Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah adik & kakak


Senior Member

Status: Offline
Posts: 271
Date:
kisah adik & kakak


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
> aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang
> menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket
> seluar ayah.
> >
> Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
> Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar
melihat
>
> rotan panjang sedepa di tangan ayah.
> >
> "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
> >
> Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata
> ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
> >
> "Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah
> sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang
> aku.
> >
> Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
> tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
> >
> Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata
> itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku
> gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun
> airmata adik tak tumpah.
> >
> Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
>
>
> "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
> perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
> >
> Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.
> Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun
> adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi
> kesakitan yang mencucuk-cucuk.
> >
> Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap
> aku yang takut berkata benar.
> >
> Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya
> lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
> >
> Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
> >
> Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan
> aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran
> belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung
> pelajaran ke peringkat pra-universiti.
> >
> Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu
> di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita
> cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
> >
> "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
>
>
> "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
> >
> Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah
> dan ibu.
> "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
> >
> Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya
> dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
> >
> Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa
> yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
> >
> "Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana
> persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
> >
> "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat
> membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik
> tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
> >
> "Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
> >
> Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
> Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di
atas
>
> pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
> tercatat.....
> >
> "Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya
> cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
> >
> Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas
> dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya
memujuk
>
> ayah.
> >
> Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
> "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
> >
> "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
>
>
> Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik
> berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa
> sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
>
>
> Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.
> Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
> >
> Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku
> cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku
> kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
> >
> Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak
> peduli apa orang lain kata."
>
>
> Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
> kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok
> ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
> >
> Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
> dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
> >
> Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
> Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
>
>
> "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
> >
> "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
> luka-luka."
> >
> Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
>
>
> >"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
> >
> "Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil
> dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang
masa.
>
>
> Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
> bekerja keras."
> >
> Apalagi...aku menangis seperti selalu.
> >
> Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
> menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
> >
> "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
>
>
> "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
> ada."
> >
> "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
> >
> "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
> kesedihannya.
> >
> Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah
> ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis
> sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda
> sayangi?"
> >
> Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
> menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
> >
> "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
> ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
> memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
> saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
> kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
> >
> "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan
> apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan
menjaganya
>
> sampai bila-bila."
> >
> Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap
> adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

__________________
http://prepaid4u.net/?id=qamel


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:
RE: kisah adik & kakak


sumpah demi allah...aweks ngaku....aweks nangis..membaca posting nie...
aweks tak tahu kenape...aweks memang sedey........

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1436
Date:

sedihnye citer ni.. iskk..iskk... sob..sob.. btol la..x ramai yg appreciate adik beradik sendiri zaman skrg ni..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

erm...tul tu quil....lain2 semua pk pasal makwe pakwe!!
pada hal!..adik beradik lah paling dekat ngan kite....
aku sedey ar baca p0sting cam nie..tak sangke menitis air mata yang jernih nie....

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

quillaia wrote:


sedihnye citer ni.. iskk..iskk... sob..sob.. btol la..x ramai yg appreciate adik beradik sendiri zaman skrg ni..



Dh2 jgn nagis lg. amek pampers ni, g kesat air mate tu.


Tp kn Q, rasanyer cam dh bace jer cite ni, bukan chikun ke yg posting dulu.



__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Senior Member

Status: Offline
Posts: 153
Date:

tak kisah lah BMW, sape yang posting janji cerite nie memang menyentuh perasaan hati lunari aku...
huhuhuuuuuu sedihnyeeee...
tahniah lah sape yang menulis cerite ini, sama ade pengalaman diaorang sendiri atau rekaan semata mata, diorang telah pun berjaye mengalirkan air dalam hati aku nie...
syabas bete....


__________________
buah cempedak di luar pagar, kenapa tak di dalam pagar??? huahuahua..!!!


Senior Member

Status: Offline
Posts: 256
Date:

peh respek aku.. cite ko mmg sedih ar.. ni yg wat aku tingat kat family aku nie

__________________
chox si kuih


Senior Member

Status: Offline
Posts: 271
Date:

huhuhu...tah hape hape bace cite mcm nie pn nak nangis...iskisk sadis tol.

__________________
http://prepaid4u.net/?id=qamel


Senior Member

Status: Offline
Posts: 144
Date:



rindu kt adek aku.....
dhla 2 beradik je aku ni.....


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:

nak jadi adik aweks... nak jadi adik aweks.. nak aweks jadi awek..

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1209
Date:

chikun wrote:


nak jadi adik aweks... nak jadi adik aweks.. nak aweks jadi awek..


ades chikun dah jadik giler ....dapatkan aweks menerimanya??? kita tunggu keluaran tahun depan

__________________

ImPoSiBle Is NoTHinG



Super Member

Status: Offline
Posts: 1719
Date:

sodih bebenor cerita nehh..teringat lak aku ngan adik ku yang bernama jowo..pass ke tidak ujian dia..kalo ko tak pass..aku cakap


"jowo!kamu sudah melampau"



__________________
"nama saya Rain~"


Senior Member

Status: Offline
Posts: 303
Date:

ahhhh sedisnyeeeeeeee...habis segulung tisu tandas basah oleh airmata wulan...ohhhhhhh...


moral of d stori...sayangilah adik beradik anda...jgn buang air mata untuk pakwe anda.... 



__________________
wulan dah dewasa.. wulan dah pandai bawak keta..awak nak jadi kawan wulan? meh le kawan ngan wulan..nak tak..?
an


Senior Member

Status: Offline
Posts: 118
Date:
RE: kisah adik & kakak


huhukk...cedih2...sob2..eh..terlap air mate ngan kain lap meje makan pulak..

__________________
study = no fail ---(1)
no study = fail ---(2)

(1)+(2)
study+no study = no fail + fail

factorise
study(1 + no) = fail(1 + no),

hence, study = fail ..
Ain


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
RE: kisah adik & kakak


susah dah nak tgk keakraban adik beradik zaman ni.. kat kampung2 mungkin aa.. tapi kat bandar sume hidup cam tak de adik beradik.. dah kurang respect antara satu sama lain.. pastu bilik pun sorang satu... nak2 pintu bilik sentiasa tutup jek... haiiii...

tapi, alhamdulillah saya bahagia & seronok tinggal serumah ngan adik beradik lain sejak jadi yatim piatu...

-- Edited by Ain at 10:39, 2006-11-17

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 603
Date:
RE: kisah adik & kakak


sedih la.... bagus la coz citer nie bleh bg org insaf....

__________________
.::: BABY I'M BACK :::.


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

chikun wrote:

nak jadi adik aweks... nak jadi adik aweks.. nak aweks jadi awek..



uikS....huhuh...awat chikun????
erm..nak aweks jadi awek eh??? buleh2...
tapi kene cerai kan dulu parieysa!! asya!!! cactus!! el0ka dulu!!
baru awek leh jadi aweks chikun!!..huhu

aweks tak rela di madu kan!! walau chikun suke madu lebah!!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

aper sumer ni???ayg x setia kt abg lg ker??klu dah meroyan sesangat kat chikundoq tu pi ler main jauh2 tp blk umah cpt skit tau sblom maghrib...lps jer smayang maghrib kiter g dinner kat dangabay

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

yeah!! yeah!!....j0m chikun!! kite men kawen2...
abg fear aweks bg kite men...tapi nanti balik sebelum jam 12 malam...
sebab lepas jam 12 malam dia nak teng0k t.v3..ahakS....

j0m..j0m..

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

issskkkkk...susah tul nk cari is3 yg btol2 setia kt dunia ni


nasib baik kad atm & visa aku hilang klu tak sure is3 aku kebas sumer duit aku



__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

huhhuu...bukan tak setia!!..
abg tu yang bg kebenaran!!
cube abg tak bagi!!..kan syg tak pergi..

kan ..kan..?

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1366
Date:

yer lar tu..ntah2 kad visa n atm aku ko yg kebas kan??tgk muka pun dah tau!!(kantoi)

__________________

-F34R 15 N0T 4 F4CTOR-


R
-remaja
E-enggan
M-mematuhi
P-peraturan
I-isyarat
T-trafik



Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

teng0k tu!! skit2 tuduh...skit2 tuduh!!..
yang abg letak bersepah kenapa!!
syg tak amik!! tapi syg tolong je..

kang si el0ka nampak kang!! abis dia banje semua!!
untung syg yang amik!! kalau org lain!! abg gak yang susah!!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard