Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sesuatu yg terindah [UPDATED! EP. 1 - EP.16]


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
sesuatu yg terindah [UPDATED! EP. 1 - EP.16]


Aku menoleh jam ditangan. Alamak..lewat lagi! aku merungut. Langkahku kupercepatkan. Ala-ala peserta jalan kaki dalam sukan tu. Dari jauh kelihatan beberapa orang pakcik guard bersedia menyambut kedatangan aku kat pintu pagar sekolah. Hmm..yang aku hairan tue. Takder pulak bunga manggarnya..haha..
Sebenarnya, hari nie bukannya first time aku lewat ke sekolah. Dalam seminggu tue, adalah 3 atau 4 kali lewat. Hmm..memang tak padan langsung dengan statusku sebagai salah seorang pengawas senior.

huh..lambat lagi ker? tegur salah seorang daripada pakcik guard tue. Yang lain pulak hanya tersengih.

Dah nampak orang lambat, dia Tanya lagi.. aku mengomel dalam hati.
Aku melemparkan senyuman kepada pakcik-pakcik guard tu. dalam hati, mahu saja aku cekik pakcik tue sorang-sorang. Baru padan muka diaorang. Cuma..aku tak berani jer..hehe..
aku terus berlalu setelah mencatatkan namaku pada buku lewat. Aku senyum lagi kat pakcik-pakcik guard. Hiss..karang terpikat pulak pakcik guard tue tak ker haru jadinya.. haha..perasan la pulak aku nie. Tapi takpe ar, senyum tue kan sedekah.

fisya..jom pi canteen suara mimie mengejutkan aku. Rasa macam baru 5 minit aku duduk. Tup..tup..dah rehat. Patutlah perut nie dah mula mendendangkan lagu berirama pop rock. Iye tak iye jugak..aku pun tak breakfast pagi tadi.
okey..give me 2 minuites. Aku berdiri sambil memperkemaskan baju kurungku yang sedikit berkedut. wei..nak pi canteen pun nak bergaya ker? sindir anne. Judey dan mimie pulak tersengih memanjang.
siapa pulak awak nak pikat kat canteen tue? tambahnya lagi.
Aku berlari-lari anak mendapatkan mereka. Mesti budak-budak nie kebulur sangat. Laju bukan main. alah..aku nak pikat pengetua. Boleh? gurauku.

Kami mula mengorak langkah ke kantin. Kalau lewat, alamatnya kena berhimpit-himpit ngan budak junior lain. Aku jelling kat hazwan. Hiss..dalam aku kebulur nie, sempat lagi mata aku menggatal. Cis!! Rindu pulak aku nak borak ngan dia. Ahh!! Nanti jer lah. Perut nie perlu diutamakan. Betul tak? Lagipun dia tak hilang punya. Kalau hilang pun, aku sanggup cari. Hehe..

-----

hey wan..rajin nampak. Aku mnegur lalu duduk disebelahnya. Khusyuk benar dia buat exercise math. Time free-free begini rajin pulak dia study. Buang tebiat kot.lantaklah..

sibuk. Dia menjeling dan kemudiannya senyum.

Aku pulak mengerutkah dahi. Memang selalu benar hazwan sebut perkataan ni. Ada maksud tersirat kot.

eh..kau faham ker ape yang cikgu ajar tadi? tanyanya setelah lama aku mendiamkan diri.
Aik..pandai pulak dia Tanya aku. Tadi, dia yang concentrate sangat dengar cikgu tue mengajar. Alih-alih tak faham pulak.

sibuk ar.. pegi la Tanya orang lain.
Aku menjawab endah tak endah sambil memutar-mutarkan pen yang kuambil dari beg hazwan. Sajer je nak tengok reaksi dia bila aku sebut perkataan wajib dia tu. Dia terdiam. Memang padan dengan muka dia. Kan dah kena. Ngan ayat sendiri pulak tu. Aku senyum kat hazwan. Tapi..muka dia masih monyok. Serupa kambing gurun la pulak.. kesiannya..

fahamlah wan. Kenapa? Nak minta aku ajarkan ker?
hazwan masih membisu. Merajuk kot. Pura-pura dia bertanyakan sesuatu kat donny. Tapi..aku tahu dia Cuma nak kenakan aku balik. Betul-betul tak der bakat jadi pelakon. Ape taknya..dia dah mati-mati tahan gelak. Ceh!! Ketara sangat.

kau nie wan..buat aku geram lah! Cucuk ngan pen nie baru tahu! kali nie aku bersuara agak tegas. Sampai hati dia biarkan aku cakap sorang-sorang.
Hazwan menoleh. Tiba-tiba dia menyambar pen ditanganku sambil tersenyum sinis.
kau nie bahaya sikit fisya..ganas! silap sikit cedera parah aku kau tikam. Ujurnya.

peduli ape.. aku capai lagi pensil yang ada diatas meja. Tapi, pergerakan hazwan lagi pantas.

eh..bahaya!bahaya! dia senyum lagi.

Aku memang suka lihat hazwan senyum. Silap haribulan gugur jantung aku.Hmm..aku pun pura-puralah merajuk. Sengaja aku pandang tempat lain. Bila pulak dia nak pujuk aku ek?

Korang nak tahu. Dulu, rakan sekelas aku pernah luka sebabterlalu bergurau ngan aku. Tak pasal-pasal aku tercucuk..ulang sekali lagi..tercucuk tangan dia ngan pensil. Tak tahulah pulak amacam boleh jadi cam tue. Tapi, sejak hari tu hazwan tak bagi aku pegang benda-benda tajam terutamanya time bergurau ngan dia. Dia kata, merbahaya kepada bot-bot kecil. Entah siapa pulak yang dimaksudkan ngan bot-bot kecil tu. Takkan aku kot? Eh..muka dia tu yang macam bot! haha..

fisya.. hazwan bersuara. Aku buat dunno.

fisya.. hazwan memanggil lagi. Amboi, pandainya dia pujuk aku. Suara pun.. fuh! Boleh nuat aku pengsan. Manja giler. Kalo nak ikutkan hati, aku nak sangat cubit-cubit dia. Aku masih membisu. Satu lakonan yang dah terlebih mantap. Ada sesiapa nak jadikan aku actress tak? Hehe..

aik..takkan marah kot.. ucap hazwan sambil mencucuk-cucuk lenganku dengan pennya.Eee..geli!!

ha..ha..ha.. akhirnya aku ketawa. Memang aku tak boleh marah dengan budak seekor nie. Ada-ada saja taktiknya nak buat aku ketawa. Silap sikit,aku kena hantar kat hospital bahagia sebab terlebih ketawa.

kenapa ketawa sorang2 nie? gila ker..!!! dia mengangkat kening.
Aik..balak nie sengaja nak kenakan aku ek. Eee..geram jugak ni. Nah rasakan..satu cubitan singgah dilengan hazwan. Aku tersenyum puas. Padan muka.

aduh..aduh.. hazwan mengaduh. Serius benar nampaknya. Timbul rasa bersalah dihati aku. Tulah, suka sangat nak sakat-sakat aku. Kalau dah masuk bab cubit-mencubit nie, aku memang tak boleh control. Laju jer..

haaa..sepa suruh nakal sangat. Kan dah kena.. ngomelku sambil mengusap lengannya yang kucubit sebentar tadi.
Merah! Aku tersentak. Kuat sangat ke aku cubit tadi? Mahu saja aku meminta maaf. Tapi..biarkanlah! aku ni kan keras kepala sikit. Nasib kaulah wan. Kenal ngan budak yang hobinya mencubit.

tangan kau tu kena potong..Bahaya! dia masih lagi mengusikku.

huh..kalau berani potonglah! aku menjelirkan lidah.

haaa..bak sini tangan tu..sini..sini hazwan mula mengganas. Riuh satu kelas ngan gelagat dan tawa aku dengan hazwan.

Kelihatan beberapa pasang mata lain sedang memerhati. Ada yang tersenyum, ada yang serius, tak kurang juga yang curiga, mungkin juga ada yang benci dan meluat.

Alah..jeles kot! Tak kisah la..yang penting aku happy.
Tapibolehkah kegembiraan ini kekal selamanya?
Aku melepaskan satu keluhan panjang yang hilang bersama angin lalu.


----------------
cerpen baru.1 of my feveret cerpen..huhu..smile.gif



-- Edited by phia_1001 at 03:35, 2007-11-04

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:
RE: sesuatu yg terindah


SESUATU YG TERINDAH 2


Aku merenung gambar hazwan. handsome. Itulah pandanganku terhadap pemuda itu sejak kali pertama bersua muka setahun yang lalu. Setelah lama cuba didekati, sayang egonya begitu tinggi.

Kenapa aku tak luahkan saja perasaan aku kepada dia. Bukankah aku turut meminati dia? Tapi..adakah perasaan ini sama dengan cinta? Cintakah aku pada dia? Bagaimana dengan rizal? Yang aku rindui dan cintai selama ini. Sanggupkah aku menduakan rizal?

Akmal rizal bin muhammad Rizam.. bukan mudah untuk aku melupakan insan itu. Sukar untuk aku akui bahawa dialah jejaka pertama yang mampu mencuri tumpuanku. Dia juga insan pertama yang mampu mencuri hatiku.

Entah apa istimewanya budak rizal tu hingga aku tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Nak kata dia ni kacak.. aku akui dia ni kira kacaklah jugak. Kalau tak, takkan aku boleh terpikat. Tapi aku ni bukanya pandang pada rupa paras semata-mata. Kalau nak diikutkan, ade ramai lagi jejaka kacak yang aku kenal. Malah ade yang berjuta-juta kali ganda kacaknya daripada rizal. Haha… yang aku hairan tue, perasaan aku pada rizal tak pernah hilang. Bolehlah dikatakan cinta pandang pertama gitu.. cewah!!!

cinta? Orang kata cinta tak bermakna kalau tak diluahkan. Tapi bagi aku, cinta tak perlu dicari. Cinta akan datang mencari aku, dimasa yang tak terduga, disaat-saat yang tak kusangka-sangka.

Aku dan rizal memang dah kenal lama. Tiga tahun kami jadi rakan sekelas. Dan dalam tempoh tiga tahun itulah aku pendamkan perasaan aku pada dia. Dengan harapan, dia akan memulakannya dulu. Ternyata aku hampa bila aku mendapat tahu dia nie dah berpunya. Hmm..takper la. Aku cool jer..

Time nak masuk form 4, kami terpisah. Alah, bukan terpisah jauh pun.. kat blok sebelah jer sebab aku masuk kelas aliran sains dan dia masuk kelas aliran ekonomi.
Hmm..time nie aku dah putus asa. Apa taknya, aku sendiri nampak dan tahu setiap perkembangan dia. Pasal awek-awek dia, pasal prestasi dia dalam kelas, serbi-serbi aku tahu. Nak kata aku frust.. kalo aku cakap tak, memang aku tipu. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia happy dan bahagia. Aku pun tumpang happy untuk dia.

Eleh, aku pun apa kurangnya. Memang ramai yang cuba-cuba nak isi borang. Cuma, aku jual mahal jer.. haha.. bukan nak kata sombong. Tapi, hmm..susah nak dikata. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu ade budak hantar coklat, kad or surat kat aku. Aku buat dunno jer.. kesiannya diaorang..tapi, camner nak terima kalau dah tak suka. Benda ni bukannya boleh dipaksa-paksa. Betul tak?

Tapi, kesudahannya taklah teruk sangat. Tak sia-sia aku tunggu dia. Akhirnya dia jadi milik aku jugak. Awal-awal tu memanglah banyak problem. Aku rasa dia Cuma permainkan aku. Mungkin aku jadi tempat persinggahan setelah dia tinggalkan awek lama dia tue. Hiss..tak baik fikir yang bukan-bukan!

Kekadang apa yang kita idamkan tak jadi kenyataan.tak sampai setahun kami bersama, Disaat-saat aku dan dia berbahagialah kononnya. Macam-macam masalah timbul. Entah dimana silapnya, hubungan kami terputus. Secara aman. Takder gaduh-gaduh. Kitaorang masih member and dengar khabar dia couple lak ngan my cousin. Aku terima jer laa coz Aku happy kalau dia happy.

Hmmm..tak lama pas tue dia contact aku lagi. Dan nak pendekkan cerita aku bagi dia second chance. Tapi mungkin keputusan aku kali ni agak terburu-buru. Aku pun tak yakin dengan keputusan aku sendiri. Akhirnya, kitaorang bawa haluan masing-masing.. aku sambung study form 6 dan dia masuk sekolah persendirian. Dah jarang sangat berhubung. sampailah sekarang. aku binggung. ‘rizal..masihkah kau jadi milikku?’ cinta..memang selalu buat orang gila..haha..


Bunyi deruan enjin mematikan lamunanku. Hmm..mesti mummy dan daddy dah balik.
‘rizal..i miss you so much..’ hatiku berbisik. Buku-buku diatas meja tadi kususun dengan rapi. Gambar hazwan kuselitkan disebalik diari kesayanganku. ‘ini bukan cinta, hanya sebuah persahabatan..cinta ini tetap milikmu zal..tiada lain..hanya kamu..’ hatiku bersuara lagi.

Aku mengeluh. Entah yang keberapa juta kalinya. ‘hazwan, aku sayang kau. Tapi aku cintakan rizal. Biarlah ianya kekal begitu. Satu sahabat dan satu cinta.’
Aku berdiri. Membiarkan apa yang kufikirkan tadi hilang dibawa angin. Aku melangkah malas menuju ke dapur. Abby,farah,dan azie terpacak kat depan tv. ‘hmm,,Tak nampak pun Mummy dan daddy.’ Tiba-tiba terdetik hati aku nak call hazwan. Rindu la dengar suara dia. Erm..nak telefon ke tak nak?

--------------------------------------

Peperiksaan penggal pertama tinggal 2 minggu lagi. Mimie, judey dan anne masing-masing berusaha memenuhkan ilmu didada. Tak terkecuali aku. Waktu rehat yang selama ni kitaorang selalu habiskan di kantin kini berganti kat perpustakaan. Hmm..bolehlah dikatakan ulat buku. Tapi musim exam je..bila exam dah tamat nanti takkan ade muka-muka ni kat perpustakaan. Kalo ade pun, maybe setakat nak pinjam bahan rujukan jer.
Pas tu blah ar…

‘aku nak blah dulu la…’ aku berbisik kepada anne.
‘nak rehat kejap..peninglah..’ tambahku lagi.
‘okey…’ anne membalas sambil mengangkat keningnya.

aku meninggalakn bangunan library...

“fisya..sini kejap..” zack melambaikan tangannya. ‘cis! Baru je aku nak duduk, beruk nie dah ganggu.” Aku merungut dalam hati.
“ sini laa..” dia memberi isyarat supaya aku duduk disebelahnya.
‘eh..tak boleh ker dia yang kesini.!!’aku merungut lagi sambil melangkah perlahan.

dengan malas Aku duduk disebelahnya. “kenapa?”
Dia tersengih. “tak der ape-ape la…haa..sekarang kau bole balik tempat kau.”

“kau tak der kerja lain ker?” aku memasamkan muka.

“alah..exerciselah sikit. Baik untuk kesihatan.” Dia bantai gelak.

‘Cis! Beruk nie buang masa aku jer. Rasa nak cincang-cincang jer budak seekor tu. Dah tua-tua pun perangai macam budak darjah 1. seronok betul dia kenakan aku ek. Geramnya aku!!’ aku mengomel dalam hati meninggalkan zack yang macam tak nak berhenti ketawaa.

Aku mengalihkan pandanganku kepada hazwan. Dia dan fiza rancak berbual. Sesekali mereka ketawa. Mesra sungguh. Aku tambah benci. ‘kenapa aku cemburu?’ soalan itu bermain di benak fikiranku. Pura-pura aku menulis nota. Saje jer nak cover. Walhal sakit hati aku! Ah..bosan betul!

Cikgu yang masuk tadi langsung aku tak pandang. Aku lirik-lirik kat hazwan. Uiseh..nampak macam khusyuk jer dia dengar cikgu tu mengajar. Hazwan nie betul-betul faham atau eksyen jer? Kalaulah hazwan yang jadi cikgu kat depan tu kan best.

Hmm..teringat pulak kata-kata anne tempoh hari.

“kau ni fisya..kalau tenung hazwan macam tenung ayam kfc. Tak berkedip langsung mata engkau. Kau tukar dengan mata ikan ker?”

“yelah..kau dah angau dengan dia ker?” mimie menyampuk.

“kalau kau suka kat dia, just terus terang. Nanti orang lain sambar.” Judey pulak masuk campur. Waduh..Aku dah pening dah…

aku lirik kat hazwan lagi. Tiba-tiba aku ternampak donny yang sedang memerhatikan aku dengan senyuman menggodanya.
‘Laaa…menganggu ketenangan jiwa aku je la dia nie.
Tapi..dia senyum kat aku atau…..’ aku menoleh kearah anne.
Ane turut memandang aku sambil tersenyum meleret.aku pun senyum meleret juga walaupun senyumnya dan senyum aku punya lain-lain makna.
Sudahnya, kami sama-sama ketawa.

Donny tue jejaka yang duduk kat sebelah hazwan. Kadang-kadang aku kesian jugak kat dia. Memang dah lumrah yang cantik dan kacak dipuja-puja, sedangkan yang lain jadi bahan ketawa. Donny tu pernah minat kat aku time aku mula-mula masuk kat sini. Tapi aku buat tak tahu jer.. sekarang nie pulak, dengar khabar dia minat kat anne pulak.
Aku tersenyum sendiri..

“fisya!! Cikgu tu soal awk..” terasa pehaku dicubit.

“ya cikgu..” aku cepat-cepat bersuara. ‘alamak..matilah..mudah-mudahan cikgu bagi soalan yang senang skit..’aku mengharap dalam hati.

“berikan satu contoh gas yang merbahaya kepada alam sekitar?”

“ermm..karbon monoksida cikgu.” Fuh..lega..nasib baik malam tadi aku dah ulangkaji.

“terangkan bagaimana gas tersebut boleh membahayakan alam sekitar?”

“err..gas karbon monoksida yang terlepas keudara secara berlebihan bertindak menghakis lapisan ozon. Hal ini menyebabkan cahaya matahari sampai terus ke permukaan bumi. Selain mengakibatkan kesan rumah hijau, gas ini boleh menyumbang kepada hujan asid yang merosakkan harta benda dan menyebabkan timbulnya penyakit seperti penyakit kulit. Tetapi masalah yang paling utama ialah peningkatan suhu bumi yang melampau sekiranya masalah ini tidak dibendung segera. “ dengan yakin aku menjawab. Tak sia-sia aku tidur lewat semalam.

“terima kasih, fisya.” Encik hafiz tersenyum puas.

“amboi fisya..nasib baik dapat jawab soalan cikgu tadi. Dari tadi asyik mengelamun jer. Bimbang jugak aku”

“haha..aku dah terror kot. Anne,terima kasihlah sebab cubit aku tadi.sedap tau”

anne hanya ketawa.”sori” dia separuh berbisik.

Aku turut ketawa dan sekali lagi aku menoleh kearah hazwan. Kali ni dia tersenyum. Alamak! Comelnya. Mesti muka aku dah macam udang baker. Dan yang pasti malam ni aku tak akan tidur lena.



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YG TERINDAH 3


Dah hampir seminggu hazwan tak tegur aku. Entahlah..mungkin juga aku yang cuba menjauhkan diri kot. Aku sedih sangat bila dia langsung tak endahkan kewujudan aku kat kelas. Sebenarnya,hari tu aku ada bagi sekeping kad buat hazwan.sempena birthday dia yang ke-20. dalam kad tu aku tulis yang aku suka kat dia. Waktu tu, aku fikir aku dah buat perkara yang betul. Sekurang-kurangnya dia tahu aku ada perasaan kat dia dan mungkin ada peluang nak lebih rapat kat dia. Ternyata, aku dah buat kesilapan besar.haaa..segannya aku nak berhadapan dengan dia. tolong......!!!! Rasa cam nak pakai topeng lak.

Maybe dia terkejut bila tahu aku sukakan dia,pasal tu dia dah tak mesra macam hari-hari sebelum nie. Mesti dia anggap aku perempuan yang tak tahu malu..perigi cari timba..tapi
di zaman moden nie istilah macam tu orang dah tak pakai. Bagi mereka, perempuan mempunyai hak yang sama seperti lelaki. Takkan perempuan langsung tak boleh memulakan sebuah perhubungan. Hmm..kalo nak serahkan tugas ni bulat-bulat kepada lelaki, alamatnya tak kesampaianlah suara hati si gadis.. betul tak?

Atau hazwan dah ada steady girlfriend kot..aku bukannya tak tahu hazwan ni ramai peminat.dia kacak,periang dan bijak. Ada pakej lengkap untuk membuatkan anak-anak gadis jatuh hati bila berhadapan dengan dia. Satu lagi, dia tak lokek dengan senyuman dan mudah mesra walaupun baru first time kenal. Dengar kata dia nie ade girlfriend..tapi cerita lain pulak mengatakan pompuan tu yang terkejar-kejar kat hazwan.

Aku cubalah korek-korek story ni kat hazwan. Dia relax jer,langsung tak bagi apa-apa reaksi.geramnya aku. Ahh..dah putus kot. Aku pulak buat andaian sendiri. Entahlah..aku pun tak berhak nak tahu hal peribadi dia.. walaupun sebenarnya hati kecil ini melonjak-lonjak ingin mengetahui adakah jejaka handsome ni masih single ke tak. apa taknya,Aku sendiri nampak ramai gadis berlumba-lumba nak date ngan dia. Semuanya dia layan. Tapi cukup sekadar kawan biasa.

Tak pernah pulak aku nampak dia jalan berdua-duaan dengan pompuan. atau peluk2 pompuan cam lelaki2 lain yang penah aku kenal.. contoh yang paling terbaik..heidy.. aku pantang betul nampak lelaki nie.. dia budak junior aku.. mentang2lah dia hensem..kaya..ade keta besar.. senang2 jerk usung anak dara orang kesana-kemari.. tak kira ar pompuan tue lawa ker, pendek ker, gemuk ker, semua dia bantai.. banyak cantik..!!!!

ahh..lupakan pasal dia...!! berbalik pada hazwan...Dia ni sombong sangat ek? Atau dia takut nak bercinta? Ataupun dia tak suka kat pompuan? Hahahaa…ishhh..kesitu pulak! Huh..tak tahulah aku. Tunggu dan lihat ajer lah.. aku tak berani nak keluarkan ape2 kenyataan..hehe..

Saat ini, aku sangat rindukan rizal. Aku tahu aku tak patut buat macam tue sebab aku masih ada rizal. rizal cinta pertama aku..Cinta pertama memang susah nak lupa. Tapi aku keliru, dah hampir dua tahun kami tak berhubung. dulu member aku kata dia ikut pakcik dia pegi pakistan... aku tak pernah tahu pun... tup..tup..dengar cerita dia dah keja lak... Tapi aku tak pernah tahu kat mana. Dia macam dah lenyap dari pandangan aku. Kalau dia masih ingat kat aku kenapa dia tak pernah nak cari aku sebagaimana aku cari dia. Mungkinkah hubungan aku dan dia sudah berakhir? kalo iye pun nak putus..bagitau ar.. x salah pun.. tapi janganlah biarkan gitu jerk.. Aku sekarang ni umpama seorang isteri yang digantung tanpa tali.

‘huhhh..” aku mengeluh lagi. Fikiranku sangat-sangat bercelaru ketika ini.

“hey fisya..kenapa ni? Dari tadi asyik mengelamun dan mengeluh jer.” Anne yang duduk disebelahku tiba-tiba bersuara.risau barangkali.

“takder ape-ape pun..tak fahamlah exercise matematik yang cikgu bagi tadi.kau kan tahu aku paling lemah dalam subjek ni.tu yang buat aku pening gila ni” aku terpaksa bohong sunat. Takkan nak bagitau yang aku ni mabuk cinta. Memang lepas nie kena gelar minah jiwang la nie. Tak sanggup aku.

“alah, hazwan kan ader. Dia tu bukankah ‘sifu’ awak dalam dalam subjek ni. Pegi la Tanya dia. Lagipun dah beberapa hari awak tak borak ngan dia. Ermm..korang gaduh ek?” anne sengih-sengih.

Cis..macam tahu-tahu je dia nie. Dia ade kuasa psikik kot.

“eh..taklah!” aku cuba berdalih.

“malas la nak minta hazwan ajarkan, bukan dia ajar betul-betul pun. Nak permainkan orang adalah.” Aku memberi alasan. Hmm..dia percaya ke tak?

“oooooh..” katanya sambil mengangguk.

Fuh..lega hati aku. Karang tak pasal-pasal ade pulak gossip baru.
Aku melemparkan pandangan kearah meja hazwan. Dia nampaknya sedang berborak dengan fiza. Timbul rasa cemburu dihati aku. Ahh!! kenapa pulak aku nie..kalau dia tak nak tegur aku, aku tegur ar dia..dia bukannya makan orang pun..aku tak mati pun kalau tegur dia.. hmm..Hari ni aku mesti tegur dia. Apa nak jadi pun jadilah.

Kalau terus macam ni aku boleh sakit jiwa. Aku boleh minta maaf kat dia. Aku juga boleh kata yang semua yang aku tulis tu hanya gurauan semata-mata.aku juga boleh create macam2 cerita tentang kad tue.. haa..bukannya susah pun.. sama gak macam aku cipta beribu-ribu alasan kat lembaga disiplin sekolah pasal aku selalu sangat datang lambat gi sekolah... mudah jerk..cikgu disiplin boleh percaya.. maknanya otak aku sangat geliga dalam mencipta alasan..hehe..

yelah..kalau aku biarkan macam nie jerk..mesti tak best..dah takder nak ajar aku math..dah takder lagi mangsa cubit aku.. Sekurang-kurangnya kitaorang masih boleh kawan macam dulu. Itupun dah cukup buat aku happy. sangat-sangat happy tau tak.... I will do it..!!! aku mesti,perlu and wajib tegur dia..

tanpa melengahkan masa Aku mengangkat buku matematik dan pencil box lalu berjalan menghampiri meja hazwan.

“hai,wan..” aku menghadiahkan sebuah senyuman kepada hazwan dan fiza.

“hai..” hazwan tersenyum. Fiza pulak memasamkan mukanya. Memang ketara sangat yang dia kurang senang dengan kehadiran aku.

Tanpa dipelawa aku duduk dihadapan hazwan. ( dengan muka tak tahu malu.. )

“wan..awak free tak? Nak minta awak ajarkan exercise math ni.” Aku memulakan bicara. sesekali aku menjeling kearah fiza.

“owh..jomlah join sekali. Fiza pun nak aku ajarkan soalan nie tadi.” Seperti selalu hazwan tidak pernah lokek menghulurkan bantuan.

aku senyum.. "thanks...tapi tak menganggu korang ker?"

"taklah.." pantas jer hazwan menjawab. aku pandang ke arah fiza pulak.. dia diam membisu dengan wajahnya yang masam mencuka. eee..ngeri aku.. rasa menyesal lak ganggu diaorang time2 nie.. aku cuba berlagak selamba.. aku senyum kat fiza tapi dia buat bodoh jerk.. kecik hati aku..

“haa..fiza. boleh kita mulakan? Hazwan dah tak sabar nak ajar tu.” Aku berkata apabila hazwan sudah bersedia dengan pensil dan kertas diatas mejanya.

“huhh..tak payah la! i buat sendiri! Biar hazwan ajar you jer!” fiza meninggalkan aku dan hazwan.

Serta-merta air wajahku berubah. Terusik dengan sikap fiza sebentar tadi. Aku tidak bermaksud nak ganggu dia dan hazwan. Walau hakikatnya, memang aku cemburu melihat kemesraan mereka. Aku Cuma nak kembalikan persahabatan kami seperti dulu. Cuma itu yang aku harapkan. Ternyata aku menyebabkan fiza naik angin. Aku memandang hazwan. Kulihat dia mengangkat bahu.

“ermm..awak ajarlah fiza tu. Biar aku minta syar ajarkan. Sorry ek menganggu.” Serta merta aku mengangkat buku dan pencil box lalu meninggalkan hazwan yang kelihatan sedikit keliru. Aku cuba senyum.. senyum dalam keterpaksaan.. kulihat hazwan membisu..lantas aku berpaling...

“hey wan. Awak nampak comel bila confused begitu tau!” aku ketawa kecil.
Giliran Hazwan pulak tersenyum.

“awak nampak buruk bila nak nangis.” Dia menjawab.
( Cis…camlah dia tue hensem sangat..)

“oleh sebab itu, aku tak akan nangis..” kataku separuh berbisik.

“you cant hide it from me fisya.. no matter how hard you try, you just cant lie to me.. your face,your eyes and your voice will tell me the truth..” hazwan
tersenyum sinis dan aku Cuma mampu memandangnya. Tanpa sepatah kata.
ape maksud dia nie? giliran aku pulak yang confused... sejak bila pulak mamat nie jadi camnie.. tak pernah2 pun dia bermadah ngan aku...pelik..pelik.. tapi mamang benar..

apapun,seingat aku..selepas hari tue aku dan hazwan kembali rapat cam dulu.. aku dah malas nak fakir pasal fiza.. yelah..kalau dia nak sang at hazwan tue..ambiklah!!!
but remember..­­­­­ "MAY THE BEST GIRL WIN.."..

aku bukannya nak berebut ngan fiza..bukan jugak nak bersaing dengan dia.. tapi aku ada ego aku sendiri.. takkan aku nak budak fiza tue pijak kepala aku.. hazwan bukan boyfriend dia..bukan tunang dia.. nak kata laki dia.. jauh sekali... so? nape aku x leh kawan ngan hazwan lak... lau btol hazwan milik dia.. then i quit...

kadang2 aku seram gak bila tgk muka dia yg garang cam harimau tue..cuak arr.. tapi aku tahu..seganas2 and segarang2 dia pun.. aku takkan mati bila dia
marah..hahaha... btol tak?

------end part 3-------



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YG TERINDAH 4


aku melonjak-lonjak kegembiraan. Hari ini aku, mimie, anne, donny dan hazwan nak pergi berkelah kat tepi sungai. Wahh..best giler! Kat tempat aku pulak tu. Awal-awal pagi lagi aku dah masak untuk bekalan time berkelah nanti. Aku excited sangat bukan sebab nak pergi berkelah pun. Kawasan perkelahan tu tak jauh dari rumah aku. Selang beberapa buah kampung jer. Bila-bila masa boleh pergi. Tapi, kali ni aku berpeluang bersama-sama dengan hazwan. Wah..tu yang buat aku hamper gila tue. Ceh..melebih-lebih la pulak. Hahaa..

“hey..makan la dulu. Aku dah lapar nie. Kejap lagi kita mandilah.” Mimie menjerit memanggil hazwan dan donny yang dah berdiri ditepi sungai. Tak sabar-sabar nak terjun kot. Lucu jugak melihat gelagat mereka tu.


“yelah..yelah..” jawab donny.

“hey wan. Sungai tu tak lari la. Kejap lagi awak mandilah sampai sungai tu kering.” Aku pulak menjerit apabila melihat hazwan masih tidak berganjak dari tempatnya sebentar tadi.

“aku takut air sungai tu lari bila nampak awak jer. Busuk..macam 10 tahun tak mandi. Hahaha” berderai ketawa hazwan.

‘kurang asam. Aku pulak yang terkena balik.’ Aku memasamkan muka. Bencilah!

Hazwan duduk disebelah donny dengan ketawa yang masih bersisa. Aku Cuma diam sambil menyendok nasi goring kedalam pinggan. Mimie pula sibuk menuangkan air kedalam gelas. Anne pun tak kurang sibuknya, sibuk menyumbat keropok kedalam mulut. Begitu juga dengan donny yang sudah dua kali memenuhkan pinggannya. Cuma hazwan saja yang tunduk memandang nasi goreng dihadapannya.
‘tak nak makan ke budak ni? Takkan dia diet kot.’

“ehh..fisya.” hazwan mendongak sambil merenungku.

“haa..kenapa?” aku kehairanan. pelik benar budak ni.

“tengoklah ni. Ada benda ganjil la kat dalam pinggan ni.”
Aku serta merta menguis-nguis nasi goreng tersebut dengan sudu. Manalah tahu ada binatang yang termasuk kedalam pinggan dia tu.

“okey ape. Takder yang pelik pun.”

“err..awak tengoklah ikan bilis ni.”

“kenapa wan?” aku memerhati dengan teliti.

“ikan bilis ni.. serupa benar ngan muka awak fisya. Tak selera aku tengok, apatah lagi nak makan tau..hahaha..”

masya allah.. sakit betul hati aku. Donny pulak ketawa sekuat hati bersama-sama yang lain.
Hati ini sedih tiba-tiba.
’kenapa pulak aku emosional sangat ni.diaorang Cuma gurau la.’ Aku memujuk diri sendiri.

Aku cuba senyum. Ternyata payah sekali. Namun aku terus cuba memujuk diri sendiri.

“awak ni luculah. Pandai buat lawak” aku bersuara tenang.

“Hmm..kamu makanlah dulu yaa. Aku nak salin baju kejap.” Aku berlalu meninggalkan mereka sambil membawa beg pakaianku. Terasa ada air mengalir dipipiku.

“fisya..tak nak makan dulu ker?”kedengaran suara mimie.
Aku menarik nafas. Tanpa menoleh aku menjawab.
“kejap lagi aku makanlah.haa..kalau nak mandi dulu pegilah.”

Setelah agak jauh dari pondok, aku menoleh sambil melambai-lambai kearah mereka. Kelihatan anne dan mimie membalas lambaianku sambil berlari-lari anak mengejar donny yang tak sabar-sabar nak mandi.

‘hazwan ke mana ek? Dah terjun kot. Ah..pedulikan!’ aku berfikir sebentar.

Dalam bilik persalinan, aku biarkan airmataku mengalir. Kata orang, menangis tu satu cara untuk menenangkan jiwa. Entahlah, tapi aku pun tak pasti kenapa aku menangis. Pompuan memang emosional sikit…tak hairan ar.. Tapi sekurang-kurangnya aku rasa lega setelah menangis walaupun aku sedar menangis takkan mampu menyelesiakan masalah. Untuk menyelesaikan masalah, aku perlukan kekuatan,keberanian,keyakinan dan kebijaksanaan. Tiba-tiba aku terkenangkan kata-kata rizal suatu ketika dahulu.

“jangan biarkan sesiapa menghalang fisya untuk mengejar mimpi fisya.andai fisya jatuh dan memerlukan kekuatan untuk bangun semula, yakinlah dan carilah ia dalam diri sendiri.. sebab fisya mempunyai sesuatu yang orang lain tak miliki tau..”

aku tersenyum sendiri sambil mengesat air mata. Aku masih ingat, aku pernah bertanyakan kepada rizal apakah yang ada dalam diriku yang tidak ada pada orang lain. Tapi dia Cuma tersenyum sambil mencuit hidungku.

“itu fisya kena cari sendiri tau..kalau rizal bagitahu,tak surprise la..”

‘thank you rizal. I miss you..i miss you so much.’

----------------------

Aku berlari2 anak key arah port kitaorang..tiba2 Seorang lelaki cina bertanyakan sesuatu kepada aku dalam bahasa mandarin.
Aku terlopong.

“errr..sorry sir. I don’t understand you. Can you please speak English?”

“ops..i’m so sorry. Where’s the toilet please?”lelaki itu tersenyum.

“okay..okay..i see it now.thanks..”

belum sempat aku berkata apa, lelaki itu sudah menjawab pertanyaannya sendiri. Elok jugak tu, tak payah aku buang air liur. Aku senyum.
“you’re welcome sir.”

“eh fisya. Apa yang apek tu cakap ngan awak tadi?” mimie bertanya apabila aku menghampirinya.

“entah. Dia Tanya aku dalam bahasa mandarin. Aku manalah faham.”

“siapa suruh muka awak macam anak cina..”terkekeh-kekeh mimie ketawa.

“eleh..awak tu yang anak cina. Nak kenakan aku pulak.” Aku turut ketawa.

Aku akui, aku ni sebenarnya seperti gadis mix-blood walaupun sebenanrya aku 100% buatan Malaysia. Aku lahir kat kepulauan borneo, negeri sabah dibawah bayu...berbangsa kadazan dusun and Takder mix dengan mana-mana bangsa pun. Cuma,wajah aku ada iras-iras gadis cina. Pasal tu ramai orang ingat aku ni amoi cina. Masa kecil-kecil dulu, Mak aku kata, kalau aku nakal dia nak jual aku pada apek yang beli surat khabar lama kat kampung aku.

Sejak hari tu,aku takut sangat dengan orang cina. Makcik-makcik aku pun selalu mengusik aku Dengan gelaran ‘anak cina’. Lagi teruk bila mereka kata aku ni anak cina yang mak dan bapak aku pungut time kecil ataupun ade yang kata tertukar kat hospital time lahir.

Sape yang tak sedih bila family sendiri cakap begitu. Tapi aku taklah ambil hati sangat.. malah aku bersyukur ngan ape yang aku ada. Aku taklah cantik..taklah tinggi cam model..taklah kaya cam kebanyakan orang..tak punya segala-galanya..tapi, aku bahagia camnie…simple life.. sesuai sangat ngan orangnya…simple gak…hehehe…

“ fisya..tak nak mandi sekali ker?” Tanya judey..

"ish..macam kau tak tahu..aku kan pandai sangat berenang..silap haribulan esok kuar newspaper..seorang pelajar dijumpai lemas......"

"wehhh....kesitu pulak dia nie...!!! kalau x nak cakap jerlah tak nak..!!!" suara hazwan mengejutkan aku. ntah dari mana dia muncul.. uishhh..dasyat jugak kalau dia marah nie.. kalau aku ade sakit jantung..dah lama dah aku pengsan..

"mulut fisya tu ar...mulut jahat...ade2 jerk..."giliran judey pulak yang marah..

“ yelah..yelah..sorry..aku gurau jer laa... takper…aku jadi penonton jerk…” aku senyum sambil menggelengkan kepala..

"as you wish.." sambung judey sambil berlalu..

"wan tak suka 'fia' cakap camtue tau!! dont you ever say that again.. sekali lagi wan dengar fia mengarut camtue..wan akan..."

" ape? wan nak buat ape?" aku memsamkan muka. sengaja wat dia makin marah.. padan muka dia..

"ahhh..forget it!" dia berlalu.. meninggalkan aku yang termanggu-manggu menanti jawapan..

aku pelik dengan sikap hazwan skrg nie.. sejak bila pulak bila kitaorang bersembang dia panggil aku 'fia' and dia menbahaskan diri dia sebagai wan?? selama ni main aku-kau, saya-awak jerk.. ataupun dia panggil aku fisya.. hairan...kejap dia panggil fisya..kejap main aku-kau..kejap..fia lak.. hisshhh..ntah ape2 ntah...

hmm..nama fia tue nama timangan aku kat umah... mama, papa and family aku jerk yang panggil aku fia.. member2 lain pun tak panggil aku ngan nama tue..cuma yg rapat ngan aku jerk panggil aku fia... bukannya diaorg tak tahu tue nama aku gak tapi diaorg lebih suka panggil aku fisya.. nama yang terhasil daripada nama sebenar aku iaitu fisya nurafia binti imran... dan aku pulak...tak kisah diaorang nak panggil aku ape.. fisya ker, fia ker, nur ker, sya ker, pisa ker, fish ker,.. aku iyekan jerk...hehehe.. macam dalam rancangan puteri tue la pulak..

saat nie aku renung hazwan Dari jauh.. dia leka berenang ngan donny.. sambil tue dia gelakkan anne yang baru nak belajar berenang.. seronok sangat tengok diaorang tue.. macam tak pernah nampak sungai...kesiannya... terlompat-lompat macam kera dapat bunga.. hehehe..geli hati aku..

mimie yang dah teror berenang turut bekerjasama dengan judey untuk mengajar anne.. donny dan hazwan pun bekerjasama jugak.. bekerjasama gelakkan orang..
eeee..macam best jerk diaorang nie... jeles jugak aku... tapi aku betul2 x der mood nak mandi-manda.. ahhh...baik aku baca buku nie.. lagi best..
ermm..buku siapa ek?

I'm sorry..I love you..

I'm sorry for saying those things
I'm sorry for calling you 'the thing'
I'm sorry that i disapointed you
I'm sorry i wasn't good enough
I'm sorry for insulting you
I'm sorry for being such a bad friend

I'm sorry that the reason i do these things
is just i can't get over you
i can't believe you think so low of me
that i'd let you come between my friends
i'm sorry that i still want you so

maybe i am selfish
maybe i am waste as you said

i'm sorry
i'm sorry
i'm sorry

i'm sorry for the pain i caused
i'm sorry for the tears i made you cry
i'm sorry for the lies i told
i'm sorry that i'm not perfect
i'm sorry that i'm not handsome
i'm sorry for not being there when i said i would
i'm sorry for causing so much trouble
i'm sorry for always doing the wrong thing
i'm sorry i'm a failure to you
but i can't help being me
i'm sorry
i love you

"hoi..!! suka hati jerk baca buku orang ek!!"

aku terkejut...nyaris-nyaris terlepas buku yang aku baca tadi..hisshh...hazwan lagi... buku dia ke yg aku baca nie? wahh...ade bakat jadi penulis rupanya...

"sorry...sape suruh letak kat merata-rata tempat.. ingatkan sampah tadi.. nasib baik tak buang tau...!!!" aku pulak membebel..

"sampah pun fia baca jugak kan...maknanya, sampah tue bernilai..betul tak? " dia dah terkekeh-kekeh ketawa.. tadi garang bukan main..

"yelah...baca sebelum buang..!!!." aku masih tidak mahu mengalah...

"hmm..taknak mandi skali ker?" hazwan menukar topik.. eleh...takut kalah ar tue..hehe..

"taknak la..x der mood nak mandi..." aku menjawab acuh tak acuh..

" takder mood atau datang bulan nie? " dia ketawa lagi..
hissshhh...sedap jerk mulut dia cakap camtue.. nak sangat aku baling cawan nie kat muka dia..

"woiiiiii....!!! mulut tue ade insuran ke tak? suka hati jerk nak cakap camtue..!!!" kurasa muka aku dah merah padam.. marah campur malu.. kurang asam punya lelaki.. hmm..macam tahu2 jerk aku memang tak boleh join diaorg mandi.. eee...menakutkan... camner dia tahu ek?
dia nampak relax..tapi aku pulak yang dah mula gelabah tak tentu pasal...

"uikss...marah ker? anak dara tak elok marah2 tau.. karang xder orang nak masuk meminang...hahaha "

aku dah mati akal...bukan tak tahu nak jawab ape.. cuma, aku malas nak bertekak dengan dia lama2.. budak seekor nie bukan boleh dilayan sangat..
karang menjadi-jadi pulak loyar buruk dia tue...aku memasamkan muka..

"haaaa....muncung tue panjangkanlah lagi..biar pajang macam itik....!!!" aku biarkan aje dia bercakap sorang..padan muka dia..

"terlanjur fia baca buku tue... baca mukasurat terakhir..." tambahnya lagi

Aku melihat hazwan berlalu... mukasurat terakhir? hmmm..nape ek? tak sabar pulak nak baca... ishhh..macam cerita 'ada apa dengan cinta' lak.. time si rangga suruh cinta baca buku dia kat mukasurat terakhir sebelum berpisah kat airport.. hehehe... ade2 jerk aku nie..

kenangan datang dan pergi
hadirnya buatku tak pernah sepi
perginya buat aku mencari
dan tidak mungkin mahu berhenti
tanpa mahu dia mengerti
sebuah cerita cinta yang dinanti...

dia bukannya misteri
bukan juga sebuah fantasi
namun aku anggap dia puteri
yang hadir kerana mimpi
yang tak mampu aku beri
hanya berharap dia kembali..

mungkin dia tak mengerti
betapa dia aku rindui
cuma tak pernah aku dekati
apatahlagi untuk kuakui
aku terdesak mahu memiliki
cinta dari hati yang pasti..

setelah sekian-lama aku sedari
aku takkan mampu sembunyi
bahawa dialah yang aku cintai
sudikah kau wahai permaisiri
untuk mengisi cinta dihati
katakan sayang aku menanti...


mohd.hazwan kamarulzaman
februari 2003


aku terpaku seketika...jantungku tiba2 berdegup pantas...kelihatan hazwan sedang memerhati..dengan sebuah senyuman yang tak dapat aku tafsir...
huh..biar betul???? sekali lagi aku terdiam seribu bahasa...


---------end part 4-------



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YG TERINDAH 5


" fia...hazwan nak jumpa kat bawah.." mimie terkekek-kekek ketawa..

ishh..sejak bila pulak dia panggil aku fia nie..?? memang betul2 nak kena budak seekor nie... nak sindir aku la tue...

"dia nak ape? haaa..kau pulak mimie.. sejak bila pulak kau panggil aku fia nie..?? aneh jerk aku dengar.." aku yang terbaring atas katil kesayangku tadi, kini telah berdiri dihadapan cermin.. laju jerk aku bangun bila dengar hazwan nak jumpa aku.. yelah..takkan nak turun macam nie kot..hilanglah keayuan aku..hehehe...



"alah..hazwan boleh panggil kau fia..kitaorang pun boleh jugak kan... betul tak? " judey pulak tiba2 bersuara..

" betul..betul...aku sokong.." mimie pulak menjawab..

"hahahaha..aku lagilah sokong.." diikuti dengan anne...

"weiii..korang berpakat kenakan aku ek? haaaaa...nie yang nak kena nie.." aku pura2 marah.. sebenarnya aku tak kisah pun diaorang nak panggil aku ngan ape2 nama sekalipun.. yelah..fia tue pun nama aku jugak..tak salah pun kalau diaorang nak panggil aku ngan nama tue.. lagipun nama tue comel jugak kan? hehehe..

" alah..nama tue sesuai dengan kau.. nama fisya tue susah nak sebut ar.. kadang2 salah sebut jadi 'pisa' kadang2 jadi 'pizza' pulak..... pastue kadang2 sampai berbelit lidah aku nak sebut tau..." anne bersuara sambil melompat keatas katil aku. laaa..karang patah katil tue, sape nak jawab kat warden asrama..?? aku jugak...

" hahaha..pandai jerk kalau nak bagi alasan kan.. yelah..yelah...korang nak panggil ape pun aku tak kisah.. lagipun ade ape pada nama? " aku akhirnya mengalah..
anne, mimie dan judey dah terkekek-kekek ketawa kat belakang aku.. rasa macam nak karate jerk budak-budak bertiga tue...

"haaaa..pegilah siap dulu.. hazwan dah tunggu kat bawah tue..kat pondok depan cafe.." mimie mengingatkan aku..

" yelah..yelah.. nak siap la nie...biarkan dia tunggu kat bawah... kalau dia sayang aku...dia akan tunggu aku biarpun sampai esok pagi... lagipun sure dia bukan sorang kat bawah tue.. dimana ade hazwan..disitu ade donny..."
aku mengomel sendiri sambil tanganku mencapai tuala dan pencuci muka.. nak basuh muka jap.. karang hazwan tengok aku macam nie.. dia boleh pengsan kot.. seksi...berseluar pendek dengan t-shirt tanpa lengan...dengan muka yang baru bangun tidur..

"wei..korang dengar ke apa yang aku cakap nie" aku memalingkan muka.. kami berempat berpandangan...

"dimana ada hazwan..disitu ada donny...." mimie, anne dan judey mengajuk percakapanku sebentar tadi.. akhirnya kami sama2 ketawa...

sejak peristiwa time picnic hari tue, aku dan hazwan dah semakin rapat.. dan macam tue ar nama 'fia' tue melekat ngan aku sampai ke hari ini... member2 lain syak yang kami nie sedang bercinta.. tak terkecuali anne, mimie, judey dan kawan2 hazwan yang lain.. cuma diaorang hairan...setiap kali hazwan jumpa aku..donny mesti ikut sama...pastue, diaorang membuat kesimpulan bahawa kehadiran donny tue untuk cover bahawa aku dan hazwan dah couple...kitaorang kononnya tak nak orang lain tahu...hahaha...lucu jugak aku memikirkannya...

tapi sebenarnya kitaorang tak declare ape2 lagi.. tak pernah muncul perkataan sayang, rindu, ataupun cinta diantara kami.. aku pun lebih suka macam nie.. sekadar jadi teman yang rapat... lagipun,hazwan pun tak pernah cakap face to face ngan aku yang dia nak adakan satu relationship yang serius diantara kami...aku tak pernah tahu ape feeling dia kat aku...kawan? kawan baik? girlfriend?

hmm...ntahlah... dan aku pun tak pernah bertanya...tak akan bertanya sama sekali... memang dia ada tunjukkan bahawa dia meminati aku.. tapi semuanya dalam bentuk lagu...puisi...dan kadang2 dalam bentuk gurauan.. tue yang buat aku pening tue.. aku nak dengar dari mulut hazwan sendiri...barulah aku nak percaya and membuat kesimpulan...aku? aku akui aku sayangkan hazwan.. sebagai apa? itu aku tak pasti.. apa yang aku tahu..im happy when we're together...aku mahu dia ada bersama aku dan aku mahu bersama dia..disaat2 aku gembira atau sedih.. thats all...

is this love? hmm..i dont think so...aku takkan jatuh cinta pada hazwan.. love is more than that... trust me..

aku tercari-cari kelibat hazwan... kat pondok? hmm..takder pun... mana nie? takkan dah balik kot...aku lewat 15minit jerk..takkan itupun tak boleh tunggu...isshhh...bosan betul dengan perangai lelaki nie..kalau diaorang lambat,boleh pulak aku tunggu sampai berjam-jam... aku mengeluarkan hp dari kocek jeansku.. apa lagi...nak call budak hazwan tue lah...menyusahkan betul...

" fiaaaaa..."
kedengaran satu suara memanggilku... tapi yang aku pasti suara tue bukan milik hazwan..tapi suara tu milik donny... memang benar kata-kata aku tadi...
'dimana ada hazwan..disitu ada donny..' aku berpaling...

"haaaa...hazwan mana? korang nie..ape hal nak jumpa aku lak?" aku masih tercari-cari kelibat hazwan...

" ade...dia pegi toilet jap... tunggu jelah... haaa...mari la duduk dulu.. takkan nak berdiri kat situ kot..." donny mempelawa aku duduk di pondok yang berbentuk cendawan itu.. kalau orang lain tengok..mesti diaorang sangka aku dan donny sedang dating... yelah...romantik semacam jerk pondok nie..dengan lampu warna-warni pulak tue..hehehe...

25 minit berlalu....hazwan tak muncul-muncul lagi.. donny pulak buat tak tahu... mana hazwan nie? takkan pegi toilet sampai 20 minit kot... dia wat ape kat toilet lama-lama... dia pegi buat toilet kot.. aku mulai bosan...

" weiii.. mana hazwan nie? kata tadi pegi toilet..takkan lambat sangat...isshhh..." aku mula merungut...

"ehhh..manalah aku tahu... nak call pun. handphone dia ade kat sini... haaa..buku dia pun masih kat sini.... takper laaa...fia tunggu sini... aku pegi panggil dia jap.. ade problem kot..." donny berkata sambil berlalu pergi...

"tengokkan sekali handphone dan buku2 hazwan tue" pesannya lagi..

problem? entah2..dia dah balik tidur kat hostel...tapi, nape tak bawak barang2 dia nie sekali...ermm...maybe hazwan pengsan kot kat toilet.. ataupun dia jatuh kat toilet pastue cedera... manalah tau kan... kepala aku dah mula memikirkan sebarang kemungkinan... tiba2 timbul rasa bimbang dihati..ishh..tak baik aku fikir yang bukan-bukan... aku memujuk diri sendiri..

10 minit kemudian...masih tidak kelihatan kelibat hazwan.. begitu jugak donny... isshhh..diaorg pegi mana nie? takkan diaorang nak aku duduk sini sorang2 pulak... dah nak masuk kul 10malam nie... rasa macam nak blah jerk.. tapi macam mana ngan buku and handphone hazwan nie? takkan nak tinggalkan kat sini? kalau hilang...aku jugak yang jenuh mengganti.. bukannya murah nie.. 3 kali ganda mahal daripada handphone nokia 3200 aku...

aku merungut sendiri... dahlah banyak keja aku tak siap lagi..diaorang nie buang masa aku jelah...alah..aku balik jelah... hp and buku nie aku bawaklah sekali.. kalau hazwan nak.. pandai2lah dia nak cari aku... haaa..ade jugak peluang aku nak jumpa dia lagi...haha...

tiba-tiba kedengaran handphone berdering...yang pasti bukan handphone aku.. hmmm...sah... handphone hazwan yang bunyi...

aku mencapai hp tersebut.. 1 missed call... ishh..sape pulak yang telefon nie? nak angkat ke tak kalau bunyi lagi?
seperti yang aku jangka...hp itu berdering lagi... aku melihat nama yang tertera di skrin telefon... 'sayang..'...

aku terpaku seketika...sayang? girlfriend dia ker? jantung aku berdegup laju..kubiarkan hp itu berdering...
2 missed call... aku cuma mampu memandang.. entah kenapa aku sedih sangat saat nie.. cemburu? marah? atau kecewa barangkali.. entahlah..aku pun tak pasti...

3 missed call..4 missed call..5 missed call...dan seterusnya... aku tetap cuma mampu melihat...tanpa sepatah kata.. aku kaku...
entah kenapa dunia seakan-akan sepi.. nafas aku seolah-olah terhenti... apa nie? kenapa dengan aku?

handphone itu berbunyi lagi..kali ini dengan nada dering yang berbeza.. aku melihat skrin telefon tersebut...1 message received...
aku menarik nafas...terketar-ketar aku mencapai hp tersebut... tanpa kusedari aku menekan butang 'read'... tanpa berfikir panjang...

' abang kat ner nie? nape tak jawab bila ayang call? i miss you dear... i miss your sweet kiss...'

handphone itu berbunyi lagi...menandakan satu lagi message tiba.. seperti tadi..aku terus menekan butang 'read'...

'haaa..jangan kata yang abang sedang bersama fia.. dahlah tue bang..jangan permainkan dia lagi..kesian dia tau...
abang tahu tak...ayang rindukan abang.. call me back when you read this ok... i love you...bye..'


aku tersentak...dan kali ini aku tidak mampu menahan hati dari mengalirkan airmata..aku kecewa...aku sedih sangat..
aku berdiri dan melangkah lemah... ahh..kenapa aku mesti kecewa? aku kan tak ade apa2 perasaan kat dia..

kenapa aku mesti menangis? dia cuma teman rapat aku...jauh sekali untuk mengakui bahawa aku cintai dia.. kenapa mesti aku bersedih? sedangkan aku sendiri tidak pernah memberinya cinta.. tapi yang pasti..saat ini... aku benci hazwan...aku benci hazwan...damn..!!!
aku nak balik...aku tak nak tunggu lagi... aku nak balikk....

tiba2 handphone itu berbunyi lagi... aku pantas melihat pada skrinnya.. ternyata bukan telefon hazwan yg berbunyi.. tapi handphone aku...
one message received..

'' fia...stop right there... and turn left...''

dibawah cahaya bulan, satu kelibat yang aku kenali sedang berdiri.. entah kenapa kaki ini kaku..terhenti dari terus melangkah...
dia berjalan menuju kearahku..dan sekarang dia betul-betul ada dihadapanku..
dia mengangkat daguku...memperlihatkan wajahnya yang tenang...juga wajahku yang terhias dengan deraian air mata...

aku biarkan dia mengesat airmataku yang semakin deras mengalir... aku biarkan dia memeluk aku... aku sangat perlukan seseorang untuk memujukku..

"fia..im sorry..." dia meminta maaf.. untuk apa? aku pun tak pasti...

"wan bukan sengaja nak buat fia menangis..." dia memujuk.. namun kata-kata itu buat airmataku semakin laju mengalir.. aku tunduk membisu..
ahh..macam mana dia tahu air mata ini tumpah kerana dia? pelik..

"im sorry sayang...plz..janganlah menangis... fia marahkan wan ya? " dia memujuk lagi... aku semakin binggung..

"sebenarnya orang tue tak wujud pun...kalau fia tengok betul2...tue kan no fon wan yang satu lagi.." dia memberi penjelasan.. what?? aku terkejut namun sedikit lega.. cissss....bodohnya aku.!!! kenapa aku tak perasan no tue tadi... ahhh..mudah sekali aku ditipu... benci..!!
tapi yang pasti...aku tak suka jika watak 'sayang' itu benar2 wujud...

'' tue lah...kenapa degil sangat nie? wan dah berkali2 tanya ape perasaan fia kat wan.. tapi..fia x pernah pun cakap apa2 kat wan.. wan nak sangat tahu perasaan fia kat wan..sebab tue buat cam nie... sorry...i know this is wrong...tapi wan dah nampak segala2nya tadi...and i know...fia jugak ade perasaan yang sama kat wan kan? ''
suara hazwan benar2 buat aku tak mahu berhenti menangis.. tapi..bila masa pulak dia berkali2 tanya perasaan aku kat dia..? kalau nak tahu ape feeling aku kat dia tanya la face2 face.. janganlah sampai buat aku macam nie... dah nak gugur jantung aku... benci...sakit hati aku...!!!

'' kalau iya pun jangan buat macam nie..!! '' ucapku geram sambil mengesat ari mata.. malu sey..

daguku diangkat...dia tersenyum... tangannya mengesat sisa airmataku..

'' dengan air mata nie..wan dah dapat tahu ape perasaan fia.. and dont u ever lie about it... ''

'' fia tak suka wan buat macam tu...!! fia x suka ditipu..!! '' aku memasamkan muka... dia senyum lagi...

"im sorry dear...but now i just wanna hear it once...rite here... ikhlas dari hati fia...do you love me?" dia memperkemaskan pelukannya..

" no...you dumb! i hate you..." tanpa kusedari aku membalas pelukannya...


------------end part 5--------------
nih yg buat aku malas nih!!rasa nak tuko jer nama tuh!!eeee!!



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

wei phia ape la ko time sampai aku bace tang jiwunk tue abey plak grrrr

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

TheMask wrote:


wei phia ape la ko time sampai aku bace tang jiwunk tue abey plak grrrr


aku nak tengok ada ke tak org baca!!kalo xde aku x sambung!!kalo ada aku sambunglarr!!

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YG TERINDAH 6


ahhh..bosannya.!!' aku merungut... sudah hampir sebulan peperiksaan stpm tamat... dan dalam tempoh itulah aku hanya terperuk kat rumah..ganti mak aku jadi surirumah tangga... nie baru sebulan...result keluar maybe dalam 3 or 4 bulan lagi.. takkan aku nak dok rumah sepanjang tempoh tue... badan aku pun dah makin naik.. ape taknya.. selepas exam hari tue kan hari raya... kerja aku cuma makan..makan dan makan.... pastue dok rumah jerk... ape tak makin tembam...

aku melangkah ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari.. ape? ingat aku tak tahu masak ker? hehehe... sambil itu aku memikirkan cadangan mimie,judey dan anne minggu lalu.. mereka bercadang untuk bekerja di ibu kota sementara menunggu keputusan stpm.. mereka ajak aku sekali...

' wahh..best jugak... tapi...mak dan ayah bagi ker aku kerja? alah...takkan diaorang tak bagi kot... aku nak buat ape kat rumah nie? nak jadi surirumah tangga? ehhh..tak nak aku... lagipun aku nak berdikari jugak... nak ade duit sendiri.. nak try jugak dok kat bandar tue... hmmm...malam nie aku mesti cakap ngan mak dan ayah...' aku bermonolog dengan diriku sendiri..

"mak...fia bosan la duduk kat rumah nie jerk..." aku mula mengatur bicara..

"haaa...dah tue..fia nak dok mana pulak? nak dok dengan nenek?" laaa...mak buat-buat tak faham pulak...

"mak...fia nak kerja...boleh tak mak? mak...bolehlah.. result kan lambat lagi nak kuar..boleh jugak fia kerja...fia nak belajar berdikari..."
aku dah mula merengek-rengek dihadapan emak...nak bermanja la tue..

"kerja apa yang fia boleh buat? lagipun kat bandar tue bahaya..macam-macam boleh jadi..banyak kes ragut la..rogol la..rompak sana-sini.. baik fia duduk kat rumah...tolong mak basuh baju...kemas rumah..masak... haa...dalam rumah nie pun banyak kerja yang boleh dibuat... " mak dah mula dah bagi ceramah.. aku pulak menarik muka masam.. ishhh..takkan nak aku buat kerja2 rumah tue pulak... nanti bila dah kawin aku wat keja tue jugak.. bosanlah....

"alah....tak nak la wat kerja rumah.. bosanlah.. takkan 4 bulan mak nak fia buat kerja nie semua.. kan bagus kalau fia kerja.. dapat cari pengalman baru.. senang sikit nak cari kerja kalau dah pernah ada pengalaman keja sebelum nie..nanti..taklah fia gementar sangat bila ade job interview ker..ape2 interview ker.. karang bila dah nak cari kerja nanti,mesti kena tanya pengalaman kerja sebelum nie.. takkan fia nak jawab...pernah kerja sebagai surirumah tangga sepenuh masa...eee...kalau laki fia dah yg interview tak per la jugak.. "
aku merungut sendiri...ayah dah mula tersenyum...lucu mendengar rungutan aku barangkali..

"alah..biarlah budak fia tue keja.. boleh jugak dia belajar berdikari.. karang bila dia nak masuk universiti senang sikit... taklah dia bergantung sangat pada keluarga.."

"yessss...sayang ayah.. haa..mak...ayah sokong fia.."aku dah tersenyum depan mak.. kalau ayah dah buka mulut..sure mak setuju punyalah...

"tapi...kerja apa yang fia boleh buat? lagipun bahaya kerja kat bandar..." mak masih lagi memprotes...

"mak...fia tahulah nak jaga diri kat sana nanti.. alah...bukannya jauh pun mak.. hari2 mak boleh datang tengok fia.. lagipun anne,mimie dan judey ade.. fia bukannya sorang2 kat situ.. fia carilah ape2 kerja yang fia rasa fia boleh buat.. kerja kat supermarket pun xpe.. as long as fia dapat pengalaman baru.. kan ayah kan?? " aku beraih tempat duduk..kali nie aku duduk disebelah penyokong kuat aku..tak lain tak bukan ayah..hehehe...

"fia janji akan jaga diri baik-baik...fia dah besar dah mak... dah boleh kawin dah kalau fia nak kawin.. alah...boleh ya mak..." aku memujuk lagi...

"alah...biarkan ajerlah budak fia tue.. kalau dia tak tahan nanti tahulah dia balik rumah..." satu sindiran dari ayah yang cukup memedihkan telinga aku.. ketara sangat ayah tak percaya yang aku tak boleh buat kerja.. takper...aku akan buktikan nanti...

"yelah..yelah..." mak akhirnya mengiyakan... aku dah senyum macam kerang busuk..

" yessssss...thanks mak...and you too ayah...." aku berlari-lari anak menuju kebilik... kelihatan ayah dan mak mengeleng-gelengkan kepala..

" nak telefon anne jap...." aku bersuara lagi...

" jangan telefon lama-lama...karang naik pulak bil telefon tue... haa..bila dah kerja.. boleh tolong ayah bayar bil telefon pulak..." ayah menjawab...

cisss...ayah nie mengada-ngada la pulak.. adik-adikku yang cuma jadi pendengar setia sebentar tadi dah terkekek-kekek menahan gelak..
haaaa...nak kena jugak budak2 nie... tapi takper....yang penting aku dah dapat green light untuk pegi kerja kat bandar.... aku tersenyum sendiri...


''wan...mak dah benarkan fia kerja kat bandar...eee..bestnya..." aku berbual dengan hazwan malam itu.. orang pertama yang aku call selepas mendapat persetujuan ayah dan mak sebentar tadi..
hehehe..yelah...aku bohong sunat.. aku bukan fon anne sebenarnya.. tapi..takkan nak cakap aku fon hazwan pulak... mesti mak aku membebel.. and ayah pulak..mesti menyindir aku... alah...sekali sekala jerk...
ampunkan anak mak dan ayah nie ek...hehehe...

" fia nak kerja apa? alah..boleh ker fia kerja nie? tak pasal2 baru dua tiga hari kat bandar dah nak balik..nak dok bawah ketiak mak..hahhah..." suara hazwan kedengaran di corong telefon..

'' wan pun macam ayah fia laa...!!! langsung tak percaya fia boleh kerja..." aku buat suara merajuk..

'' bukan tak nak percaya... tapi fia tue kan anak manja.... hmmm..oklah sayang... wan akan percaya tapi...buktikan pada wan.. boleh tak? " suara itu benar2 buat aku gembira.. rasa macam tak berpijak kat bumi pulak..hahaha...

'' okies... i will prove it to you... wan tengok lah nanti... " aku menjawab dangan yakin...

'' ermm..wan pulak buat ape? kerja jugak ker?'' tanyaku..

'' maybe... wan tolong ayah wan kat kilang... yelah..wan kan anak yang baik... hehehe..'' dia terkekeh2 ketawa..

'' eleh..perasan la tue..." aku turut ketawa...

tiba2 masing2 membisu..diam melayan perasaan masing2... haaa..bagi laluan kat iklan kot...

'' fia.. fia sayang wan tak? '' aku terkedu..tiba2 jerk soal aku macam nie...tak pernah2 pun... nie yang musykil nie....

" sayang...sayang sangat..." aku menjawab pantas..

" tapi kan...sepanjang fia jadi milik wan... wan tak pernah pun dengar fia ucap 'I LOVE YOU' kat wan.. may i know why? " soalan itu dia utarakan..

sekali lagi aku terkedu...sejak peristiwa aku memeluknya tempoh hari... dengan tidak sengaja,hubungan kami melangkah satu tapak kehadapan...
daripada kawan baik kepada pakwe dan makwe... tapi for sure, bukanlah pakwe dan makwe yang baik...

aku sedar perbuatan aku malam tu menyakinkan hazwan bahawa aku juga menyintainya..
sedangkan saat itu aku masih keliru..namun aku akui..aku tidak mampu menolak keinginan hati untuk disayangi dan terus lemas dalam dakapannya..

aku yakin...aku tidak menyintai dia..aku tidak cintakan hazwan...dan aku takkan pernah cintakan hawan..
kerana...kerana....aku...aku ada rizal...
aku cuma perlukan hazwan sebagai seorang teman..cukup sekadar teman....
tapi...kenapa aku membalas pelukannya malam itu...??
ahhh!!! bodohnya aku.. look my dear... look what you have done...

'' wan...who am i in your eyes?" aku tidak menjawab soalanya.. malah aku membalas dengan memberinya soalan...

'' someone special....'' ucapnya.. ringkas but meaningful..

'' who am i in your eyes?? '' giliran dia pulak bertanya..

'' someone i care but... im not sure waether it's love or not...'' jawapan yang cukup ikhlas dari aku...

'' is there someone else that you love? be honest... '' suaranya seakan2 seseorang yang berjauh hati...

'ahhhh...aku nak berterus terang atau aku patut bohong demi menjaga hatinya?'

'' maybe...'' ucapku lambat2...aku tak sanggup lihat dia patah hati...

'' it is all that you can say..huhh...?? '' dia mengeluh...nyata, dia tidak berpuas hati dengan jawapan aku..

aku serta merta terdiam...terasa dengan kata2 itu... 'aku ni terlalu banyak berteka-teki dengan dia ker?'
aku bukan sengaja x mahu berterus terang dangan dia.. cuma masanya belum sesuai... aku akan luahkan isi hati aku..
apabila aku benar-benar bersedia... kini,aku serba salah... menanti kekuatan bulan untuk membantu aku berterus terang...hehe..

hmm..korang pernah tak cintakan seseorang..cinta yang lama terpendam dihati..menunggu waktu untuk dibuktikan..
tapi dalam masa yang sama tidak mampu menolak cinta seseorang yang lain?? cinta yang terlalu ikhlas dan seringkali berjaya membuat aku bahagia..

aku mengaku...aku tak mampu menolak hakikat bahawa aku perlukan someone disisi aku... untuk menemani aku...untuk membimbing aku..untuk merindui aku..
untuk aku kongsi suka dan duka.. untuk aku sayangi..untuk aku bermanja...
ahhhh..aku tak salah... aku juga manusia biasa..aku mahu dicintai...dan mencintai... semua orang pun macamtue...

cuma, cara aku salah.. aku tak boleh terus macam nie.. aku tak boleh bersembunyi disebalik kenyataan...
dan aku tak patut buat macam nie..

'' i dont wanna think about it again and again... keep wondering what is the answer for all of my question... i just want you to be honest dear... it's nothing wrong to hurt someone with the truth than hurt them with your lies..'' ucapnya lagi..penuh makna tersirat...

aku telan liur...sebenarnya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku di kemudian hari.. aku tidak mahu terus memberi harapan sedangkan aku sendiri tidak pasti bolehkah aku tunaikan harapan tersebut... aku tidak mahu terus menipu diri sendiri... aku jugak tidak mahu terus menipu orang yang aku sayang... berterus terang adalah jawapan yang terbaik...

'' wan...kalau fia nak cakap something... wan sudi tak nak dengar? '' aku bersuara perlahan..

'' everything dear.. wan akan sentiasa mendengar...'' suara itu tenang..

aku menarik nafas... tercari2 idea bagaimana hendak memulakan bicara..

'' im sorry wan... fia tak boleh cintakan wan... sebab fia rasa fia x boleh lupakan someone.. i really cant forget him.." sedaya upaya aku menahan rasa resah..
sambil itu aku ternanti2 apa reaksi dia.. marahkah? cemburukah? gembirakah?

'' fia x pernah sayangkan wan sepertimana fia sayangkan dia kan? and for sure, orang tue mestilah someone yang penting dalam hidup fia ''
suara itu buat aku menangis... menangis dalam hati..

'' tapi wan... i do care 4 you... and fia jugak sayangkan wan...'' aku cuba mengawal perasaan.. aku sebanarnya takut kehilangan dia..

'' wan faham... maybe wan nie macam persingahan kan... fia perlukan someone to take care of you...to love you...and to be with you whereever you are.. and someone tue adalah wan.. someone who can full-fill your heart desire.. gitu kan? '' hazwan bersuara.. masih lagi tenang seperti sebentar tadi...sedangkan aku..

'' bukan macam tue...fia x pernah anggap wan sebagai persinggahan atau pengganti.. fia sayangkan hazwan... sayang seikhlasnya... cuma semakin fia sayang pada wan... fia rasa semakin bersalah pada dia... kami tak declare putus lagi.. fia serba salah...'' setitik demi setitik air mata aku mengalir...

'' sayang nangis ek? '' tanya hazwan... aku membisu namun disebalik corong itu.. aku mengangguk.. 'i cry bcoz of you dear...'

'' and now... wan faham kan kenapa fia tak boleh teriman wan sepenuhnya? fia takut perasaan sayang fia pada wan akan terus subur... and sampai suatu masa..fia takut dia kembali... masa tue mesti fia keliru... nak pilih antara wan...ataupun dia..." aku sudah tidak mampu menahan diri dari terus menangis..

'' sayang..janganlah nangis... wan tak kisah semua tue... and wan takkan pernah paksa fia untuk cintakan wan sebagaimana cinta fia pada dia...''

ahhh..masih ada orang yang sebaik ini... takkan ada lelaki yang boleh menerima hakikat bahawa gadis yang disayanginya mencintai orang lain dan dalam masa yang sama memberinya harapan dan impian... takkan ada orang lain sebaik dia dan aku sangat beruntung kerana dicintai oleh lelaki bernama hazwan...

'' sayang...listen to this... buat masa nie...izinkanlah wan sayangi fia...cintai fia dengan sepenuh hati wan... and wan nak fia terima cinta wan dengan seikhlas hati...terimah ia walaupun fia tak mampu untuk memberinya kembali kepada wan.. andandai suatu masa... dia muncul kembali.... wan akan biarkan fia membuat pilihan... ''

'' kenapa wan begitu baik? kalau fia pilih dia...wan nak serahkan fia pada dia begitu saja? wan tak sayangkan fia ek? kenapa sanggup buat macam tue??'' aku masih lagi menangis... sambil itu aku mempertikaikan kata2nya sebentar tadi.. aku tak bernilaikah dimata dia??

'' i'll do anything to make you happy...sayang... even to let you go if i have to and if you want to.. it's one way to show my love 2 you...'' tenang suara itu menjawab...

saat itu aku merasakan akulah gadis paling bertuah dalam dunia ini... kenapa aku perlu menunggu seseorang yang belum pasti mencintai aku atau tidak..?? aku ada seseorang yang begitu mencintai aku.. kenapa aku perlu menyayangi seseorang yang mungkin tidak lagi menjadi milik aku,,,??

kan ada ungkapan yang berbunyi
' mencintai orang yang kita cintai kedangkala membawa kedukaan... tapi menerima cinta orang yang mencintai kita merupakan kebahagiaan yang pasti..''

aku memutuskan panggilan... maafkan aku wan...
aku menangis semahunya... aku harus berfikir apakah yang harus aku lakukan... aku tarik nafas sedalamnya...


aku sedar aku bukanlah yang terbaik
adakalanya aku gagal dengan satu-persatu ujianmu
ada hari dimana aku merasa sangat kesunyian
saat2 aku bersedih dan ianya bukan salah sesiapa
Bukan sesiapa melainkan aku sendiri

aku cuba memberi apa saja yang kumampu
dan aku berharap dapat menyapu setiap titis airmata yang mengalir
aku berharap katamu bukan hanya lafaz2 kosong
bawalah aku dan jangan sesekali lepaskan

seperti yang kau tahu, aku bukanlah seseorang yg sempurna
tapi keranamu, aku cuba jadi yang terbaik
aku sayang kamu lebih dari yang kau tahu
kerana kau tidak pernah tinggalkan aku
kau ada menemani disetiap langkah hidupku

genggamlah tanganku dengan erat..
dan bisikkan padaku bahawa semuanya akan berakhir
bahawa aku tidak salah mencintai insan seperti kamu
seseorang yg buat mimpi2ku jadi kenyataan

aku mahu terus menjadi diriku yang sebenar
mungkin selama ini aku terlalu bodoh
dan aku pinta maafkanlah aku
berikanlah aku satu peluang...dan mungkin dua..
tetapi walauapapun yang terjadi
Aku tetap tidak mahu kehilanganmu...


---------end part 6----



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YG TERINDAH 7


finally, tercapai jugak hajat aku,mimie,anne dan judey untuk mencari kerja kat bandar. kami menyewa sebuah rumah dua bilik dengan sewa rm300 sebulan.. rumah tue milik saudara eddy...sebab itulah kami beleh menyewanya dengan harga begitu..kawasannya agak strategik kerana terletak ditengah-tengah bandar.. siap dengan perabot,tv, peti ais dan barangan asas yang lain... ringkas tapi kami cukup bersyukur kerana dibenarkan menyewa disitu dengan harga yang kukira amat murah jika dibandingkan dengan harga yg sepatutnya...

namun, sudah hampir 2 minggu aku disini tapi belum mendapat pekerjaan lagi.. bukannya aku memilih sangat..tapi aku nakkan kerja yang betul-betul buat aku happy... firstly, aku dapat kerja kat kedai emas.. langsung tak best.. hari2 promote emas kat orang... ishhh...taknak aku... aku kerja sehari jerk... esoknya aku blah... secondly, dapat kerja kat sebuah syarikat... kiranya macam syarikat jualan langsung.. ishhh..lagilah aku tak suka... tengah hari tue jugak ( time staff rehat ) aku blah balik rumah...hahaha... lucu kan?

aku dah mula putus asa.. mungkin benar kata ayah tempoh hari... aku takkan tahan hidup berdikari..
ahhh..sape kata? aku akan buktikan... and sebab itu sampai sekarang aku tak berputus asa untuk mencari kerja.. nak buktikan pada ayah dan mak... anak mereka yang seorang nie bukanlah anak manja yang cuma bergantung hidup pada keluarga... anak mereka yang seorang nie memang boleh berdikari...

sebenarnya aku kerja sebab nak cari pengalaman...aku boleh buat apa2 jenis kerja.. tapi aku mahu aku happy bila bekerja.. taklah tension sangat kan.. kalau aku rasa aku selesa dengan kerja tue..aku teruskan.. and bila aku tak suka kerja tue...aku blah jerk lah...

anne dah dapat kerja..jadi promorter jualan kat sebuah hypermarket.. judey pulak sama macam aku... dah dapat kerja tapi tak suka dengan kerja tue... then,ikut jejak aku... blah gitu jerk... mimie pulak terpaksa balik kampung selama seminggu.. dengar khabar family dia ade problem.. hmm..nampaknya tertangguh jugak rancangannya untuk mencari kerja...

"fia...aku nak keluar makan dengan eddy... nak ikut tak?" judey mengajakku keluar petang tue.. alah..dia pegi dengan eddy.. segan pulak aku...

"tak nak.." jawabku pendek.

"laaa...esok2 la cari kerja tue.. dari pagi tadi aku tengok kau asyik belek surat khabar tue jerk... tak lapar ker? meh ar..." pujuknya lagi..

"ermm..tak nak ar.. alah..bungkus untuk aku jer lah.. boleh tak?'' aku tersengih..

memang betul... dari pagi tadi aku cuma duduk kat bilik menghadap surat khabar.. perut nie memang dah lapar sangat.. aku tak makan apa2 pun lagi sejak pagi tadi..
takkan nak berlapar kot? badan aku nie dah naik lemah...

"tak nak... nak makan..jum ikut sekali..." judey masih memujuk..ishh..tak habis2 budak nie... hmmm....nak ikut ke tak nak nie?

"yelah..yelah..." aku menghela nafas panjang... judey senyum puas..


eddy mengambil tempat disebelah judey.. mesra sungguh mereka berdua.. macam pinang dibelah dua...sama cantik..sama padan... macam pengantin la pulak.hehe..
sebenarnya aku dah lama kenal ngan eddy.. dia pernah jadi senior aku time aku kat sekolah lama aku.. kenal gitu2 jerk.. taklah rapat.. tapi tak sangka pulak bila aku masuk sekolah baru nie aku terjumpa ngan judey.. seterusnya mengetahui yang judey punya pakwe bernama eddy yang merangkap senior aku tue... huhh...dunia nie memang kecik... mereka dah bercinta hampir 4 tahun... dan eddy pun sudah berjumpa dengan keluarga judey...

sekarang eddy dah bergelar polis.. hmm..boleh tahan jugak judey nie.. cari pakwe pun yang dah bekerjaya... dah ade masa depan..
esok2 dah boleh kawin... aku tersenyum sendiri... ishh..karang ade pulak orang cakap aku ni tak betul... senyum sorang2.. hahhah...

"erm...nak pesan ape?" kedengaran suara eddy.. dia menjeling kearah aku..

"nak nasi ayam...and milo ais.." aku senyum..

"nak nasi ayam jugak...tapi nak minum apple juice..." giliran judey pulak bersuara...

"nak order nasi ayam 3.. hmmm...patue nak milo ais satu and apple juice 1..nak yang dlm jug besar tue ok.. haa..bagi dua straw sekali.." eddy memberikan order kepada abang pelayan... aku tersenyum sendiri... ade2 jerk eddy nie...

yelah...kalau pasangan yang bercinta nie aneh sikit tau.. ape yang makwe atau pakwe dia order...dia pun nak order benda yang sama... siap kongsi-kongsi pulak tue. bila difikirkan kembali... lucu tapi sweet sangat... pastue, kira romantik la jugak bila share2 minum nie... tapi alamatnya..sure makwe dia x dapat minum sebab pakwe tue yang tolong habiskan minuman...hahahaha.. betul x??

tapi..dalam bab2 minum nie... aku dan wan tak macam tue tau... ape yang dia suka, aku tak suka... ape yang aku tak suka, dia pulak yang suka... sebab tue x boleh share2... kalau bab makan pulak... aku sengaja tak nak pesan ape yang hawzwan dah pesan... kalau dia order mee goreng..aku order nasi goreng... kalau dia order roti telur..aku order roti planta... yang bestnya tue...aku boleh rasa ape yg dia order... bila dia tanya 'sayang nak rasa tak?' haaa..cepat la aku mengangguk..hehehe...

kalau order benda yg sama mana ade can nak kena suap kan.. yelah..dah menu yang sama... makan ajer la yg dalam pinggan sendiri.. kan bijak aku nie..?? hehehehe..

aku menyuapkan nasi kedalam mulut.. lapar sangat nie...sambil itu mata aku meliar melihat ke kawasan luar kedai.. saje jerk nak cuci mata...
takkan nak pandang eddy dan judey kot.. dahlah aku kacau daun...ganggu diaorg dating lak... lagipun aku mesti cemburu bila nampak diaorg mesra2 camtue..

saat ini aku rindukan hazwan.. dah hampir sebulan tidak bersua muka... maklumlah..dia sekarang sibuk membantu ayahnya menguruskan kilang perabot milik keluarganya.. aku pulak sibuk mencari kerja.. hazwan pernah mencadangkan aku bekerja sebagai kerani dikilang ayahnya... tapi aku tolak tawaran itu mentah-mentah... bukannya apa.. aku dah janji untuk membuktikan bahawa aku boleh tentukan hala tuju hidup aku sendiri... bukannya bergantung pada orang lain..terutamanya hazwan...

setara itu, fikiranku tertumpu kepada saat2 aku dan hazwan secara rasminya menjadi sepasang kekasih..

aku menarik nafas... bukan aku sengaja mahu mengelakkan diri dari hazwan...hampir 2 minggu aku tidak membalas panggilan atau smsnya...
dalam tempoh itu jugaklah aku mulai menyedari bahawa dia sebenarnya penting dalam hidupku... aku benar2 rasa kehilangan...
lantas,suatu malam... satu persatu jariku mendail no telefon hazwan..

'' fia...minta maaf..'' kata2 itu aku lafazkan sebaik sahaja kedengaran suara hazwan dihujung talian..

'' for what? ''

'' for everything... for avoiding you expecially.. but honestly, i miss you...so much.. '' luahku

'' me too... and i feel glad that you call tonite... ingatkan fia dah xnak cakap ngan wan.... im sorry...wan rasa wan terlalu mendesak fia.. ''

'' can you plz listen to this... ''

'' yes dear..''

''fia janji dengan wan..fia akan cuba sayang wan sepenuh hati...seikhlas hati...dan fia akan cuba mencintai wan sebagaimana fia cintakan diri fia sendiri...'' perlahan kata2 itu muncul dari mulut aku...

'' wan tak nak fia paksa diri...wan tak marah walau apapun kehendak hati fia..'' tuturnya..

'' fia ikhlas... fia betul2 tak dapat bayangkan hidup fia tanpa hazwan... i need you dear...really need you...''

'' betul ke nie?'' dia seakan tidak mahu percaya..

'' ikhlas..deep from my heart..''

'' sayang.. thanks...i'll try to make you the happiest girl in this whole world... i would not gamble anything 4 the price of losing you.. you will owez have me dear...always.. '' dan aku tahu kata2 itu ikhlas...

aku pejam mata... '' wan.... I... I LOVE YOU...''

'' I LOVE YOU TOO..SO MUCH... finally...wan dapat dengar perkataan keramat tue...thanks..again...'' dan aku dapat merasakan kegembiraan hazwan dicorong sebelah..

'' tapi wan...fia nak kita mulakan lembaran baru... forget everything...terutamanya kisah fia dengan dia... jangan sesekali ungkit perkara tue if u really love me..
yang fia nak wan tahu... mulai hari ini, saat ini, im yours dear...totally yours... ''

'' tapi sayang....soalan last untuk malam nie...plzzz....selepas nie wan takkan ungkit apa2 lagi berkaitan hal nie... trust me k... boleh wan tahu siapa nama lelaki tue..??.''

'' rizal... akmal rizal bin muhammad rizam...''

ternyata dia menepati janji...sehingga kini aku tidak pernah mendengar nama itu daripada terpancul dari bibirnya... malah, dia tidak sesekali pernah menyebut tentang perkara itu dihadapanku.. sesungguhnya, dia adalah satu2nya lelaki yang kukenali yang sanggup meletakkan egonya jauh hanya kerana seorang perempuan..

'ahhhh...i miss you sayang...' hanya sms dan suaranya yang jadi pengubat rindu dikala ini...

aku meneruskan suapanku... tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu lembaga yang melintas dihadapan aku... jantungku seakan-akan mahu berhenti berdegup...
ingatanku sebentar tadi lenyap sama sekali...

'huhhh....tak mungkin dia..' aku berfikir sebentar... masih berteka teki dengan diriku sendiri...
'ahhh...memang dia.. takkan aku boleh tak kenal dengan wajah tue..'

'fia....kenapa?' judey kehairanan.. matanya juga tertumpu pada bahagaian luar kedai tersebut..

"fia nampak siapa? " tanyanya lagi...

"fia nampak dia...." seakan-akan tak kedengaran suara aku...

" dia?? dia tue siapa??? " judey nampak keliru...

'' aku nampak.......'' aku terdiam sebantar...lantas berdiri..meninggalkan makananku yang yang masih berbaki separuh...

'' fia nak kemana pulak tue??'' tanya judey..

"aku keluar kejap......" ucapku sambil tergesa2 keluar meninggalkan judey dan eddy yang termanggu-manggu...

aku meluru keluar kedai...aku tercari-cari jejaka sebentar tadi... dia kelihatan sudah berada agak jauh... sukar untuk aku mengejarnya dalam keadaan sesak begini...
dia berjalan ditemani seorang gadis yang hampir sebaya dengannya.. mesra sungguh gadis itu memaut lengannya... dia berpakaian putih yang sememangnya warna kegemaran dia..malah caranya berjalan..caranya berpaling...caranya tersenyum...semuanya memang ade persamaan... aku tak pernah lupakan semua itu dan takkan melupakannya... mahu saja aku menjerit memanggil nama itu saat ini... aku menarik nafas... kemudian kedengaran aku mengeluh...

' siapa perempuan tue..!! ' rasa cemburu menyelinap disegenap ruang mindaku...

'pelanduk dua serupa kot..' aku memujuk hati... dan aku cuma mampu melihat dan membiarkannya hilang disebalik orang ramai...
hati ini hampa...hampa sehampa-hampanya...

-------------------------------------------------

semenjak hari itu aku tidak dapat melelapkan mata... wajahnya sentiasa datang menganggu tidurku... menghantui mimpi2ku... kenapa? kenapa aku tiba2 benci melihat wajah itu? ahhh...lupakan dia.. buat apa mengharapkan cinta daripada seseorang yang hanya tahu menipu kaum perempuan... tapi kalau betullah aku tak salah orang.. siapa perempuan tue... kekasih diakah? jadi, aku nie siapa? tunggul kayu?? api cemburu membuak2 didalam dadaku... lelaki memang gatal..miang.. suka ambil kesempatan terhadap perempuan... pandai bermuka2.. pelbagai tomahan berlegar diruang fikirku... aku benci lelaki... benci..!!! dan sekarang aku cuma mahukan kepastian...

'' apa kata lepas nie kita tengok wayang... ataupun kita main bowling.. nak? ''
tiada jawapan....

'' fia...wan tanya nie...'' terasa tanganku disentuh...

'' tanya ape! '' aku menghadiahkan jelingan tajam kearah hazwan..

'' kenapa nie sayang? wan nampak fia asyik termenung jerk... tak sihat ek? '' ada tanda2 kegusaran diwajah itu...

'' fia letih...!! '' aku berdalih...sedangkan sebenarnya aku benar2 tiada mood untuk keluar petang itu..
tapi,disebabkan hazwan berharap sangat nak jumpa aku.. aku mengalah...

'' ermmm...kalau letih x payahlah keluar tadi... ingatkan lepas nie nak ajak fia tengok wayang..ataupun kita main bowling..dah lama tak main dengan fia..''

' ahh..tadi dia yang beriya-iya ajak aku keluar... aku dah tolak tapi dia yang merayu2... alih2 cakap macam tue pulak..'
entah kenapa aku sakit hati dengan kata2 hazwan...

'' ahhh...tadi wan jugak yang beriya2 ajak fia keluar..!! '' aku meninggikan suara kepadanya.. tak semena-mena wajahnya berubah... dia terdiam seketika....

ahh...maafkan aku wan.. tiba2 aku dihantui rasa bersalah.. kenapa aku nie? takkan pasal tue nak naik angin?? bodohnya aku...!!
aku juga mendiamkan diri... sedikitpun tidak meminta maaf atas kekasaran sebentar tadi.... bukan aku tidak mahu, tetapi melihatkan wajahnya yang selama ini ceria bertukar menjadi serius, membantutkan niat aku untuk membuka mulut... aku jadi takut tiba-tiba..
bukan caraku berkasar sebegini rupa.. tapi..hati ini sakit...!! sakit yang teramat sanagt..!!

'' fia marah wan ya? '' serius benar bunyinya... aku mengeleng...

'' kenapa naikkan suara? '' tanyanya lagi.. aku membatu..angguk tidak..geleng pun tidak...

'' wan dah lakukan yang terbaik untuk fia...ape lagi yang tak cukup? '' luahnya pula... aku mengetap bibir..tidak tahu hendak berkata apa.. aku sedar aku yang bersalah dalam hal ini... tapi aku mengambil keputusan untuk diam... kalau aku buka mulut..sure cerita nie akan bertambah panjang... kan aku nie suka sangat melawan cakap...keras kepala... sepatah dia kata..aku boleh jawab sampai berpuluh-puluh patah perkataan..

'' fia...pandang sini.. '' aik..sejak bila dia pandai mengarah nie? aku memandangnya...

'' kenal muka nie tak? '' ehhh..ape kena wan nie? mestilah aku kenal...

'' tak kenal..! '' aku menjawab... padan muka..sepa suruh tanya soalan bodoh macam tue?

'' owhhhh..tak kenal ek..? patut ar org tanya tak nak jawab... '' jawabnya selamba... ishhh...geramnya aku..!

'' i don't talk to strangers...'' aku memasamkan muka...
sambil itu aku melemparkan pandangan kepada beberapa pasangan yang berpimpin tangan ditepi tasik sambil menikmati panorama matahari terbenam...
' romantik... ' bisik hati kecilku..

'' tengok ape? ''

aku menjelingnya tajam....

'' suka hati la nak tengok ape... kan mata fia.. " aku menjawab... memang inilah diri aku...sukar untuk mengalah walaupun sudah terang itu salah aku..
namun aku beruntung kerana hazwan agak penyabar orangnya... dia tahu sikap aku yang keras kepala dan degil... kadang2 aku hairan ngan hazwan.. dia macam boleh membaca fikiranku... dia tahu apa yang aku fikirkan tanpa diberitahau...

manakala, aku juga sedia maklum bahawa hazwan takkan pernah marahkan aku..
walau dalam ape keadaan sekalipun...
hazwan senyum... terasa damai bila melihat senyumannya..senyuman yang buat aku merinduinya setiap detik...senyuman yang menyerikan hari-hariku...

dia merenung wajahku.... 'ishhh..nape dia renung aku macam tue... lain macam jerk aku tengok...'

'' heyy...nape tengok fia macam tue? tak suka arr.. pandanglah kat situ ker..pokok kelapa tue ker...matahari tue ker...'' aku mengetap bibir tanda geram.kalau boleh aku mahu memakannya saat itu juga. biar lenyap dari pandangan hatiku..

'' suka hati wan laa...kan mata wan... wan suka tengok fia marah2 macam nie.. nampak comel... '' hazwan ketawa kecil.... ciss..aku pulak yang kena balik..
haaa..padan muka aku...

'' eeeeee....'' satu cubitan singgah dilengan hazwan... puas hati aku...dah lama gak aku tak cubit2 dia macam nie.. seronok..

'' owchhh....sedap.. '' ucapnya sambil mengosok2 bahagian yang kucubit sebentar tadi...

aku ketawa kecil melihat telatahnya...

'' nak cubit seribu kali pun boleh...as long as i can see your sweet smile...'' dia mencuit hidungku...

'' meh ar sini...nak seribu kali konon... fia baru cubit sekali dah mengaduh sana sini... '' aku buat muka...

'' fia tak pernah berubah...masih keras kepala macam dulu...masih tak nak kalah ngan wan... wan pun salah sebab terlalu manjakan fia... bagi fia menang jerk...
haaa...apa kata sekali-sekala wan x bagi fia menang.. mesti fia dah menangis macam budak kecik kan? '' dia senyum sambil memandang kearah aku..

aku leka mendengar... memang benar kata2 hazwan sebantar tadi.. memang wan terlalu manjakan aku...dia melebihkan aku lebih dari segalanya...
sebab itulah aku menyayangi dirinya... dia satu dalam sejuta... dia tahu apa yang aku mahu and apa yang aku harap tanpa diberitahu...

'' wan...im sorry...'' aku tunduk..

'' no need to say sorry sayang... wan rasa... mesti ada something yang fia fikirkan.. betul x? ''

aku menganggukan kepala...kan aku dah kata dia tahu apa yang aku fikirkan... haaa..sekarang percaya atau x??

'' fia nampak orang tue..dia jalan ngan pompuan lain...siap berpimpin tangan lagi.. tapi fia tak pasti... '' aku merenung tepat pada bola matanya...

'' alah...fia salah orang kot... ade tengok betul2 ker? lagipun..penting sangatkah kalau iya dia kuar ngan pompuan lain...'' dia tampak resah dan sedikit binggung...

'' tak sure... sebab itulah fia nakkan kepastian... '' aku mendongak melihat wajah hazwan.. dia membisu...

'' wan...wan dengar tak apa fia cakap? '' aku sudah mula memanjangkan muncung...tidak suka dengan sikapnya yang nampaknya acuh tak acuh ngan pertanyaanku..

dia nampak seperti mahu bersuara.. tapi tiada sepatah katapun yang keluar dari mulutnya... sudahnya..aku berpaling memandang kearah pantai..

' buang masa saja aku cakap kalau dia tak ambil perhatian pun..' ngomel hatiku...

'' fia..siapa org tue?? cakaplah terus terang..." tanyanya setelah lama mendiamkan diri..

laaaa....ingatkan dia tahu siapa yang aku maksudkan... patutlah nampak bingung semacam...

" rizal...''

hazwan sekali lagi diam membisu...lantas dia mengenggam tanganku... matanya merenung bola matakuku... tajam..
aku tersedar serta merta...bukankah kami telah berjanji untuk tidak menyebut nama itu lagi... semua tue permintaan aku... dan kali ini aku sendiri memungkiri janji itu..
aku telan liur...menyesal tapi nak buat macam mana lagi..
'terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata? haaa...beginilah jadinya...' hissshhh...aku nie mencemarkan bahasa jerk...hehe..

sebentar kemudia aku terdengar dia mengeluh.. matanya memandang matahari yang nun jauh disana..yang bersedia untuk bersembunyi disebalik bukit... hazwan jarang mengeluh.. tapi apakah maksud keluhannya sebentar tadi? adakah dia tergugat dengan nama itu... aku turut mengeluh...

'' err...errr...'' teragak-agak aku membuka mulut.. wajah hazwan nampak berbeza..
masti dia marahkan aku... aku tunduk...niat untuk berbicara sebantar tadi mati tiba2... rizal? kenapa nama itu seringkali membuat aku resah..?

perlahan-lahan aku memeluk hazwan...cuba untuk mendamaikan hati ini sekaligus memujuk insan itu.. namun hazwan meleraikannya... kenapa?

'' jom balik...'' ucapnya...

aku kecewa..
kemudiannya,dia berdiri tanpa sedikitpun menoleh kearah aku.. dia melangkah perlahan..
aku masih duduk disitu..mengharap dia untuk berpaling,menghulurkan tangannya dan membawa aku bersama... sudahnya,sekali lagi aku hampa...

adakah kisah aku dan hazwan akan berakhir disini? aku tidak mahu memikirkannya sama sekali...

ahhh..biar waktu saja yang menentukan segalanya... life must go on...

-----------------------------end part 7--------------------------------------------



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YG TERINDAH 8


sudah hampir 3 minggu aku bekerja sebagai front office assistance disebuah hotel di ibu kota. aku diberi tempoh percubaan selama 3 bulan. hmm..best jugak kerja nie. agak mencabar sebab aku kena communicate ngan ramai orang. tak kira tua, muda, orang cina, india, australia, korea dan macam2 lagi. alah..mana ade kerja yang senang kan? waktu kerjanya pulak singkat jerk.. shift pagi kul 8 pagi until 3 petang, shift petang lak kul 3 petang until 11 malam and shift malam kul 11 malam until 7 pagi keesokan harinya. nampaknya aku dah jumpa pekerjaan yang sesuai ngan aku. and for sure, kali nie aku takkan lari lagi...hehehe...


aku agak bernasib baik kerana dapat menyesuaikan diri dengan cepat dengan keadaan kerja and persekitarannya. baru tiga hari diberi latihan, aku dah boleh buat kerja sendiri tanpa perlu diberi pengawasan maksima. ketua aku pun puji ngan cara kerja aku. aku cuma senyum jerk. yelah, karang diaorang cakap aku mengada2 pulak.

lagi, aku dapat ramai kawan baru. dua orang daripadanya, pelatih macam aku dan beberapa pelajar praktikal dari salah sebuah institusi di indonesia. dapat jugak kenal ngan mat and minah indon tue..hehheh.. pekerja2 senior pun banyak bantu aku dalam membuat kerja. bolehlah dikatakan hari2 aku belajar benda baru. seronok..

'' amacam kerja? '' anne melabuhkan punggungnya kat kerusi.

'' penat la..penat berdiri..dahlah pakai high heal...rasa nak tercabut tumit aku tau..!! '' aku merungut.

'' alah..mana ade keja yang tak penat. kalau ade, aku dah apply dulu...'' anne senyum. aku sekadar mengangguk.

'' anne...judey dan mimie pegi mana? '' tanyaku sambil menghirup jus orange yang kubeli sebantar tadi.

'' mimie kan kerja shift petang hari nie. anne pulak keluar ngan eddy. hari nie dia tak g kerja. kurang sihat kot...'' jawab anne. tangannya ligat menekan butang handphone. ishhh...sms ngan pakwe la tue.

'' kau pulak, tak kerja? '' aku bertanya lagi. tanpa menoleh dia menjawab..

'' aku kan offday sayang oiii...buat apa nak g kerja? bukan kena tambah gaji pun.'' dan aku hanya tersenyum. dalam kepenatan.

'' kau takder plan ape2 ke pas nie?'' anne memandang aku yang dah terjelepuk diatas sofa..

'' plan ape lak? aku penat ar.. nak rehat.. '' ngomelku.

'' slalunya rajin kau kuar ngan hazwan. dah lama tak nampak dia. dia apa khabar? kalau iya pun sibuk, tengok2kanlah kau kat sini... '' ucapnya lagi.
tetapi kali ini wajahnya agak serius.

'' hmmm..dia sihat. wan ade call aku tadi. ajak aku kuar makan malam. tapi hari nie aku betul2 tak larat nak kuar..'' aku bohong kat anne.

sebenarnya sejak hari tu hazwan dah jarang fon aku. bila aku telefon dia pulak. asyik ade pompuan yang jawab. dia cakap gini...
'' you have reach the mailbox of 0172354677.. plase leave your message after this tone.. tuutt...''

aku hampa. segalanya bermula kerana kemunculan bayangan yang kuanggap rizal itu. ahhh...takkan aku akan kehilangan hazwan sebagaimana aku kehilangan rizal? keduanya pergi tanpa mahu menjelaskan apakah salah aku. aku tahu aku kadangkala bersikap kebudak-budakan. mungkin belum masanya aku mencurahkan kasih sayang dan menerima kasih sayang seseorang yang bergelar lelaki. tetapi tidak dapat dinafikan bahawa aku merinduinya setiap saat. aku menanti panggilannya setiap detik. aku menunggu dia membalas mesej2 yang aku tinggalkan buatnya. sehingga kini dia menyepi. adakah dia merinduiku sebagaimana aku merinduinya?

aku tak dapat menjawabnya. hanya hazwan dan tuhan saja yang tahu...

'' fia... tak solat asar ker? dah nak masuk maghrib nie.'' suara anne mengejutkan aku. aku memandang sekeliling. laaa..aku tertidur kat sofa nie rupannya.

'' aku cuti laa...'' aku menjawab malas.

'' kalau iya pun tak baik tidur time2 senja begini..'' ngomel anne dari arah dapur.. aku senyum sendiri.

sebenarnya.. anne, judey dan mimie bukanlah seagama dengan aku. mereka semua beragama kristian. namun,mereka menghormati agama aku. sebagaimana aku jugak menghormati agama meraka. kadangkala,mereka yang mengingatkan aku untuk bersolat sekirannya aku lalai. aku juga faham sedikit-sebanyak akan agama mereka itu. nyata,perbezaan agama bukanlah faktor yang menghalang persahabatan kami. kami boleh bertoleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain. kami tidak pernah kisah akan perbezaan agama, status, kaum dan yang sewaktu dengannya.

bagi kami, erti persahabatan nie tidak boleh dinilai. tidak boleh dibezakan hanya kerana bangsa atau agama kami yang berbeza. manusia semuannya sama biarpun pegangannya adalah berbeza.
ahh..topik nie sensitif. dan aku pun tak tahu nak cakap ape lagi. takut menyinggung mana2 pihak lak.
di mata aku, aku sedar aku tidak layak mengadili semua itu. biarlah...itu urusan manusia dengan tuhan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

aku membelek2 rekod para penginap hotel hari itu. hmmm...ramai gak. dalam 75% bilik sudah ditempah. waktu shift tengah hari begini memang tak sibuk kalau nak dibandingkan dengan shift pagi. kerja aku cuma menguruskan para penginap yang check-in, menyediakan rekod untuk para penempah bilik, memungut deposit, dan tugas2 lain seperti menerima tempahan dari telefon atau internet, menguruskan tempahan bilik daripada agen2 pelancongan, membantu menyediakan pakej2 pelancongan kepada para penginap hotel, membantu dalam urusan check-out, dan sebagainya. kalau nak cerita sampai esok pun tak habis lagi. yelah, macam2 kerja yang kena buat. kalau time bz, memang bz sangat. nak keluar makan pun fikir dua kali bab keja tak siap lagi. kalau time free pulak, tersangatlah free sampai aku rasa macam nak duduk jadi bos jerk kat situ.

bercakap tentang bos. aku benci sangat ngan manager bahagian aku. pekerja2 senior kat situ dah bagi warning kat aku awal2. bos tue agak cerewet orangnya. semua yang dia suruh mesti kita buat. yang itu aku boleh terima. tapi yang aku tak suka tue adalah perangainya. dahlah tua bangka..miang tak tentu pasal.. my senior staff pesan ngan aku.. kalau bos cakap benda2 yang tak elok kat aku, diaorang suruh aku buat bodoh jerk. jangan dilayan kata mereka. karang tak pasal2 makin mengada2 lak bos tue.

tapi diaorg jugak kata jangan sombong sangat, karang dia complain kat pihak atasan bahawa kita nie kononnya tak mesra ngan orang. mesti ade problem bila nak communicate ngan guest hotel. yelah, kan kerja bahagian customer service macam nie kena ramah and pandai bergaul. kena tahu pasal personal grooming, kena nampak kemas and feminin selalu, kena ini, kena itu... aduhh...macam2 hal.

'' fia...tolong key-in reservation nie boleh tak? aku nak rekod tempahan daripada malaysia airlines nie..

'' zainal menghulurkan file tersebut.. aku hanya mengangguk..

'' group nie seramai 33 orang.. from uitm kota kinabalu... senarai nama and senarai pembahagian bilik ade kat page terakhir.. haaa..urgent tau! mereka akan check-in malam nie..dalam kul 7.. ade ape2 just tanya aku..'' seperti tadi aku mengangguk..

'' ok..'' jawabku ringkas..

dengan tekun,satu persatu nama penginap aku masukkan kedalam komputer... hmmm...wakil bola sepak uitm rupanya... aku membaca maklumat yang tertera didalam file tersebut..

''eh...ade team bola sepak check-in la petang nie.. sure hensem2 kan? '' fiona tersenyum kambing...
ade2 saja fiona nie...pantang dengar ade group org muda yg check-in, mulalah dia menggatal... aku report kat pakwe dia baru padan muka...

'' kau nie fiona..pantang jumpa lelaki hensem...semua kau nak... macamlah diaorg nak kat kau.. '' perli aku..

'' alah...biarlah diaorg tak nak.. tapi aku nak.... hehhehhe...'' dia masih lagi berdiri disebelahku meneliti nama2 para jejaka yang dikatakannya hensem tadi..
belum jumpa dia dah buat kesimpulan sendiri.. bayangkan kalau yg check-in tue semuanya x hensem... putih matalah kau fiona...

'' dahlah tue.. aku nak buat kerja nie... '' aku masih lagi sibuk menekan keyboard komputer...
sebenarnya aku malas mahu melayan budak seekor nie... tak habis2 ngan jejaka hensem...jejaka macho...jejaka inilah..itulah...
naik pening aku...dahlah kerja berlambak... mati aku kalau bos tiba2 keluar... mesti dia dok menyindir.. ' pekerja dibayar gaji bukan untuk bersembang tapi untk kerja... '

'' aku pun nak kerja la nie..'' dia memuncungkan bibirnya... kecewa barangkali bila aku langsung tidak melayannya...

'' fiona sayang... kerja operator kat dalam.. jawab panggilan telefon...'' aku mencuit hidungnya... dia ketawa geli..

'' yelah2.. aku gi kerja la nie fisya sayang...'' dia terkekeh2 ketawa...

'' saje jerk nak ganggu cik fisya yang tak suka diganggu bila dia buat kerja...'' dia berlalu sambil mencuit pinggangku..
hampir saja aku melatah saat itu... sengaja dia usik aku ek.. macamlah dia tak tahu aku nie pantang disentuh secara tiba2...

'' fionaaa.......'' ucapku geram...dan fiona hanya ketawa sambil menjelirkan lidahnya... aku yang tidak tahan melihatnya gelagatnya turut ketawa kecil...

sebentar kemudian hatiku terusik dengan satu nama yang cukup aku kenali... 'ahhh...aku silap kot?' aku melihatnya sekali lagi..
akmal rizal bin muhammad rizam... sebijik macam nama rizal...bin nya pun sebijik macam nama bapak rizal...
ahh...adakah dia rizal yang kurindui selama ini...?? nama jer sama kot...alaih2 orang lain....fikirku..
tapi hati nuraniku jelas merasakan bahawa org itu adalah rizal...satu2 nya rizal yg aku cintai... yelah,dia pun main bola sepak... takkan banyak sengat kebetulannya...?
aku benar2 tidak dapat membayangkan bagaimanakah reaksiku bila rizal betul2 muncul dihadapanku.. jika benarlah org itu adalah rizal..
kenapa saat ini baru dia muncul? kemana dia disaat2 aku benar2 memerlukannya disisi aku? kenapa sekarang? kenapa??

-------------------------------------------------------------------------------------------

dalam kesibukan melayani karenah mereka check-in,aku sempat melirik kepada wajah2 yg sibuk mununggu untuk mengambil kunci bilik dihadapanku...
dengan hati yang berdebar aku tercari2 kelibat rizal.. ternyata wajah itu tiada dalam kelompok pelajar tersebut... justeru,aku menyimpulkan bahawa nama itu secara kebetulan adalah sama dengan nama rizal... ramalanku bertambah jelas apabila nama akmal rizal disebut untuk mengambil kunci, yang muncul bukan rizal..tetapi seorang jejaka lain yang tak kurang tampannya... tapi rizal 10 kali lebih tampan darinya..heheh...
setelah selesai urusan check-in...kumpulan itu beredar untuk naik kebilik masing2...
huhhh...aku melepaskan nafas lega... kalaulah rizal betul2 muncul..sure aku pengsan saat ini jugak...

'' cik...nak minta kunci pendua boleh tak? bilik 709..akmal rizal muhammad rizam...''
serta merta tanganku yang tadinya sibuk memasukkan data kedalam komputer terhenti mendengar suara itu... suara yang amat aku kenali... dengan tiba2 jantungku berdegup pantas...aku gugup... perlahan2 aku mendongak...melihat siapakah gerangan manusia dihadapanku ini...

'' rizal..!!!! '' hampir2 aku berteriak saat itu... ternyata dia rizal... rizal yang aku kenali... aku tak slah orang.. ternyata hatiku masih dapat mengesan aura rizal.. tapi mujurlah aku tak pengsan betul2.. karang kecoh pulak satu hotel.. staf pengsan bila ternampak kekasihnya... or mungkin juga bekas kekasihnya..

'' fisya.. ehh..fisya kerja kat sini ker? '' dia juga nampaknya terkejut dengan pertemuan hari itu... aku sekadar mengangguk..
tak tergambar perasaan aku saat ini..
aku meneliti jejaka dihadapanku ini...dia masih seperti dulu..masih handsome dan menarik...cuma rambutnya makin panjang dan badannya berisi sedikit...kulitnya sedikit gelap berbanding dulu..

'' dah lama ker keja kat sini? '' dia meletakkan begnya dibawah dan kini berdiri betul2 dihadapan kaunter check-in..

'' dah nak dekat setengah tahun dah.. rizal apa khabar? lama tak dengar cite... '' sedaya upaya aku menahan rasa rindu dihati...aku tidak mahu menyimpan apa2 perasaan mengharap pada dia kini... manalah tahu dia sudah mempunyai pengantiku...perempuan hari itu barangkali...
oleh itu,cukuplah aku ,melayannya sebagai seorang sahabat.... cukup sekadar sahabat...

'' im good..and you? hmm...tak yah jawab... dah tahu dah... makin tembam nampak... dah ade org jaga ker? '' satu pancingan barangkali...untuk mengetahui adakah aku sudah berpunya atau belum... aku mengeleng...

'' well...what do you think? percaya tak kalau aku cakap takder? and you..makin berisi...sure ade org jaga..'' aku memulangkan paku buah keras....sebenarnya aku mahu tahu akan status dirinya..

'' wei...dok mengorat nampak!'' satu suara menganggu konsentrasiku... ciss...ganggu jerk... aku baru nak pancing2 rahsia rizal..

'' hoi...sampai hati kauorg tinggalkan aku...penat tau aku angkat bola2 nie...ape nie captain jadi kuli...'' rizal menoleh kearah kumpulan jejeka tadi..
sure rakan2 sepasukan dia... mereka tidak menjawab sebaliknya ketawa..

'' nway...kenalkan ini fisya.. my girlfriend...'' pengakuan itu membuat aku hampir pengsan... apakah maksudnya mengakui aku sebagai teman wanitanya?

'' wowww....what a surprise...selama nie tak pernah tahupun yang kau ade makwe iz...jangan nak buat cerita pulak.. mentang2lah depan tue awek cun... suka hati kau jerk cakap tu mawe kau...'' rakannya itu bagaikan tidak percaya....

'' hahahaha...perasan lah tue...'' seorang lagi rakannya melirik tajam kearahku..

'' aik..tak percaya pulak.. meh aku buktikan... nama penuh dia fisya nurafia binti imran...no kad pengnalan, 850715125070....adik beradik ade 5 org and dia anak kedua...dulu,sekolah kat smkt kk..betul tak? '' kali ini pandangannya beralih kepada aku..

' hisshhhh...sejak bila dia hafal no kad pengenalan aku nie? biar btol..!! mengerunkan...' bisik hati aku..
aku sekadar mengangguk kerana semua itu memeng benar... takkan aku tak mengakui hakikat itu pulak...

'' haaaa...kan aku dah kata dia makwe aku....percaya tak? '' dia berkata bangga...

aik..anggukanku tadi bukan untuk mengakui aku nie makwe dia..aku sekadar mengiyakan fakta yang diucapkannya sebentar tadi...
namun aku tidak berani memalukan dia dihadapan rakannya yang seramai 4 orang itu...
rakan2nya memandang aku... meminta pengakuan aku sekali lagi barangkali... aku senyum kemudian mengangguk... macam burung belatuk pulak lagaknya...
bukan tak nak cakap tapi saja jerk taknak keluarkan suara aku yang tak merdu nie..hehe..

'' well....?? '' rizal mengangkat kening...

'' yelah2.. kau menang..'' rakan2nya tadi mengalah jua...sambil itu serentak mereka berlalu keluar dari hotel tersebut..

'' nak gi mana tue? '' jerit rizal...

'' nak kuar beli makanan jap...laparrr...'' salah seorang daripadanya menjawab... dan rizal cuma mengangkat tangannya...

'' apa maksud rizal cakap macam tue tadi? '' soalku serius...

'' what? mengaku yang fisya nie my girlfriend? '' matanya merenung aku dengan penuh tanda tanya...

'' yess...'' ringkas jawapanku...

'' sejak bila kita declare putus? takder kan? '' memang aku sudah dapat mengagak jawapan itu keluar dari mulutnya...

'' but where are you for the pass 2 years? tak pernah pun cari fisya kan? adakah ini yang..''

''ehemmmmm....'' ayatku terhenti mendengar suara orang berdehem..
aku berpaling.... ' alamak!! bos... matilah aku...matilah aku....' ucapku dalam hati..

'' cik...boleh inform kat saya bila time kami dinner malam nie? and venuenya kat mana? juga...meeting room yang kami tempah...''
menyedari situasi itu rizal menyoalku dengan satu soalan yang agak formal...sesuai dengan tugasku sebagai front office assistant...

'' dinner malam nie kul 8 until 11 at our cofeehouse right there...dan your meeting room is at 2nd floor...bilik number 201...''
jawabku sambil melirik kepada bos yang berdiri dihadapan kaunter... jawapanku pun agak kelam kabut.. ade ke patut aku jawab bahasa melayu..pastue campur2 english
pulak.. rizal pulak tersenyum-senyum.. mesti dia lucu mendengar kata2 aku sebantar tadi...tak profesional langsung... ahhhh...peduli la...yang penting aku selamat...
bos masih memerhati..sebentar kemudian dia berlalu dengan pandangan yang amat menakutkan aku...
seraya itu aku melepaskan satu keluhan panjang....

'' fisya tengah kerja nie..can we talk again latter..'' pintaku pada rizal...

'' ahhh..dia kan dah pergi..''

'' rizal...tak nampak ker ade cctv kat belakang... maybe bos sedang tengok aku dari dalam... plz laa...'' aku separuh merayu...

'' habis kerja kul berapa? '' soalnya..

'' sebelas... ''
dia mengangguk... pantas tangannya mengambil pen dan secebis kertas dari begnya... tangannya ligat mencatat sesuatu pada kertas berwarna kuning itu..

'' nah...'' dihulurkan kertas tersebut kepada aku... dia menjinjit begnya dan segera berlalu..

'' rizal...thanks sebab berlakon untuk fisya tadi...'' aku senyum kepadanya..

'' its nothing my dear..sekarang rizal nak naik ke bilik number 709 '' ucapnya menyindir sambil memboloskan dirinya kedalam lif... aku membulatkan mata.. geram!

aku merenung kertas yang dihulur sebentar tadi... diatasnya tertulis nombor telefon.. sudah tentu no handphone barunya.. owhh..patutlah no handphone lamanya langsung tak dapat dihubungi... dibawah nombor telefon itu tercatat sesuatu namun kurang jelas... hisshh...tulisan macam budak tadika... susah giler aku nak baca.. kuamati huruf itu satu persatu dengan teliti...

' kalau dah habis kerja,call me... and very happy to see you again.. i miss you badly..'

sekembalinya rizal menambah beban dihati aku... sekaligus memaksa aku untuk membuat keputusan yang seadilnya..dan sepanjang aku bekerja hari itu, aku tidak dapat menumpukan 100% perhatian pada pekerjaan aku... tadi aku melihat dia dan rakan sepasukannya turun untuk menikmati dinner.. pandangan matanya amat merimaskan aku.. bukannya apa.. aku cuma tak menyangka dia muncul membawa harapan setelah mengabaikan aku hampir dua tahun... serentak itu dia mengembalikan satu rasa yang pernah aku alami seketika dulu disaat2 aku dan dia masih memadu kasih.. hampir aku terlupa akan kewujudan hazwan dalam hidup aku...siapa hazwan dalam hidup aku ketika ini.. dan siapakah yang benar2 bertakhta dihati gadis yang bernama fisya nurafia binti imran..

antara dua insan yang banyak memberi kesan kepada hidup aku... akmal rizal bin muhammad rizam ataupun mohammad hazwan kamarulzaman...
aku buntu... perlukah aku memilih? ahhh..kalau aku nak kedua-duanya tak boleh ker? hahaha...mengada-ngada la pulak..
' membuat keputusan yang paling sukar untuk seorang perempuan adalah untuk memilih diantara lelaki yang mencintainya dan lelaki yang dicintainya..'
dan itulah yang berlaku pada aku saat ini...


--------------------------------end part 8----------------------------------
uhuk..uhuk..nama sumer canggih²..



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YG TERINDAH 9


fisya berdiri dihadapan perhentian teksi.. kelibat rizal tidak kelihatan walaupun dia telah menelefonnya hampir 20minit yang lalu... dia melirik jam ditangannya.. sudah hampir 11.30malam.. nasib baik esok dia offday... kalau tak..sudah tentu dia tidak akan tega menjadi penunggu setia disitu..
selang beberapa minit kelihatan rizal menghampirinya dengan memakai baju lengan panjang bertopi yang hampir menutupi seluruh kepalanya... perlahan2 dia menghampiri.. aku membuka mata luas2..

' kalau tak tengok betul2..rizal nie nampak macam pencuri pulak...siap tutup2 muka lagi...nampak macam perompak pun ade..
tengok lagi sekali,macam artis yg takut diserbu peminat.. eleh..macamlah ade peminat fanatik yg terkejar2 kat dia..' gelihati aku melihat gelagatnya..


'' ehhh..kenapa nie? macam hantu bungkus jerk..'' aku cuba menahan gelak...

'' susah payah aku keluar tau...sepatutnya kami kena stay dalam bilik.. esok kan ada perlawanan kat padang stadium likas...'' ucapnya sambil menarik tanganku..

'' kita pegi minum dulu..'' aku mengekori dibelakangnya.. terasa sebal jugak ditarik sebegini rupa..
' ehhh..janganlah tarik2..macamlah aku nie budak kecil.. aku takkan hilang punya...' namun kata2 itu cuma disuarakan dalam hatiku...

'' haaa...apa yang fisya cuba nak cakap tadi? '' dia membuka bicara..

'' esok game kul bape? '' aku sengaja mahu menukar topik perbualan...

'' game kul 8 malam...tapi pagi tue ada latihan terakhir...kul 9 pagi..'' langkahnya semakin laju...
' eehhh...dia kejar ape lak nie... bukannya kedai minum tue lari pun..' ngomelku dalam hati..

'' tak kena marah ker keluar nie? karang kantoi pulak..'' aku menyuarakan rasa risauku... karang tak pasal2 dia dikenakan tindakan disiplin..
dahlah yang curi2 keluar nie adalah captain pasukan... tak berdisiplin langsung...

'' tak punya.. aku dah pakat ngan member2... sure tak kantoi punya...hey..nie rizal lah..'' jawabnya megah...
'ahh..sejak bila dia jadi sebegini angkuh?'

'' owhh... '' tapi hanya itu yang terucap olehku..

'' how are you in the pass 2 years? '' soalan yang memang aku tidak nanti2kan..
dia tidak tahukah aku sangat merinduinya? tidakkah dia sedar meninggalakn aku tanpa berita akan memudarkan kepercayaanku pada dia?
lupakah dia akan sifatku yang sememangnya mengharap seseorang untuk sentiasa berada disisi aku?

'' well..everything seem to be allright..i guess...'' dia merenungku tajam..jawapan yang mungkin tidak memuaskan hatinya...

'' apa yang kita harapkan tidak semestinya berlaku...tapi nak buat macam mana... life must go on...'' sekali lagi aku menyuaran sesuatu yang mungkin menagih pengertiannya.

'' do you miss me? '' soalnya perlahan...

'' dulu...but now i think i can live without missing you..'' bohong! aku sentiasa merinduimu.... aku selalu mengharapkan kau kembali....

'' i miss you badly in the pass two years... rizal hampa kerana fisya tak pernah merindui rizal..'' keluhnya..
dia mengeluarkan sekotak rokok dunhill.. menyalakannya.. dan kemudian menyedutnya dalam2...

'' ehemmm....'' aku berdehem... dia dah lupa ker aku pantang bila orang merokok depan aku...

'' opss...sorry...'' ternyata dia sudah lupa..dia pantas berdiri...

'' fisya duduk dulu...rizal pesankan minuman... nak minum apa? '' aku mendongak..memerhatikannya sambil mengecilkan mata...
ingat lagikah dia akan minuman kegemaranku?

'' milo ice? '' ucapnya ragu2... aku tersenyum mengangguk...
' ingat jugak rupanya...apa lagi yang dia ingat tentang aku ek? ' aku tertanya2 dalam hati...

'' nak makan? '' dia bertanya lagi.. kali ini aku mengeleng....malas nak bersuara..

'' huuuhhhhh... '' kedengaran dia mengeluh...

setiap butir kata yang keluar dari mulut rizal hampir tak terdengar olehku...
suasana yang tadinya tenang dan aman bertukar gamat dengan gelagat sekumpulan anak remaja yang sedang minum dimeja sebelah...

'' awek semalam memang cun giler ar... ''

'' kau bawak dia g mana joy ? patutlah semalam kau hilang tiba2..''

'' kau nie mat...haa..apa lagi... aku heret bawak balik rumah laa...'' lelaki itu ketawa terbahak2...

'' untung kau joy...dahlah seksi...tak jual mahal pulak tue...'' lelaki yang berbaju hitam dangan jeans yang terkoyak disebelah lutut kanan itu pulak menyampuk...

'' cun memang cun han...tapi tak guna... dah kena pakai...'' ucapnya sambil menghisap sisa rokok ditangannya..

'' alah...tak kisahlah.. dah offer depan mata... makan jerk la... hahaha...'' jejaka yang bernama han memukul perlahan bahu temannya.. mereka serentak ketawa...

'' pompuan sekarang mana ada yang tak rosak...'' seorang lagi menyampuk..

'' yelah...muka2 nie jugak yang rosakkan.. betul tak joy? '' sekali lagi mereka tertawa..

'' ehh...jap.. awek aku fon.... yang nie kena jaga betul2... aset penting..'' ucapnya bangga...

aku pekakkan telinga...kurang senang dengan topik yang mereka bincangkan.. murah sangatkah maruah perempuan zaman sekarang.??
mudah benar perempuan zaman sekarang mempercayai seseorang yang bergelar lelaki...
suasana bertukar senyap seketika.. aku dapat rasakan bahawa kumpulan tadi cuba merenung kearah aku...
' gatal...miang...lelaki tak guna...sial...' aku menyumpah dalam hati...
rizal memandangku penuh erti sambil menghabiskan sisa minumannya... mata itu juga melirik kepada kumpulan jejaka dimeja sebelah...

'' fisya...jom.. rizal hantar balik...'' mungkin juga rizal menyedari ketidakselesaan aku saat itu...

aku pantas berdiri...lalu berjalan mendahului rizal....meninggalakan dia sendirian membayar harga minuman kepada uncle pelayan..
tanpa kusedari rizal sudah berada disebelahku... lalu, kami berjalan beriringan.. namun kedua2 mulut terkunci..

'' esok kerja? '' tanyanya..

'' offday.. kenapa? '' aku dapat merasakan ada sebab soalan itu diutarakan...

'' nak tengok rizal main esok? '' matanya mengerling kearah aku yang masih teragak2 membuat keputusan...
adakah dia mengharap aku ada disitu?

'' ermm..taknak laa.. tapi..good luck yaa..'' aku tersenyum manis...dia mengeluh....

'' thanks...'' ucapnya penuh nada kecewa...

aku memperlahankan langkah..

'' depan tue rumah sewa fisya...'' aku menunjukkan arah dimana terletaknya rumah sewaku bersama rakan2 ku yang lain..
harapanku agar rumah sewaku berada lagi jauh dari ini... tidak puas rasanya aku mendengar suara dan menatap wajahnya...
aku seperti tidak mahu mengakhiri perbualan ini...walaupun hanya sebuah perbualan kosong...

'' boleh kita duduk disini sebentar? '' tanyanya.. tapi dia sendiri sudah duduk diperhentian bas yang lengang itu...

'' ahhh..dah duduk pun... buat apa tanya lagi? '' komenku sambil mengambil tempat disebelahnya.. dia hanya ketawa kecil..

'' fisya dah ada org lain? ''
jantungku berdebar2... aku nak cakap ape? nak bagitau pasal hazwan ker? nie yang aku lemah nie....aku tak boleh tahan dalam bab bohong-membohong nie..

'' maksud rizal? '' aku pura2 tidak faham...

'' dah ada orang lain ke yang gantikan tempat rizal dalam hati fisya? '' tuturnya lembut...

'' takder yang dapat gantikan tempat rizal... and takkan ada..'' aku menjawab penuh makna..
disebalik itu aku sembunyikan hakikat sebenar bahawa hatiku kini terisi kasih sayang untuk orang lain selain dia... tetapi kasih itu tidak sehebat dan seteguh kasih yang pernah hadir untuknya.. perasaan itu hadir lantaran sebuah cinta yang ketandusan kasih sayang... tersiram dengan harapan dan cinta yang dihulurkan oleh seseorang yang amat memahami...

'' fisya tak sunyi? ''

'' rizal tak sunyi? '' aku menanyakan soalan yang sama...

'' fisya rasa jawapannya sama dengan jawapan yang bakal rizal kemukakan...'' dia terdiam...memikirkan jawapannya atau memikirkan soalan seterusnya?

'' kenapa rizal tak cari fisya? '' aku merenungnya. menagih jawapan yang boleh memuaskan hatiku...

'' cari...rizal fon kat umah tapi adik fisya kata fisya dah tinggal kat hostel... tak tahu lagi camner nak hubungi fisya..''

' ahhh..jawapan yang tak logik... dia boleh tinggalkan no telefonnya kepada adik aku... atau tulis surat... bukan dia tidak tahu alamat aku... dia juga boleh datang ke sekolah aku... bukannya susah pun... memang dia tak der hati nak cari aku...' pintasku dalam hati..
aku tersenyum sinis..jawapannya menghampakan aku...

'' kenapa fisya tak cari rizal? '' dia bertanya soalan yang sama kepadaku... soalan yang aku tunggu2...

'' siapa kata fisya tak cari? fisya hantar sms tapi satu pun tak berbalas... fisya telefon tapi tak pernah diangkat...rupa2nya dah tukar no fon... fisya call rumah datuk rizal..tapi dia kata rizal xder...pegi pakistan lah...kerja kat bandar lah... pastue,fisya tanya kawan2 rizal... macam2 jawapan yang fisya dengar... sampai ada yang kata rizal dah ade orang lain... fisya dah tak tahu nak percaya yang mana.. sampaikan rizal sambung study pun fisya tak pernah tahu.... macam2 fisya dah buat... rizal yang macam sengaja melarikan diri... rizal yang sengaja tak nak cari fisya... fisya letih... letih menunggu berita dari rizal... sesekali fisya harap rizal cari fisya... namun fisya hampa... akhirnya..fisya mengalah... fisya tak nak cari rizal lagi... biar jodoh saja pertemukan kita semula... '' segala yang terbuku aku luahkan...
dia diam mendengar setiap butir kata yang aku ucapkan...

akhirnya dia menceritakan segala-galanya ada aku.. dia pernah mengikuti pakciknya ke pakistan...dia pernah bekerja sebelum menyambung pelajarannya... nyata,maklumat yang aku dapat semuanya benar... tapi dia menafikan dia ada perempuan lain... katanya semua itu hanya gosip semata2... dia juga meluahkan rasa hatinya semasa ketiadaanku hampir 2 tahun itu... rasa rindunya...rasa cintanya... namun semua itu tidak menguatkan keyakinanku.. masih ada ragu yang bertandang... lelaki...boleh ker percaya sangat??

'' aku cuma mahukan kau fisya..hati aku tidak pernah terbuka untuk orang lain..i love you..only you ... mungkin juga silap rizal sebab tidak sungguh2 untuk mencari fisya...itu rizal akui... rizal tak tahu macam mana nak jelaskan semua yang dah berlaku... keadaannya berbeza fisya...tapi berilah rizal peluang untuk menyambung semula kisah kita yang dulu... please...'' luahnya sungguh2...

' patutkah aku mempercayainya? mungkin dia berbohong? ' curigaku tetap ada...
sejenak itu aku terfikir bahawa aku tidak perlu menyalahkan dia seratus peratus dalam hal ini... aku tidak tahu situasi dia ketika itu.. aku juga tidak berhak untuk menentukan tindakannya saat itu adalah benar atau salah... aku juga tidak mahu menyalahkan dia atas segala kedukaan aku selama ini...
cuma aku hampa...perginya dari hidup aku membuatkan jiwa aku merana seorang diri.. terkapai2 mencari cinta yang mampu buat aku bahagia...
aku percaya semua ini ada sebabnya... mungkin pertemuan kedua ini memberi satu kelainan dalam perhubungan kami... mungkin keduanya lebih matang dalam menempuhi alam kedewasaan...

bila aku jelajahi hati ini sedalam2nya... cinta aku cuma hadir untuk insan bernama rizal... sedikitpun tidak pernah kurang... cuma ianya terkunci jauh didalam dan menanti untuk dilepaskan.. diri ini mandambakan belaian dan kasih sayang... dan hazwan hadir mengisi keperluan itu... aku tidak mampu menolaknya.. kerana hati ini terlalu rindukan erti sebuah kebahagiaan... diri ini mahuakn perhatian dan bukannya pengabaian... diri ini kosong...hati ini kesepian...

kini..bukan aku mahu melupakan segala rasa sayangku pada hazwan...bukan juga mahu melupakannya disebabkan kehadiran rizal... dalam hati aku sayangku terhadap hazwan tetap ada...cuma tidak cukup untuk mengatasi cinta aku pada rizal yang selama ini terkubur..

sesungguhnya, aku cuma insan biasa... yang cuba untuk mencari yang terbaik untuk diriku sendiri... kadangkala memerlukan aku untuk memilih jalan hidup aku sendiri..
aku tidak perlu takut untuk memilih.. kerana setiap jalan yang kupilih punya kebaikan dan keburukan... segalanya sudah ditetapkan begitu...
sekarang aku cuma perlu menentukan jalan hidup aku... jalan yang membawa aku kealam lain yang aku sendiri tak tahu akan kesannya pada masa depanku..
dan kini..dihadapanku... seseorang yang menuntut aku untuk memilih antara jalan2 yang ada...
hatiku meronta2 ingin memberitahu perihal hazwan kepada rizal.. namun belum tiba masanya... aku belum bersedia...

'' kita masih 'couple' kan? '' ada nada mengharap dalam pertanyaan itu..

'' can you plz give me some time to think about it? rizal muncul tibe2 tau..fisya tak ready lagi nak beri apa2 jawapan... '' aku melontarkan pandanganku jauh2..

'' fikir apa lagi? fisya ragu2 ngan rizal ker? atau fisya marahkan rizal sebab abaikan fisya selama nie? apa yang menghalang fisya daripada memberi kata putus malam nie?'' bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada aku... namun aku tiada jawapan yang kuberi untuk kesemua soalan itu...

'' rizal tak rasa ker terlalu cepat rizal kemukakan soal ini? baru petang tadi kita jumpa...rizal dah persoalkan semua nie... '' rasa tidak puas hatiku terpamer jua..

'' sorry...i just dont wanna loose you once again...'' perlahan suara itu menampar cuping telingaku.. ahh..tidak mahu kehilangan konon...!

'' rizal.. nie soal hati dan perasaan.. fisya tak boleh ambil ringan semua nie... fisya kena buat keputusan yang sebaiknya untuk diri fisya.. takkan rizal nak fisya buat keputusan terburu2?? '' kuharap jawapan itu memuaskan hatinya..

'' tapi... ''

'' tapi apa lagi? hormatilah permintaan fisya...plzz..'' rayuku..

'' bila fisya nak bagi jawapan? esok? lusa? rizal dah tak sanggup tunggu lama2... ''

'' sampai fisya bersedia menjawab soalan tue.. kalau fisya boleh bersabar dalam 2 tahun nie... fisya nak rizal bersabar.. just for a few week... ok? ''
terasa ada tangan menyentuh bahuku... mendorong aku untuk berpusing dan berhadapan dengannya...

'' jangan fikir lama2 ya...'' dan aku tersenyum tatkala melihat lagaknya yang keanak-anakan itu... dia turut tersenyum...

'' kalau betul2 rizal sayang fisya..sampai bila2 pun rizal akan tunggu kan? '' dugaku..

'' tak..rizal takkan sanggup tunggu selama itu... nanti orang lain datang membawa rombongan utk meminang fisya... kempunanlah rizal nak beristerikan fisya..''
aku ketawa... ' sampai begitu sekali dia fikir... kalau aku taknak...tak jadi jugak... '

'' kenapa ketawa? '' tanyanya...

'' lucu... ''

'' ape yang lucu..? ''
aku mengangkat bahu...

'' hmm..jomlah balik...dah lewat nie..haa..karang rizal pulak tak bangun pagi esok... ''

'' okey..'' balasku singkat..

dia mengekoriku ke bangunan yang aku maksudkan sebentar tadi...

'' bahaya jugak tempat nie..gelap...'' tanpa aku sedari dia mengenggam erat jari-jemariku...

aku mengiyakan kata2 rizal sebentar tadi.. walaupun kawasan ini terletak ditengah2 bandar,namun kau perlu melalui lorong belakang kedai untuk sampai ke rumah sewaku yang berada ditingkat 2... mujurlah tangga yang membawa aku kerumah sewa terletak berhadapan dengan bahagian belakang sebuah restoran 24jam... ada jugak kelihatan makcik2 yang sibuk membasuh sayuran, peralatan dapur dan pinggan mangkuk.. kadang2 mereka menegur aku yang hampir setiap hari melalui lorong tersebut... aku pulak dengan ramah membalas teguran itu...yelah..tak salah pun... sekurang2nya kalau ada apa2 yang berlaku..aku boleh memecut laju meminta pertolongan daripada makcik2 tersebut... kan?

'' ermm..sampai sini sajalah.. rumah sewa fisya ni xder lif... fisya tinggal kat tingkat 5...'' aku sengaja mengusiknya...
dia mendongak keatas... macam nak tak nak jerk hantar aku bila dengar aku sebut tingkat 5.. aku dapat mengagak, mesti dia letih sangat and tak larat menaiki tangga setinggi itu.. aku sekadar tersenyum...

'' tingkat 5 pun tingkat 5 lah...'' ucapnya dengan nada terpaksa..

'' kalau tak larat takper.. fisya naik sendiri.. takder ape2 lah.. tak ade perompak atau perogol pun kat tangga nie..'' aku masih lagi mempermainkannya.. padan muka dia..

'' ehhh...siapa kata tak larat... tingkat 10 pun boleh...'' cepat2 dia memotong percakapanku... aku sengih...

aku memulakan langkah... satu persatu anak tangga kudaki... dia mendahului dihadapan... ' wah...laju betul dia naik... mesti tak sabar2 nak sampai atas...'

'' rizal...pelan2lah... fisya letih nie... '' aku merungut dibelakangnya.. yelah...memang aku betul2 letih.. tak larat aku nak ikut pergerakan dia yg pantas tue..

dia mengeluh..lantas tanganku dicapainya... aku menurut saja.. bila lagi nak dera dia kan? lagipun dah lama tak dera dia macam nie...
langkahnya bertukar perlahan bila dia terpaksa menarik beban dibelakangnya iaitu aku...aku ketawa dalam hati...
sedikitpun tidak mahu kasihan akan jejeka dihadapannya.. yelah...esok dia ada game.. sesuka hati jerk aku mendera dia...
setibannya di tingkat dua aku melepaskan gengaman tangannya... dia menoleh...

'' tak larat ker? nak rizal dukung? '' tanyanya serius...

'' boleh jugak...penat sangat nie...'' aku buat muka letih...letih yang teramat sangat.. hahaha...pandainya aku...

'' meh sini...'' dia menundukkan badannya... aku ketawa... wahhh..biar betul dia nak dukung aku...

'' ehhhh...dia ketawa pulak...'' liriknya...

aku menekan loceng pintu... lalu cuba membuka pintu dihadapanku... dia cuma memerhati penuh curiga.. sebentar kemudian pintu dihadapanku terkuak...
muncullah sekujur tubuh yang hanya dibaluti kain sarung dan t-shirt... apabila terlihat kelibat rizal..dia menyembunyikan tubuhnya disebalik pintu..malu la tue...

'' napa lewat balik fia? tu siapa? '' anne menjuihkan bibir kearah rizal yang sedang mengaru2 kepalanya...

'' hmmm...fia singgah minum kejap..'' aku cuma menjawab soalan pertamanya dan memberi isyarat supaya anne meninggalkan aku berbicara dengan rizal...

anne cuma mengangguk... jelas dia curiga dengan kelakuanku sebentar tadi.. mesti dia hairan kenapa aku bersikap sedemikian... mesti dia fikir aku curang pada hazwan... ahhhh...nanti sahaja aku jelaskan padanya....asalkan dia tak bagitau hazwan yang bukan2 dahlah...

'' sebenarnya...fisya tinggal kat sini.. bukan tingkat 5... '' aku cuba menahan gelak...

'' fisya nie nakallah...mati2 rizal ingat kita kena naik tingkat 5...kalau betullah tingkat 5 tadi..boleh semput nafas nie tau..tak payah exercise pagi besok..malam nie dah cukup...'' dia menaham geram... aku sudah terkekeh2 ketawa...

'' hmmm...kenapa member tadi panggil fia? nama baru ker? '' tanyanya teragak2...

'' tue kan nama fisya jugak... biarlah..diaorang dah biasa panggil ngan nama tue..''
serentak itu aku menangkap suara2 sumbang yang sedang berbisik2 dibelakangku... aku memandang mengunakan anak mata...
'hisshhh...budak2 nie mengintip aku rupannya... haaa....awas korang... aku makan satu2 karang...'

'' sorry ya...fisya gurau jerk tadi...'' ucapku perlahan...

'' okaylah....fisya nak masuk... baliklah...dah lewat sangat nie...'' mataku memandang jam di tangan.. hampir pukul 2... ahh..cepatnya masa berlalu...

'' fisya rehatlah...good nite..'' pandangan matanya yang redup mangamit perasaanku..

'' you too... '' aku cuba memendekkan perbualan.. yalah...beruk2 kat belakang aku sure pasang telinga...

perlahan dia menuruni anak tangga... aku cuma memerhati... sedang aku mahu menutup pintu..dia muncul tiba2... dia memegang jari-jemariku lantas mengucupnya..

'' sleep tight...mimpikan rizal ya..'' bibirnya beralih ke cuping telingaku...

aku terkedu...pipiku terasa panas... dan dia berlari2 anak menuruni tangga sambil tersenyum memandangku yang seperti hilang punca..

'' siapa lelaki tue? ''

'' romantiknya....siap cium2 tangan lagi.. haaa..pipi fia pun dah jadi pink...hahaha... ''

'' boyfriend baru ker? hensem... ''

'' yelah...siapa lelaki tue? fia kenal kat mana? ''

'' dah lama ke fia kenal? kami tak tahu pun..''

sebaik sahaja pintu kututup... anne, judey dan mimie melemparkan soalan bertubi2 kepada aku...
aku mengeluh panjang.... rasa macam nak cekik2 jer budak bertiga nie.. kalau iya pun nak tanya sabar la sikit.. nie macam wartawan hiburan..
aku tak sempat pun duduk...tak sempat nak rehat...tak sempat pun nak tarik nafas... dah diserbu macam nie...

'' aku nak mandi dulu... lepas nie aku story laa... tak sabar2..'' rungutku sambil memasamkan muka...
mereka tersengih2...tak berperasaan langsung aku tengok... huhhh....tak nampak ker aku tengah letih nie...

'' yelah2... haaa..pegi ar mandi.. cepat2 sikit..tak sabar nie nak dengar berita terkini..'' sedap jerk mulut judey nie... eee...geramnya...aku stapler karang...
aku melangkah perlahan menuju kebilik... terkedek2 budak2 tue ikut aku kat belakang... eee..ape lagi yang diaorang nak nie?

'' laaa...yang ikut fia nie nape? nak ikut mandi sekali ker? '' aku menoleh kearah mereka yang tersengih2 macam kerang busuk..

'' nak pastikan fia pegi mandi.... '' anne menjawab nakal...

'' eeeee....fia telan korang satu2 baru padan muka... pegi ar duduk kat ruang tamu tue... tengok tv... fia tak lari laa.. ''
mereka memuncungkan bibir... kali ini mereka menurut kata2 aku seperti budak kecik yang menerima arahan..
aku mengeleng beberapa kali... betul2 macam perangai budak kecik... tapi..aku pun macam tue jugak.. dua kali lima... hehheheee...

malam itu aku menceritakan semua kisah aku dan rizal... bagaimana kami bertemu..terpisah..dan bertemu semula... rancangan tv yang ditayangkan langsung tidak menarik perhatian mereka... mereka khusyuk mendengar ceritaku yang berjela-jela tanpa henti...
macam2 ragam yang boleh dilihat... ada yg mengaru kepala.. ada yang mulut terlopong... ada yang serius... ada yang dah terlentok diatas sofa...
anne kelihatan menguap beberapa kali... begitu jugak mimie... nampak sangat mereka mengantuk...
namun,mereka gagahi jugak membuka mata untuk mendengar setiap butir bicaraku...

aku sendiri sudah menguap 3 or 4 kali sejak tadi, namun mulutku masih tak nak berhenti bercakap... cuma judey yang mendengar penuh minat... matanya segar bugar mendengar aku bercerita... wahhh...respect betul aku ngan minah nie...
tetapi akhirnya, 4 dara pingitan tadi tertidur diruang tamu ditemani tv yang menjadi penonton setia mereka...

--------------------end part 9------------------------------



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YG TERINDAH 10


'' wan...kenapa nak lari dari fia? kenapa wan? fia buat salah ker wan? '' hazwan langsung tidak mahu memandang wajahku...

'' macam mana fia dapat alamat wan? '' serius benar wajahnya... langsung tidak tersentuh melihat aku yang sedang merayu dihadapannya...

'' kenapa wan buat fia macam nie...?? kalau iya pun wan marahkan fia...bencikan fia... jangan buat fia macam nie.. ''
aku sudah tidak peduli ada mata yang memerhatikan kami berbual... hazwan cuma mengeluh tanpa mahu berkata apa...


'' abang...adik nak keluar kejap.. '' jerit adik perempuannya yang kukira sebaya dengan adikku yang keempat... mungkin dia sedar aku dan hazwan memerlukan privacy..

'' pegi mana? '' hazwan keluar kemuka pintu meninggalkan aku di ruang tamu...

'' perpustakaan.. adik ikut abang ejoy...'' jeritnya lagi...

'' haaa...jangan balik lewat sangat... ejoy...kau pun jangan nak merayau lagi...!!'' lantang suara hazwan mengingatkan adik2nya..
' wahh...sangat menampakkan bahawa dia seorang abang yang bertanggungjawab,tegas dan agak serius... jauh sekali dengan hazwan yang aku kenal kat sekolah... bising dan suka bergurau.. mungkin itulah karekternya apabila berada dirumah... menjadi contoh dan pelindung kepada adik2nya...' fikirku..

setahu aku hazwan anak sulung dari 4 beradik.. seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan...
adiknya yang bernama ejoy tue adik hazwan yang kedua, dua tahun lebih muda daripadanya..manakala adik perempuannya tadi semestinya adiknya yang ketiga kerana adik bongsunya baru berusia 11 tahun... hmm...berpengetahuan jugak aku tentang family hazwan nie ek..hehehe... cuma orang tuannya yang aku tak tahu menahu sangat... yang hazwan pernah ceritakan kat aku, ayahnya memiliki sebuah kilang perabot warisan nenek moyang mereka... sambil itu keluarga mereka membuka beberapa buah kedai runcit.. ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa... jika ada masa terluang, dia akan kekedai sekadar untuk memerhatikan keadaan kedai yang dikendalikan sendiri oleh saudara mara mereka iaitu pakcik dan makcik hazwan sendiri.. mataku sempat melirik keadaan rumahnya yang kemas itu... kelihatan gambar mereka sekeluarga tergantung indah didinding... jelas tergambar kegembiraan disetiap wajah dalam gambar tersebut.. cukup jelas untuk membuktikan bahawa keluarga ini memang sebuah keluarga yang bahagia...

'' nak minum? '' mendatar suara hazwan...
aku pantas mengeleng... aku datang bukan nak minum2... aku datang membawa persoalan...

''hmmm..'' dia kemudian duduk dihadapanku...

'' macam mana fia dapat alamat rumah wan? '' soalan tadi diulangnya.... aku tidak menjawab...
dia mengeluh...

'' fia nak apa? kenapa cari wan? '' matanya memandang tepat kearah mataku menyebabkan aku tunduk memandang lantai...
ahhh...kenapa mesti aku takut dengan renungan itu! aku tak salah!

'' kenapa wan mengelakkan diri dari fia? apa salah fia? kenapa wan buat fia macam nie? '' aku menjawabnya dengan soalan yang bertubi2..
tiada jawapan...

'' wan marahkan fia? '' aku menyoal lagi.. kali ini dia berdiri dan mengambil tempat disebelah aku..
dia memandang aku dengan pandangan yang redup.. membuatkan hati aku menyedari satu rasa yang penuh makna...

'' wan tak pernah marahkan fia...'' ucapnya perlahan...

'' kenapa tak reply sms...kenapa tak nak cakap bila fia call...kenapa sengaja tutup hp? '' aku memandangnya dengan pandangan kosong..

'' sebab wan sayangkan fia..''
aku mengerutkan dahi.. apa kaitannya sayang dengan tindakannya melarikan diri daripada aku...?
kalau dia sayang aku, dia takkan buat aku macam nie..!!

'' kenapa fia datang jumpa wan nie? '' dia mengajukan soalan setelah tiada sebarang ayat yang keluar dari mulutku...

'' sebab wan tak cari fia..fia carilah wan...''

'' kenapa? ada hal penting? ''
aku pantas menjeling... ' takkan aku tidak boleh jumpa dia? takkan bila ada hal penting sahaja baru aku boleh datang jumpa dia? nie kira penting lah nie...
rizal muncul semula tau tak.. dia nak kembali kepada aku... menyesal aku datang kalau aku tahu begitulah sikap yang bakal kau tunjukkan..'
akhirnya, aku biarkan soalan itu tidak berjawab..

'' wan kecik hati pada fia sebab bangkitkan soal rizal hari tue kan? '' aku menduga..

'' mungkin...'' ahh..dia pulak nak berteka-teki dengan aku...
aku teragak-agak untuk memberitahunya akan kemunculan rizal beberapa hari lalu.. namun,tiada apa yang mampu aku lakukan selain berterus terang akan keadaan itu.. itulah sebab utama aku datang kemari... takkan aku nak lepas tangan macam tu sahaja... itu lagi merumitkan keadaan..

'' hmm...errr....fia nak bincang sesuatu ngan wan...''

'' wan tahu...dia muncul semula kan? '' bijak sekali dia membaca fikiranku...entah dari mana dia mewarisi bakat tue..
aku diam... perlahan2 aku mengangguk..

'' itulah yang paling wan takutkan...'' jelas kelihatan ada kekecewaan diwajah itu..

'' fia tak tahu nak buat apa...''

'' buatlah keputusan yang terbaik..''

'' macam mana fia tahu yang itu pilihan terbaik? ''

'' ikutlah kata hati fia...''

'' kalau hati nie dapat memikirkan jawapannya..dah lama fia buat keputusan.. '' aku mengetap bibir..

'' keputusannya ada..cuma perlukan kekuatan untuk melaksanakannya..'' satu persatu dia membidas persoalan dimindaku..

'' sebab itu fia datang sini..untuk...''

'' supaya fia dapat tengok wan kecewa..'' pantas dia memotong bait kata yang ingin aku sampaikan..

'' fia taknak sesiapa kecewa...'' ungkapku penuh sayu...

'' mustahil...pasti ada yang bakal kecewa... sebijak manapun keputusan fia.. kesudahannya tetap sama.. salah seorang undur diri..''
ianya betul2 mengamit perasaanku... memaksa aku membuat keputusan.. itulah yang paling kubenci... aku tidak dapat fikirkan apa yang terbaik buat masa ini..
mungkinkah aku perlu lebih waktu untuk memikirkannya.. tapi sampai bila? setahun lagi? dua tahun? atau selama-lamanya...

'' mungkin fia yang patut undur diri.. biar semua orang kecewa..''

'' fia pasti nak buat macamtue? ''
aku menghela nafas panjang sambil mengeleng beberapa kali...

'' kalau tak pasti, pilihlah satu daripadanya...''
ahhhh...dia benar2 menguji kesabaranku... masakan dia mahu aku membuat keputusan saat ini juga... dia langsung tidak mahu memahami hati ini... betapa sukarnya aku untuk memecahkan kebuntuan dihati..... kekalutan fikiranku menyebabkan aku semakin terdesak... hampir2 aku menangis namun kutahan jua...

'' tapi....fia tak nak kehilangan keduanya...''

dia menarik tanganku dan meletakkannya dalam genggamannya..
'' tapi fia juga tidak boleh memiliki keduannya...''

'' kenapa? '' soalan bodoh itu keluar dari mulut aku... sejak bila pula aku jadi sebodoh ini...??
dia tersenyum lebar... menyedari soalanku itu tidak logik untuk dijawab..

'' wan tak rela dimadu...'' senyuman pertama yang kulihat setelah hampir 2 bulan tidak bertemu..
aku ketawa kecil.. ternyata soalanku sebentar tadi mampu menceriakan suasana...

'' fia sayangkan wan...''

'' fia sayangkan dia jugak kan? '' bingung aku dibuatnya.. aku cuma berharap dia mengiyakan kata2 aku sebentar tadi..

'' tapi... ''

'' wan tak kisah fia nak pilih siapa pun.. kan wan dah cakap hari tue.. wan akan biarkan fia memilih... wan akan tunaikan janji tue..'' suara itu meresap diruang hatiku...
aku sedih tiba2... mengenangkan segala kenangan manis antara aku dan dia... jauh disudut hati..aku tahu siapa pilihan hatiku.. namun aku tiada kekuatan untuk mengakuinya.. aku harapkan sesuatu dalam pertemuan ini... harapkan dia dapat membantuku mengubah fikiran? mungkin juga begitu...

'' fia serba salah...''

'' wan pun serba salah... '' bisiknya ditelingaku..

'' jadi..nak buat macam mana ni? '' gengaman tangannya manjadi semakin erat...

'' fia nak wan undur diri? ''

'' tak nak...! '' pantas soalan itu berjawab...
dia agak terkejut.. sejenak dia terdiam dan kemudiannya mengeluh.. aku sendiri terkejut kenapa mulut ini spontan mengeluarkan kata2 itu...

'' jujur...wan rasa fia akan pilih dia..'' dia meneka..

'' kalau benarlah apa yang wan rasa... wan kecewa tak? '' aku masih mahu bertanya sedangkan aku tahu jawapannya... tapi..aku mahu dia sendiri menuturkannya dihadapan aku... aku mahu tahu isi hatinya...

'' sangat kecewa.. tapi wan akan gembira... kerana kegembiraan wan hanyalah untuk melihat fia bahagia... ''

'' kalau fia tak bahagia? ''

'' macam mana fia tahu fia tak gembira kalau tak cuba? '' tenang dia membidas segala kata2ku...

'' fia takut untuk mencuba...''

'' ikutlah kata hati fia.. jangan buat sesuatu kerana terpaksa... wan tidak mahu fia bebankan perasaan fia hanya kerana mahu menjaga hati orang lain... ini lumrah fia... dalam percintaan..biasalah ada yang happy and ada yang tak..ada yang bahagia and ada yang kecewa.. tapi makna cinta bukan hanya itu...cinta itu pengorbanan...cinta itu persahabatan..cinta itu adalah kasih sayang yang ikhlas...cinta itu tidak semestinya memiliki..kadangkala melepaskan sesuatu demi kebaikan juga adalah cinta...
wan akan relakan kalau fia pilih dia.. wan takkan sesekali marahkan fia...apatahlagi menbenci fia... kebahagiaan fia adalah matlamat hidup wan...''

aku termanggu2... dia pandai bermain kata.. menyebabkan aku kadangkala kehilangan kata..
mungkin itu sudah cukup untukku meyakini bahawa dia tahu siapa yang akan kupilih...dan dia merelakan pilihanku... tapi..aku sendiri tidak mahu melepaskan dia pergi... hati ini tidak sesekali merelakannya...namun,kata2 hazwan ada benarnya.. aku tidak boleh memiliki keduanya...

'' kenapa wan tak pujuk fia untuk pilih wan? kenapa wan seperti mahu fia memilih dia? '' itu sememangnya menjadi persoalanku sejak tadi..

'' entahlah fia... mungkin wan rasa wan tak dapat jaga fia sebaiknya..''

'' macam mana wan tahu wan tidak dapat jaga fia kalau wan sendiri taknak mencuba? '' aku memulangkan paku buah keras...padan muka dia..

'' fia...i have my own reason kenapa wan buat keputusan nie...semua keputusan wan ada sebabnya...''

'' i have my reason too..'' aku tidak mahu beralah...

'' ishhh...fia nie memang tak bagi can pada wan untuk menang kan? ada2 saja akalnya...''
jawapannya mematikan ayatku... aku tahu dia sudah tidak mahu untuk terus beralah denganku... tapi aku akan terus berkata2... sampai hatiku puas...

'' haaaa....kalau semua itu bersebab... fia nak tahu...apa sebab wan larikan diri dari fia? '' soalan itu menuntut jwapan..
entah kenapa seringkali muncul soalan2 kurang bernas dari aku hari ini..

'' fia tahu tak...wan sangat rindukan fia selama nie... wan nak sangat tengok wajah puteri wan nie... tapi..sejak nama tue muncul dari mulut fia.. wan serba salah.. wan takut kehilangan fia... sebab itu wan ambil masa nie untuk berfikir sedalamnya... fikir apa yang terbaik untuk wan... and apa yang terbaik untuk fia... dan wan rasakan..letting you go is the best... sayangnya..hati ini kadangkala menyakitkan tuan punya diri... jauh disudut hati wan tak sanggup melepaskan fia pergi.. namun wan yakin... fia akan bahagia dengan dia..percayalah...''

bersusah payah aku mahu selami hatinya.. namun aku seringkali gagal.. dia pandai menyembunyikannya.. riak wajahnya kadangkala kulihat tidak berperasaan.. tapi cuma dia sahaja yang tahu akan kelodak yang melanda jiwanya... dan aku hanya mampu mengagak.... entah betul entah tidak...
dia menarik aku kedalam dakapannya.. aku hanya merelakan...
' kalaulah rizal nampak semua nie.. mesti timbul masalah lain...'

'' wan cakap macam tue buatkan fia macam nak ubah fikiran... '' ucapku perlahan...

'' wan dah tahu..fia mesti pilih dia.. jangan ubah pendirian hanya dengan sedikit kata2 manis...'' ayatku tadi menjerat diriku sendiri..
aku mendongak dan memandangnya..

'' maafkan fia... ''

'' tak payah minta maaf... wan sudah fikir akan akibatnya sejak dulu lagi... im ready..kalau wan tak sedia untuk semua nie,wan takkan buat keputusan untuk menyayangi fia... kerana wan tahu suatu hari nanti fia tetap akan pergi dari hidup wan.. tapi fia...walauapapun yang terjadi..wan tetap ada untuk fia....''

'' kalau wan tahu macam nie akhirnya? kenapa wan tetap mahu menyayangi fia? ''

'' bcoz loving you is the most beautiful moment in my life...wan tak rugi kerana mencintai fia selama nie...malah wan rasa beruntung dan bahagia kerana fia membenarkan cinta wan singgah dihati fia.. walaupun bukan untuk selamanya..''

'' tapi wan tetap ada dihati fia...dan takkan ada sesiapa dapat mengantikannya...selamanya...'' itu janjiku kepada insan itu...

'' mesti rizal cemburu bila dia tahu semua nie...'' tiba2 nama itu disebutnya... bukankah dia tidak suka akan nama itu?

'' seharusnya dia berterima kasih sebab wan mahu lepaskan fia demi untuk dia...''

'' entahlah...kita tak berhak untuk mengadili semua nie...''

'' fia cintakan dia sepenuhnya wan... tapi fia juga meyayangi wan... masing2 ada tempat dihati fia... yang nie adil kan? ''

'' ahhh...wan pulak cemburu bila fia cakap macam tue...'' aku meleraikan pelukannya... lantas kurenung wajah itu sedalamnya..
entah kenapa aku dapat merasakan ada getar disuara itu... ada air dihujung matanya.. hazwan menangis? ahhh...air mata seorang lelaki adalah bukti yang pasti... bahawa dihatinya tersembunyi luka yang amat dalam... dan luka itu bukan kerana sesiapa tetapi luka itu disebabkan oleh aku...

'' wan... '' dia menyentuh bibirku... dia mahu aku tidak meneruskan kata2... namun aku melarikan jari-jemarinya..

'' wan...terima kasih ya sebab cintakan fia sedalam itu... dan fia minta maaf kerana tidak mampu membalasnya...''

'' kasih fia diterima... kalau wan mati saat nie jugak pun..wan tak menyesal fia... kerana wan sudah ada tempat dihati fia...''
aku senyum...entah kenapa hati ini berat untuk melepaskannya...

'' wan tetap ada dengan fia kan? ''

'' selama-lamanya...'' aku menerik nafas lega...
tatkala itu..bayangan rizal menganggu fikiranku... bermulalah episod kedua kisah aku dan dia... dan disini..berakhirlah kisah aku dan hazwan...

'' oficially...we are now friends... '' ayat itu kedengaran dari mulutnya... dia menjarakkan dirinya daripada aku...
aku terpaku... sanggupkah aku menerima kenyataan ini?

aku menarik lengannya menyebabkan dia terdorong kepadaku.. dalam masa beberapa saat sahaja bibirku telah bertaup kemas dibibirnya..
perlahan-lahan kelopak mataku kubuka.. dia tersentak dengan tindakanku yang tidak disangka2 itu.. dia tergamam memandang anak mataku yang redup memandangnya.
dia hilang reaksi serta merta.. aku tersedar akan kesilapanku itu.. dan dengan pantas aku menolak tubuhnya ketepi...
aku menangis saat itu juga..

'' fia? '' mungkin dia terkejut dengan perubahan gadis dihadapannya itu.. dia mendakapku..

'' fia sayang nak lepaskan wan...'' sedaya upaya aku menahan esakan yang semakin menjadi...

'' syhhhh...'' dia mengangkat daguku dan menyapu airmata dipipi aku...
aku dapat melihat betapa terharunya dia dengan pengakuanku sebentar tadi...

'' fia tak dapat lakukannya wan... fia tak mahu...fia tak mahu lepaskan wan...'' aku tetap mahu bersuara...
aku benar2 tidak mahu kehilangannya... aku benar2 tidak sanggup...

'' take ur time sayang... '' aku mengeleng beberapa kali...

'' fia tak nak...fia tak nak...''

biar dia tahu betapa degilnya gadis dihadapannya ini... itulah yang patut aku pamerkan... aku sejujurnya tidak sanggup menghadapi hidup ini tanpa dia..
aku tidak tahu kenapa perasaan ini tiba2 berubah sedemikian rupa.. bagaimanakah dengan rizal? ahhh..aku tak tahu.. tapi, aku mahukan dia jugak....!!!!!

'' fia...jangan macam nie..'' dia memujukku...

'' tak nak...tak nak...'' aku berdegil...

'' fia...dahlah tue...fikirkan kebahagiaan yang bakal fia kecapi bersama rizal... '' pujukannya langsung tidak kuendahkan... aku menyembamkan mukaku di dadanya...

'' fia tak nak... fia tak suka macam nie... fia betul2 tak suka...!! ''

perlahan2 tubuhku dipeluknya erat..aku membalas pelukan itu.. entah kenapa aku tidak mahu melepaskannya walau dengan apa cara sekalipun... aku taknak dia jadi sahabatku...aku mahukan belaian dan kasih sayangnya macam dulu...

hazwan menerkam anak mataku tajam... sekali lagi bibir kami bertemu.. kali ini aku pulak kehilangan punca.. dia tidak melepaskan diriku yg berada dalam dakapannya..
aku mulai was2 dengan apa yang berlaku.. hazwan memaparkan wajah simpati... dadaku mula berdegup kencang..

'' wan....!!! '' aku bersuara tegas namun tubuhku kaku disitu...

dia tidak bersuara hanya renungan tajam yang dihadiahkannya padaku.. gementarku dapat dilihat melalui ekspresi wajahku... bibirnya hinggap dibahuku lembut... deru nafasnya semakin kuat ditelingaku. tanpa disangka bibirnya mendarat dibibirku deras.. tangannya merayap disekitar pehaku...

' fia..fia buat apa nie? nak biarkan sahaja...? lepaskan diri fia...!! ' ada suara halus menyedarkan aku.. aku cuba menolak tubuh itu sekuat hati...

'' wan..lepaskan fia..!! wan nak buat apa nie..!! '' aku serta merta jadi takut...

'prraap!'
dia terhenti sebentar apabila pipinya ditampar oleh aku... dia menarik nafas beberapa kali...

'' wann..sedarlah..... bawak mengucap wan... '' hampir tidak kedengaran suaraku...
kedua-dua kami kaku..mulut kami terkunci...cuma kali ini dia mendengus kasar beberapa kali... ternyata 2 insan ini sedar akan kesilapan masing2...

'' assalamualaikum... abang..tolong mak angkat barang2 nie...''
suara nyaring itu menyebabkan hazwan kaget sebentar.. aku turut terkejut..dalam masa yang sama aku lega kerana kemunculan ibu hazwan menyelamatkan aku dan hazwan dari terus hanyut sebentar tadi.. walaupun keduanya telah tersedar,namun syaitan tetap ada memujuk hamba allah yang sedang berdua ini. kali ini kami terselamat... entah apa yg akan terjadi jikalau... ahhh..aku tidak mahu memikirkannya...

'' astagfirullahallaziim!!! maafkan wan...'' dia menolak dirinya jauh sedikit daripada diriku..
aku masih lagi membisu... antara terkejut dan tidak percaya...

'' owh..ada tetamu rupanya..'' wajah ibunya tersembul dimuka pintu...
hazwan bingkas bangun dan menolong ibunya mengangkat barang2 ke dapur...

'' makcik.." terketar2 aku tunduk mencium tangannya... sedaya upaya aku mempamerkan wajah selamba... seperti tidak ada apa2 yang berlaku...

'' siapa namanya nie? '' tanyanya sambil tersenyum.

'' fia makcik..'' jawabku pendek.

'' haaa..duduklah dulu. makcik nak kedapur kejap..'' aku sekadar mengangguk...
kedengaran dua suara sedang berbual.. sesekali kedengaran namaku disebut... aku berdebar2... adakah mak dia terlihat adegan tadi?

'' mak wan ajak makan malam sekali...'' tiba2 sahaja hazwan muncul dibalik pintu dengan membawa segelas minuman..

'' tak payahlah...fia nak balik... '' ungkapku pantas.. tidak sanggup rasanya mahu menatap wajah itu lama2..
dia mengeluh.... dan aku sudahpun berdiri menuju kedapur...

'' makcik...fia minta maaf sebab tak dapat makan malam sekali... fia kerja malam nie... lain kali fia datang lagi...''
aku buat cerita... tangan itu kusalam dan kukucup sekali lagi..

'' baiklah...hati2 ya nak.. '' pesannya dengan semyuman kelat..

'' maafkan fia ya...fia betul2 tak dapat makan malam disini..'' senyuman tawar tadi mengamit perasaan bersalahku.. namun menatap wajah hazwan tambah merunsingkan.. terutama selepas adegan tadi berlaku tanpa dipinta...

'' takperlah nak....jalan baik2 ya..'' dia mengingatkan aku...

''abang....hantar kawan abang nie kat perhentian bas sana...'' laungnya dari dapur...

'' haaa...yelah...'' lemah suara hazwan menjawab...

perjalan ke perhentian bas terasa amat jauh... padahal, nak sampai kerumahnya tadi rasa dekat jerk... aku mempercepatkan langkah..

'' fiaa....tunggulah..'' hazwan melaung namaku...
aku meneruskan langkah..sedikitpun tidak mempedulikan laungannya..

'' ahhh... lepas..!! '' aku separuh menejrit apabila terasa bahuku disentuh...

'' fia...wan minta maaf... ''
' wan tak salah..fia yang mulakan semua tue..fia malu wan..malu sangat..kenapa fia boleh buat macam tue..fia bodoh kan? fia bodoh sangat! ' namun kata2 itu hanya terbit didalam hati dan tak mampu aku luahkan...

'' just leave me alone...!! fia nak tenangkan diri... '' aku mendengus kasar... namun, itu makna hati aku yg sebenar.. hipokritnya aku..

aku berlari meninggalkannya dan segera memboloskan diri kedalam bas yang kebetulan berhenti untuk menurunkan penumpangnya...
aku sudah tidak peduli walaupun bas yang kunaiki sebenarnya tak sampai ke destinasi yang aku ingin tujui... yang aku tahu,aku mahu lari dari hazwan...itu sahaja..

' wan..maaf yaa... aku masih terkejut dengan peristiwa tadi...dan aku tidak bersedia untuk membincangkannya... aku sedar akulah punca wan hilang kawalan diri sebentar tadi.... aku yang bersalah wan.... aku..!!! aku malu... maafkan aku sekali lagi wan...'

tanpa disedari aku menampar2 pipi sendiri...
tidak kupeduli berpuluh2 pasang mata sedang memerhatikan aku yang seperti hilang akal itu...

-----------------------------end part 10-------------------------



__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:

Tahnia kpda anda,,

kepanjangan cerpen ini tlah memechahkan

Of guiness world record!

 

 



__________________
I hate some of them. I hate people who i love.


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

panjangnyer cerpen anda....
panjang sampai x habis saya membacanyer...

__________________
..: 143 :..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

aku tukar jd cerpan je lah..asalkan bukan cipan..okla tuh..

__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 202
Date:

cium molot???? what the...

-- Edited by Tiung at 01:12, 2007-03-12

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 692
Date:

cepatla sambung phia... lepeh tu ape yg terjadi..

__________________
hidOp hARus DIterUSKan..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

phia.....plzzzz tolong sambung................aku geget ko kang....aduh...tlg laaa sambung...

__________________

CINTA TAKKAN DATANG KALAU TAK DI CARI,CINTA TAKKAN DAPAT KALAU TAK MEMBERI,HIDUP TANPA CINTA SEPERTI HIDUP TANPA CITA-CITA...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1849
Date:

mane sambungan nyer?? grrr...grrr...
sephia..mane nk nyuruk tu?? ooo nyuruk kt blkg tiang letrik yer..kunun2 org x nmpk le tu..

__________________
kalau kaktus itu aku..ku bilang kalau..


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:

OOooiii, nasib baik aku belum baca sampai habiiss .... kalau ndak bingung kepala aku.. cerita cerpin ni tiada ending... ni yang bikin sakit kepala nii.. kasi habis dulu ni cerpin baru aku baca sampai habis...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 146
Date:

ko ni kan gurangak..sabah phio betul bah..kentaranya juga bahasamu ni..biggrin
apa2 pon aku suka juga ba c phia punya cerjang(cerita panjang) ni..wink
oi phia..ko p la hantar cerjang ko ni dgn alaf ..mana tau ko dapat buat buku..
sumber income ba tu...biggrin
just cadangan la..klu ko mo ikut kta2 ku ni..
ok juga..weirdface



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

nandayo..cerpan ni bukan gwe yg punya.tp ali baba yg punya..

erm,sumber tokeikedai.net.my

soli,i lost the article link.i try to find but i cant.[waiseh!skiping la pulak.lom aku ambek bahse s'wak.]

sesepi:sabah baa

__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 404
Date:

La?biar betul?Ni cerita ko ka bukan ni?tp..cepat la sambung..aku x sabar da mo baca kesinambungannya..

** huhu! baca crita ni, mengingatkan aku dgn ex bf aku pun ada jgk!

__________________
>~..tanpa berjanji..sekadar hati berbisik..~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

nanti la aku carik2.tp wait yerk.aku ada exam jumaat ni.[bagos tol aku.maseh nk on9]

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Berjanggutr la nk tunggu cerpen ko ni abis phia oii...xpyh amik exm ler..ko bt je 1 cerpen tuk cikgu @ lecturer ko tu gerenti lulus!!!!!

__________________
Aku IBU si Comel...


Senior Member

Status: Offline
Posts: 404
Date:

hee..aku pun ada exam gak..n online gak..mmg bagus nyer perangai..siap citer2 nak baca kesinambungan novel ko lagi tuh..

__________________
>~..tanpa berjanji..sekadar hati berbisik..~


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YANG TERINDAH =11=[ATAS PERMINTAAN RAMAI.KES3]

aku...
aku telah memulakan semula perhubungan aku dan rizal. sudah hampir 5 bulan kami cuba untuk memperbaiki perhubungan kami yang lalu..
kini rizallah tempat aku bergantung harap, tempat aku mencurahkan segala-galanya.. ternyata keputusan aku untuk menjalinkan semula perhubungan ini tidak membuatkan aku menyesal. saat ini dia telahpun membuktikan kepada aku bahawa cintanya terhadap aku masih seperti dulu... tidak pernah berkurang, malah bertambah dari sehari ke sehari.



selain itu, yang nyata sekali, aku semakin berubah. suasana baru banyak mengajar dan menyedarkan aku akan erti kehidupan sebenar . jelasnya,aku sendiri merasakan bahawa aku sudah mula dapat membiasakan diri dengan kehidupan seorang dewasa yang penuh cabaran. aku tambah matang, aku sudah pandai berdikari, aku sudah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan sepenuhnya daripada ahli keluarga aku. aku sudah bersedia fizikal dan mental untuk melangkah jauh kehadapan.

perjalan hidup ini penuh dengan warna warni. kadangkala manis bertukar pahit,senang menjadi susah. namun, semuanya menyedarkan aku bahawa realiti hidup tidaklah semudah yang kusangka. sebelum ini aku mengenal dunia dari kaca mata aku sendiri.. tetapi berhadapan dengan dunia yang lebih luas menyedarkan aku tentang realiti kehidupan sebenar yang tidak ubah seperti sebuah pentas, dan pelakonnya adalah manusia sendiri. ada yang sudah jelas baik-buruknya, dan tak kurang juga yang masih bersembunyi dan bersifat kepura-puraan untuk mengaburi mata org lain. hidup ini umpama permainan... semuannya bergantung kepada usaha dan nasib.. takder sesiapa yang akan tentukan hala tuju hidup kita melainkan kita sendiri... betul tak?
hmmm...tidak sia2 aku meninggalkan rumah ke kota untuk menimba pengalaman.
benarlah kata orang.. manusia berubah dan belajar melalui pengalaman masa lampau.

hazwan...
sesungguhnya nama itu tidak pernah luput dari kotak fikiran aku. dia masih wujud dalam diri aku. namun, semuanya kukunci jauh didalam hati. kebahagian yang datang ini adalah berkat cinta hazwan yang begitu agung. bagi aku, dia amat memahami erti sebenar sebuah cinta dan erti sebuah persahabatan sejati.
peristiwa itulah kali terakhir aku menatap wajah hazwan..juga kali terakhir aku mendengar suaranya. bukannya aku tidak mahu hubungi dia, tapi aku sendiri tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan insan itu. sesekali, aku amat mengaharapkan dia menghubungi aku terlebih dahulu. namun, sebagaimana juga aku.. mungkin dia juga sedang menanti panggilanku. yang nyata, antara aku dan dia masing2 sepi tanpa khabar. masih ingatkah dia akan diriku? mungkinkah hatinya hancur kerana aku? adakah dia masih merinduiku? atau dia sudah lupakan aku buat selamanya? begitu banyak persoalan yang ingin aku tanyakan padanya. tentang keadaan dirinya, dan yang penting sekali.. aku mahu tahu akan isi hatinya.

seringkali, hati ini merindui kehadirannya. biarpun bukan sebagai kekasih, tapi sebagai seorang teman. jujurnya, dialah satu-satunya insan yang mampu buat aku tersenyum dikala aku dilanda kesedihan yang amat sangat. bukannya rizal tidak mampu. cuma...kesannya amat berbeza dihati aku.
rizal adalah seorang yang senang untuk mempamerkan dan meluahkan perasaannya melalui kata-kata, tetapi hazwan menunjukkan perasaannya melalui caranya yang tersendiri.. dia seringkali menimbulkan teka-teki dihati aku...
rizal lebih bertindak sebagai penyokong aku tetapi hazwan bertindak sebagai pendengar dan penasihat.
rizal boleh menjadi seorang kekasih yang baik tetapi hazwan boleh menjadi sahabat yang baik.

ahhh..berbezakah seorang kekasih dengan seorang sahabat? kenapa aku harus sentiasa membeza-bezakan mereka?
bukankah semua manusia itu berbeza? masing2 punya kelebihan dan kekurangan masing2..
entahlah...aku sendiri tidak pasti kenapa aku seringkali membezakan 2 insan itu walaupun aku sedar aku tidak layak untuk membuat perbandingan itu.
aku tahu aku tak patut buat macam tue. tapi, nak buat macam mana? aku suka dan bahagia dengan cara aku.
' wan..aku akan kotakan janji aku wan...kau tetap ada dihati aku... selama-lamanya...'

rizal...
keperibadiannya membuatkan aku yakin akan dirinya. kasih sayang yang diberi saling tak tumpah seperti seorang suami yang mengasihi isterinya. bezanya, kami masih belum terikat dengan apa2 hubungan yang sah. oleh itu masih terdapat jurang atau batas2 pergaulan yang perlu kami patuhi. dan aku takkan pernah lupakan batas2 tersebut. namun, caranya menyayangi aku, caranya merindui aku, caranya menghargai aku, caranya memanjakan aku, malah kesemua cara-caranya membuatkan aku bahagia sekali. aku dapat merasakan aku telah melakukan sesuatu yang betul dengan memberinya peluang kedua. jauh didalam hati, aku berbangga kerana dia tidak sedikitpun mempersia-siakan peluang yang kuberi.

aku juga telah menceritakan segala kisah aku semasa ketiadaannya. kisah aku dan hazwan, kisah anne, judey dan mimie, dan segala kisah aku yang aku rasa dia patut tahu.. yelah, lagi baik dia dengar semua tue dari mulut aku sendiri. kalau dengar dari mulut orang lain, mesti ade jerk yang ditokok tambah. mulanya, dia tampak cemburu bila nama hazwan kusebut sebagai seseorang yang aku sayangi, tapi kini sudah bergelar sahabatku yang teristimewa. lama jugak aku mengambil masa untuk meyakinkan cinta aku pada dia. akhirnya, dia akur dengan keadaan. dia sedar kehadiran hazwan dalam hidup aku adalah disebabkan dia sendiri. so, dia tak lagi salahkan sesiapa. katanya, yang berlalu biarlah berlalu... nampak macam dia dah terima hakikat tue, tapi sebenarnya aku tahu... cemburunya tetap ada.

kali ini juga, perhubungan kami telah maju setapak lagi kehadapan. semua ini kerana rizal sendiri telah memberanikan diri untuk berjumpa dengan ibu bapa aku dan berterus terang tentang perhubungan kami. semua ini katanya untuk mengelakkan daripada fitnah manusia memandangkan dia selalu melawatku dirumah sewa. mak dan ayah memuji keperibadiannya yang berani berterus terang dan amat menghormati pandangan, teguran dan nasihat orang yang lebih dewasa daripadanya. aku tambah bahagia apabila mak dan ayah merestui perhubungan kami. mereka berpendapat rizal seorang yang amat bertanggungjawab dan pandai mengambil hati orang tua. dan aku sendiri tidak dapat menyangkal akan kenyataan itu. amat sukar untuk aku membayangkan kehidupan akan datang yang bakal aku lalui tanpa dia disisi.
saat ini, aku akui, aku tidak mahu kehilangannya buat kali kedua...

'' papa....berkenan betul mama dengan budak rizal tue... baik orangnya kan? '' aku yang berada didapur curi2 dengar perbualan mak dan ayah...

'' dahlah...dari tadi tak habis2 puji budak tue... papa tahu dia budak baik dan boleh diharap... tapi fia tue muda lagi...sekolah pun tak habis lagi...
haaa...tak boleh dibiarkan sangat budak berdua tue... karang jadi perkara yang tak elok... '' dengan panjang lebar ayah menjawab..

'' ishhh..papa nie... mama tahu la fia nak sekolah lagi... mama tak cakap ape pun... mama hanya ckp yg budak tue baik.. itu jerk..'' mak buat muka dihadapan ayah...

'' yelah tue... tapi mama dah fikirkan hal lain kan? nak kawinkan fia tue ker? awal lagi la mama oii... haaa..yang penting sekarang ade jugak yang tengok2kan fia kat bandar tue... '' pintas ayah. mak dah buat muka masam....

'' kalau ada jodoh apa salahnya... kan baik budaknya tue... '' tinggi benar harapan mak terhadap aku dan rizal.. itu aku tak hairan sebab dialah lelaki pertama yang kubawa berjumpa dengan mereka...

'' hisshhh...tak habis-habis nak memuji. haaa..suruh jerk la keluarga budak tue datang meminang.. '' ayah menjeling mak..

'' papa yang sensitif sangat... mama cakap lain..lain pulak papa jawab.. '' tambah mak lagi...

'' apa yang lain? kan betul papa jawab tue...'' ayah pulak menjeling mak. mak terdiam beberapa saat... kemudian mulutnya bersuara lagi..

'' mama tengok fia dah makin berubah. dah matang skit. tak lagi berperangai kebudak-budakan sangat.. kan papa? ''

'' perubahan yang baik..takperlah. takkan itupun nak bimbang? mama nie... time dia kecik nak bimbang, time dia besar nak bimbang lagi... '' ayah membelek2 surat khabar dihadapannya. nampak jer macam membaca. tapi, mata tue curi-curi jeling kat mak. hehe..

'' ehh..kita cakap sikit. dia dah menjawab panjang lebar. '' nampak sangat mak tak puas hati. haaa..kalau mak dah merajuk... mati la ayah nak pujuk..

'' alah, sekurang2nya papa tak buat muka masam macam mama tue. padanlah anak2 keras kepala. ikut perangai mamanya. '' selamba jerk ayah manjawab.
ada2 saja ayah nie. mesti mak tambah geram.

'' haaa...malas la nak cakap ngan papa nie! '' kan betul. mak dah merajuk...
mak meninggalkan ayah dengan muka masamnya dan naik kebilik. ayah cuma tersenyum dan mengeleng beberapa kali.
tidak lama kemudian ayah meletakkan surat khabar yang dibacanya tadi lalu mengikut jejak mak keatas. haaaa...nak pujuk mak la tue.
yelah..ayah takkan biarkan mak merajuk lama2. hehehehe..

---------------------------------------------------------------------

'' kringgggg...kringgggg...'' bunyi telefon diruang tamu menganggu tidurku. lama..namun tiada siapa yang mempedulikan deringan itu.
aku mengeluh... 'mana semua orang pergi nie? takkan tak dengar bunyi telefon tue...' aku merungut dalam hati..
aku berlari-lari anak mendapatkan telefon yang masih berdering itu.

'' hello...assalamualaikum. '' aku memberi salam. namun... 'tuuuuuuuttt..' hanya bunyi itu yang kedengaran.
' mesti orang tue dah bosan tunggu.' aku membuat andaikan. 'ahh..kalau penting sure dia call balik..'

selepas beberapa ketika, aku menyedari sesuatu yang ganjil dirumah itu. sunyi sangat...
waaaa...mana pergi semua orang?? takkan keluar tak ajak aku..
' hisshhh..bencinya! ' aku mendengus kasar. dengan pantas aku mendail no telefon bimbit emak.

'' assalamualaikum... mak kat mana nie? ''

'' waalaikumsalam... kat rumah pakcik kamu la. kan ada kenduri hari nie. '' suara mak sayup-sayup kedengaran.

'' kenapa mak tak ajak fia? '' aku buat suara merajuk.

'' laaa...mak dah kejut pagi tadi. kan fia kata tak nak ikut. ''

'' ehh...bila masa pulak fia cakap fia tak nak ikut? '' aku memuncungkan bibir.

'' pagi tadi kan mak dah kejutkan fia. fia sendiri cakap kat mak yang fia taknak ikut. kata nak berehat kat rumah. takkan mak nak paksa lak. haa...kitaorg balik lewat sikit tau. kalau nak masak, jgn lupa tengok-tengokkan api tue.. '' mak mengingatkan aku.

'' yelah...yelah... kim salam kat pakcik dan makcik. bye mak... assalamaualaikum. ''

'' insya allah, nanti mak sampaikan... waalaikumsalam.. ''

talian diputuskan. aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal. tak sedar pulak aku cakap ngan mak pagi tadi. aku melirik jam ditepi dinding.
dah 10 pagi rupanya. inilah padahnya tidur macam kayu balak. tapi nak buat macam mana. aku tidur lewat malam semalam.
mungkin aku tengah mamai pagi tadi. sampai tak teringat aku cakap macamtue kat mak. ahhh...menyesal pun takder guna.

sebotol juice mangga aku keluarkan dari peti ais...serentak itu juga sebungkus makanan ringan sempat kusambar dari kabinet dapur.
' haaa..baik aku bersantai depan tv..bukan selalu dapat melepak begini...esok2 dah nak kerja...takder peluang langsung nak bersenang-lenang macam nie...'
aku menghirup jus mangga sambil mengunyah keropok dan melabuhkan punggung diatas sofa. opss! aku tak gosok gigi lagilah. mandi pun belum. ahh..lantaklah. bukannya ada orang lain kat rumah nie. aku sorang jerk. hehehe...
beberapa keping cd yang kupinjam dari mimie semalam kukeluarkan daripada beg plastik... setelah lama membelek-belek cd tersebut, aku memilih untuk menonton sebuah filem orang putih yang bertajuk ' a cinderela story ' lakonan hillary duff dan michael chad muray...
'' mesti romantik cerita nie.. '' aku tersenyum sendiri.

'' krrriiinggg...kringggg... ''
' laa...sape lagi yang call nie? kacau daun betullah. baru jerk aku nak lepak. ' rungutku dalam hati. dengan malas aku bangun dan menjawab pangilan tersebut.

'' hello.. '' dengan malas aku memulakan bicara..

'' assalamualaikum.. '' ucap suara itu. aku tersindir.

'' waalaikumsalam.. nak cakap dengan siapa? '' salam itu kujawab. berdosa tau kalau tak jawab salam..

'' dengan yang sedang bercakap nie lah.. '' aku mengerutkan dahi beberapa kali. cuba untuk mengecam suara siapakah yang berada dihujung talian. garau semacam. sebijik macam suara penculik yang mahu menuntut wang tebusan. alah, yang macam dalam wayang tue!

'' awak nie siapa? ''

'' laa..sampai hati awak. dahlah saya ditinggalkan tanpa pesan. sekarang, awk lupakan saya pulak. kesian saya tau..'' suara itu seakan-akan merajuk. sekali lagi aku cuba mengecam suara itu. namun aku gagal. suara itu terlalu asing bagiku.

'' kalau saya lupa. awak tolonglah ingatkan.. ''

'' aik..kata nak simpan dalam hati selamanya. baru berapa bulan dah lupakan saya. '' mataku terbuka luas. sedikit sebanyak aku dapat mengagak siapakah gerangan jejaka itu.

'' wan..! '' aku separuh menjerit. kedengaran tawa kecil dihujung talian.

'' haaa..tadi kata tak kenal. ''

'' kenapa suara wan lain macam nie? '' aku muskyil. suaranya agak berbeza. dulu, aku dapat mengecam suaranya dengan pantas. satu patah perkataan saja sudah cukup untuk aku mengenali tuan punya suara tersebut. tapi...

'' wan baru sembuh dari demam la. batuk dan selesema nie jerk belum sembuh sepenuhnya. fia sihat tak? '' wan menjelaskan. hmm..patutlah aku tak cam suara dia.

'' hmmm..suara wan dah macam suara katak. pasal tue fia tak kenal.. fia alhamdulillah. sihat.. '' aku ketawa mesra. rindu rasanya bergurau senda dengan jejaka seorang ni.

'' rizal ? '' ada getar bila dia menyebut nama itu.

'' dia pun sihat.. apa kes wan call fia nie? tiba-tiba jerk.. '' aku menjawab lambat-lambat. kemudian, aku sengaja menukar topik. tidak mahu nama rizal menjadi jurang untuk kami berbicara seperti dulu.

'' wan nak jumpa fia.. boleh tak? '' permintaannya mengejutkan aku. namun, sedikit sebanyak aku sememangnya mengharapkan agar kami dapat bertemu. banyak cerita yang ingin aku kongsikan padanya. dan banyak perkara yang ingin kudengar darinya. terlalu banyak...

'' kenapa nak jumpa? wan rindu fia ek? '' aku ketawa kecil. dalam hati aku harap dia mengiyakannya.

'' tak.. saja jer nak jumpa. dah lama tak sembang dengan fia.. '' laju jer dia menjawab.

'' owh...tengoklah nanti.. '' ucapku lirih. agak kecewa dengan kata-katanya sebentar tadi..

'' kenapa? fia tak sudi ker? atau takut rizal marah? '' dia menduga..

'' sudi..tapi fia kena minta kebenaran dengan rizal dulu. nanti, timbul salah faham lak. '' perlahan aku menjawab..

'' ajak rizal sekali.. wan nak kenal jugak dengan pilihan hati fia tue.. '' aku tersentak.. wan nak jumpa rizal? kenapa? hatiku tertanya-tanya. biar betul hazwan nie. sebenarnya, aku mengharap satu pertemuan. cuma aku dan dia. tiada orang lain. kenapa tiba-tiba nak ajak rizal pulak?

'' errr... '' aku tidak dapat memberi kata putus. mahu saja aku berterus terang bahawa aku hanya mahukan pertemuan aku dan dia. tanpa rizal.
tapi, aku malu. nanti apa pulak hazwan fikir. then, apa pulak kata rizal. sudah tentu dia tak akan izinkan kami keluar berdua.

'' eermm...nak wan sendiri ajak rizal tue ker? ''

'' ehhh..takper! nanti fia cakap kat dia. bila wan nak jumpa? kat mana? '' aku pantas menolak. aku tidak dapat membayangkan bagaimana reaksi rizal bila hazwan sendiri yang mengajaknya. mesti rizal marah! lebih-lebih lagi yang mengajaknya ialah bekas teman lelaki gadis yang disayanginya. tak sanggup aku nak bayangkan.

'' sabtu nie... 4 petang... kat kfc centre point.. boleh tak? atau fia kerja time tue? '' aku mengira-ngira dalam hati. hari nie hari khamis. maknanya ada 2 hari lagi.

'' boleh.. kebetulan fia cuti sekarang nie. hari isnin baru start kerja balik. tapi..fia kena tanya rizal dulu. '' jelasku.

'' take your time.. nanti fia confirmkan dengan wan. juz call my number. fia tahu kan nombor fon wan? atau orang tue dah hilangkan nombor fon wan... '' aku tersindir dengan kata-kata itu. eleh..mentang-mentanglah aku dah tak pernah call dia sejak hari tue, dia cakap aku lupa nombor dia pulak. bukan lupa cik abang oiii... cuma aku pura-pura tak ingat. atau yang lebih jelasnya... sengaja buat-buat lupa..

'' tak hilang lah! '' aku mendengus geram..

'' ehh..marah ke? wan dapat bayangkan..mesti muncung fia dah panjang macam muncung itik. dah boleh buat penyangkut baju. tak payah beli. jimat belanja. '' dia mengusikku. usikan yang aku rindui. disusuli dengan gelak tawa. yang juga aku rindui.

'' wahh..sukanya dia. eeeee...geram! '' aku megetap bibir menahan geram.. ada-ada sajalah hazwan nie. tak berubah langsung. pantang ada peluang, mulalah dia nak mengusik.

'' oklah...wan gurau jer. dah lama tak gurau dengan fia. sometimes, i miss that moment so much. '' dia mengeluh. aku terdiam. berbunga-bunga jugak perasaan ini bila dia mengakui bahawa dia masih merinduiku.
' aku pun macam tue jugak wan. tapi, apakan daya... aku dah pilih rizal. aku cuma nak kau tahu.. falling love with you is my favourite memories.. ' hatiku berbicara.

'' i know wan.. erm..nanti fia call wan balik ek. fia nak confirmkan dengan rizal dulu. '' aku memendekkan perbualan. takut perasaan sayang aku pada dia yang cuba kupadam membara kembali.

'' great... see you this saturday.. assalamualaikum.. ''

'' waalaikumsalam... ''

aku terduduk ditepi tangga. macam mana aku nak cakap dengan rizal nie? nak ker rizal pegi?
aku mula membayangkan wajah rizal apabila aku suarakan hasrat hazwan itu. jawapannya cuma satu. bezanya, adakah jawapan itu positif atau negatif.
hmmm...walau apapun katanya kelak, aku akan terima. kalau tak tanya, mana nak tahu jawapannya kan?

--------------------------------end part 11-----------------------------------------


__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YANG TERINDAH=12=


kurenung wajah rizal. dia memaksa diri untuk senyum. namun, aku tahu dia cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar. dia seakan tidak mahu berjumpa dengan hazwan. entahlah kenapa. aku sendiri tidak tahu jawapannya. tapi... sekurang-kurangnya, setuju juga dia untuk menyertai aku dan hazwan petang itu. itupun, setelah beberapa kali didesak oleh aku. dia nampak runsing apabila aku menyatakan hasrat hazwan untuk berjumpa dengannya malam semalam. dia rasa tergugat kut. setelah puas aku yakinkan dia, akhirnya dia mengalah. mengalah demi aku...

mungkinkah dia beranggapan hazwan mahu merampas aku daripada dia? ahh..rizal.. sesungguhnya hazwan tidak akan berbuat begitu. aku kenal benar akan sikapnya. dia tidak akan membuat perkara yang akan menyakitkan hati aku. dia akan selalu cuba untuk membuat aku gembira. percayalah...


kelihatan hazwan melambai kearahku sebaik sahaja kami melangkah kedalam restoran tersebut. dia memilih tempat yang agak tersorok. disatu sudut dihujung restoran. kalau hazwan tidak melambaikan tangannya tadi, mana mungkin kami menyedari kelibatnya. yelah, hujung2 minggu begini ramai anak-anak muda mengambil peluang untuk keluar bersama teman-teman mereka. merehatkan minda yang dah 5hari menatap buku dan tak lupa juga kepada mereka yang saja ingin melepak. begitu juga kepada pasangan muda yang sedang memadu kasih. kalau hari persekolahan, shopping complex agak lengang. menjelang waktu petang barulah agak sibuk. aku tahu cuz aku pun pernah jadi student jugak. hujung minggu nie lah masa untuk bergembira. iye tak?

aku melangkah manuju kearah hazwan.

'' so..itulah hazwan?'' tanya rizal. dan aku cuma mengangguk.

'' hye..lama tak jumpa kan? '' hazwan menghulurkan tangannya.

'' siapa suruh sombong sangat..'' aku menyambut salamnya.

'' oh yaa.. hazwan, this is rizal.. and rizal, this is hazwan.. '' ujurku lagi.

'' saya hazwan.. nice to meet you..''

'' rizal.. '' dua insan itu bersalaman.

aku merenung wajah hazwan. rambutnya sudah dipotong pendek. dia nampak agak muda, mengingatkan aku kepada saat pertama aku mengenalinya sewaktu mula-mula melangkah ke sekolah menengah kebangsaan bandaraya. kulitnya cerah sedikit berbanding dulu. mungkin sebab dia sudah jarang bersukan. dulu, dia merupakan atlit sekolah dalam acara larian jarak jauh. dia juga aktif dalam bola sepak.

rizal dan hazwan mempunyai persamaan. kedua-duanya minat bersukan. dan itulah yang menarik perhatianku.. aku memang suka lelaki yang aktif. nampak cergas dan macho bila bermain.. tapi..romantik dan tegas dalam bercinta... aku tak minat dengan lelaki pasif.. karang, kalau aku kena ganggu dek penjahat.. sape nak tolong aku? hehehe... itu bagi aku lah.. tak tahulah pulak pendapat korang..

aku renung lagi kat hazwan. matanya meliar melihat ke kawasan luar restoran. sesekali dia menoleh jam ditangannya.

'' wan...are you waiting for someone?'' aku turut mengalihkan pendangan keluar restoran.

'' yups... haaaaa...itupun dia! " hazwan melambaikan tangannya. aku pun tidak pasti kepada siapa kerana terlalu ramai manusia diluar sana.

seorang gadis menghampiri meja yang sedang kami duduki. gadis berbaju kurung biru itu tersenyum manis.

'' sorry abang...lambat sikit la.. '' dia menghampiri hazwan.

' siapa perempuan nie? kenapa dia panggil hazwan abang? setahu aku dia nie bukan adik hazwan.. ' aku tertanya-tanya dalam hati.

'' takper.. diaorang pun baru sampai.. '' senyuman terukir dibibir hazwan.

'' ermm..let me introduce you to my girl.. ini ayu.. ayu, ini fia and nie her boy.. rizal.. '' pandangan matanya kini beralih pada aku dan rizal.

gadis itu tersenyum.. tangannya dihulur... aku menyambut salam tersebut.. begitu juga rizal.. aku sedikit terusik bila hazwan memperkenalkan gadis itu sebagai teman wanitanya.. api cemburu marak tiba-tiba.. rizal memandang aku penuh makna.. adakah dia menyedari perubahan wajahku? lantas, aku senyum.. senyum yang dibuat-buat..

petang itu banyak cerita yang dikongsi bersama. rizal dan hazwanlah yang meriuhkan suasana. mereka rancak bercerita sambil bergelak ketawa. dari cerita zaman sekolah, pengalaman masing2, kereta, sukan, sehinggalah ke topik bola sepak. aku pun hairan dengan perubahan mendadak yang ditunjukkan oleh rizal. semalam dia agak keberatan untuk menerima pelawaan aku.

aku pun takut kalau-kalau pertemuan ini menimbulkan masalah. manalah tahu tiba2 mereka saling bertumbuk kerana tak puas hati. lelaki nie sukar untuk dijangka. silap sikit, tunggang langgang restoran nie dibuatnya. tapi hari nie, jelas terbukti bahawa jangkaanku malam tadi tidak benar sama sekali. malah, mereka nampak serasi, seperti dah lama kenal pulak lagaknya. pelik! aku pulak hanya bercakap bila ditanya.. waktu-waktu lain, aku banyak mendiamkan diri. aku menyibukkan diri dengan menghabiskan ayam kfc didalam pinggan.

aku mulai bosan. nak ikut bercerita, tak ada mood pulak. sesekali aku menjeling gadis yang bernama ayu itu. memang ayu..sesuai sekali dengan namanya.. raut wajahnya persis gadis indonesia. kulitnya putih dan berambut ikal mayang yang dibiarkan lepas bebas. manis dan sesuai sekali bila mengenakan kaju kurung berwarna biru.. tapi, kalau dia pakai baju kurung pink..lagi lawa..

ayu juga rancak bercerita. sesekali berpaut mesra pada lengan hazwan dan hazwan membalasnya dengan lirikan manja. ahhh..gatal.!! entah kenapa hati ini benci kepada ayu dan hazwan. mereka seolah-olah sengaja mahu menaikkan amarahku. mereka sengaja bermesra-mesraan. nak buat aku cemburu la tue. sakit mata aku melihat adegan mesra-mesraan yang ditunjukkan oleh pasangan itu. namun, hati ini lagi sakit! lagi sakit tau tak!

' ahhh..aku takkan cemburu la. aku ada rizal.. dan aku akan tunjukkan betapa rizal lagi baik dari hazwan! ' diam-diam aku mengatur strategi.

'' sayang... '' aku mengerutkan dahi sambil memaut lengan rizal.. serta merta perbualannya dengan hazwan terhenti.

'' kenapa? '' rizal nampak binggung. dia memandangku penuh curiga.

'' sakit perut.. '' aku buat muka. seolah-olah menanggung sakit yang teramat sangat. rizal tiba2 cemas..
dan aku menyembamkan muka kedadanya sambil menekan-nekan perutku. sengaja mahukan perhatian darinya.

'' huhh..mari kita bawa dia ke klinik.. '' hazwan memberi arahan. dia juga kelihatan cemas.. begitu juga ayu.

'' tak nak gi klinik.. nak balik.. '' aku bersuara lemah..

'' sayang..pegi klinik dulu.. lepas tue, rizal hantar balik.. '' rizal memujukku.. dia menyentuh pipiku mesra. jelas menunjukkan betapa dia mengambil berat akan diriku. betapa dia sayang akan diriku. dalam hati aku tersenyum puas. padan muka hazwan!

aku pantas mengeleng...

'' sayang..janganlah macam nie.. kita pegi klinik... okey? '' dia masih lagi memujukku. hazwan hanya jadi pemerhati. tanpa riak cemburu diwajahnya.
' ahh...dia nie hati batu ker? tak berperasaan langsung! ' bentak hatiku.

'' tak nak... nak balik.. pleasee.. '' rayuku dengan manja..

'' yelah sayang... tapi sampai rumah mesti makan ubat tau.. '' akhirnya rizal mengalah.. dia dah mals nak memujuk barangkali.. aku mengangguk.

'' sorry.. we have to go.. '' ucapnya pada hazwan dan ayu.

'' takper.. kami pun dah nak balik nie..'' jawab hazwan perlahan. giliran rizal pulak mengangguk.

rizal berdiri dan memapah aku. aku sengaja memaut pinggang rizal.. tanpa dipinta lengan rizal memaut bahuku.. perlahan-lahan aku melangkah..
dapat kulihat, hazwan dan ayu mengekori di belakang.. kepalaku kulentokkan sedikit kebadan rizal.. biar hazwan cemburu!

'' sayang.. larat ke nak jalan? '' rizal masih lagi menunjukkan rasa bimbangnya. aku cuma mengangguk sambil tersenyum kelat.

rizal membukakan pintu kereta dan aku masuk didalamnya. pintu ditutup. rizal nampaknya bercakap-cakap dengan hazwan. aku cuba mendengar percakapan mereka tapi gagal. aku cuma nampak hazwan dan ayu menganggukkan kepala mereka sambil tersenyum. akhirnya, hazwan dan ayu menaiki kereta yang sama denganku.

aku pura-pura memejamkan mata. sakit hati masih terasa. entahlah..kenapa aku patut berperasaan begini? bodoh bukan?

mataku kututup rapat. seolah-olah sedang tidur. rizal menghidupkan enjin.. sebelum memulakan pemanduannya, dia menyelimutkan aku dengan jaketnya yang kebetulan berada didalam kereta. perlahan-lahan kereta yang kami naiki bergerak.. selepas itu, terasa pipiku diusap mesra. hatiku tersentuh.. rizal baik dengan aku. kenapa aku pulak buat hal? aku terus memejamkan mata. namun, tanpa mereka sedari.. telingaku mendengar setiap kata yang mereka bincangkan.. diam-diam air mataku mengalir..

'' sayang... '' terasa pipiku disentuh. perlahan-lahan aku membuka mata.

'' kita dah sampai dah.. perut tue masih sakit lagi? '' rizal tersenyum memandangku.

' ahh..aku terlelap rupannya. hazwan dan ayu turun kat mana? rizal hantar mereka balikkah? ' aku termanggu-manggu seketika.

rizal membukakan pintu kereta yang betul-betul berhenti dihadapan rumahku. kelihatan wajah ayah tersembul dimuka pintu. tanpa dipinta, rizal memapahku masuk kedalam rumah.

'' takper...fisya boleh jalan sendiri..'' aku senyum. penuh kepura-puraan.

aku melangkah menuju kedalam bilik. rizal sempat bercakap dengan ayah diruang tamu. aku tidak berminat mahu mengetahui butir bicara mereka. aku mahu tidur. menenangkan fikiranku yang kusut ini. setibanya didalam bilik, aku terus merebahkan badan diatas tilam. lantas mataku kupejam erat.

'' rizal kata fia sakit perut..'' mak tiba-tiba muncul dimuka pintu bilikku.

'' takder ape2 mak.. period pain..nanti fia makanlah ubat.. erm...rizal dah balik? '' aku buat cerita...

'' owh.. dia dah balik dah..'' kata emak.

'' ermm...mak...tolong kuncikan pintu tue ya. fia nak berehat. '' pintaku.

'' haaa..yelah.. '' jawabnya. pintu sekali lagi tertutup rapat. aku mengeluh sendirian diatas tilam.

' hazwan dah ada orang lain. tapi, kenapa aku nak cemburu pulak? kan aku pun ada orang lain. aku yang buat keputusan nie. aku ada rizal dan aku yang pilih dia. kenapa sekarang aku nak pertikaikan cinta aku pada rizal? ahh...biarlah hazwan ada ayu.. '

aku masih lagi terganggu dengan peristiwa tadi. apa yang aku nak sebenarnya? ahhh...aku pun tak tahu. jelasnya, aku cemburu bila hazwan menyayangi orang lain sepertimana dia menyayangi aku suatu masa dahulu. alah,rizal pun apa kurangnya? kan rizal sayang aku jugak. malah,lagi hebat dari apa yang hazwan pernah berikan. tapi...bukan itu yang aku mahu.

kadangkala, aku rasa diriku bodoh dalam soal cinta. aku sendiri tidak faham akan kehendak hati ini. setiap butir bicara hazwan dan rizal dikereta sebentar tadi menganggu mindaku. hmm..walau apapun kemahuanku.. aku cuma mengharapkan satu. kebahagiaan dan kegembiraan yang pasti..

'' hazwan...aku nak ucapkan terima kasih sebab jaga fisya selama ketiadaan aku. aku dengar banyak cerita tentang awak daripada mulut fisya. '' ucap rizal sungguh-sungguh.

'' nak ucap terima kasih ape pulak nie? aku tak jaga dia sangat pun. dia yang pandai jaga diri sendiri. nampak jer manja tapi dia taklah selemah yang kita nampak rizal.. '' balas hazwan. serius benar bunyinya.

'' aku tahu.. tapi, aku tetap nak ucapkan terima kasih pada kau. satu lagi, aku nak minta maaf.. ''

'' maaf...? untuk apa? " hazwan semestinya hairan. begitu jugak dengan aku. untuk apa rizal meminta maaf?

'' sebelum nie aku berprasangka buruk terhadap kau.. aku sangka kau nak jumpa aku sebab nak cari kelemahan aku. lepas tue, kau bolehlah ambil fisya semula. ternyata, aku salah. aku tahu kau takkan buat macam tue. maafkan aku. and now, aku rasa we can be such a close friend. can we? ''

aku sendiri tidak menyangka rizal akan meminta maaf dengan hazwan hari ini. aku tahu rizal memang berterus terang orangnya. dia lebih suka meluahkan perasaannya secara bersemuka daripada bercakap dibelakang. katanya...hanya manusia pengecut sahaja yang suka bercakap dibelakang. dan aku sependapat dengan rizal dalam hal nie.

'' aku faham perasaan kau rizal. you love her so much. tak hairanlah kau berfikiran macam tue. kalau aku berada ditempat kau, mungkin aku juga menyimpan perasaan yang sama. don't worry... aku tak ambil hati pun. and yes. aku bangga jadi kawan kau. aku suka dengan sikap berterus terang kau tu. ''

'' thanks.. hmm..aku harap kau gembira dengan ayu. she is such a nice girl. sesuai sangat dengan kau.. '' puji rizal.

'' ehh..kenapa tiba2 masuk topik ayu pulak nie? '' ayu ketawa manja. rizal dan hazwan turut ketawa kecil.

'' i will rizal. and you, please take good care of fisya. she is such a nice girl too.. walaupun, kadang-kadang pening jugak kepala nak layan karenah dia.. ''

'' aku tahu. dia nie manja sangat. tapi, manusia berubah kan? mungkin itu sifatnya yang dulu, sekarang aku dah macam tak faham dia sangat.. hmm...any tips my fren? ''

'' jangan sia-siakan dia rizal. dia paling tak suka bila diabaikan, dia nakkan perhatian kita selalu. bila dia nakkan sesuatu, dia akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. lagi, jangan sesekali tipu dia. dia boleh marah sampai berbulan kalau ditipu. dia akan selalu mahu menang dalam apa2 hal, tapi sesekali biarkan dia kalah. sebenarnya dia nak seseorang yang tegas pendiriannya. dia tak suka bila dia menang sesuatu dengan mudah. dia nie tak suka marah. tapi..bila dia marah, boleh runtuh dunia nie. tapi yang aku risau, dia suka memendam rasa. kita takkan tahu apa isi hatinya yang sebenar. time dia marah sajalah semua rasa hati dia terluah. sebab itulah kadang-kadang aku selalu buat dia sakit hati.. '' hazwan ketawa kecil.

'' dia nakal sangat rizal. dia pun suka buat kita sakit hati. suka sangat melawan cakap. tapi jangan ambil kisah sangat, dia tak bermaksud macam tue. dia sekadar mahu menguji. biasalahkan, perempuan. diaorang ada macam-macam cara nak korek rahsia isi hati kita. seperti yang kau sedia maklum, dia sangat setia. bila dia jatuh cinta, dia akan cuba mempertahan cinta tue. dia jugak sangat cemburu rizal. dia suka fikir yang bukan-bukan. tugas kau, terangkan pada dia hal yang sebanar. selagi dia tak tau hal sebenarnya, selagi itulah kau akan nampak muncung itik dia tue. '' hazwan ketawa lagi.

wahhh...gembira betul dia bocorkan rahsia aku ek? aku sedikit geram. tapi...setitis demi setitis air mata ini gugur.. serta merta aku terkenangkan kisah2 aku dan dia sewaktu zaman persekolahan dulu. manis sungguh pengalaman tue. ahhh...rupa-rupanya sejauh itu hazwan memahami aku.. hazwan baik.. sangat baik terhadap aku.. dia kenal sanagt perangai aku, sedangkan aku sendiri tidak pernah mengenali dia sedalam itu... tiba-tiba aku menyesal pilih rizal.. boleh ker aku berubah fikiran waktu nie? argghhhh..!!

'' huuh...nampaknya, kau lebih kenal dia daripada aku hazwan.. '' keluh rizal.

'' i guess u know her before me. and 4 sure you know her better.. right..? '' rizal membisu.. tiada sebutir kata yang terpancul dari mulutnya.

'' take your time rizal.. aku harap kau jagalah dia baik-baik.. ''

'' aku cuba hazwan... aku tak nak kehilangan dia sekali lagi.. "

saat itu kurasa semakin menjauh.. jauh sekali sehinggakan aku tak mampu melihat, mendengar dan merasa apa2 pun.. jauh meninggalkan alam nyata ke alam mimpi..

---------------------------------end part 12-----------------------------------------

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YANG TERINDAH=13=


'' aku bodoh kan? '' wajah anne,mimie dan judey kurenung satu persatu.

'' memang bodoh pun! fia sedar tak.. dulu, hazwan korbankan cinta dia demi kebahagiaan fia.. dia lepaskan fia kepada rizal. fia tahu tak, hazwan kecewa. kecewa sangat! kenapa fia tak pernah nak hargai pengorbanan dia? selama nie dia berusaha untuk menerima hakikat bahawa fia dah ada orang lain. sekarang nie, dia baru nak mulakan kehidupan baru. dia dah pilih jalan hidup dia. takkan fia nak terhegeh-hegeh balik ngan dia? fia nak rosakkan hubungan dia dan ayu? nak dera perasaan hazwan lagi? kalau kau benar2 sayangkan hazwan. lepaskan dia. biar dia dengan kehidupan dia sendiri! rizal kan pilihan fia! kenapa tak terima saja rizal tue seadanya? dia pun baik dan ikhlas kat fia.. soal perasaan nie fia jangan buat main2.. tak puas nak sakitkan hati hazwan, fia nak sakitkan hati rizal pulak? kalau fia dipermainkan apa fia rasa? fia nie hanya pentingkan diri sendiri..!! '' marah anne sambil berlalu ke bilik.


aku tertampar dengan kata2 anne.. inilah kali pertama aku melihat dia marah sebegitu rupa.. setiap butir bicaranya sebentar tadi meresap jauh kedalam hati.. menyucuk-nyucuk dan melukakan hati lantas menghasilkan kesakitan yang amat sangat.. buat sekelian kalinya aku merasakan diri ini amat bodoh. benar kata anne..aku memang bodoh.!! mentingkan diri sendiri..!! aku tak pernah fikirkan perasaan hazwan...dan juga perasaan rizal..

rizal nie siapa dalam hidup aku? tidak ada apa yang kurang dalam dirinya. kenapa aku masih tidak puas hati? apa yang aku nak sebenarnya?
nak lukakan hati rizal? tak! aku tak nak..!

mungkin beginilah sifat manusia.. tidak pernah puas dengan apa yang mereka miliki.. sehingga ada pepatah yang berbunyi ' bagi betis, nak peha.. '
adakah aku tergolong dalam manusia begitu? tidak mahu bersyukur malah mahukan sesuatu yang lebih..

aku tamak..tamakkan perhatian dari insan bergelar lelaki..tamakkan kasih sayang..!! bukan aku tak sedar semua tue.. aku sememangnya tahu..aku sedar.. cuma, aku tak mahu mengakuinya. aku sukakan perhatian.
kalau boleh,aku nak semua orang sayangkan aku..

'' fia sayangkan siapa sebenarnya nie? cuba fia bagitau kitaorang..''

'' aku sayangkan rizal... tapi,aku tak nak hazwan ada orang lain. sejak dia ada ayu, dia langsung tak nak ambil tahu pasal aku. aku tak suka. aku nak perhatian dia macam dulu.. '' aku menghela nafas panjang.

'' aku tak faham la dengan kau nie fia... aku betul-betul tak faham.. kalau fia betul-betul sayangkan rizal, fia takkan simpan perasaan pada orang lain. nampaknya, fia tak serius sayangkan rizal. tak pernah wujud keikhlasan dalam hati fia. fia ikutkan kehendak hati semata-mata. kalau betul fia layak untuk berkasih. buktikan fia. kalau fia tak dapat lakukannya.. ternyata, fia tak bersedia untuk cinta. masih mentah.. '' ujur mimie sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. dia juga terus berlalu meninggalkan aku dan menuju ke dapur..

aku diam. pandanganku beralih ke luar. hujan turun renyai-renyai.. suasana nyaman menerpa apabila sesekali angin bertiup membawa sekali titis-titis air memukul tingkap dan menerbangkan langsir yang sedikit terbuka.. kibasan langsir berwarna putih itu menarik perhatianku. kalau dimedan perang, putih bermakna mengaku kalah.. langsir putih itu menjadi petanda bahawa aku sepatutnya mengalah. sepertimana aku kalah dengan keadaan sebelum ini.

'' fia cemburu? '' duga judey. matanya juga sempat menoleh keluar. memerhatikan keadaan atau nak tahu aku pandang apa?

aku mengangguk.

'' fia sayang hazwan? ''

aku mengangguk.

'' fia sayang rizal? ''

aku mengangguk lagi..

'' antara rizal dan hazwan... fia pilih siapa? ''

kali ini aku angkat bahu...

'' kenapa nie fia.. fia macam sengaja permainkan diaorang. fia dah pilih rizal dan hazwan pun dah pilih ayu. kenapa nak rosakkan keadaan fia? kan keputusan nie fia yang buat? '' judey merenung tepat kearah mataku. pandangan matanya yang sayu menyebabkan aku tunduk memandang lantai..

'' aku sedar.. tapi.. ''

'' fia..terimalah hakikat bahawa korang dah pilih jalan hidup masing-masing.. tak payah disesali pilihan fia tue.. suatu hari nanti, mungkin fia gembira kerana buat keputusan nie.. jangan permainkan hati orang lain fia.. tak mustahil fia jugak akan dipermainkan suatu hari nanti... time tue baru fia sedar bagaimana sakit dan pedih bila depermainkan... '' seperti jugak mimie dan anne, dia berlalu meninggalkan aku keseorangan..

aku mengeluh.. kenapa diaorang tak nak faham perasaan aku? hakikatnya, diaorang takkan faham sebab yang mengalaminya aku.. bukan orang lain..
hati aku...dan hanya aku yang tahu.. aku tak bermaksud nak permainkan sesiapa.. dan aku dah cuba untuk tidak melukakan hati sesiapa.. tapi, apa yang aku mampu nak buat? mungkin ini kelemahan aku.. aku tak fikir panjang sebelum buat keputusan..

salah atau tidak keputusan yang aku buat hanya akan terjawab suatu masa nanti..
pilihan kita hari ini menentukan jalan hidup kita dimasa akan datang.. akan datang.. dan bukan sekarang... tapi...
ah..lupakanlah! aku sendiri pun tak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku sekarang nie.. dan aku pasti.. korang pun takkan faham isi hati aku yang sebenar...

' aku akan cuba lupakan kau wan.. demi kebahagiaan wan jugak.. biarlah wan bahagia dengan ayu.. aku tahu ayu boleh jaga wan dan tak akan buat wan kecewa sebagaimana yang aku dah lakukan.. entahlah wan..aku cakap macam nie pun antara mahu tak mahu.. '

apa perasaan korang bila lelaki yang dulunya sayang kat kita tiba-tiba dah ada orang lain? mesti cemburu kan? tapi...salah aku jugak.. mungkin aku tergesa-gesa buat keputusan terima rizal hari tue.. tak fikir panjang apa kebaikan dan keburukan tindakan aku nie..

aku mungkin tidak menyintai hazwan sebagaimana aku mencintai rizal.. tapi..cinta kan boleh dipupuk.. kalau hari nie kita benci someone..esok mungkin kita jatuh cinta padanya... dan tak mustahil kalau hari nie kita cintakan someone.. esok kita benci dia pulak.. apapun, aku akan terus mencintai rizal sebagaimana aku mencintainya selama ini.. dan hazwan... aku akan terus mencintai kenangan manis kita berdua.. kerana kaulah aku tewas sekali lagi dengan cinta....

----------------------------------------------------------

suasana ditepi pantai petang itu sangat damai dan menenangkan.. aku memaut lengan rizal dengan mesra... mata bertentang mata...dan dia sempat menghadiahkan satu senyuman yang paling manis buatku.. aku bahagia.. sangat bahagia...

jari jemarinya tersusun kemas mengenggam jari jemariku.. setiap langkah disepanjang pantai itu meninggalkan kesan tapak kaki sepasang kekasih yang rancak bercerita..tanpa perlu berkata..tanpa perlu bersuara.. senyap dan sunyi.. tetapi dalam hati masing-masing, pasangan itu saling bertukar rasa.. berkomunikasi tanpa nada..
namun sudah cukup jelas.. apabila bersama orang yang kita cintai.. mulut tak perlu bersuara..biarkan hati yang bicara...

entah tiba-tiba kami sudah berada di sebuah bangku.. aku duduk dihadapannya.. merenung wajahnya yang redup.. seredup awan yang menutupi bumi..
seperti juga tadi..masing-masing membisu.. dan akhirnya aku membuka kata...

' rizal sayang fisya tak? ' aku bertanya...sekadar mahu menduga..

' sayang.. fisya saja yang tak sayangkan rizal.. '

' siapa kata fisya tak sayang.. ' aku geli hati melihat rajuknya..

' rizal yang cakap.. ' ada nada sedih dalam suara itu..

' alala..merajuk pulak dia.. fisya sayang sangat kat rizal tau...sayang sangat.. ' aku senyum.. lantas, tangannya kuraih..

' tapi...macam mana dengan dia? fisya sayang dia jugak kan! lebih dari fisya sayangkan rizal kan...! ' rizal mengarahkan jari telunjuknya kearah laut..

aku pantas mengalihkan pandangan kearah laut yang ditunjukkan oleh rizal sebentar tadi.. suasana tiba-tiba menjadi kelam dan gelap.. tapi aku dapat melihat wajah hazwan yang tersenyum manis kepadaku.. dia menghulurkan tangannya meminta aku untuk pergi kepadanya... aku senyum..

bagai ada kuasa yang menarikku.. aku ingin menyambut tangannya.. tapi semakin aku cuba untuk mengapainya.. dia semakin menjauh... jauh..dan makin jauh...
serentak dengan itu...tanganku direntap kasar dari belakang... wajah rizal menerpa.. jelas ada perbezaan dengan wajah itu... aku cuba melepaskan genggamannya namun aku gagal.. aku jadi takut.. senyumannya berbeza sekali.. pandangan matanya membuat aku kaku dan resah.. kenapa nie?

' kan rizal dah kata... fisya tipu rizal..!! fisya tak sayang rizal..!! ' genggaman tangannya semakin kuat... malah, semakin kuat aku meronta minta dilepaskan.. badanku terasa semakin lemah dan kelemasan..

' fisya sayang rizal.. tapi jangan macam nie.. sakit.. ' aku merayu..

renungannya buat aku semakin berdebar.. aku dapat rasakan suasana semakin panas dan badanku mulai berpeluh..
kepalaku terasa pening... terasa bagai dilambung-lambung menyebabkan perutku terasa bagai nak muntah.. aku memandang laut sekali lagi.. mencari wajah hazwan..

'' wan.. tolong fia..!! '' aku mulai menangis.. genggaman tangan rizal semakin kuat mencengkam lenganku.. sakit!

kulihat hazwan hanya memerhati dengan pandangan yang sayu... tetapi kali ini dia tidak lagi menghulurkan tangannya...

' fia.. ' ucapnya perlahan..

'' wan...tolong fia..!!. '' aku masih lagi mengharap..

dia tidak peduli.. malah dia semakin menjauh dariku.. dia melangkah perlahan menuju ke sebuah kapal layar besar yang berlabuh ditepi laut.. macam kapal lanun dalam filem ' pirates of the carribean ' ... kapal itu bergerak perlahan-lahan... dia sempai melambaikan tangannya kepadaku.. akhirnya, nun jauh disana hanya layarnya sahaja yang kelihatan... dan dalam sekelip mata kapal itu hilang dari pandangan mataku...

'' wan...!! ''

aku cuma mampu melihat dengan deraian air mata.. kakiku berat untuk melangkah... tiada suara yang mampu dilafazkan.. namun hati ini meraung dan menangis sekuat hati.. lenganku yang dicengkam kasar oleh rizal sebentar tadi beransur-ansur dilepaskan... yang aku tahu...aku mahu berlari meninggalkan dia namun aku merasakan diri ini tidak bermaya langsung...

'' rizal.. sakit... '' aku mengadu...


ku renung wajah rizal.. wajahnya kali ini tenang dan redup seperti tadi.. tiada lagi renungan tajam dan menakutkan... namun,kesan genggaman tadi masih terasa... aku kesal kerana disakiti sedemikian rupa.. aku mengharapkan sentuhan mesranya tetapi bukan itu yang kuperoleh.. tapi kemana hazwan? kenapa dia tak tolong aku?
kenapa dia langung tak kesiankan aku? rizal..kenapa...

'' rizal..... '' nama itu kusebut...mengharapkan dia memelukku, memujuk dan mendamaikan hatiku...

'' rizal.... '' sekali lagi nama itu terbit dibibirku..

'' sayang.. ''

perlahan suara itu kedengaran dicuping telingaku... halus dan membuai perasaan... saat itu aku terasa ada tangan yang mengelus jari jemariku dengan lembut.. aku membuka mata perlahan-lahan.. ada satu benda berpusing-pusing... membuatkan aku pening seketika.. aku pejam mata lantas membukanya kembali..

wajah pertama yang kulihat adalah wajah rizal.. ya..tenang dan redup seperti tadi.. ehh..aku kat mana nie.. bukankah aku kat pantai.. ehh..ini macam bilik aku..!! bukan macam..ini memang bilik aku.. tapi..tadi..?? aku meraba kepalaku yang sedikit pening.. sehalai kain basah melekat didahiku..

'' kenapa nie? '' aku teragak-agak untuk bersuara apabila judey dan anne turut berada disitu..

' rasanya malam tadi aku dah kunci pintu... kenapa tiba-tiba semua ada kat sini? ehhh...sekarang nie jam berapa? aku kan kerja shift pagi hari nie... '
aku cuba bangun... namun segera dihalang oleh rizal...

'' nak pegi mana nie? '' tanyanya dengan wajah yang berkerut...

'' kerja..shift pagi.. sekarang pukul berapa? '' mataku meliar mencari jam meja..

'' hisshhh...fisya kan demam nie.. takkan nak pegi kerja jugak.. sekarang nie dah petang sayang... dah pukul 4.. '' penjelasan rizal buat aku kaku sebentar...

' biar betul? lamanya aku tidur... aku demam ker? aku meraba dahi dan tengkukku.. memang panas.. tapi kenapa aku tak rasa apa-apa? cuma badan nie lenguh dan lemah... semalam..?? ohh yaa...mimpi.. aku mimpi... malam semalam aku mimpi... mimpi aneh... sangat aneh.. apakah maksudnya? '

'' tak payah risau pasal kerja.. doktor dah bagi cuti 3 hari... anne pun dah inform yang fisya sakit kat supervisor fisya tengah hari tadi.. dia kirim salam.. dia suruh fia rehat..bila dah betul-betul sembuh baru datang kerja.. lagipun sekarang tak bz sangat..x banyak kerja.. haaa..sekarang fisya rehat ya.. doktor cakap kena banyak berehat lepas bagi suntikan tadi.. nanti rizal belikan makanan ya.. '' rizal mengelus rambutku... dan aku cuma mengangguk..

'' anne, judey.. aku turun kejap ya.. korang ada nek pesan apa2 tak? '' tanya rizal kepada judey dan anne...

'' ermm...belikan nasi bungkus untuk kitaorang jelah... '' pinta anne.. judey menganggukan kepalanya..

'' hmm...'' balas rizal sambil berlalu...

anne dan judey meraba dahiku..

'' erm..dah kurang panasnya... malam tadi kami dah cuak tau tak.. dahlah pintu berkunci.. fia pulak meracau-racau kat dalam.. sebab tue subuh-subuh lagi aku dah call rizal.. aku dah tak tahu nak buat apa... rizal jer yang ada kat kepala aku.. '' serius benar anne bercerita..

'' sampai jer rizal, terus dia pecahkan pintu bilik fia.. badan fia panas sangat time tue.. terus dia angkat fia pegi klinik.. nasib baik ada rizal fia.. kitaorang tak tahu nak buat apa kalau dia tak tolong.. '' judey pulak menyampuk..

kedua-duannya bercerita dengan seriusnya membuatkan aku bagai nak gelak.. kalau iya pun..tak payahlah sampai serius sangat muka tue.. aku bukannya sakit tenat pun.. demam jer.. tapi..thanks my fren and my dear rizal too.. for your care and love..

--------------------------------end part 13---------------------------------------

__________________
"nama saya Rain~"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

SESUATU YANG TERINDAH=14=


'' Malam tue fia meracau.. fia panggil nama hazwan.. nasib baik fia tak sebut nama hazwan time rizal dah datang.. kalau tak..mampuslah kau fia..!! " anne merenung tepat kearah anak mataku..

'' iya..? sebenarnya malam tue aku mimpi.. mimpi tue aneh sangat.. hazwan naik kapal tinggalkan aku.. aku nak ikut tapi rizal halang.. aku tak sedap hati bila memikirkan mimpi malam tue anne.. aku takut ada apa2 yang jadi kat hazwan.. haaa..aku call dia pun, tak ada sesiapa yang jawab... anne..aku takut.. ''

'' ishh..mimpi tue mainan tidur fia.. lagipun time tue kan fia demam.. badan fia lemah.. syaitan ganggu fikiran fia..! ''


'' tapi... macam real..'' aku cuba meyakinkan anne. mimpi tue seperti membawa satu maksud yang ingin disampaikan padaku.. cuma aku tak bijak untuk menafsirnya..

'' haaa..hari tue hazwan ada datang jenguk fia.. tapi fia tidur.. aku suruh kejutkan tapi dia kata tak payah.. takut menganggu fia berehat.. ''

'' dia datang seorang? atau dengan ayu? '' tanyaku..
anne melihat aku dengan ekor matanya..

'' aku tanya jer laa.. takder apa2 maksud ok.. '' aku menjelaskan..
jelingannya cukup buat aku mengerti.. mesti dia curiga..

anne sengih.. akhirnya dia menjawab..
'' dia seorang jerk.. hmm..aku tak kata pun fia ada maksud tanya macam tue.. ''

'' alah..yang jeling2 tue kenapa? '' aku mencubit anne..

'' ouchhh..! sakit lah.. aku jeling pun salah ker? '' dia mengusap tangannya yang kini berwarna merah bekas bisa cubitanku.. padan muka..hehehe..

'' salah..! nanti jadi juling..! '' aku ketawa.. matanya terbeliak memandang aku... marah ke?

'' haaa..lupa nak bagitau. dia cakap dia nak balik indonesia.. jenguk saudara mara mak dia.. rasanya, dia bertolak pada malam selepas dia jenguk fia hari tue.. it's means.. dia dah bertolak 3 hari lepas.. malam isnin.. hmm..tapi dia tak cakap pulak bila dia nak balik sini.. ''

'' iya..? patutlah fia call tapi tak dapat pun.. siapa bagitau aku sakit? '' sekali lagi aku meminta kepastian.. yang aku tahu, aku sedikit hampa apabila mendengar berita tersebut.. aku tak dapat pun hantar hazwan kat airport.. not even say goodbye.. sedihnya..

'' yelah..mimie yang bagitau hazwan.. kebetulan jumpa dia kat bus stand.. eh fia, nak dengar cerita tak? ''

'' rizal hari tue cemas sangat bila kitaorang bagitau fia meracau2 dalam bilik.. tak sampai 30minit dia dah sampai.. selamba jer dia tendang pintu tue bila kitaorang cakap fia kunci pintu bilik... haa..time nak gi klinik pulak, bapak laju dia bawak kereta.. kami macam nak mati tau tak! cuak giler.. baik fia nasihatkan dia tue.. nasib baiklah selamat jugak sampai kat klinik.. kalau tak..kita sampai kat hospital besar la jawabnya.. " anne beriya-iya bercerita..

huh..belum sempat pun aku jawab nak dengar atau tak cerita dia tue, dia dah cerita dulu.. apelah anne nie...kalau macam tue, lebih baik takyah tanya aku tadi...

'' kau tak tahu fia.. risau sangat dia time tue sampai dia sanggup ponteng kuliah.. dari pagi sampailah time fia sedar hari tue dia duduk jer teman fia kat tepi katil..
tak makan.. tak minum.. sampai aku pun naik risau.. nasib baik kau sedar petang tue.. kalau tak..mungkin dia taknak berganjak dari tempat duduk tue.. '' anne menghalakan muncungnya kearah kerusi diduduki oleh rizal tempoh hari..

'' yeker? sampai begitu sekali... buat apa anne nak risaukan dia? aku yang sakit time tue kau tak risau..? uisshh...yang aku hairan tue, dapat jugak dia angkat aku ek... aku dapat bayangkan macam mana dia angkat aku naik tangga..hahaha.. mesti lucu.. '' aku ketawa sekuat hati..

mata anne sudah membulat.. alamak! dia dah naik geram.. matilah aku...

'' ehemmm... '' satu suara yang berdehem menyebabkan tawaku terhenti... aku berpaling kearah suara itu..begitu juga anne...

'' owwhhh.. mengumpat rizal yaa.. '' dia berdiri dihadapan pintu.. nampak segak sekali hari nie dengan kemeja biru dan berseluar slack hitam.. kalau dia bawak briefcase, pakai neck tie and kot.. masti nampak macam ahli perniagaan..hehe... hmm..dia nie baru balik kuliah agaknya..

'' wow.. rizal nampak hensem hari nie.. anak tan sri mana nie? '' gurau anne.. aku dah berusaha menahan gelak.. btol gak.. anak tan sri mana lak datang nie? hehe..

rizal tidak menjawab.. dia tersengih jer kat depan pintu...

'' wei..macam mana rizal masuk.. rasanya pintu kat luar tue kunci.. '' kening anne berkerut merenung rizal.. dia menggaru-garu kepalanya yang semestinya tidak gatal..

'' ape pulak kunci.. kalau kunci taklah aku dapat masuk.. haaa..nasib baik aku yang masuk.. kalau pencuri, perompak, perogol, peragut ker yang masuk... macam mana? korang jugak yang susah.. dahlah semua perempuan.. pintu kena selalu berkunci.. haa...dapur gas kena selalalu tengok2.. siapa masak air tadi..? dah mendidih tapi takder siapa yang tutupkan api tue.. aku jugak yang tutupkan.. jagalah keselamatan tue sikit.. '' balas rizal selamba.. nak bagi ceramah kepenggunaan la pulak.. tapi..memang betul pun cakap rizal tadi.. safety first! hehehe..

'' yelah..yelah.. '' anne gigit bibir.. geram kena bagi ceramah free..!

'' haa.. macam tue la.. '' rizal senyum puas.. aku tahu dia sengaja usik anne..

'' haa..macam tue la.. '' anne mengajuk ayat rizal dengan nada mengejek..

'' laki ngan bini sama jerk.. '' kata anne lagi.. selepas itu, dia cepat-cepat berdiri dan berlalu pergi.. mesti dia malas nak dengar cakap rizal.. sempat jugak dia menjelirkan lidahnya kepada rizal dimuka pintu.. haha.. nakal..!

'' ehh..potong lidah tue baru tahu..! '' usik rizal lagi.. anne semain galak menjelirkan lidahnya lantas menghilang disebalik pintu.. aku cuma ketawa geli hati..

'' how do you feel today my princess? '' ucapnya sambil duduk diatas kerusi.. aku pulak duduk bersila diatas katil.. dah lenguh badan nie asyik baring jerk..

tiba-tiba dia menghulurkan sekuntum bunga ros berwarna merah.. wow..my favourite color.. '' for you dear.. ''

ehh..mana pulak datangnya bunga tue? tak nampak pun dia bawa tadi.. dalam kehairanan, aku capai jugak bunga itu lalu menciumnya.. bukan cium rizal tau..tapi cium bunga tue la.. =p hmm..sweetnya.. rasa macam nak peluk dia jerk..hehe..

'' erm..fisya dah sihat dah..and thanks sayang 4 this sweet flower.. i love it.. ''

'' love bunga tue jer ke? orangnya? '' dia mengenyitkan mata..

'' orangnya tak..! '' aku senyum.. orangnya pun love jugak lah..hehe..

rizal meraba dahiku, kemudian beralih ke tengkuk.. selepas itu, kelihatan dia mengangguk-angguk perlahan..

'' hmm..panas dah kurang.. nie dah makan ubat ke belum? '' eleh, macam doktor la pulak dia nie ek..

aku mengangguk.. padahal, aku belum pun makan ubat lagi... rasanya dah tak payah makan ubat.. esok-esok baiklah.. lagipun aku nie memang tak suka ubat.. pahit..!!

'' haa..nak tipu la tue.. bukannya rizal tak tahu.. fisya nie payah sikit nak disuruh makan ubat.. ''

alamak..kantoi la pulak.. '' dah makan la.. tapi semalam.. '' aku menjawab..

'' orang tanya hari nie sayang.. bukan semalam.. ''

'' alah..tak cakap pun tanya untuk hari nie... '' aku buat suara manja..

'' fisya tak makan lagi la.. macam mana nak makn ubat.. '' sambungku..

'' haa..rizal ada masakkan bubur.. '' lebar senyuman rizal..

'' masak sendiri atau mak masak? '' soalku membalas senyumannya..

'' rizal masak sendiri la.. tapi kena panaskan dulu.. sebab bubur nie rizal masak sebelum pergi kuliah pagi tadi.. dah sejuk agaknya.. '' balas rizal.

terharu aku dibuatnya...

'' wei..siapa masak bubur nie? tak reti-reti nak tutup api ker? jagalah keselamatan tue sikit..!'' sergah anne di muka pintu.. rizal tergamam...
hahaha..anne memulangkan paku buah keras.. tadi rizal yang bagi ceramah kepenggunaan.. kali nie anne pulak..!

' amboi... mak nenek balas dendam...! '' pandangan mataku mengekori kelibat rizal yang berjalan menuju ke arah dapur..

tidak lama kemudian, dia muncul bersama semangkuk bubur.. aromanya cukup membangkitkan rasa.. membuat aku rasa lapar pulak..
tanpa disuruh dia menyuapkan bubur itu kemulutku.. aku tidak membantah.. selepas beberapa suapan, aku mengeleng..

'' kenapa makan sikit sangat? '' tanyannya dengan nada kecewa..

'' maafkan fisya.. tapi fisya betul-betul tak selera nak makan..'' jawabku untuk tidak menyakitkan hatinya..

dia angguk sambil meletakkan mangkuk itu diatas meja..

'' ermm..esok fisya dah mula kerja.. dah inform kat supervisor pagi tadi.. '' aku senyum memandang rizal..

'' kenapa cepat sangat nak kerja? rehatlah dulu.. tunggu demam tue betul-betul sembuh.. '' haaa..dia dah mula dah dengan ceramahnya.. muncung aku dah mulai memanjang..

'' 4 hari rehat takkan tak cukup? lagipun, kalau asyik tidur jer macam mana nak sembuh? dah sihat dah nie.. ahh..tak kira. esok nak kerja jugak! '' aku berkeras.. kalau nak ikut cakap dia, sampai bila-bila pun dia suruh berehat..berehat..dan berehat lagi.. bosanlah..!!

'' huhhhh... '' dia mengeluh.. baru saja dia mahu membuka mulut, aku dengan pantas memotong...

'' haaaa...pintu bilik fisya tue bila nak baiki..? memandai jer rosakkan pintu tue..! sekarang dah tak boleh kunci..! '' aku memasamkan muka..

'' amboi garangnya... baru sembuh demam dah pandai buat muka masam ye.. eeeiii..kalah masam buah mempelam tau.. '' guraunya.. kemudian dia senyum..
senyum menyindir la tue..

aku mencebikkan bibir.. '' biarlah masam... kalau tak suka janganlah tengok! ''

'' ehh..siapa cakap tak suka.. '' tangannya mahu mancuit hidungku.. tapi aku lagi pantas.. tangannya aku dah cubit dulu.. hahaha..!

'' wahh..tak aci nie.. apapun, memang terbukti dah sihat.. sebab..dah terserlah kenakalannya... '' dia sengih sambil mengusap tangannya.. padan muka!

'' biarlah nakal.. tak salah kan? bukannya polis tangkap pun.. '' aku menajwab..

'' yelah..yelah.. tapi jangan lupa...temujanji dengan doktor isnin nie.. '' dia cuba mengelak dari terus bertekak denganku..

aku mengaru kepala.. '' dah sihat buat apa jumpa doktor lagi..? ''

'' hisshh..rawatan susulan tue kan penting.. manalah tahu fisya bukan kena demam biasa.. kena demam rindu ker.. hehehe..''

aku tarik muka melihat tawa rizal.. eee..geramnya aku tau tak..!

'' nway..ahad nie rizal baiki pintu tue ok? kalau nak buat pintu nie macam pintu gerbang pun boleh..'' kali ini aku tidak sempat mengelak. hidungku sudah menjadi mangsa cubitan rizal.. alah, tak sakit pun.. cubit-cubit manja.. tapi aku pura-pura merajuk.. saja nak minta dipujuk.. cewahh...hehe!

bila masuk bab cubit-mencubit nie.. aku teringat pulak kat hazwan.. kat sekolah dulu, dialah yang jadi mangsa cubitan tangan nakal aku.. entahlah..aku memang suka cubit dia.. memang seronok sangat.. bila dia pun dah mulai melawan.. aku jugak yang jadi mangsa.. haa..riuh-rendah satu kelas dibuatnya.. semuannya, gara-gara aku kejar dia sebab dia cubit pipi aku.. geram! tapi, aku manalah dapat kejar dia.. atlit sekolah lah katakan.. sudahnya, aku tercungap-cungap kepenatan dan dia pakat dengan donny ketawakan aku.. xper..xper.. ada hari aku balas!

hmm..hazwan memang selalu buat aku sakit hati.. hari tue, dia, donny dan kawan-kawan dia dari kelas sebelah simbah aku dengan air.. habis uniform sekolah aku basah lecun.. rupannya anne, judey dan mimie pun ikut bersubahat.. lepas saja aku disimbah dengan air, diaorang serang aku dengan tepung pulak.. betul-betul aku dah macam nak menangis.. tapi aku sikitpun tak marah hari tue.. bukan sebab apa.. tiba-tiba saja diaorang nyanyikan lagu ' happy birthday ' untuk aku.. and hazwan jadi pemain gitarnya..

huh..hari tue rupannya birthday aku.. diaorang kata tak boleh marah.. so, aku tak jadi nak nangis, tak jadi nak marah, tak jadi nak buat apa-apa.. hmm..nasib baik dah tamat waktu persekolahan.. kalau tak..aku nak mengamuk sakan jugak kat diaorang.. yelah, macam mana aku nak belajar dengan keadaan macam tue..??
akhirnya, aku jadi perhatian bila balik asrama dengan badan yang penuh dengan tepung.. tapi..aku tak peduli sebab..

'' birthday girl nie, comel dan seksi sangat hari nie.. macam princess snow white.. ''

hazwan yang cakap macam tue kat aku.. comel ape? dah macam hantu jer aku dibuatnya.. seksi? haa..siapa suruh simbah aku ngan air.. snow white? bukan..
princess tepung putih sebenarnya.. haha.. tapi sebab kata2 itulah aku dengan selambanya jalan balik asrama.. diiringi lagu ' happy birthday.. ' versi kitaorang..

happy birthday to you
always glad knowing you
and forever be with you
cuz you know we love you..

petang tue, kitaorang keluar pegi pekan and celebrate.. tak ada party besar-besaran, tak ada kek besar, cuma makan kfc jerk... itu jerk yang termampu..
aku, diaorang yang belanja.. yang lain tue, minta maaflah..kena bayar masing-masing.. aneh kan? sepatutnya aku yang kena keluarkan duit and belanja kawan-kawan aku sebab ini birthday aku.. tapi, memang beginilah tradisi kitaorang.. yang diraikan tak payah keluar duit.. tapi yang meraikan.. kena keluar duit masing-masing..

biasalah, student.. manalah ada duit sangat.. ini pun nasib baik ada duit biasiswa.. kalau tak, tak merasalah kitaorang makan kfc.. anne, judey dan mimie belikan bantal merah kecil berbentuk hati yang bertulis ' i love you ' untuk aku.. sweet sangat.. donny bagi aku frame kecik..comel.. hazwan bagi gelang..cantik.. kawan2 lain ada yang bagi kad, music box.. semuanya cute2 belaka.. tapi..aku tak pentingkan hadiah.. aku lebih suka macam nie.. berkumpul dan bergembira beramai2.. lagi best daripada terima hadiah tapi orangnya tak menunjukkan diri pun.. tak ada maknanya.. tak feel.. biar serba sederhana tapi best and seronok..! kan?

lagipun, harga persahabatan tak ternilai tau tak.. atas dasar persahabatan jugaklah, kami beramai-ramai didenda sebab balik lewat ke asrama.. didenda membersihkan dewan makan asrama selama seminggu..!! kesian kan? hehe!

ahh..manis sungguh kenangan tue.. rasa macam nak balik semula ke alam persekolahan.. aku senyum.. senyum selebar-lebarnya..

'' ehh..senyum sorang-sorang pulak.. '' perli rizal.. aku mencebikkan bibir.. suara rizal mengembalikan aku ke alam realiti.. realiti dimana aku bukan lagi bergelar budak sekolah.. tapi bakal bergelar mahasiswi.. suatu hari nanti..insya allah... but god..i miss that moment so much.. aku nak jadi budak sekolah lagi..!!!

'' oklah.. what should i do to make my princess feel better? ''

bulat mata aku memandangnya... '' nak kuar.. makan kfc and kek.. '' laju aku menjawab..

'' amboi.. betul nie? '' keningnya sudah berkerut..

'' tadi kata tak selera..''

'' tadi lain.. sekarang dah ada selera.. '' aku senyum penuh makna..

'' tak suka ker rizal masak? '' tanyanya serius..

'' ehh..siapa kata tak suka.. suka sangat tau.. lain kali fisya nak rasa lagi masakan rizal.. but..kali nie jangan letak garam lebih sangat tau.. ''

rizal terdiam.. kemudia meledak ketawanya.. '' bubur tadi ? ''

aku mengangguk.. dia ketawa lagi.. ntah apa yang lucunya.. bubur masin pun lucu ker?

'' itulah masakan orang mengantuk.. '' dia menjawab persoalanku..

kesiannya.. mesti dia terpaksa bangun awal dan memasak untukku... dalam diam aku menghargai kesungguhannya..
sekurang-kurangnya aku tahu.. mahu jugak dia kedapur untuk memasak.. yelah, lelaki kan malas masuk dapur.. masuk dapur pun atas sebab-sebab terpaksa,
iaitu sebab dah lapar sangat dan dah tak cukup budget nak makan kat luar.. betul tak?

'' takper.. thanks sebab susah payah masak untuk fisya.. tapi..jomlah gi makan kfc.. mengidam nie.. '' aku dah merengek diatas katil.. nak sangat makan kfc..

'' as your wish my princess.. jom kita keluar.. tapi isnin nie kena jumpa doktor tau..! ''

'' yeahhh... '' dan kali ini aku mengangguk sambil menjerit dan melompat kesukaan..

anne dari luar memandang dengan senyuman meleretnya.. alah...takkan anne nak jelez kot... walau bagaimanapun, aku tahu.. dia... dia.. dia... sukakan...
aku bersama rizal...hehehe!

--------------------end part 14------------------------

__________________
"nama saya Rain~"
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard