti tadi..TIDAKLAH BONDA KETAHUI ATAU DAPAT MENGESAHKANNYA

Semuanya berdasarkan cerita dari mulut ke mulut juga berdasarkan pengalaman orang juga diri sendiri..

JANGAN AMBIL SERIUS ATAU PERCAYA BULAT-BULATkita hanya sekadar berkongsi

Wallahua`lam


 

 



-- Edited by BondaDiana on Sunday 17th of February 2013 09:20:22 PM

-- Edited by BondaDiana on Sunday 17th of February 2013 09:51:00 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

Waalaikumsalam bonda ku....

Sedikit infomasi berkaitan ponti....
Mintak sesangat tak nak jumpa n tak ingin jumpa....
Jangan la di tunjukan muka cik ponti tu di hadapan muka ku yg tak hensem mana ni...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

wslm... cik pon eak..kdg2 aku x beza antara cik pon & kak lang..hehehe

tp kan aku da pengalaman masa jadi supervisor kat sebuah kilang kat Bayan Lepan, Penang

masa tu aku baru je abis study then dpt offer jd supervisor kat situ

aku kena jaga 2 shift, pagi & mlm

Line / Production area aku ni bahagian paling belakang sekali

Line org lain semua kat depan2..huhuhu apa la nasib aku, baru je masuk keje kena jaga shift mlm

ok, aku pon masuk keje mcm biasa dlm kul 6.50ptg sbb shift aku 7pm-7am (12 jam)..masa tu last day keje mlm utk minggu tu.

lps abis wat meeting dgn operator semua, aku pon pi la duduk kat meja aku nak tgk report supervisor pagi, check output, apa reject yg jumpa

keadaan berjalan lancar... then lebih kurg pukul 9pm, kwn aku (junior supervisor jgk) dari line lain call telefon meja aku..Dia kata nak jumpa aku kat kantin

aku kata, kenapa?? aku nak tgk operator aku buat keje takut diaorg ngelat time2 ni.. dia kata urgent.

so, kitaorg pon jumpa..then muka dia dah pucat sikit..dia kata one of her operator kena sampuk.

dok meracau-racau.. aku kata ko baca la apa yg patut then call famili budak tu..dia kata dah wat & jap lagi nak hntar budak tu balik.

dia kata punca dari toilet. pas bis sia gtao aku, kitaorg pon balik line masing2. Aku pon panggil operator aku semua then pesan "mlm ni klu sape2 nak gi toilet gtao saya. Jgn pergi

sorg2. Make sure bwk kwn".. Diorg pon pelik & dok tanya aku.. yg dok kalut tanya ni budak2 baru..Kakak2 yg senior fhm..Aku jwb le "Jgn byk tanya. Ikut je arahan yg saya bg atau awk

semua nak saya x bg korg ke toilet?'.. Bkn nak kejam tp aku rimas sbb bila keluar ja arahan, byk la mulut yg berbunyi.."Bila ketua buat sesuatu ada la sebab" balas sorg kakak senior.

Aku senyum & anggukkan kepala kat dia tanda TQ sbb explain bg pihak aku..bukan apa takut aku ni panas baran je kalau dok menjawab soalan bdk2 junior ni. Ok, smbung cite..

Then, aku pegi la kat sorg kakak senior ni.. Aku tnya dia then dia kata, ada histeria kan? Aku jawab yea, operator kwn saya dari line sana kena.. Dia kata punca dari toilet..

kakak tu kata, mesti dia jumpa yg xde muka tu..sebab selalu budak2 jumpa yg tu.. Masa tu, hanya lampu kat kawasan line production aku je yg bukak.. kawasan loading bay gelap..line

production aku dekat dgn loading bay sbb paling ujung & belakang nuuuunnn...so, aku sebagai supervisor kena la sentiasa round hingga ke kawasan hujung nak dekat2 loading bay tu..

seram & takut toksah ckp la.. tapi sebab tugas aku kena jgk buat.. Then, ada guard call & bgtao aku jgn pergi sampai ke blkg & pesan kat operator jgn tgk atas.. Aku pon angguk &

fhm.. sekali lagi bgtao meeting & bgtao benda ni..apalagi masing sibuk takut & dok start nak nangis2.. aku mrh la ckp buat mcm biasa, jgn nak nangis... then, aku suruh line yg paling

ujung tu settlekan last output then aku suruh diarg ke depan tlg kwn2 yg lain buat keje..nasib baik output line hujung tu mmg x byk sbb diaorg wat brg besr2.. so, satu shift dpt 5 bijik

kira ok la.. alhamdulilah, operator aku jenis dengar kata then xde apa2 berlaku..aku pesan gak suruh baca apa yg patut semasa buat kerja.. Minggu depannya, aku pon tnya la guard

apa yg berlaku.. Then diaorg gtao yg diorg nmpk kat cctv benda (x tahu la cik pon @ kak lang )tu tgh main kejar2 kat atas siling kawasan loading bay....mungkin kedua-duanya..mana

tao diaorg bersahabat baik ke...huhuhuh..seram wei....nasib baik diaorg gtao awal2..kalau x, mao terkincit aku n berbuih mulut aku kalau terserempak..tu la sedikit cerita seram yg pnh

aku alami..



-- Edited by lalinklina on Tuesday 19th of February 2013 01:50:00 AM



-- Edited by lalinklina on Tuesday 19th of February 2013 01:50:23 AM



-- Edited by lalinklina on Tuesday 19th of February 2013 01:53:32 AM



-- Edited by lalinklina on Tuesday 19th of February 2013 01:54:38 AM

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum... Morning to all...

Bonda sambung kisah Bonda..

 

Masih ingat lagi cerita di mana Bonda terjumpa kereta Bunian ketika Bonda berada ditingkatan 5?

Selang beberapa minggu selepas kejadian itu, Bonda & sepupu kurangkan sedikit aktiviti merayau malam-malam. Mana tahu, seronot-seronot kami round..ropa-ropanya kereta follow belakang.. Takut wooo...

Seperti biasa, Bonda dijemput oleh Tina selepas habis kelas tambahan. Sebelum pulang, kami singgah mengisi minyak motor & Tina sempat menelefon buah hatinya.. ( malangnya abang sayang takde kat rumah........YEESSSS!!!! ).

Jam hampir ke pukul 10 mlm bila kami tiba dirumah. Ayah & emak Bonda masa ni tidak ada sebab mereka pergi ke rumah saudara sebelah emak ( Bonda tak ingat pasal apa.. ). Jadi Bonda ajak Tina tidur dengan Bonda memandangkan esoknya hari cuti.

Dipendekkan cerita, Bonda & Tina malam tu tidur di bilik ruang tengah ( kedudukan ruang tengah ni tinggi ). Memang sudah menjadi tabiat kami berdua yang suka buang tebiat bila nak tidur.. kami akan membebel sambil mengurut satu sama lain.. Mula-mula Bonda urut dia then dia urut Bonda. Bestkan? Hahahhahaa.

Masa sesi urut-mengurut tu.. kami terdengar suara orang gelak-gelak di luar rumah. Sebelum tu Bonda nak jelaskan sedikit ko-ordinat kedudukan ketika itu

Kepala katil Bonda betul-betul berada di bawah tingkap ( tingkap jenis keping-keping ). Manakala hujung katil menghadap ke pintu billik. Tingkap bilik ini pula berada di bahagian sisi rumah, dimana boleh melihat rumah sebelah dan seluruh rumah yg berada di hadapan rumah arwah Tok Ayah.

Bonda jengah keluar tingkap utk melihat siapa tuan punya suara yg tak reti-reti nak gelak pelan-pelan. Oleh kerana kedudukan bilik ini tinggi, jadi Bonda dapat lihat dari mana suara yg tak sedap langsung didengar itu..

Rupa-rupanya Uncle Toi (  dia ni org jawa ). Dia ni anak bongsu kepada pasangan tuan punya rumah ( jiran arwah Tok Ayah ). Dia & kawan-kawannya seramai 5 orang tengah duduk lepak di beranda rumah. Bonda panjangkan leher utk melihat dgn lebih jelas. Ooohhh...mereka main pakau rupanya.. Patutlah girang semacam.. ( jarak beranda rumah depan & tingkap bilik -+  dalam 200 meter ).

Tiba-tiba mereka gelak. Lagi kuat nada iramanya dari yg tadi.. selamba Bonda cakap, " Bodo punya orang..korang tak reti malam ke? Gelak macam orang meroyan.. ". Bila dengar Bonda cakap macam tu, Tina segera bangkit.. " Apasal? ". Bonda muncungkan bibir ke arah mamat-mamat yg tengah berkumpul tu..

Tina pun ikut macam Bonda. Kami berlutut di kepala katil. Kepala serta muka kami dekatkan betul-betul di tingkap kaca tu.. Bonda & Tina perhatikan mereka berlima bermain kad. Sambil tengok kami mengumpat. Hehehhee ..

Tak lama lepas tu Bonda lihat Uncle Toi bangun dan mengeliat di atas tangga rumahnya. Oleh sebab badannya sasa serta berotot-otot.. tidaklah kami nak termuntah melihat cara dia mengeliat..

Kemudian dia turun tangga dan menghala ke rimbunan pokok pagar. Kami sudah menganggak adegan apa yg akan berlaku seterusnya. Untuk menghindarkan diri daripada melihat adegan yg tak sepatutnya, Bonda pun berpalinglah ke tempat lain.

Belum sempat Bonda nak pusing badan, leher Bonda dipaut oleh Tina. Ishh..apa ni main paut-paut lak! Bonda merungut dalam hati. Terus Bonda pandang Tina yg tetap memandang keluar tapi tidak menoleh langsung kepada Bonda.

"Tebiat ek? Tengok orang kencing berdiri? ", Bonda tarik telinga Tina.

Tina menoleh perlahan-lahan kepada Bonda. Jari telunjuknya di letakkan dibibirnya  " Kepala hotak ko..! Cuba kau tengok kat sana.. " , Tina tunjuk ke arah Uncle Toi. Bonda pandang keluar tingkap memandang Uncle Toi. Hapenye..nak tgk orang kencing? , Bonda jeling Tina di sebelah.

" Bukan dia yg aku nak kau tengok....depan dia lee..", Tina bercakap dengan nada yg berbisik. Dipegangnya bawah muka Bonda dan dipusingnya balik muka Bonda menghadap keluar. Bonda kecilkan mata..

Ddduupppppp!!!!! Jantung Bonda tetiba kembang dan mengembang seperti mahu pecah. Muka dah mula rasa panas dan tapak kaki Bonda tetiba rasa sejuk..sejuk macam ais!

Aa..a..rrr.ggghh....hhh.. Cepat-cepat Tina tekup mulut Bonda dengan tangannya. Sssyyyhhhh..... Tina beri isyarat suruh diam.

Betul-betul di depan Uncle Toi yg sedang membuang air kecil ( dalam keadaan & ditempat yg tidak sepatutnya ), berdirinya seekor Pontianak!! Dan Uncle Toi langsung tidak menyedarinya!!! Mereka berdua hanya dipisahkan dengan pokok pagar yg ketinggian hingga paras peha Uncle Toi saja..

Cahaya lampu dari beranda rumah Uncle Toi sudah cukup membantu Bonda melihat fizikal Pontianak tersebut dengan lebih jelas. Tinggi,berbaju putih ( tapi kotor ), rambut panjang serta kusut masai..dan cara dia berdiri kelihatan sedikit membongkok.

Peliknya tiada seorang pun diantara mereka yg lepak diberanda tu perasan kehadiran Pontianak tu. Mereka masih dengan aktiviti riadah lagi tidak berfaedah tanpa mengetahui mereka semua diperhatikan!

Bonda & Tina masih lagi terpaku di tingkap tapi kedudukan kami sedikit rendah berbanding tadi. Bonda lihat Uncle Toi dah selesai melepaskan hajatnya. Dizipkan seluarnya sambil bersiul-siul kecil. Ngeri betul Bonda bila melihat keadaan Uncle Toi. Selamba dia zip seluar depan Cik Pon tu.

Pontianak tu masih lagi berdiri di situ tanpa bergerak walaupun seinci. Mereka berlima masih lagi leka bermain. Masih lagi tidak menyedari akan kehadiran makhluk yg menyeramkan itu, mereka ketawa terbahak-bahak sambil membaling kad masing-masing. Tak mahu melihat Pontianak tu lama-lama, Tina mengangkat tangannya sedikit untuk menarik besi penutup tingkap.

Maka terjadilah sesuatu kejadian yang paling-paling kami berdua takuti.. Tingkap tersebut menjadi ketat dan agak susah sedikit untuk menutupnya. Tina bangun sedikit, tolak besi penutup tingkap kuat-kuat. Kkkrreeeekkkkkk.... besi tingkap berbunyi..

Walaupun bunyinya perlahan tetapi sudah membuat kami terpaksa berhadapan dengan situasi yg lebih menakutkan...

Tiba-tiba tanpa disangka, Pontianak tu memusingkan kepalanya mengarah kepada kami berdua. Tapi bukan sebarang pusing.. kedudukan badannya masih sama cuma kepalanya saja berpusing 180o !! Bayangkan semua !!

Kami berdua ternganga di tingkap. Selama ni Bonda hanya nampak badan dan rambutnya saja..tapi kali ini Bonda nampak jelas muka mahkluk ni. Sangat hodoh!.. Matanya seperti terpelohong ke dalam. Kulit daging pipinya seperti nak terjatuh ke bawah..berjuntai-juntai. Lidahnya terjelir panjang, manakala hidungnya rompong. Rambutnya tak usah cakap.. Cantik lagi rambut Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam..

PPPAAKKKKK!!! Tersentak Bonda & Tina.. dinding rumah seperti di tepuk kuat. " Sudah!.. Tidur! Dah malam ni! Jangan ditengok benda tu! " , tempik arwah Tok Ayah. Suaranya keras, terdengar dari bilik bawah. Cepat-cepat Tina menolak besi tingkap. Tingkap bilik tertutup.

Kami segera berselubung dalam selimut. Masing-masing menggigil ketakutan. Tak lama seleas itu, kami terdengar suara mengilai. Mula-mula sayup kejauhan kemudian makin kuat & kuat bunyi suara hilaian Pontianak tadi. Suara hilaian tadi hilang bersama bunyi seperti burung terbang. Macamana dia terbang kami tak tahu & tak nak tahu..

Kami berdua masih lagi berselubung dalam selimut. Sejuk dan berpeluh. Takut-takut Pontianak tu datang ke bilik kami. Manalah tahu tetiba dia nak buat kunjungan hormat.. AAAhhhhh!!!! TTtiidakkkkkkk..... Tak sanggup Bonda..

Bonda juga tak tahu apa yg terjadi kepada mamat berlima tu. Yang Bonda dengar ialah bunyi pintu ditutup kuat dan juga bunyi motor ditolak dengan laju..

Syukurlah..tidak ada yg terjadi kepada kami berdua malam tu tetapi esoknya kami berdua sarapan cucur bawang berulamkan bebelan arwah Tok Ayah.. HHhhuurrmmmm..sungguh nikmatnya kena marah.

Nanti Bonda sambung kisah Pontianak mengganggu Emak Bonda pula.

 

 



-- Edited by BondaDiana on Tuesday 19th of February 2013 05:46:18 PM



-- Edited by BondaDiana on Tuesday 19th of February 2013 05:49:26 PM



-- Edited by BondaDiana on Wednesday 20th of February 2013 12:26:55 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

hahhaaa...
nasib baik...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

Betol tu bonda..nasib baik sgt2..

tp kilang tu pnh ada kisah sedih sgt...

masuk TV3 jugak la

sebab kes buang bayi dlm toilet..

satu hari tu (shift pagi), aku rasa nak terkencing sgt...

so, aku pon pergi la ke toilet & tgk ramai plak operator kat toilet tu

x tahan sgt dah ni..hehehehe... then aku tgk ada satu toilet yg xde org

aku pon pergi la kencing..masa kencing aku pon fikir la nape diaorg ni x masuk toile

lps abis melepaskan hajat yg tesimpan lama tu hehehehe... aku pon keluar tiba2 ternampak sorg operator senior line aku

muka dia mcm terkejut tgk aku...

dia kata "ina, tggu akak kejap lagi eak"...

aku pon tggu dia kat luar..Masa kitaorg berjalan nak balik line production, dia kata le "ina x tahu ke cerita pasal toliet yg ina guna td?"

aku jwb le x tahu sbb xde sape bgtao aku.. Then dia pon cerita.

Tahun lepas (masa aku kerja tahun 2010, so kejadian tu jadi thn 2009), ada org buang bayi dlm toilet tu..toilet yg ina masuk tu..

dia mengandung anak luar nikah.. sape pon x tahu dia ngandung sebab dia jns bdn besar & pakai tudung litup..

kat kg, bapak dia imam masjid, so mmg org x sangka dia akan wat kerja terkutuk tu..

dia mmg x pnh pergi klinik kilang sbb takut kantoi..demam mcm mana pon dia xkan pergi

cuma sorg je yg tahu dia mengandung, supervisor line production dia..

mulanya dia nak gugurkan kandungan tu tp supervisor dia x bagi

dia kata kesian kat baby tu, x bersalah..

xpe, ko teruskan je..nnt dia tolong carikan keluarga angkat utk baby tu

then semua perbelanjaan keluarga angkat tu tanggung..ntah le, maybe sedara supervisor tu nak kot

tapi minah ni ntah apa yg rasuk dia, masa tarikh nak dekat due tu dia still dtg keje

marah la suoervisor ni tp dia wat x tahu je

pastu dia nak beranak dah kot, dia pergi toilet then terus beranak dlm tu.

kebetulan toilet x de org, then toilet kilang aku tu jns yg kedap bunyi

maknanya bunyi kat dlm toliet mmg org luar x dengar

dia sumbat & tendang2 baby tu masuk lubang jamban, then plush berkali-kali (berdasarkan apa yg dia cerita kat polis masa kena tangkap)

x dapat bayangkan mcm mana keadaan baby tu... azabnya cara dia mati..akak tu bergenang jgk air mata masa cerita..

then, lepas dia rasa semua dah settle, dia pon keluar then balik line

budak2 line dia semua perasan muka dia pucat, cara jalan lemah & kat jump suit dia ada kesan darah yg agak byk..

diaorg terkejut & ingat kan darah haid..bgtao dia then dia basuh..

masa tu diaorg keje 3 shift..kejadin berlaku masa shift pagi then dah nak dekat time balik keje (maybe dlm pukul 2ptg cm tu la)..

pastu, ada cleaner ni nak gi cuci toilet..dia pon gi la setiap bilik toilet...masa kat bilik kejadian tu dia tgk byk darah...pastu dia tgk air mcm tersekat kat jamban tu x nak turun

dia x sedap hati, dia bgtao HR.. then, mcm2 cara diaorg buat x boleh jgk terpaksa pggil bomba

bomba pon wat apa yg patut then terkejut semua org ada mayat bayi dlm tu..

akak tu kata semua org berkerumun nak masuk tgk & ada yg sempat masuk sempat snap pic keadaan bayi tu

masyaallah...teruk & sgt kesian..bdn dia dh biru lebam, bengkok, kaki tgn patah & lembik..

bomba yg bawak keluar pon menangis tgk keadaan baby tu..semua org menangis masa tu

then, polis dtg then buat soal siasat dan diorg syak dia..

polis tangkap dia masa kat rumah sewa..masa tu dia lemah sgt2..yela, baru pas beranak..

soal siasat then dia mengaku...dia kena hukuman tp pastu dia jadi x betul, mental problem sebab dia kata selalu nmpk kelibat budak dtg & nangis

dia kena hantar ke rumah sakit jiwa sampai skrg..

thahts why diaorg semua x masuk toilet tu sbb terkenang kan baby tu

bkn apa, diaorg rasa kesian, mcm dok rasa dia ada kat situ lagi..x gamak nak buang hajat kat situ..huhuhuhuh





__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

smlm mak ade cite. time kat kg dulu time mak kecik ag tga maen2 ngn kwn2. tibe2 lalu sorg pacik ni nek beskal bwk org pompuan. wak ni da kawen tapi budak2 ni pasan yg membonceng blakang wak tu bukan bini dia. mak kate mase tu sume budak2 tengok je tapi x terkata ape walhal wak ni kire dikenali jugak la. bese kalu org kenal lalu kan dorang tego. ala budak2 kecik kan. pastu mak kate lagi, org pompuan tu pakai baju kaler ijau senyum je nek beskal kat blakang wak tu. rambut dia lepas takat2 bahu. x lame pastu nampak balik pompuan tadi jalan arah betentangan dgn jalan dia ikut wak td nek beskal. mcm nak balik pon ade. tapi x pakai kasut. kasut dia pegang kat tgn sambil jalan kaki ayam. pastu x lame tu denga cite dari bini wak ni pulak. ari yg sama tu la. wak ni da sampai rumah. kebetulan bini dia ade kat depan kot pastu g tegur la. tanya, bwk sape kat blakang tu? wak ni pelik la sbb dia sbenanye x sedar ade org tumpang kat blakang dia. elok je dia toleh blakang, x nampak ape2 pon. huhu.. then dorg buat kesimpulan yg org pompuan kat blakang wak mase nek beskal tadi tu cik pon..

cite lalink pulak sedih n sadis sgt2. bedebar2 jantung aku bace.. ape lah dosa bb tu. cian dia..

__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

tu la cik muda lin....aku rasa kisah ni kalau berlaku depan mata aku mesti aku akan ingat sampai mati

lebih tragis dari jumpa cik pon / kak lang..huhuhu

akak tu kata ssgt sedih tgk keadaan baby tu..

bygkan, bomba yg kita tao mmg jns cekal hati, hati kering pon boleh menitik air mata tgk keadaan baby tu





__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

Waalaikumsalam bonda ku...

Wah bonda dpt tengok muka pontianak...
Mesti hodoh tak terkata....
Mresti berdebar debar....

Pastu kepala boleh sesuka hati je pusing

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

eeekkkk kenapa saya baca benda ni dah la hasben saya takdak rumah 3 hari ni :(((((((

__________________
ngeh ngeh ngeh


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ish dah tau asben takde baca la topic lawak je...
Yg di baca topic seram buat ape....
Kan tak pasal pasal aku jugak kene neman....


__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

Bonda cpt sambung..hehehe....

__________________

 someOne .....is..waiting..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum..Morning to all ..

Sebelum Bonda bercerita lanjut ttg kisah yg Bonda yg janjikan... ( sbb ceritanya sedikit panjang..), Bonda nak cerita ringkas ttg pengalaman arwah datuk saudara berkenaan dengan topik di atas..

Arwah datuk saudara ini rumahnya kecil dan kedudukan rumahnya berada sedikit terperosok ke belakang dari rumah-rumah yg lain. Selepas arwah pencen kerja dengan pemerintah, dia balik ke kampung dan bekerja sambilan menoreh getah. Dia tinggal keseorangan. Anak-anaknya sudah besar-besar belaka. Jadi isterinya selalu mengikut anak-anak mereka. Tinggallah arwah keseorangan di rumah.

Diceritakan kpd Bonda yg ketika itu berumur 9 tahun... ( arwah berumur 60 tahun )

Pada suatu malam...lewat jam 9 mlm, arwah duduk-duduk rehat sambil merokok di beranda rumah. Malam tu bulan mengambang penuh. Menurut arwah bulan malam tu sangat cantik. Tengah-tengah dia merokok, kepalanya bagai di tarik - tarik utk melihat ke sisi kiri belakang rumah. ( belakang rumahnya pokok-pokok hutan )... Tapi bila di toleh tidak ada apa-apa pun.. Dia teruskan merokok sambil memandang bulan.

Sedang leka berangan.., zzzzuuuuuuuppppp... Ada benda melintas di tepinya. Memikirkan mungkin kelawar atau burung...dia abaikan. Zzzzuuuuuuuuuppp.... kali ni agak laju. Arwah tak dapat menangkap apa benda yg melintas di tepinya tadi. Dia yakin benda tu akan melintas sekali lagi, jadi dia sudah bersedia awal-awal. Putung rokok dibalingnya ke tanah. Tangan kanannya memegang erat bucu kerusi sambil matanya menjeling memerhatikan kalau-kalau benda tu lalu lagi..

Zzzzzzzzzzuuuuuuuuuuppppp... Kali ini arwah sudah bersedia. Ditolehkan kepalanya beserta badannya sekali ke arah objek yg terbang tadi.. Kelihatan seperti kain panjang terbang melintas di sebelah kirinya. Tetapi kali ini seperti mengetahui yg dirinya telah diketahui.... IA terbang agak perlahan sedikit.

Arwah menceritakan IA terbang secara terlentang, memandang tepat ke arahnya ( arwah datuk saudara ) sambil tersenyum menampakkan giginya panjang & tajam. IA terus terbang ke arah sebatang pokok durian togel ( pokoknya besar..batangnya saja hampir 4 pemeluk dewasa ). Kenapa Bonda panggil demikian? Sebabnya batang pokok durian ni licin, tidak ada dahan kecil. Daun-daunnya rimbun & berkumpul di atas.

Berbalik semula kepada cerita tadi... Arwah nampak IA terbang & hinggap pada batang pokok durian tersebut. Lebih menakutkan...IA hinggap pada batang pokok duriaan tu secara terbalik. Yakni kedudukan kepalanya berada di bawah...!! Arwah datuk saudara bangun dari duduknya dan terus berdiri menghadap pokok durian tersebut.

Oleh kerana malam tu bulan mengambang penuh, arwah dapat melihat, IA merangkak-rangkak pada batang pokok tersebut.. Cara merangkaknya pula..ke atas ...kemudian kebawah...Di ulangi perbuatan itu berulang kali sambil ketawa terkekek..( macamlah kelakar sangat aksinya tu..) Tetapi kedudukannya IA tetap sama.. IAITU SECARA TERBALIK!!..

Arwah tahu IA mahu menyakat.. diangkat kedua tangannya lalu di bacanya beberapa potong ayat al-quran lalu dihembusnya ke arah benda tu.. Lepas tu dia cakap... ( Bonda ingat-ingat lupa.. tapi lebih kurang begini bunyinya ..) " Dari mana kau datang ke situ jugalah kau kembali.. Aku tahu tujuan kau. Jangan kau ganggu kami cucu cicit Nabi Adam. Pergilah kau dari sini.. Kalau kau datang lagi, kelak binasalah kau.. Dengan kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH!..

Selesai saja arwah datuk saudara baca.. IA terus terbang & hilang sekelip mata...

Kalau semua nak tahu IA yg Bonda ceritkan tadi .... itulah LANGSUIR...

____________________________________________________________________________________

Ok ..time`s up...

Bonda ada class.. sambung lagi nanti...

HAVE A NICE FRIDAY....smile

 



-- Edited by BondaDiana on Thursday 21st of February 2013 06:08:32 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

kenapa yg bawah tu banyak sgt sepace nyer incik bonda???
==> cek in dulu..ok..nak baca cerita bonda =)

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ayat yg digunakan..diceritakan...,80% same macam arwah atok...

rindunya.....Al-Fatihah untuk beliau...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

best2...clap..clap.clap...


__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

al-fatihah utk arwah atokmu...

huh... misteri sungguh...dari mana datangnya space itu.....

takpe ..Bonda dah cek...ntah datang dari mana kekotak misteri.... edited darling..
err...cek in ke mana? hotel....?

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

hihihi cek in untuk cerita ni...
dah cek out..dah habis cerita...eheheh

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

uhhhhh .... begitu khusyuk dan tawaduk aku membaca cerita BOndaku Diana Danele nihhh ...

andainya la aku yang terlihat muke cik Pontianak sebegitu rupa ... idih .... lembek kaki toksah cakap laaa ...

dan aku x teringin pun dan mohon  Allah tutup hijab mata aku pada benda2 halus niiii ...eeee x sanggup ...

bukan takutt ... tapi ngeriiii yang amattt ... memang pon seperti kata bro Blues .. apa nak takut pada hantu pontianak dan yang seangkatan tentera ATM

dengannya ...

akan tetapi ... jiwa manusia ni pelbagai jenis ... jiwa aku nie jenis macam g freedemmm ... jiwa sentimental ... (kununya laaa biggrin)

 

baru nie la dapat infomation jelas tentang langsuir ... rupernya macam tuuuu ...

patut pon .. pokok derian tu licin halus ... x de dahan ...

hupernya talah di IRON .. dengan badan langsuir ... tu licicn semacam batang pokok derian tuuuu ... kih kih kih ....

 

(apa pun tahniahlah Bondaku Lady Diana ... kerna penceritaan anda begitu mengelikan hati dalam berdebar2 dan

zap zup zap zup ..  saspen der ... nak taun penghujung cerita ... wahhhhhh .... kalo bagi pointer 4 flat tuuu ... he he he he ....)

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum...

Sungguh tawaduk serta khusyuknyee...hehehe

Bonda tak minta utk dpt melihat segala spesis ini...huhuhu
Tp dgn izin Allah Bonda di beri keizinan dpt melihatnya. Takut? Bohong kalau Bonda kata yg Bonda tak takut.. mmg le seram..
Cer tanya adik Reza yg mude remaja tu.. rumahnya lg angker..tu tak termasuk lg opis dia..hahahaha. .

Reza yg dok slalu jumpe pon dh nk pengsan.. inikan pula diri hamba yg kadang-kadang boleh terjumpa...Aaiiiyyooyyooo ammaaa..

Ttg pokok derian tu... Bonda pun raser mcm tu..slalu sgt cik lang tu begesel kt pokok tu kot..tu sbb btgnya togel lg licin..
Patut berterima kasiH kpd itu cik LANGSUIR.. tahniah kpd beliau!! Toceh..Toceh..


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

badar....
Mana ko tau jiwa aku sentimental...
Tau je ko ni ye...,
tapi kekadang jadi mental jugak...

Bonda...
Saya mmg tak boleh la...
Saya mmg tak boleh klu tak baca cite bonda...
Best cite bonda

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Hahahahaaa...tq tq.. Suspen je..ingat tak boleh hapa..

Bonda sendiri rasa seram bila baca citer sendiri.. Apa daaa...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

saya mcm dah jadi peminat cerita bonda....
Tak boleh klu tak baca cite bonda...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

 

EMAK DIGANGGU PONTIANAK @ LANGSUIR ?

Assalammualaikum wbt

Sepertimana yg Bonda janjikan kepada semua, Bonda ingin bercerita tentang emak Bonda yg telah diganggu.

Kejadian ini berlaku di rumah sewa yang sangat angker itu ... house.gif

Pada suatu malam emak Bonda terasa hendak membuang hajat kecil. Oleh kerana ayah tiada sebab keluar berjumpa kawan-kawannya, emak mengajak Bonda temankan. Jam menunjukkan pukul 11.45 malam.

Pada mulanya Bonda malas hendak temankan. Mata ni mengantuk sangat-sangat. Macam ada gam kat kelopak mata ni.. ke sebab Bonda tertumpahkan gam UHU kat mata? Memang susah nak buka mata ni.

Bonda dengar suara emak tapi mata ni memang tak boleh nak buka langsung. Mungkin bosan nak kejutkan Bonda, emak pun berlalu ke dapur. Akan tetapi sebelum dia bergerak ke dapur sempat juga emak berkata sesuatu yang membuatkan tiba-tiba mata Bonda segar bugar..

Emak kata, " Takpelah kalau tak nak teman..tapi esok-esok kalau ko nak terbe**k tengah malam..silalah pergi sendiri ye.. ". Hah! Amik ko.. Haahahaha...  Bagus betul la emak ni. Main saikologi . Ugutannya menggugat hati nurani ku yg suci lagi mulia ni.. Eceh ! Ada ke patut?

Bingkas Bonda bangun dari tempat tidur. Dengan badan yg terhuyung hayang Bonda mengekori emak turun tangga ke dapur. Bonda terus ikut emak sampai ke bilik air. Sampai di bilik air, tak semena-mena emak berhenti. Dia pusingkan badannya dan memandang Bonda. Matanya tak berkedip-kedip memandang Bonda. Mata Bonda melilau ke kiri dan ke kanan.. dalam hati ni tertanya-tanya.. " Eh! Kenapa emak ni? " . Bonda mula dah seriau.

Emak masih lagi diam membisu. Kaku sambil memandang Bonda. Bonda garu kening yg tak gatal. Tiba-tiba emak berbisik, " Kok ye nak teman pun.. tak payah la ikut masuk dalam bilik air sekali.." . Hoh! Baru Bonda perasan yg Bonda ikut emak masuk sekali ke dalam bilik air. Bonda sengih.. emak menjeling tajam. (  kalau kami duduk bersembang pasal ni mesti tergelak besar apa la Bonda ni.. )

Selepas emak tutup pintu bilik air, Bonda pun menuju ke tangga batu di dapur. Hajat hati nak letakkan kepala kat tangga. Nak tutup mata sekejap. Bonda baru saja letak punggung di atas tangga..baru menyandarkan badan, tak sempat pun nak letakkan kepala di atas tangga emak dah keluar dari bilik air. Bonda lihat emak berjalan laju sambil betulkan kain batiknya.

Tanpa berkata-kata emak terus tarik tangan Bonda naik tangga. Sampai nak tersungkur Bonda dibuatnya. Apa hal ni? Nak tanya tak berani apabila melihat akan keadaan emak ketika tu. Emak arahkan Bonda untuk tidur.

" Tidur! " , itu saja yg emak katakan kepada Bonda. Tanpa banyak tanya, Bonda rebahkan badan atas tilam dan paksa diri untuk tidur. Dalam kepala ni dah fikir macam-macam. Sedang Bonda cuba nak tidurkan diri, Bonda dengar seperti bunyi orang berjalan atas daun kering. Ssrreetttt.ssrrettttt.ssssssrrreeettt.. bunyi tu tetiba hilang dan diganti dengan bau bunga melur.

Memikirkan yang depan rumah ini ada pokok bunga melur yang besar, Bonda ambil positif tentang bau terebut. Manakala bunyi seret atas tanah itu mungkin bunyi biawak yang sedang berkeliaran .. ( agaknya laaa.. ). Tak mahu fikir yg bukan-bukan Bonda pejam mata kuat-kuat. Ambil bantal tutup muka. Entah bila Bonda terlelap pun Bonda tak tahu.

Dipendekkan cerita, keesokkan petang selepas Bonda pulang dari sekolah.. terus Bonda bertanyakan kepada emak.tentang kejadian malam semalam.

Bagi sesiapa yg mengikuti kisah Bonda dirumah sewa yg angker tu asti ingat lagi akan kedudukan bilik air rumah tersebut. Ingat lagi bukan?

Baiklah..Bonda ceritakan balik secara ringkas akan kedudukan bilik air tersebut. Tapi SEBELUM itu, Bonda mahu...bagi mereka yang sedang membaca kisah ini.. FOKUS ! Dan cuba bayangkan serta cuba letakkan diri anda semua di tempat kejadian..SEDIA?

Kedudukan bilik air ini berada dibelakang sekali. Dindingnya separa batu-bata & separa zink tebal. Manakala atapnya juga zink tapi tidak menutup bilik air keseluruhannya. Hanya setengah depa bahagian atas bilik air yang terbuka. Berhadapan dengan dinding bilik air & juga pintu belakang terdapat sebatang pokok petai yang besar dan berbuah lebat. Hinggakan salah satu hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air yang terbuka. Buah petainya terjulur masuk sedikit ke dalam biik air.

Emak menceritakan selepas dia menutup pintu bilik air, dia pun teruskan niatnya nak membuang hajat. Kedudukan emak Bonda ketika itu menghadap dinding ke belakang. Ini bermakna di depannya ( bahagian luar bilik air ) pokok petai.

Sedang membuang hajat kecil, emak Bonda terperasan daun-daun petai jatuh berguguran ke lantai bilik air yang basah. Emak pula rasa pelik. Hendak dikatakan angin..tak terasa angin bertiup. Malam tu memang terasa bahang..

Daun-daun petai makin lama makin banyak jatuh berguguran ke lantai seperti salji.. Jadi emak Bonda dongak ke atas secara perlahan-lahan. Cuba mencari puncanya daun petai itu berguguran..

Allahuakhbar !! ..

Di atas dahan yang hujung dahannya berada betul-betul di bahagian atas bilik air.. emak Bonda nampak susuk badan perempuan berselubung dengan kain putih labuh sedang duduk sambil kakinya berjuntai-juntai ke bawah ( seperti anak kecil duduk di buaian..kakinya di goyang-goyangkan ke depan dan belakang ). Mukanya tidak kelihatan sebab terlindung dengan rambutnya yang sangat panjang. Kulitnya sangat pucat serta kukunya yang runcing dan hitam sedang bermain-main dengan rambutnya..

Tapi yang terang-terangan, emak Bonda nampak mulut perempuan itu tersenyum. Ini bukan sebarang senyuman .... Ini senyuman yg mampu membuat segala bulu-bulu di tubuh badan SEPAKAT naik serentak! Kalau SEPAKAT MEMBAWA BERKAT tidaklah diherankan sangat tapi SEPAKAT INI MEMBAWA TANDANYA BALA AKAN TIBA...!! Itu yang emak takutkan..

Agaknya DIA tahu yang emak Bonda sudah nampak akan dirinya yang tidak seberapa indah itu.. kakinya tiba-tiba berhenti bergoyang. Tangannya berhenti bermain dengan rambutnya. OMG! jawdrop.gif

 

Kata emak lagi. Sebelum perempuan itu menoleh sepenuhnya kepada emak, ada baiknya emak cepat-cepat bersihkan diri. Tanpa menoleh dan memandang ke atas emak terus tunduk dan selesaikan semuanya seberapa cepat yg boleh.

Dalam pada bergelut nak buka pintu bilik air, emak Bonda terdengar suara perempuan itu tergelak halus.. Mulut emak tak berhenti-henti beristighfar kaki emak rasa kebas..langsung tak terasa kakinya jejak ke lantai.. Terus emak buka pintu bilik air dan bergegas keluar.

Dan bunyi serta bau yang Bonda alami malam tersebut adalah tanda kehadiran makhluk tersebut diluar rumah Bonda. Ini berdasarkan cerita ayah Bonda yg kebetulan balik 15 minit selepas itu. Ayah nampak makhluk itu terbang menghala ke pokok kekabu yg berada di depan rumah..

Adakah susuk perempuan tersebut PONTIANAK? Ataupun LANGSUIR?

Cuba teka? biggrin

 



-- Edited by BondaDiana on Sunday 24th of February 2013 03:02:21 AM



-- Edited by BondaDiana on Sunday 24th of February 2013 03:22:16 AM



-- Edited by BondaDiana on Sunday 24th of February 2013 03:30:50 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Alahai...g ku manja2 arnab..

Jgn la mcm..tu..
Seganla Bonda...
Bonda cuma berkongsi cerita je...xde apa2 pun..

Tapi Bonda suka sgt baca cerita dr Bro Blues.. and Reza...
G..bila nk kongsi cerita seram? Seram2 manja pun ok la.. boleh juga Bonda baca...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 145
Date:

bonda..bonda prnah kene kcau dgn hantu raya dak???

__________________

GO GREEN GET LUCKY!!~!!~!!!! BHAHAHAHA.... -..-

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

mintak maaf sesangat la bonda...
Sepanjang saya hidup 30 tahun ni...
Saya tak penah alami benda2 mistik ni...
Bukan nak bangga diri....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

MISS COKLAT yang sedap... ( rasa sikit boleh? )
~ pernah sayang... Bonda pernah post cerita diganggu & tidak sengaja berjumpa dengan HR yg tak pernah pun menyambut hari raya sepanjang hayatnya.. gegege

G YANG BEBAS...
~ alhamdulillah...syukur. takla..mana ada G banggakan diri... tak perlula minta mahap..kalau nak minta mahap juga tunggu raya aidilfitri... INGAT! RAYA AIDILFITRI tau BUKAN raya deepavali..waima raya cap go meh pun tak boleh...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

seram giler..amat seram..klu la saya yg jumpa benda tu, rasanya dari buang hajat kecil terus terkeluar hajat besar

on da spot kot!!!

main2 rambut eak?? ala2 manja ke gayanya bonda?? dia buat2 ayu mcm anak dara sunti yg malu2 bila org dtg merisik..heheheh

x sangka eak, spesies benda2ni ada yg gedik2 jgk...hehehe

apapon, clap..clap..clap utk bonda

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

hantu tengah kontrol ayu la tu..
Mcm ade org nak minang la tu

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

1 2 35  >  Last»  | Page of 5  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard