Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan atau sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia tentang minuman ringan Coke Coca Cola.
Di kebanyakan negeri US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gelen air Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Macam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi air Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Bagi mencuci tandas - Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian flush. Kesan kotoran atau hampas akan hilang dari tindakan citric asid yang terdapat dalam air Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome - Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan air Coke. Kesannya, karat akan hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan corrosion atau hakisan pada skru dan nat bateri kereta - Tuang saja setin air Coke pasti kesan hakisan akan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat - Sekali lagi tuang setin air Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak atau melekit dari pakaian - Tambahkan setin air Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian, bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu, kotor dan melekit? Celup tuala dengan air Coke dan kemudian lap. Pasti bersih. Tidak perlu guna tin sembur untuk mencuci cermin kerana ia amat mahal.
Bahan aktif Coke ialah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air Coke dalam lori tangki (bukan lori yang bawa air Coke siap dalam botol atau tin), pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis Bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak atau parking kereta anda berhampiran dengan lori tangki yang ada tanda amaran itu.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori dan trak mereka sejak 20 tahun. Wah, mesti buat overhaul ni!
Kandungan gulanya ialah 18 sudu cawan teh bagi setin Coke. Cuba bancuh kopi atau teh dengan kandungan 18 sudu gula kat rumah dan minum. Mesti termuntah tetapi jika tambahkan citric asid, mesti muka anda akan tersenyum. Tambah pula dengan ais. Wah! Rasa macam minum air Coke yang berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan bagi para pekerja buruh. Seperti candu yang dibawa masuk ke China dahulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca (cocaine) dan kacang Cola. Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ke tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk air Coke, pasti gigi itu akan hilang atau lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, cubalah cara ini. Mungkin gigi anda itu boleh hilang.
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama je. Anda minum Caffein, tetap bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, ada antara peladangnya yang menggunakan air Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Sesiapa yang ada tanam pokok cili kat rumah, bolehlah sembur air Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pergi ke Mekah, boleh confirm kot?
Jadi sambil-sambil kita minum air Coke, bolehlah juga cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dan lain-lain. Rupa-rupanya air Coke ini boleh dijadikan bahan gantian jika bahan pencuci, pelincir atau penghakis habis kat rumah. Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri di rumah jika tidak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa kat sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati. Nak minum ke tak?
__________________
Walau pun kita punyai kekasih,
tapi teman tetap paling setia...
Walau pun kita punyai harta yang banyak,
teman tetap paling berharga...
aku dah lame dah tau pasal nie... tu pasal aku beli bertin-tin ayo coke, kegunaan die mcm, kadang2 aku cuci kete, lap tingkap.... jimat pe.... belilah coke untuk membasuh - jgn diminum.
huh... air coke ni aku buat basuh berak je.... bersih terus punggung aku... abih semua bahan2 yang ada dalam tu dihakisnya... betul... tak caya cuba try... nescaya lepas ni anda berak tak lawas
cayee...ape tak caye plak..tu,tgk abih ko punye bdn, ayo coke tu ko wat sabun skali kan..tu yg takde mende tinggal tu...punyela kedekut taik idung masam masin tul ko nie rie..
Dr.TheMask : wahai adik adik yg disayangi ...Air tin tidak baik untuk kesihatan adik2 kerana air tuh mengandungi karbonat yg tinggi
TheMasK : ow betol ke ...abis tuh nak minum air ape? jus ? air lonkang? air logi?
Dr.TheMask : bukan laa ...kite sebagai manusia mestilah minum air masak....yg direneh oleh api ... kita diminta minum 7 gelas 1 hari bagi pendarahan berjalan dengan lancar ...so semoga cube ..
TheMasK : abes tuh ..kalo raye nanti ...orang datang raye x kan nak kasik air masak je ....mesti lah orang pakai air berkarbonat jua ...
Dr.TheMasK : itu saye tahu ..tapi ..kena minum gak ..perot boroi pun x pe janji sihat
The Mask: patot la perut Dr Boroi wakakkakakaka ......