Asrul dan Eniey merupakan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh dan merupakan sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta.Kisah cinta mereka menjadi bahan bualan di sekolah tersebut kerana Asrul merupakan ketua pelajar dan Eniey merupakan pelajar perempuan tercantik di sekolah itu.
Namun kisah cinta mereka mula tergugat apabila Asrul mula meng'usha' pelajar2 junior yg baru masuk ke sekolah itu.Berita kecurangan Asrul sampai ke pengetahuan Eniey.Namun kerana sayang,Eniey tidak menghiraukan berita itu dan menganggap itu cuma satu berita yang ingin memisahkan mereka.Namun Eniey tidak mendiamkan diri begitu saja.Dia cuba menanyakan perkara itu kpd Asrul.Dan jawapan Asrul adalah........."Dia cuma adik angkat saya..."
Mendengarkan jawapan itu,hati Eniey menjadi lega.Namun kelegaan itu tidak lama apabila teman baik Asrul sendiri mula membuka rahsia yg disembunyikan oleh Asrul.Dan rahsia itu bukan lagi rahsia tatkala Asrul sendiri mengakuinya bahawa adik angkatnya itu sebenarnya adalah kekasih baru Asrul.Alasannya....."Awak terlalu cantik untuk saya..."
Berita putus cinta antara Asrul dan Eniey mula tersebar.Sehinggakan separuh drpd pelajar perempuan di sekolah itu mula memulaukan Asrul dan kekasih barunya itu.Eniey sendiri mula memusuhi Asrul serta kekasih barunya.Pantang berjumpa,ada sahaja kata2 kesat yg dilemparkan kpd mereka berdua.
Namun pada suatu hari,Eniey telah mendapat satu berita yg mengejutkannya.Rupa2nya kekasih baru Asrul itu mengidap barah tulang dan hanya menanti masa sahaja.Perasaan bersalah mula bersarang di hatinya.Namun sikap ego yg wujud dlm dirinya menjadi penghalang untuk dia bersemuka dengan kekasih baru Asrul untuk meminta maaf. Sehinggalah kekasih baru Asrul menghembuskan nafasnya yg terakhir,Eniey tetap dgn egonya.
Selepas kematian kekasih barunya,perasaan bersalah makin menebal dlm hatinya.Setiap tutur kata yg dilemparkan kpd arwah menjadi igauannya.Untuk menghilangkan rasa bersalah itu,Eniey telah bersedekahkan ayat2 suci Al-Quran setiap kali selepas sembahyang.
Kehidupan Asrul mula diselubungi kesunyian.Dia tekad untuk merebut kembali hati Eniey.Namun tidak semudah itu untuk Eniey kembali ke pangkuan Asrul.Bak kata pepatah "Air yg diludah,tidakkan ku jilat kembali"...
Dan setiap kali Asrul merayu dan meminta maaf,dgn tegas Eniey menjawab..."Tiada maaf bagimu...."