Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: barah -cegah sebelum parah..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
barah -cegah sebelum parah..


Barah adalah penyakit yang sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia. terdapat banyak kes-kes penyakit ini yang sering menghantui masyarakat kita sekarang ini. Terdapat 210 penyakit yang bernaung didalam kategori Barah ini dan ianya adalah pembunuh No. 2 di Malaysia setakat ini. Di antara penyakit barah utama yang sering menghantui kaum lelaki adalah seperti Barah Paru-paru, Mulut, Perut serta Hati manakala bagi kaum perempuan pula adalah Barah Payudara, Pangkal Rahim, Hati serta Paru-paru.

Peningkatan kes barah di dunia telah meningkat ke 9 juta dan mengakibatkan sebanyak 5 juta kematian setiap tahun dan di Malaysia sahaja sebanyak 40 ribu kes barah dirawat setiap tahun. Ini adalah angka yang terbesar yang pernah dicatatkan dan peningkatan ini amat membimbangkan semua pihak. Justeru itu, kerajaan juga telah melancarkan beberapa kempen kesedaran tentang penyakit barah ini bagi membendung wabak ini merebak. terdapat juga beberapa Pertubuhan serta Persatuan yang ditubuhkan khasnya untuk membantu warga Malaysia tentang bahayanya penyakit ini.

Barah adalah berpunca daripada sel di tubuh kita yang membiak secara diluar kawalan disebabkan oleh kerosakan DNA yang mengakibatkan mutasi terhadap gen penting yang mengawal pembahagian sel di tubuh kita. Salah satu daripada mutasi tersebut mampu menyebabkan pembahagian sel di luar kawalan dan pembentukan Tumor (Bengkak) yang mengakibatkan terjadinya Tumor 'Malignant' (Barah) ataupun 'Benign' (bukan barah). Hanya Tumor Malignant yang mampu memasuki sel-sel tisu di badan kita serta merosakkannya.

Masih ramai masyarakat Malaysia yang tidak prihatin terhadap penyakit ini. Mereka seolah-olah mengangap bahawa penyakit Barah ini seperti penyakit demam biasa yang masih boleh dirawat. Di antara punca penyebab kepada merebaknya penyakit ini adalah sifat malu serta sifat tidak ambil tahu seseorang itu untuk mendapatkan rawatan serta penerangan yang dijalankan oleh pihak tertentu. Inilah masalah yang mengakibatkan ramainya kaum wanita yang dikesan menghidap penyakit Barah Payudara ini yang sangat besar jumlahnya jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Bagi membendung penyakit ini berleluasa, beberapa kaedah pengesanan awal boleh dilakukan samada dengan sendiri mahupun berjumpa dengan pakar-pakar tertentu. Di antara kaedah tersebut adalah :
1. Melakukan pemeriksaan Payudara sendiri (PSP)
2. Melakukan Pap Smear
3. Melakukan pemeriksaan kerandut zakar sendiri (bagi lelaki berusia 15 tahun)
4. Pemeriksaan Prostate
5. Melakukan ujian darah setiap tahun.
6. Malakukan ujian darah najis Okult serta ujian najis Guaiak

Beberapa kaedah rawatan seperi di bawah akan digunakan jika anda telah disahkan menghidap penyakit barah ini:

1. Pembedahan
2. Chemotherapy
3. Terapi Radiasi.
4. Immunoterapi
5. Terapi Cytoluminescent (CLT)
6. Rawatan Ujian Darah

Kepada warga Jiwang, beringatlah bahawa pengesanan awal dapat mengubah kehidupan anda. Segeralah berjumpa dengan pakar serta mereka yang berpengetahuan didalam penyakit ini untuk mendapatkan penerangan serta rawatan. Buangkan sifat malu serta ego untuk menjadikan keluarga anda sejahtera. Terapat juga beberapa pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya oleh rakan-rakan serta saudara mara yang menghidap penyakit ini yang boleh dikongsi bersama. Diantaranya adalah rakan baik saya sendiri yang menghidap Barah Otak yang telah dikesan awal, tetapi disebabkan sifat ego serta malu telah mengakibatkan ketumbuhan tersebut membesar sehingga menjejaskan penglihatan beliau. Dengan kos pembedahan hampir RM60,000.00 beliau selamat dibedah tetapi kecacatan yang dihadapi pada kedua-dua mata telah merubah kehidupan beliau yang mengakibatkan beliau hilang pekerjaan dan hanya ditanggung oleh pasangan beliau sehingga ke hari ini.

Oleh yang demikian, janganlah kita berasa malu untuk mendapatkan rawatan awal kerana kesakitan serta kesengsaraan yang bakal kita hadapi kelak tidak mengenal erti malu. Beringatlah serta berpesanlah kepada keluarga serta rakan kita untuk sama-sama kita mendekati dengan lebih mendalam apa ertinya penyakit ini di dalam kehidupan kita. Oleh itu beringatlah.... Barah cegah sebelum parah!


----
uhuk..uhuk..yeye..
cegah barah!!


sekali lagi..ambek kat jiwang.org



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

mencegah lebih baik daripada merawat


betol2



__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

trkelip2 mate aku mmbacenye..hehhe


 



__________________
haPpInesS is Da ''FuEl'' Of MeANiNgFuL LiFE...So,tkn Minyak bebyk kali..!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

wahai cik adik dila awat plak mate terkelip2 plak ..bukan semua org mata terkelip2 kaa?




__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

kalo aku bukan setakat terkelip kelip lagi.....dah terkatup dah pun mata aku.... siap tersenggugut.... eh, silap...siap tersenggut senggut lagi ni ha.....

__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:


laa yekerrr datt....
jijik tol mata ko datt....
pepsi sampai tejojol-jojol mata tgk kejijijkan ko datt......
tp yg paling penting......the mask....
ko yg telah jd penyikut si ajaran sesat gab tuuu.....
ko kene laa jaga2......
kamu tuu dh laa bapok nyah x cukup sifat....
aku takut ko akan menghidap penyakit barah payudara.....
ngan barah pangkal rahim skali....cam ari tuu ko kene....
abis seumur idup ko x leh menjlnkan kegiatan perkara gian terkutuk nirrojim ko....
heheh sory the mask.....datt memain jer td...sory x tersengengaja...


__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Senior Member

Status: Offline
Posts: 303
Date:

datt wrote:


kalo aku bukan setakat terkelip kelip lagi.....dah terkatup dah pun mata aku.... siap tersenggugut.... eh, silap...siap tersenggut senggut lagi ni ha.....


datt kalau ko senggugut..eh tersenggut senggut tu bahaya tu datt, ko kena cepat pegi jumpa  doktor, takut ko kena renjatan letrik tuh..

__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 894
Date:

citer paling penipu aku pernah baca

__________________
buduh cam lembuuu
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard