aku mendengus geram.. sudah berkali-kali nombor telefon rizal kudail tapi langsung tiada jawapan.. janji nak jumpa..dia lupa ker? dah dekat 3 jam aku terpacak kat depan bus stand nie.. ahhh..sakit hati aku! sekali lagi no telefon rizal kudail..
'' arghh...! '' aku tambah geram bila telefon bimbit aku kehabisan bateri.. lupa nak cas la malam semalam..
kakiku mula melangkah apabila terlihat sebuah pondok telefon disebarang jalan.. ahh..kalau kali nie dia tak jawab jugak.. aku balik!
tapi...belum sempat aku melangkah keseberang jalan.. pandanganku berpinar-pinar disertai bunyi dentuman yang agak kuat...
'' adik..tepi sikit.. '' satu suara menyapa dibelakang.. perlahan aku menolak kerusi roda ketepi..
aku menoleh kearah tasik yang terbentang luas dihadapanku.. cantik..tapi tetap tidak dapat menceriakan hatiku.. air mataku menitis tiba-tiba.. peristiwa lalu kembali menerpa diingatan...
saat itu seluruh semangatku bagai direntap.. air mata tak berhenti-henti mengalir..
'' makkkk.... '' aku meronta sekuat hati... namun badanku terasa kebas..
'' sabar nak.. '' lirih suara mak..
'' mak.. makkk... cakaplah mak... fia tak lumpuh! fia tak lumpuh! '' aku berteriak.. cuba bergerak namun payah sekali....
mak sudah mula menangis.. ayah sunggul dimuka pintu.. wajah kakak dan adik-adikku kurenung satu persatu.. semuanya diam.. diam tanpa kata..
'' sabar nak..sabar.. '' ayah membelai rambutku..
sukar untuk aku menerima kenyataan... aku lumpuh! tidakkk...tidakkk...!!!! berkali-kali aku menampar-nampar diri.. mengharapkan agar aku terjaga dari mimpi ngeri ini...
'' fia tak nak! fia tak nak jumpa sesiapa! fia nak mati!! fia nak mati!! ''
itulah kata-kata yang sering aku ucapkan apabila ada orang ingin melawatku dihospital.. sehinggakan doktor terpaksa menyuntik ubat penenang kapada aku.. begitulah aku...begitulah aku cuba untuk lari dari kenyataan.. aku...aku...aku malu.. aku cacat! aku nak mati!
namun, sesi terapi dan kaunseling sedikit sebanyak membantu aku mengharungi hidup.. sokongan, dorongan dan penerimaan keluarga dan rakan-rakan membuat semangat aku pulih sedikit demi sedikit.. ramai lagi yang lebih kasihan dari aku.. aku beruntung kerana masih diberi peluang untuk bernafas dibumi allah ini..
walau bagaimanapun, aku mungkin telah berubah sepenuhnya.. berubah menjadi pendiam dan pasif.. aku tahu kakak sangat sedih apabila aku langsung tidak mahu keluar dari bilik semasa hari persandingannya.. maafkan fia kak.. mak risau..begitu juga ayah.. bukannya sengaja mahu menyembunyikan diri.. tapi...aku malu!
dan sekali lagi, aku gagal mempertahankan cinta.. orang kata..cinta itu tidak melihat kepada paras rupa, harta, atau darjat.. cinta itu dari hati..cinta tidak melihat kekurangan..cinta adalah keindahan.. ahhh...dusta! manusia bercinta kerana kepentingan.. kepentingan semata-mata!
rizal...berita pertunangannya sampai juga dipengetahuanku.. dengan rela hati aku melepaskan dia pergi kerana aku tahu...aku takkan mampu membahagiakan dia.. beberapa bulan lagi dia akan melansungkan perkahwinannya.. dengan siapa? aku tak tahu..dan aku tak ingin ambil tahu.. kad undangan perkahwinannya langsung tidak kubaca.. yang aku tahu, aku hanya nak dia bahagia.. itu sahaja.. biarpun sebenarnya, hati ini terguris dengan dalam..
kini, sudah 6 tahun berlalu.. tasik ini menjadi temanku yang setia.. setiap petang aku bersiar-siar disini... menikmati keindahan alam yang indah.. aku gembira.. namun, sekali sekala air mata ini tumpah juga.. tumpah mengenangkan nasib diri.. namun siapa aku untuk menolak takdir ilahi? siapa aku untuk menyalahkan takdir? aku tahu..hidup nie taklah sempurna.. dan hari ini aku menjadi salah satu daripada ketidaksempurnaan itu..
ya allah..aku terima dugaanmu dengan tabah.. aku ingin meneruskan hidup ini dengan sebaik-baiknya.. aku tidak patut menyesali nasib.. semua ini ada hikmah disebaliknya.. aku perlu bangkit..
setelah sekian lama mencuba, aku sudah mampu mengembalikan sifat asalku yang manja dan periang... dan mak adalah orang yang paling gembira setiap kali senyuman terukir dibibirku.. hatiku sayu melihat senyuman mak.. mak..fia akan bahagiakan mak dan ayah walaupun fia cacat.. fia sayang mak dan ayah.. fia nak mak dan ayah gembira.. itulah janjiku pada diri sendiri..
untuk mengisi masa lapang, aku mulai berjinak-jinak dengan bidang penulisan.. bermula dengan puisi, aku mulai menulis cerpen.. walaupun tidak sebaik para penulis popular yang lain, aku senang dan gembira bertemankan typewriter dan komputer.. sekurang-kurangnya aku tidak kesunyian dan keseorangan.. dan insya allah..aku akan menghasilkan novel aku yang pertama..
'' assalamualaikum.. '' sapaan itu mengejutkan aku...
'' waalaikumsalam.. '' jawabku.. aku mengerakkan kerusi roda ke tepi sedikit..
'' ehh..takper.. saya bukannya nak lalu.. saya nak sembang dengan saudari.. itupun kalau diberi keizinan.. '' ujurnya sambil tersenyum..
aku mengerutkan dahi.. lambat-lambat aku menganggukan kepala..
'' boleh..apa salahnya.. ''
'' tengok apa kat tasik nie? tiap-tiap petang kesini.. saudari tak bosan ker? '' tanyanya..
' huh..macam mana dia tahu tiap-tiap petang aku ada kat sini? ' hatiku diselubungi persoalan.. ' dia pun hari-hari datang sini ker? '
'' saja nak rehatkan minda.. tempat nie best.. tak bosan pun.. '' aku senyum..
'' owh..ok.. erm..saya hairi iskandar.. nama samaran pendekar.. ''
'' kenapa panggil pendekar pulak? tak ada rupa pendekar pun...haha.. '' aku ketawa..
'' sebab saya suka tengok filem dulu-dulu..terutamanya filem pendekar bujang lapok.. '' ujurnya sambil menolak kerusi roda aku ketepi sebuah bangku lalu duduk disitu.. aku biarkan sahaja.. yelah, kesian jugak dia berdiri dari tadi..
'' jadi..awak nie pendekar bujang lapok la ye? '' jawabku dengan ketawa yang masih bersisa..
dia tersenyum... '' saya memang bujang.. tapi tak lapok lagi tau.. masih hensem dan macho.. ''
'' perasan.. '' ucapku sambil menarik muka..
'' nama saudari siapa? '' tanyanya.. aku ketawa lagi..
'' aik..tanya nama pun ketawa ker? '' dia menaikan kening.. memandangku penuh tanda tanya..
'' kenapa bahaskan saya sebagai saudari? '' tanyaku.. tujuannya supaya dia sedar akan sebab aku kelucuan sebentar tadi..
'' ermm..maaflah... saya tak kenal saudari lagi.. tak tahu nak panggil apa.. awak ker? you ker? cik ker? sebab tue saya panggil saudari.. lagi manis kan? sesuai dengan saudari yang manis nie..'' tersipu-sipu dia menjawab..
'' owh.. '' ucap aku sambil mengangguk.. '' tak payahlah ber'saudari' dengan saya..rasa janggal pulak..panggil fisya jer.. boleh? ''
'' okey.. "
'' tapi saya tak nak panggil awak pendekar.. nak panggil hairi boleh? ''
dan kali ini dia pulak mengangguk.. ''tapi..bukankah nama saudari fia..? ''
'' tahu dari mana? '' aku tertanya-tanya.. mungkin dia terdengar nama aku dipanggil dimana-mana..
yelah, dah hari2 kat sini.. mestilah ramai yang kenal aku.. kadang-kadang aku sembang dengan pakcik mad yang selalu kutip tin alluminium ditepi tasik, makcik inah yang jual buah digerai hujung sana ataupun adik amin dan abangnya izfan yang selalu kesini tiap-tiap petang.. mungkin sebab aku cacat.. maka, ramailah yang bersimpati dan sudi teman aku kat sini.. takperlah, ada juga baiknya.. tak jugak aku sunyi..
'' saya tanya nenek kebayan.. dia yang bagitahu saudari bohong.. ''
'' ahh..nak bagi alasan ar tue.. hmm..sebenarnya nama penuh saya fisya nurafia.. tapi panggil apa-apa pun boleh.. ''
'' owh..jadi nie saudari 'apa-apa' lah nie? '' giliran dia pulak ketawa.. aku mencebikkan bibir..
'' maksud saya..nak panggil fia ker..fisya ker..nur ker.. saya tak kisah.. bukan nama saya 'apa-apa' '' jawabku dengan muncung yang panjang...
'' ok..ok.. tapi,saya nak panggil fia jugak.. boleh tak? '' aku mengangguk sambil tersenyum...
'' asyik angguk jer dari tadi.. bila nak geleng2 pulak? ''
ditergah rasa lucu..aku ketawa lagi...dia turut ketawa kecil..
'' saudari..er..fia.. nampak cantik kalau ketawa macam nie.. tak macam mula-mula hairi nampak dulu.. diam jerk.. '' mataku direnungnya.. membuatkan aku tertunduk malu.. dah lama tak bertentang mata dengan insan bergelar lelaki..
'' jadi..selalu intip fia la nie? '' aku bertanya tanpa memandang kepadanya.. aku lebih senang memerhati gelagat anak muda dihujung sana yang sedang bermain skateboard.. terlompat-lompat dan melakukan aksi yang agak merbahaya.. dahlah tak pakai pelindung kepala.. karang cedera pulak..
'' hairi tak intip fia pun.. hairi skodeng jerk.. hahaha.. '' jelasnya disusuli gelak tawa yang membuat muncung aku tambah memanjang..
'' samalah tue.. jahat! '' ngomelku..
'' hairi tak jahat.. nakal jerk.. tapi, fia tue lagi jahat tau! '' aku mencebikkan bibir.. yelah, tiba-tiba ku pulak dikatakan jahat..!
'' aik..merajuk ker? sorrylah.. sebanarnya fia tak jahat.. kalau jahat..dah lama polis tangkap.. '' guraunya sambil terkekeh ketawa.. aku membulatkan mata.. geram!
aku mendiamkan diri.. entahlah..aku langsung tidak mempunyai akal untuk memintas segala kata-katanya.. hairan jugak..dulu kan aku teror sangat bab-bab lawan cakap orang nie.. alih-alih..aku pulak terdiam tanpa kata...
'' okalah...tukar topik pulak.. umur fia berapa? '' dia memulakan bicara..
'' erm..hairi agak berapa? '' aku berteka-teki..
'' 12 tahun kot...sebab kuat merajuk..! '' sekali lagi aku geram dengan jawapan nakalnya.. seperti biasa, tanpa dapat dikawal.. satu cubitan singgah di lengannya..
'' aduhh...rupanya ada bakat lain ek.. bakat merajuk dan bakat mencubit.. '' ujurnya nakal..
'' haaa..nak lagi ker? fia tanya betul2.. hairi main-main pulak.. '' suara aku sekan merajuk..
'' fia yang main-main.. hairi tanya umur... fia suruh pulak teka2.. '' jawapan yang tepat! aku pulak yang disalahkan..
'' oklah...umur fia 26.. hairi? ''
'' 5 tahun older than that.. fia tak terfikir ke nak kahwin? ''
aku terlopong.. kahwin? layakkah aku untuk mempunyai seorang suami? diri sendiri pun perlukan penjagaan..macam mana aku nak jalankan tanggungjawab aku untuk menjaga suami..pelik hairi nie.. dah nampak aku macam nie..nak tanya lagi..
perkahwinan itu perkongsian hidup.. isteri bertanggungjawab terhadap suami dan begitu juga sebaliknya.. tugas isteri ialah menjaga keperluan suami dari segi zahir dan batin.. selain itu, isteri bertindak sebagai pendidik kepada anak-anak kelak.. aku? tak mungkin dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan sebaiknya.. oleh itu, aku tidak pernah pun berfikir untuk berkahwin.. aku tak mampu.. aku takkan mampu..
'' siapalah yang nak kat fia.. tengoklah..fia nie akan menyusahkan suami jerk.. apa gunanya kan? '' lirih suara aku menjawab..
'' hey..janganlah cakap macamtue.. bunyinya macam orang berputus asa jerk.. kan ramai pasangan yang kurang upaya berkahwin dan mampu berbahagia.. fia saja yang berfikiran negatif.. kalau ada yang nak macam mana? ''
aku tergelak kecil.. '' kalau ada org yang nak? hmm..orang tue mungkin buta ataupun kurang waras.. ''
'' kalau hairilah yang fia katakan buta atau kurang waras tue macam mana? '' serius benar bunyinya.. aku terdiam seketika..
'' huh...maksud hairi? ''
'' fisya nurafia.. sudikah saudari menjadi isteri hairi yang sah? ''
'' errr...tapi....kenapa mesti fia? fia cacat hairi.. tak layak untuk dijadikan isteri.. ramai lagi yang hairi boleh pilih..lagipun, takkan dalam masa sejam nie.. hairi boleh ajak fia kahwin.. perkahwinan nie bukan main-main.. perkahwinan nie perkongsian seumur hidup.. fikirlah baik-baik hairi... '' aku gugup..
'' manusia boleh jatuh cinta dalam masa sesaat... memahami seseorang dalam masa seminit.. so, macam-macam boleh berlaku dalam masa sejam cik fia.. one more thing.. cinta itu buta fia.. ia tak melihat paras rupa.. tidak peduli akan kekurangan.. cinta itu rasa.. lahir dari hati yang ikhlas untuk mencintai dan dicintai.. sesungguhnya, wanita yang mendapat tempat disyurga allah.. ialah wanita yang telah menunaikan tanggungjawabnya kepada allah, ibubapa dan juga suami.. percayalah fia.. hairi cintakan fia kerana apa yang fia miliki.. i love you for what you are.. ''
'' tapi..... ''
'' malam nie buatlah solat istikarah.. kalau wajah hairi hadir.. pakailah cincin nie.. kalau tidak..terimalah ia sebagai tanda persahabatan kita.. esok hairi akan datang pada waktu yang sama untuk jumpa fia.. kalau fia datang dengan memakai cincin tue.. maknanya fia setuju.. dan sebaliknya... meet you again tommorow miss fia.. assalamualaikum... '' ucapnya sambil berlalu pergi..
kotak berwarna merah yang diletakkan ditapak tanganku kubuka.. sebentuk cincin emas.. haaa..dia tak bohong rupanya... betul ker dia nak kahwin dengan aku? gila... manusia sekarang memang sudah gila..!!
diam-diam cincin itu kusarungkan dijari manisku.. aneh...muat pulak cincin nie.. maacm dia tahu-tahu jerk saiz jari aku.. nie kebetulan atau.... hmm..entahlah.. aku? nak ker aku terima hairi tue? gila..dia memang gila.. aku nak kahwin? ahhh..tak mungin... aku tak bersedia lagi.. aku takut!
tapi.. aku pun nak juga merasai kehidupan berumah tangga.. selama ini aku memang inginkan sebiuah keluarga aku sendiri.. kini peluang telah ada... tapi..ikhlaskah dia? kenapa dia pilih aku yang cacat nie? boleh percaya ker kata-kata dia tadi..? tapi kan.. cinta boleh dipupuk kan? cinta boleh bercambah selepas kahwin kan? kan aku jugak yang selalu cakap macam tue..
apa perasaan aku pada hairi? hmm..aku akui dia memang baik.. aku sukakan gaya dan perwatakannya.. tapi, aku baru kenal dia sejam.. sejam tak cukup untuk aku kenal hati budinya.. tapi... ahhh..entahlah... ya allah..bantulah hambamu ini ya allah.. berilah aku petunjuk..
'' abang..fia minta maaf kalau layanan fia terhadap abang tidak seperti layanan yang sepatutnya diberi oleh seorang isteri terhadap suaminya.. ''
'' syhhh..kenapa cakap macam tue..? you are everything to me.. sejak hari pertama abang nampak fia, abang yakin fia adalah satu-satunya perempuan yang ingin abang kahwini.. abang cuma nak hati fia menjadi milik abang.. itu saja yang abang pinta dari fia.. dan izinkanlah abang mencintai fia sepenuh hati..''
aku senyum tatkala wajahnya yang ceria sebentar tadi bertukar menjadi serius.. aku tahu..dia sememangnya tidak suka apabila aku membangkitkan hal kekuranganku.. katanya, kekurangan itu merupakan kelebihan untuknya... maksudnya? aku pun tak pasti.. hingga kini aku masih mencari jawapannya..
siapa sangka..jejaka yang aku kenali dalam masa sejam itu, kini telah menjadi suamiku..suamiku yang sah... walaupun dia tidak sekacak rizal..ataupun hazwan.. namun, sesuatu tentang dirinya membuat aku hilang pertimbangan... rindu menerpa..sayang menjelma..dan cinta berputik.. semuanya..kerana satu jam itu.. aneh bukan?
'' tapi.. fia rasa fia masih tak layak untuk menerima cinta abang.. ''
'' sayang.. ''
'' syhhh... '' aku menyentuh bibirnya.. memberi isyarat agar dia berhenti berkata-kata..
'' andaikata fia tidak dapat menjalankan tanggungjawab fia dengan sebaiknya..fia izinkan abang beristeri lagi.. ikhlas bang.. '' dalam sedar tak sedar ayat itu keluar dari mulutku.. aahh..betul ker aku merelakan dia memadukan aku?
'' fia.. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk mengembalikan kepercayaan. Cinta abang hanya untuk fia.. yakinlah pada abang fia.. abang janji akan bersama fia walau apapun yang akan terjadi.. ''
'' kalau macam tue..bantulah fia mengenali abang dan mencintai abang dengan lebih mendalam... ''
'' insya allah sayang... bukankah Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. abang yakin..suatu hari nanti fia akan jadi milik abang spenuhnya.. ''
---
sejak pertemuan pertama itu, aku menjadi tidak keruan.. sekejap-kejap aku memakai cincin itu.. kemudian aku menanggalkanya.. aku agak keliru.. tapi, bukankah wajah itu yang kulihat dalam doaku sebentar tadi? ahhh..mungkinkah itu petunjuk yang allah berikan untukku? dan akhirnya, cincin itu mendapat tempat dijari manis aku.. dan tidak sesekali akan dileraikan..
'' terima kasih fia.. terima kasih banyak-banyak.. '' jelas terpancar sinar kegembiraan diwajah hairi.. aku tunduk malu.. terasa mukaku merona merah.. aku menerima lamaran ini dengan seikhlas hati.. andaikata aku silap membuat keputusan, aku pasrah.. dalam diam, aku yakin akan keputusanku.. cuma satu yang aku risaukan.. mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai isteri..??
'' esok jugak hairi datang meminang.. ''
'' huh?? biar betul? '' aku terkejut.. esok? mak dan ayah pun tak tahu lagi.. terkejut beruk diaorang nanti...
'' yelah? atau nak hairi datang sekarang jugak? '' jawab hairi nakal..
'' err...mak ayah fia tak tahu lagi la... fia belum khabarkan pada sesiapa tentang hal nie.. '' aku gugup.. biar betul mamat nie.? semalam ajak kahwin.. esok..nak hantar pinangan pulak.. entah-entah lusa kahwin..
'' jangan risau.. mak ayah fia dah tahu.. ''
'' huh?? maksud hairi..? '' aku sekali lagi terkejut...
'' ingat tak masa perkahwinan kakak fia yang sulung? hairi jadi pengapit lelaki.. hairi kawan baik abang ipar fia.. hmm..itulah first time hairi nampak fia..itupun cuma daalm gambar.. hairi tak dapat lupakan wajah fia.. dan hairi datang sendiri kerumah dan bertanyakan hal fia.. hairi datang sendiri merisik fia.. tapi, mak dan ayah fia tak berani nak memberikan persetujuan kerana fia masa tue masih dalam keadaan trauma.. mak dan ayah fia kata, mereka nak fia sendiri yang buat keputusan.. sejak hairi tahu fia selalu datang sini, hairi cuba untuk mendekati fia.. tapi kekuatan itu tidak pernah ada sehinggalah semalam.. ''
aku terlopong.. tidak mampu nak berkata apa.. patutlah dulu mak pernah tanya tentang perkahwinan pada aku.. rupanya ada orang datang merisik..
'' tapi..kenapa hairi pilih fia..?? '' tanyaku..
'' adakah cinta memerlukan sebab? '' dia menanyaku kembali.. aku terdiam.. adakah cinta memerlukan sebab?
'' hmm..abaikan soalan tue.. semakin lama hairi tunggu, fikiran fia nie semakin negatif nampaknya.. banyak pulak soalan pelik yang muncul karang.. mari..hairi hantarkan fia pulang.. '' aku cuma senyum dan mengangguk.. satu kelemahan aku sudah diketahuinya.. aku berfikiran negatif!
'' adik..hari nie tak payah ambil kakak kat taman.. kawan kakak hantar balik.. '' dan panggilan telefon itu diputuskan..
---
'' ehh..apa senyum2 nie? '' suara hairi mengembalikan aku kedunia nyata..
'' fia teringatkan abang yang gelojoh.. '' gurauku..
'' bila masa pulak? '' dia mengerutkan dahi.. aku ketawa kecil..
'' baru bercakap sejam, dah ajak kahwin... lepas tue, tak sampai seminggu dah hantar pinangan.. yang tak tahan tue, tak sampai sebulan..dah kahwin.. '' aku buat suara manja..
memang betul..semuanya berlaku amat pantas.. majlis akad nikah pun dilakukan secara simple.. itu permintaan aku..
dalam masa sebualan, aku berusaha mengenali bakal suamiku.. tapi bagi aku, sebulan tue tak cukup.. masih banyak yang tidak aku ketahui tentang dia.. sudah banyak kali aku bertanya... pada hairi juga kepada abang iparku.. tapi semua engan menjawabnya.. aneh..macam dah berpakat semuanya..
'' fia tak sempat pun kenal abang tahu tak.. kenal keluarga abang pun baru semalam.. mana adil... '' suara aku ditekan sedikit... hairi sudah mula ketawa..
'' anggap sajalah hari perkahwinan kita nie adalah hari pertama kita bercinta... dan hari-hari seterusnya adalah hari untuk kita mengenali antara satu sama lain.. '' ucapnya geram sambil menarik hidungku...
'' ehh..apa nie tarik-tarik hidung orang.. '' aku tarik muka..
'' tarik saja.. tak hilang pun.. hehe.. '' dia terkekeh ketawa.. gelak ketawanya sentiasa menceriakn suasana.. dia murah dengan semyuman.. sedap mata memendang..
'' abang...terima kasih ya.. sebab nakkan fia yang tak sempurna nie.. '' tiba-tiba hati ini diselubungi sayu..
'' sayang...sayang adalah wanita paling sempurna dimata abang.. '' jelasnya sambil mensusap rambutku penuh kasih sayang...
'' tapi bang...err... '' kali ini bibirnya sudah bertaup kemas dibibirku menyebabkan aku hilang kata-kata..
'' abang akan buktikan yang fia sememangnya seorang isteri yang sempurna bagi abang... '' ucapnya separuh berbisik... tepat dihujung telingaku..
'' izinkan abang... '' dan belum sempat dia menghabiskan kata, kali ini bibirku pula sudah berada dibibirnya.. dia agak terkejut namun sempat juga dia tersenyum nakal...
dia merangkulku erat.. tangan sudah memainkan pernanan.. rentaknya kuturuti sahaja.. aku selesa dengan pelukan serta sentuhan lembutnya... kucupan dan belaiannya buat aku asyik dibawa gelombang.. dan sebentar kemudian aku kalah dengan kehangatan cintanya...
'' wah...fia dah tambah tembam sejak 2 tahun kat amerika.. '' mak memelukku erat..
'' yeker mak? tapi fia nak sangat makan nasi mak.. rindu nak makan asam pedas yang mak masak.. '' aku turut memeluk mak.. selepas itu aku meraih tangan ayah dan mengucupnya penuh hormat.. begitu juga hairi..
'' yelah..yelah.. mari masuk dalam rumah.. adik-adik fia dan anak buah fia dah tunggu kat dalam.. '' ujur ayah..
'' anak buah? means...kakak dah ada baby ya? '' aku terkejut kegembiraan... '' tapi..bukankah kakak bersalin bulan depan? ''
'' baby lahir tak cukup bulan fia.. tapi alhamdulillah.. baby sihat.. dah dibenarkan balik pun.. '' jawab mak..
hairi cuma tersenyum-senyum sambil menolak aku yang berada diatas kerusi roda.. '' oklah tue mak..fia pun ada surprise nak bangitau.. ''
aku mencubit lengan hairi.. '' ehh..abang nie tak sabar-sabar pulak..! tunggulah kita masuk rumah dulu...! ''
kepulangan aku disambut dengan meriah oleh ahli-ahli keluargaku yang lain.. kerinduan yang sekian lama mencengkam terlerai juga dengan pelukan dan kucupan mesra dipipi.. 2 tahun mengikut hairi di amerika syarikat membuatkan aku rindu akan negaraku ini.. masakannya..budayanya..rakyatnya.. hmm..pendek kata..aku rindu segalanya tentang malaysia..
'' haaa...apa surprisenya? '' tanya emak.. mereka yang lain juga tertunggu-tunggu..
'' kakak bawak hadiah untuk abby ya? '' abby mencelah..
'' nak bagitahu yang mana satu dulu sayang? '' tanya hairi..
'' wahh..ada banyaklah surprisenya nie? haa.apa lagi..bagitahulah.. '' mak sudah tak sabar-sabar..
'' kejaplah... erm..abang..tolonglah fia.. ''
hairi membantu aku untuk berdiri daripada kerusi roda.. aku melangkah perlahan tetapi masih memaut lengan hairi.. kemudian, perlahan aku melepaskan pegangan tangan hairi.. aku melangkah perlahan.. beberapa langkah kemuadian..aku memaut kembali tangan hairi..
mak sudah menitiskan air mata.. '' fia dah boleh jalan mak.. '' serentak itu mak dan adik-adikku memelukku.. ayah cuma memerhati.. dalam hati aku tahu ayah semestinya bersyukur kepada allah kerana aku ada harapan untuk berjalan seperti biasa..
hairi mengajak aku ke amerika untuk berjumpa dengan abang sepupunya yang merupakan pakar fisioterapi.. hampir dua tahun aku menjalankan rawatan.. dan dengan izin allah, aku dapat berjalan seperti biasa.. walaupun masih diperingkat pemulilan, aku yakin suatu hari nanti aku mampu berjalan semula seperti biasa..
yang mengejutkan aku... disitu, aku dipertemukan semula dengan hazwan.. dunia nie kecil rupanya.. dialah sepupu hairi.. hazwan tidak terkejut akan kedatangan aku.. kerana dia memang sudah dimaklumkan oleh hairi awal-awal lagi.. ' tahukah hairi bahawa hazwan itu pernah aku cintai? '
hazwan namapk bahagia.. dia sudah berumah tangga.. isterinya bukan ayu.. tapi, seorang gadis indonesia bernama arum.. aku pernah bertanya akan ayu.. dan jawapannya agak mengejutkan.. ayu itu anak saudaranya... hari itu ayu cuma berlakon atas rayuan hazwan.. katanya, ada sebab dia berbuat demikian.. ayu sekarang sudah bergelar isteri.. anaknya sudah dua orang.. buat sekelian kalinya aku tidak percaya apabila diberitahu nama suami ayu.. muhammad rizal bin muhammad rizam!
hazwan dikurniakan seorang baby girl yang bernama nursyafia syadila.. menurut arum, nama itu hazwan yang pilih... dia kata nama itu sangat bermakna.. cahaya yang membawa kepada keadilan... hazwan hanya tersenyum tatkala arum memberitahu aku akan nama baby tersebut... aku turut tersenyum... ' kita sama-sama bahagia kan wan? ' bisik hati kecilku...
'' ehh..ada satu lagi surprise mak.. '' hairi tidak sabar untuk meengumumkan berita gembira yang satu lagi itu...
hairi merangkulku dengan erat.. aku senyum.. hairi mengenggam tanganku..
'' perhatian....tidak lama lagi, mak dan ayah akan dapat seorang lagi cucu.. '' jelas hairi bangga..
berita itu disambut dengan gembira... ayah dan mak tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi...
'' berapa bulan fia? '' kakak sulungku mencelah...
'' baru dua bulan kak.. '' jawabku dengan semyuman mesra..
'' haaaa..tahun depan kami bagi lagi seorang cucu..! '' ucap hairi sambil memelukku sekali lagi... semenangnya, hairi sudah lama menginginkan cahaya mata.. alhamdullilah.. tercapai juga hasratnya..
'' abang ingat fia nie kilang anak ker? '' aku mencebikkan bibir..
'' biarlah..abang nak anak ramai-ramai.. inilah bukti cinta kita sayang.. kita akan besarkan dia dengan cinta kita ya? haa..mak, susah payah hairi minta baby nie kat fia tau.. '' ucapnya tanpa segan... sambil itu tangannya bermain-main di perutku...
satu kucupan singgah didahiku.. lantas dia memelukku kemas..aku tunduk malu.. lebih-lebih lagi bila adegan mesra kami menjadi tontonan ramai.. dalam hati, aku bahagia.. sangat bahagia..
syukur padamu ya allah kerana memberikan aku kebahagiaan ini.. semoga kebahagiaan ini kekal selamanya.. dan tanpa sedar aku membalas pelukannya...
cinta..kita takkan menghargai jika tak memilikinya.. cinta..kita takkan merasa jika tak memberi.. cinta..kita takkan melihat jika bukan keindahan.. cinta..kita takkan memiliki jika tak diluahkan.. cinta..kita takkan yakin jika kita cemburu.. cinta..cinta takkan hadir jika bukan kerana cinta..
hurm...............nak komen..apesal ending die bukan hazwan..n bukan rizal..kenpa mesti hairi, yg watak die just muncul 2 episod terakhir...........lari jauh oOoo..huhu! mulia nya hati hazwan..n kejam nye rizal..hurm...hairi?
nyway, thanks phia! dapat gak aku tdo lena pasni...