Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: .:: warkah Buat Hisyam ::.


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:
.:: warkah Buat Hisyam ::.


Kepada sahabat ku hisyam.Apa khabar? Sudah lama aku tidak mendengar khabar darimu. Setelah hampir sembilan tahun kita tidak bertemu setelah masing2 mengambil haluan sendiri setelah tingkatan lima. Hanya surat yang menghubungkan kita. Tetapi sudah lama kita tidak berutus surat kan? Agaknya apa khabar dirimu kini? Aku sentiasa berdoa agar kau hidup bahagia ceria,Syam.Kita mula berutus surat setelah aku berhijrah ke Bandar T kerana mengikut ayahku yg bertukar tempat kerje pada waktu itu. Setalah tamat f0rm 5,aku meneruskan persekolahan di Bandar T. Bandar ini sangat membangun dan boleh digelar bandar metr0politan. Di sini aku meneruskan pengajian ke tingkatan 6. Suasana di sekolah ini menyebabkan aku rindu pada kenangan lalu semasa kita sama-sama berlajar di sek0lah S. Syam,hidup aku di sini tidaklah seindah yang aku idamkan seperti di bandar S dulu. Jika di sekolah s dulu , ada saja rakan-rakan kita yang sanggup untuk membantuku menyorong kerusi rodaku ini. Aku dilayan sama seperti manusia biasa yang cukup sempurna walaupun hakikatnya aku lumpuh. Aku cukup bahagia di sekolah S. Namun kenangan tinggal kenangan. Berbeza pula di bandar T. i sini pula aku dilayan bagai mahkluk asing. Mata yang memandang penuh jijik dan kehadiranku di sekolah itu menjadi perhatian ramai pihak termasuk guru-guru. Tiada lagi insan yang sudi membantu aku meny0r0ng kerusi r0daku ini. Tiada yang sudi membantu aku meny0r0ng kerusi r0daku ini. Tiada lagi layanan istimewa yg pernah aku terima semasa di sek0lah S dulu. Yang wujud cuma cacian dan hinaan darisegelintir pelajar nakl di sekolahku. Sakit hatiku,Syam. Tapi apalah daya seorang insan cacat seperti aku. Aku tidak mintak untuk jadi lumpuh begini. Tapi kemalangan jalan raya yang aku alami telah menyebabkan aku lumpuh. Aku reda Syam.

Hisyam,aku sedih dengan layanan yang aku di berikan oleh para pelajar di sekolaku. Apa d0sa yang aku lakukan hingga aku sering diejek dan diperli hanya kerana aku satu-satunyapelajar yang kurang upaya d'sekolah itu. perlukah insan seperti aku ini dipandang ser0ng? Aku tertanya sendiri. Dalamm aktiviti sukan aku sering di pinggirkan. Jangan haraplah aku dapat bermain bola seperti sek0lah S dulu. Aku cuma mampu jadi pemerhati yang setia. Mereka meragui kemampuan diriku. Ada juga yang sanggup nak buat aniya dekat aku. Sengaja nak sakitkan hati aku. pernah sekali aku dit0lak oleh Zul, samseng sekolahku hingga menyebabkan aku terjatuh dan cedera. Mereka sengaja menolak kerusi rodaku hingga terlanggar sebuah pasu bunga dan aku rebah ke tanah. Mereka mentertawakan aku yang terbaring lemah. Langsung tdkmahu menolongku. Aku dibiarkan terkulat-kulat disitu oleh mereka. Aku sedaya upaya untuk bangun tapi aku gagal. Aku cuba lagi dan cuba lagi. Namun aku masih gagal untuk bangun. Tuhan itu Maha Penyanyang, Syam. Nurul Ain. Namanya secantik orangnya dan seindah budi bahasanya. Itulah satu-satunya hamba tuhan yang sudi membantuku untuk bangun dan seterusnya mendapatkan rawatan di sek0lah. Kebetulan pada waktu itu dia sedang meronda-ronda di kawasan sekolah dan terserempat dengan aku yang sedang berusaha untuk bangun. Untuk maklumat engkau, Ain adalah pengawas sekolah dan menjadi kebiasaannya untuk meronda kawasan sekolah sebelum dan selepas waktu rehat. Tiada ucapan tertinggi yang aku berikan padanya melainkan terima kasih yang tidak terhingga. Wajah lembutnya menyejukkan hatiku yang kian marak dengan api kemarahan ketika itu. Perlahan-lahan dia memujuku supaya bersabar dan kuat semangat untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Aku terharu sengan keprihatian padaku. Aku terhutang budi dengan dirinya.

Barangkali ada hikmah di sebalik semua kejadian semenjak peristiwa itu,kami menjadi semakin akrab. Dia sering melawatku di kelas dan mengajakku makan bersama-sama dengannya di kantik sek0lah. Kadang-kadang kami mengulang kaji do perpustakaan bersama-sama dan aku sering memabantunya dalam pelajaran memandangkan dia akan menghadapi SPM pada tahun itu. Aku akan menghadapi STPM. Nurul Ain seorang gadis yang bijak dan sering menjadi ayam tambatan sek0lah dalam pertandingan Perbahasan, Syarahan, Pidato dan macam-macam lagi pertandingan.

Nurul Ain satu-satunya rakan yang aku ada di sek0lah itu. Dia sering menasihati aku agar belajar bersungguh-sungguh untuk membuktikan aku bukanlah seorang yang lemah. Semangatku dibakar hebat oleh kata-kata perangsang darinya. Aku ingin buktikan bahawa seseorang yang lumpuh seperti aku juga boleh berjaya. Kau juga pernah kata, Kau nak lihat aku berjaya mencapai cita-cita? Aku akan buktikanya Sham.
Aku menghadapi STPM dengan penuh kesabaran dan ketekunan. Sesekali tumpuanku hampir hilang dek kerana cacian dan ejekan rakan sekelasku. Nurul Ainlah insan yang tdk jemu-jemu mendorong diriku untuk berjaya. Aku nekad. Walau kakiku lumpuh, namun semangat tetap kental. Apabila keputusan STPM dan SPM diumumkan, aku benar-benar terperanjat. Aku telah din0batkan sebagai Pelajar Bestari di bandar T. Betapa hebatnya gadis itu. Aku cukup bangga denganya. Tidak putus-putus ucapan tahniah yang aku terima dari guru-guru. Ada beberapa orang pelajar yang memandang rendah padaku dulu turut sama mengucapkan tahniah atas kejayaan ku itu. Ini telah membuatkan aku benar-benar bangga dengan diriku sendiri. Namun, disebalik kegembiraan itu terselit sebuah kekecewaan kerana ketika keputusan diumumkan, aku tdk dpt berjumpa dengan Nurul Ain kerana dia sudah berhijrah ke bandar K.

setelah sebulan keputusan STPM dan SPM diumumkan, aku mendapat surat tawaran dari Jabatan Pendidikan Malaysia. Keputusan STPM yang cemerlang yang aku peroleh telah membolehkan aku melanjutkan pelajaran ke T0ky0, Jepun dalam bidang seni Bina. Gembiranya aku bukan kepalang. Tetapi dalam masa yang sama aku turut bimbang. Hatiku berat untuk melangkah pergi kesana tatkala melihat keadaan diriku yang tdk berupaya seperti ini. Namun dek semangat dan harapan yang menggunung ayah dan ibu terhadapku,aku terima juga tawaran itu. Aku pergi ke sana dengan berkerusi roda. Pada firasat aku ketika itu,pastinya aku akan menjadi perhatian lagi apabila berada disana nanti. Barangkali fikirku.

Hisyam,sangkaan di awal keberangkatan ke t0ky0 jauh meleset. Para pelajar di sana sangat ramah tamah menyapaku, Aku dilayan tak ubah seperti di sek0lah Sdulu.Sangat istimewa. Aku betul2 gembira.

Syam, kau nak tahu? aku ada berkenalan dengan se0rang rakan yang sangat baik. Dia perkenal kan aku dengan abg ye. Abg ye pula seorang doktor pakar. Huishiro itu lah nama rakan ku,dia benar-benar ingin aku berjalan sediakala. Aku turut sahaja kehendaki kemahuan nya. Dan abg ye dengan sukerela mahu membantuku. Kau pun tahu betapa gembiranya aku.
Pada awal rawatan yg aku jalani agak rumit dan kadang-kadang aku hampir berputus asa. Namun aku cuba kuatkan semangatku agar tidak mudah menyerah kalah. Lebih kurang sembilan bulan rawatan,aku bersyukur kerana aku mampu berjalan biarpun dengan bantuan tongkat. Tak kisahlah asalkan aku ada harapan tuk pulih semula. Kadang2 ibu dan ayah akan datang ke t0ky0 utk melawat di sini. Syam,inilah antara impian aku simpan sepanjang aku berada di zaman persekolahan dulu. Kau juga pernah memberi harapan agar aku dapat berjalan semulakan? Doa dan impian kita termakbul syam.

Setelah 5 thn aku berada di toky0 aku kembali semula ke tanah air. Jika dulu aku pergi berbekal kan kerusi roda kini aku kembali bersama kedua belah kaki yang sudah boleh berjalan semula. Orang yang paling gembira melihat perubahan diriku pastilah ibu dan ayhku.

setelah seminggu aku pulang ke tanah air. Aku mendapat tawaran untk bekerje di sebuah firma arkitek di bandar B. Aku bekerje sebagai seorang arkitek. Kau mahu tahu,aku lah arkitek paling muda di syarikat ini.Tapi aku sedar bahwa org muda seperti akulah yang harus berani berhadapan dengan segala cabaran dan seterusnya mempelajari ilmu-ilmu dari yang sudah ada berpengalaman seperti mereka. Bukankah kau pernah kata,pengelaman adalah seorang guru yang terbaik. Tak begitu?

Kini hampir setahun aku bekerja di syarikat itu.syam. Aku bersyukur kerana kini aku telah dinaikan pangkat. Tapi syg disebalik kegembiraan aku nie aku masih tidak dapat jejaki org yang aku sayangi. Aku sedar dalam diam-diam aku ada hati pada sidia.
hisyam memang benar sebagaimana yang kau pernah beritahu dulu. Kesabaran memang pahit tapi hasilnya manis. Suatu hari ketika aku sedang menjemput anak saudaraku dari tadika,mataku tertumpu pada seraut wajah yang cukup aku rindui. namun aku masih meragui adakah insan itu yang aku cari selama ini. Anak-anak kecil itu berbaris sambil bersalam menguucup tanganya seorang itu ialah senyumannya.

"Nurul Ain?" lancar nama penuh gadis itu aku lafazkan. Aku terpana seketika tatkala gadis itu terus men0leh lalu merenungku. Berkerut dahinya memandangku tatkala aku memberitahu namaku padanya. Tiada langsung senyumam manis untukku
"Mana kerusi roda awak>" pertanyaan itu membuatkan aku tersenyum sendiri.Dia terkejut melihat aku kembali tanpa kerusi r0da seperti enam tahun lepas. Aku terus memberi tawaran utk menghantarnya pulang bersama-sama dengan anak saudaraku. Dia bersetuju. Peluang yang ada aku guna kan sebaiknya. Sempat juga aku bertanya khabar terbaru darinya. Aku hairan mengapa dia memilih untuk menjadi guru tadika sedangkan dia mendapat tawaran utk menjadi d0kt0r. Katanya dia men0lak kerana ayahnya telah meninggal dunia sebelum keputusan SPM kluar. Oleh sebab itu dia telah berhijrah ke bandar K kerana mereka cuma menumpang rumah ibu saidaranya di bandar T itu. Di bandar K arwah ayahnya ada membeli sebuah rumah teres yang tdklah sebesar mana,tapi jauh lebih baik dari menumpang rumah org. Dia terpaksa menolak tawaran ke Amerika kerana ibunya tidak mampu untuk menyara persekolahannya lagi. Aku turut kasihan dengan nasib yang meninmpa dirinya,Syam, Kiranya aku lebih bertuah dari gadis itu. Sejak peristiwa itu hubungan kami lebih akrab. Hampir setiap hari aku menjemputnya dari tadika dan membawa keluar berjalan-jalan di k0ta. Hisyam,setelah hampir 4 bulan kami berhubung aku nekad untuk melamarnya. Pada ayah dan ibu aku khabarkan hasrat murniku ini. Aku bersyukur apabila aku meluahkan hasrat murniku ini. Katanya dia tidak kisah jika keluarganya mahu menirama lamaran itu. Yang paling aku gembira adalah apabila rombongan meminang bagi pihak aku pulang membawa khabar bahawa pihak perempuan bersetuju. Aku gembira bukan kepalang, Kami sepakat untuk memilih tarikh yang sesuai yang amat bersesuain agar semua rakan-rakan ku dapat hadir pada majlisku nanti.
HIsyam,aku berharap sangat agar kau dapat hadir bersama-sama dalam majlisku nanti. JIkalau boleh aku mahu semua rakan-rakan lama jumpa di majlis yang penuh bersejarah bagi diriku. Aku teringin hendak mendengar khabar dari kalian semua. Entah apalah berita dari kau pula syam. Aku harap kau dapat memenuhi harapan ku ni. Bersama-sama dengan warkah ini,aku sertakan sekali kad jemputan Perkhawinan untuk kau. Semoga kita dapat berjumpa di hari pernikahan nanti.

yang ihklaS
-Haris-


[ Hisyam melipat kemas warkah yang dikirim oleh haris kepadanya seminggu sebelum hari perkhawinannya. Sedah berkali-kali hisyam membaca warkah itu. Rindunya pada Lelaki itu kian menebal. Hisyam membuka pula kad berwarna merah jambu yang turut di serta kan bersama-sama dengan warkah itu. WALIMATULURUS AHMAD HARIS BIN KAMARUL DAN NURUL AIN MARZUKI. Tertera nama kedua-dua bakal pengantin pada kad tersebut. Hisyam menyimpan semula kad tersebut ke dalam sampulnya. Haris,terima kasih erana masih mengingati aku. Aku akan ingat semula janji-janji kita. Mata hisyam terpaut pada keratan ahkbar yang di ambil tiga yang lalu. SEPASANG PENGANTIN MAUT KEMALANGAN JALAN RAYA. Bandar B,27 Mei- Sepasang pengantin yang baru melangsungkan pernikahan semalam telah mengalami kemalangan jalan raya disini pagi tadi. Mereka yang ketika itu dalan perjalanan menuju ke dewan persandungan telah bertembung dengan sebuah van yang d pandu laju dan kereta honda civic yang mereka naiki telah melanggar pembahagi jalan. Tiga org maut dalam kemalangan tersebut termasuk kedua-dua pengantin dan pemandu kereta ]


.psst...s0wie kalau ada ayat salah..ehehehhe .....

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

huhu..sedeyh citer nih!!menitik-nitik air mata aku..



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

ishk2..biar menitik nitik..jangan banjir...
ishk2..nak aku bg pinjam tisu jamban....

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 807
Date:

waaaa...aweks...kenapa mesti sad ending...

__________________

LuCkY - nO tImE fOr LoVe...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

Aweks_HapPy wrote:


ishk2..biar menitik nitik..jangan banjir... ishk2..nak aku bg pinjam tisu jamban....



x mau tisu jamban..nak tisu wanita..



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

lucky..........mungkin ada hikmah di sebalik kegembiraan..
bukan semua ending yg akan berakhir ngan happy...
tapi kadang-kadang kita sangka happy tu lah yang sad....




_________________________

what?? tisu wanita ehk??
ahakS..gi mintak Judin..semalam
dia pinjam aweks..~!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

aweks..

ni citer betul2 ker main2..?

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

aweks c0py di buku Dewan siswa...
tak tahu betul ke tidak..mungkin
just karangan dan ilusi...tapi tak mustahil kan??

sebab aweks suke cite nie...her0in ye..
same betul2 ngan nama aweks...
sebab tu aweks taip semula...
pulak tu..tarihk kematian ye..hampir2 ngan besday aweks..
tu yang aweks suke cite nie..

-- Edited by Aweks_HapPy at 13:39, 2006-11-27

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

buku dewan siswa? buku per tue..? mcm tak penah tgk jerk.. katne dpt..?

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

yerp..buku dewan siswa nie..
budak2 sek0lah je dapat..
tahun lepas..aweks pun dapat..setiap bulan dapat..
tapi kene bayar penuh ar...erm..Fie tak pernah nampak ehk???
ishk2...kesian.....

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

ape ang gelak.. mmentangla dh lama aku mninggalkan alam psekulahan.. time kita dulu maneder buku2 camtue.. buku skulah adela.. huh!

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

eh ye kew?? ahakS..buku sk0ol ehk??
ahakS..ni buku tambahan dalam kelas..best tau~!! macam2 ada kat sini..
masa sesi perkenalan pun ada tau~!..
pernah juga sk0ol aweks masuk dalam majalah dewan siswa..
ahakS...masuk Berita T.V3 pun pernah..ahakS...
tapi~!! aweks tak ada pun masuk t.v..sebab tak muat~!!
uikS terem0si0nal~!!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 847
Date:

yerla2.. nak eksenla tu kunun2 zaman skulah dia besh.. time zaman aku lagik besh tau.. takyah blaja matematik dlm basa omputeh!.. tu pasaila spm dpt 1.. besh tak zaman skulah aku.. korang2 nw kene blaja sains pun dlm omputehkan.. tp bagusla.. leh jd pandai dlm inggeris..

__________________
Kiss me when i cry.. Bless me when i die..


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

ahakS..best lah jugak..sebab skrg..cikgu byk dengar cakap murid ye~!
kalau tak~!! cikgu balik naik bus tambang~!!! sebab ape???
sebab cikgu tak pakai kereta lah~! h0h~!! lambat jawab fie nie tau~!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Newbie

Status: Offline
Posts: 2
Date:


kebahagiaan yang diperolehi diiring dengan kematian.
air mata mengalir membasahi pipi ketika membaca warkah ini.
pengakhiran yang menyayat hati...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

lah!!..nangis ke?? jangan lah nangis...itu semua ada hikmah ye..


 


hye lakh...leh kenalan???



__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

huk alehhh aweks nak berkenalan ngan sape? plak

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

tu ha~!! ngan lakh1007 tu!!...

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard