Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: .:: Anak DerHaka ::.


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:
.:: Anak DerHaka ::.


> > Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai
> > pada tengah hari itu. I September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
> > berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan
> > kepala.
> >
> >
> > Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya
> > di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah
> > mereka.
> >
> >
> > " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa.
> > " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar
> > dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya.
> >
> >
> > " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah,"
> > jawab
> > saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
> >
> >
> >
> > " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung
> > Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi
> > lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang
> > tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ".
> >
> >
> > " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita
> > lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
> >
> >
> > Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam
> > adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur
> > belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama
> > kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia
> > dan sakit pula enggan memberikannya wang.
> >
> >
> > " Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
> >
> >
> > " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya,
> > perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah
> > bertahun-tahun
> > dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis.
> >
> >
> > " Maaak...kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,"
> > kata gadis itu.
> >
> >
> > " Yalah, mak tau...tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
> >
> >
> > " RM 20 aja !" si gadis berkata.
> >
> >
> > " Tak ada ," jawab ibunya.
> >
> >
> > " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata
> > keras.
> >
> >
> > " Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
> > tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mau dengar
> > ! "
> >
> >
> > " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis
> > kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang, boleh, tapi
> > kalau saya minta duit, mesti tak ada !"
> >
> >
> > Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya
> > ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.." katanya
> > perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
> >
> >
> > Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
> > Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
> > di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana
> > sunyi sepi.
> >
> >
> > Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
> > terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke
> > pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
> >
> >
> > Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi
> > tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui
> > jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang
> > bekerja di luar.
> >
> >
> > Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul
> > 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya
> > nak
> > di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak
> > terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat
> > Bantu.
> >
> >
> > " Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta
> > jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
> > kubur."
> >
> >
> > Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut
> > jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat
> > mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
> >
> >
> > Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam
> > lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
> > tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si
> > gadis mula cemas.
> >
> >
> > " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
> >
> >
> > " Apa pasal," Si ayah bertanya.
> >
> >
> > " Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian
> > cemas.
> >
> >
> > Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang
> > demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
> >
> >
> > " Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak
> > naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
> >
> >
> > Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis
> > tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk
> > menariknya keluar, juga tidak berhasil.
> > " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis
> > memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
> >
> >
> > Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba
> > menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap
> > terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.
> >
> >
> > " Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata
> > si gadis sambil meratap.
> > " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ,
> > ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal
> > mengeluarkan anaknya itu.
> > Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi
> > tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
> >
> >
> > " Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis .
> > Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak
> > boleh di empang lagi.
> >
> >
> > " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida
> > menyesal...Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil
> > memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
> >
> >
> > Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di
> > tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
> > Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu
> > lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut
> > perlu di kambus.
> >
> >
> > " Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat
> > lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam
> > mana ?
> > " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
> >
> >
> > "Habis anak saya ?" tanya si bapa.
> >
> >
> > " Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali,
> > mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.
> >
> >
> > Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara
> > pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
> > Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
> > menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
> >
> >
> > Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila
> > talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
> > meminta
> > ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang
> > ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
> >
> >
> > " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar
> > sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur
> > lagi.
> > Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
> >
> >
> > " Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang
> > motosikal masing-masing menuju ke kubur.
> >
> >
> > Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah
> > kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju
> > kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai
> > yang sedang bersesak-sesak.
> >
> >
> > Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke barisan
> > paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana
> > di
> > depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh
> > meter
> > daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
> > kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
> >
> >
> > Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis
> > berkenaan adalah kenalan saya.
> > " Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang perasan
> > saya memanggilnya mengangkat tangan.
> >
> >
> > " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia
> > datang ke arah saya.
> >
> >
> > " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya
> > perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan
> > kanan
> > khuatir ada orang yang tahu.
> >
> >
> > " Sekejap aja. Bolehlah..."saya memujuk.
> > Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tanpa berlengah,
> > saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie
> > seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya
> > berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua ; tidak
> > sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
> >
> >
> > selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai
> > ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
> > polis memerhatikan kedatangan saya.
> >
> >
> > Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu
> > supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang
> > berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan
> > bibirnya ke arah sebuah kubur.
> >
> >
> > Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak. Saya
> > lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
> > teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
> > merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada
> > emak,
> > Saida menyesal, Saida menyesal.."
> >
> >
> > >
> > > Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran
> > daripada mata
> > yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada
> > arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
> > saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil
> > juga.
> >
> >
> > saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
> > Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk
> > menyelamatkan gadis berkenaan.
> >
> >
> > " Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
> > menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
> > tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
> > terus
> > meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
> >
> >
> > Hampir menitis air mata saya melihat Saida . Tidak saya sangka ,
> > cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini beralaku di depan mata.
> >
> >
> > Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama,
> > dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'.
> >
> >
> > Malangnya saya tidak dapat lama di sana. Cuma 10 - 15 minit saja
> > kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
> > mahu
> > , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran
> > lagi
> > Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya
> > Allah,
> > lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
> >
> >
> > Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan
> > adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar, tapi
> > seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air
> > matanya.
> >
> >
> > Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan
> > itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
> > kepungan
> > lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun
> > datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu
> > bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu
> > terpaksa di tolak.
> >
> >
> > Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak
> > tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara
> > dia
> > tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan
> > malam
> > itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya
> > terngiang-ngiang di telinga.
> >
> >
> > Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun
> > minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya
> > masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah
> > di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat
> > besar. Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
> >
> >
> > Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang di
> > beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida
> > menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
> >
> >
> > Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
> > mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
> > tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
> > bercerita.
> >
> >
> > Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida
> > meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
> > kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin
> > juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih
> > sangat dengan apa yang di lakukannya.
> >
> >
> > Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
> > barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di
> > sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
> >
> >
> > Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang
> > melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang
> > derhaka.


__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Senior Member

Status: Offline
Posts: 271
Date:

perrghhh... sdis tol citer nie..
isk isk....

__________________
http://prepaid4u.net/?id=qamel


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

tu lah tebarai!! lain kali jangan derhaka kat aku!! eh...silap!!


kat mak k0 tau!!! jangan derhaka sesekali!!!!



__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

anak derhaka ...mmg ramai anak2 bersikap bgtue ...terutama nya kalo mak dan bapak x penuhi kehendakan nya ....

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

tol tu!! seara 0t0matik aku s0k0ng kata the masak!!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Senior Member

Status: Offline
Posts: 108
Date:

ila pernah baca kisah ni dlm mastika..khabarnya berita ni tak disiarkan di media secara meluas sebab menjaga maruah keluarga mereka..apa pun,hormati lah ibu kita..sama ada yg masih hidup atau yg telah tiada,kita masih bertanggungjawab utk menghormati ibu..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

ha ar ila..memang cite nie dari mastika....
erm.tul tu!! jgn sesekali menderhaka kepada kedua ibu bapa..
lagi2..pada aweks!! nanti aweks sumpah jadi c0klate!!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Senior Member

Status: Offline
Posts: 455
Date:

hoh..nasib baik ko sumpah jadi coklat je aweks. kalau jadi seterika lagi teruk asik nak menggosok je le kejanye...habis suma menda dia kena gosok..tak kira le dia rela ke tak..ekekekekke

__________________
seronoknya saat remaja, indahnya bila dewasa..buat le apa yg patut janji happy


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

ekekek kak laila!! kalau dia dah jadi c0klate! kite makan same2 tau!!


sambil cecah strabery....uikS...lain benar bunyik je!!



__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Senior Member

Status: Offline
Posts: 455
Date:

aar jom kita kongsi sesama ek aweks...tapi ko jgn sumpah KB palk jadi coklat atau ko jgn amik coklat kat beliau tu...tak sedap r coklat beliau tuh...dah nak xpired...


amik kat rie ke..atau kat gab ke..atau kat judin ke..takpon ko sumpah je si fear faktor tu jadi coklat...pastu kita kendurikan ramai2 sambil menganyam ketupat...


mana eloka nih....xtvt menganyam beliau tu dah berhenti ke...dah tak menganyam lagi??



__________________
seronoknya saat remaja, indahnya bila dewasa..buat le apa yg patut janji happy


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

j0m kak laila!! kite nyanyam!!...hua hua hua..suke ye......



__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard