Peristiwa ni berlaku masa aku nak exam SRP. Kampung yang dulu terpencil kini diduduki oleh ramai penghuni yang lain. Biasalah...duduk kampung...ada orang penuh dengan hasad dengki kat keluarga kitorang. Tak tau pasal apa dia dengki sangat. Nak kata aku ni orang kaya tak jugak, buat pedajal kat dia pun tak jugak tapi..ntah..!!! Apa jenis bangsa agaknya. Ada je yang tak kena kat mata dia. Yang aku tau dia tak puas ati ngan mak aku. Apasal ntah..mak aku tak pernah sakitkan hati orang.
Mula2 peristiwa biasa2 yg kena. Aku tido rumah atas. Biasa, familii aku jenis tido bersepah tak asik tido dalam bilik. Aku tido kat bilik sebab meja study aku semua dlm bilik. Bila malam aku sedar yang lantai papan tu bergegar macam ada orang berjalan. Nak kata sape2 berjalan tak jugak tapi terasa bergegar. Aku bangun dan tengok kat luar...dan check kat serambi..takde apa2. Baru nak terlelap sekali lagi bunyi org berlari kat serambi. Aku malas nak layan dan tido terus. Aku tanya mak aku, dia kata semangat rumah. Pelik...?? Sebelum ni takde pun..Hampir tiap2 malam aku tersedar dengan gegaran tu. Dah tu dengar org ketuk pintu kat serambi. Time tu aku tak pikir apa2 dan buat tak tau. Besoknya masa nak mandi perut dan tangan aku rasa pedih. Sekali tengok ada kesan cakaran macam cakaran kucing. Panjang plak tu. Yg aku tau kucing aku semuanya baik2. Bila orang tido dia pun tido gak.Aku abaikan aje.
Dalam 2 minggu tu, aku ingatkan aku sorang je yang kena cakar rupanya abang aku kena, kakak aku kena. Bapak aku bengang dan tak pasal2 kucing yang ada semua tido dalam reban tapi maih lagi berlaku cakaran tu. pelik. Mak aku pergi menengok kat bomoh dan dia kata ada org nak takut2kan keluarga aku. Kalau 1 bomoh kata camtu mungkin tipu tapi dah 5-6 bomoh kata benda yang sama dan lokasi yang dinyatakan menuju ke rumah jiran depan yang baru pindah. Keluarga kitorang sabar lagi.
Malam tu, time tengah teongok TV, tiba2 ada seekor pelesit berterbangan kat dalam rumah. Abang aku tangkap tapi tak dapat. Mak aku kata sebat dengan penyapu kasi suwey sikit. Memang pun..sekali libas terus melekat kat penyapu. Dah tu abang aku masukkan dia dalam botol. Lain macam je pelesit ni. Kaler hijau kuning dan bentuk dia pelik sikit siap ada tanduk. Seawal pagi time aku nak gi sekolah, tiba2 jiran depan rumah tu datang. "..Ada nampak belalang aku tak...semalam dia terbang kat rumah ni. Aku rasa macam dia kena kurung dalam botol..".Wahhh...macam tau2 je. Dah tu ada hati nak tunjuk muka mintak balik. Mak aku kata takde..Dia bengang dan sambil jalan dia ludah kat tangga rumah. Aku tengok pun rasa nak je seret dengan tali beg sekolah ni.
Malam tu mak aku tersedar, dia ternampak kelibat orang berbadan hitam melangkahnya sewaktu dia tido. dah tu selalu dia nampak bayang orang kat cermin tingkap tengah peratikan dia..Kadang2 baru mak aku nak tido dia rasa macam kena sergah..Bila dia tertido, mak aku mimpi, mamat yang mintak "barang" datang dengan muka yang hitam legam dan muka bengis. Mak aku lari dan dia bertukar jadi anjing hitam dan kejar mak aku dalam mimpi dia. Bila mak aku baca surah Kursi, anjing tu terpelanting macam kena tendang.
Kakak aku yang kena cakar dulu tu asik kena kacau time dia balik keje malam. Bila balik je ada orang tunggu kat tangga sambil peratikan dia. Abang aku selain kena cakar ngan "kucing" tu dia pun kena tegur masa tengok TV sorang2. Ada orang panggil nama dia tapi bila dia tengok takde.
Akibat terlalu banyak gangguan yang berlaku, kitorang satu famili nekad untuk pulangkan balik semua tu pada tuannya. Solution yang bomoh tu cakap simple je. Ambik sampah laut iaitu daun dan ranting pokok lepas tu bakar macam bakar sampah. Biar asap masuk ke rumah Malam tu takde gangguan. Syukur..Tetapi malam tu jugak...kakak aku mimpi yang dalam mimpi tu kat serambi rumah ada satu mayat hitam legam, seko kucing yang juga hitam legam seolah2 kena bakar sampai rentung. Yang ada time tu adalah seekor anjing yang tengah peratikan dua makhluk terbujur kaku.
2 hari lepas tu mak aku buat tahlil dan bacaan Yaasin kat rumah dan sejak dari takde lagi gangguan. Yang peliknya sehari lepas tu jiran depan rumha tu pindah. Tak nampak pulak bila dia pindah..Tau2 je dah takde. Kami semua menarik nafas lega. Mak aku cakap kalau kita dipihak yang benar Insyaallah, Allah akan membantu. Menjadi kemusykilan sekarang ialah kalau betul mimpi kakak aku tu, maknanya ada seko lagi tak mati iaitu anjing tu. Kata bomoh, "benda" tak boleh nak ikut tuan dia balik sebab tuan dia dah tanam sesuatu kat laman rumah aku. So far..takde apa2 yag berlaku. Syukur
Bila pikir2 balik...bilik aku dekat ngan serambi...dah le gegaran tu kat serambi...kakak aku mimpi benda tu mati kat serambi....eeeee...seram aku kenangkan balik...
------------------------ nih cerita copy.bukan aku yg kena ok??
aik!!! dunia serba moden cam nie pun nak dengki mendengki!!>.. ape lah..ape barang dengki mendengki!!...baik amik B0M..letup kan je umah yang wat kat k0 PHIA!!...ish2...alang2 dah meletup..terkenal gak satu malaysia....
bkn smua org melayu cm tu lh koffin..kta yg bkn mlyu pun ada yg cm tu..cm bpak aqu punya kes..ushhh..bkn org lain yg dengki..tp mak cik aqu sndr..kakak kpd mak aqu..dr dulu smpai skrg,msh juga dengki2 kat kmi 1 fmily..dh lah dia suka main curi brg org..ngeh3..so koffin.jgn ckp smua melayu cm tu..ada jga yg baik.. mcm kta juga,ada yg baik ada yg buruk..
betul betul betul contoh mcm aku la... Dah la kaya dengan budi bahasa...baik budi pekerti...takde perasaan hasad dengki... Di tambah dengan hensem n macho plak tu...
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi
oiii papedom...kemain lagi galak muji diri yer..hhahaha aku nk nompang due kaki... aku pon sangat rich ngn budi pekerti...hahhaha hahha tiada hasad dengki....sikit2 tu kadang ade la... kaco opismate aku ni..hhahaha
kalo stakat dengki mendengki tu, bkn stakat manusia.. jin ngn binatang pun tau dengki.. oleh yg demikian, jgnlh kita terlalu mengecop atau melabel kedengkian itu milik mutlak org melayu.. org lain pun dengki jugak, cuma saje je diorang tk nk kasi tau... kalau tk pecaya, cuba tanya ngn bush, ariel sharon, dn sekutu2 diorang...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
kofin ko kate mlayu mmg iri hati??? kang ko kne marah dek mat the gediks.. huhuhuhu... die tu bengis cket... =p
Mungkin si koffin a.k.a Muhammad Ariff Nordin nie keturunan bangla kot... Tu die seselambam jer kutuk orang melayu... apa ada hal, bkn keturunan die...
-- Edited by Mat tHe MatiCs on Wednesday 29th of August 2012 07:25:07 PM