Satu hari seorang ibu menyuruh anaknya Mat pergi membeli barang di kedai. Ibu: Mat, pergi kedai belikan mak garam.Balik terus tau, jangan singgah mana-mana. Mat: Baik, mak. Semasa pulang dari kedai selepas membeli barang yang dipesan, Mat terserempak dengan kawan-kawannya yang sedang mandi sungai.Kerana tidak dapat menahan godaan, Mat pun turut mandi. Kerana takut garamnya dicuri, Mat telah menyembunyikan garam tersebut.Apabila petang, Mat pulang ke rumah dengan muka sedih.Ibunya bertanya. Ibu:Mat, kamu ke mana? Dah petang baru balik? Garam mana? Mat: Ni yang sedih ni mak. Tadi Mat singgah mandi sungai. Mat takut garam kena curi jadi mat sembunyikan dalam sungai. Bila nak balik tadi, Mat cari garam dah tak ada. Tinggal plastik jer. Mat rasa garam tu kena curi ler mak.(dengan muka sedih) Ibu Mat tidak dapat berkata apa. Dia hanya mampu mengetap bibir sahaja.
__________________
kawe anok kelate ...kelate is the best country i haven`t live...hidup oghe kelate