Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Surat Anak Iraq


Senior Member

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Surat Anak Iraq


Surat ni dari tenet mengenai luahan rasa seorg anak Oraq kepada Bush. Harap sume amik iktibar..





Ucapan yang menyayat hati ini telah disampaikan oleh seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di St. Mary's Church di Presque Island, Maine, AS, semasa demonstrasi aman diadakan pada 15 Februari 2003. Ucapan tersebut ditujukan kepada Presiden Bush serta pentadbiran dan sekutu beliau.

Beginilah isinya:

"Apabila anda memikirkan tentang pengeboman di Iraq, akan terbayang di kepala anda Saddam Hussein lengkap dengan pakaian tenteranya, atau mungkin askar-askar bermisai tebal sedang memegang senjata, atau mozek George Bush yang menunggul di lobi Hotel Al-Rashid dengan perkataan penjenayah tertera dengan jelas di bawahnya. Tidak sedarkah anda? Bahawa lebih separuh daripada rakyat Iraq yang berjumlah 24 juta orang itu adalah mereka yang berumur kurang daripada 15 (tahun). Jumlahnya ialah 12 juta kanak-kanak. Kanak-kanak seperti saya. Benar, saya akan mencecah usia 13 tahun, oleh itu ada di antara mereka yang lebih tua daripada saya, dan ada yang lebih muda, mungkin mereka lelaki dan bukan perempuan seperti saya, ada yang berambut coklat, bukan merah (seperti saya). Namun kanak-kanak tersebut tiada beza dengan saya. Dengan itu lihatlah saya - dengan mendalam dan teliti. Kerana sayalah yang seharusnya anda bayangkan di kepala anda jika anda bercakap tentang pengeboman di  Iraq!. Sayalah yang akan anda korbankan.

"Sekiranya saya bernasib baik, saya akan terbunuh dengan serta-merta, seperti 300 kanak-kanak yang dibunuh oleh bom pintar anda di sebuah kawasan persembunyian bom di Baghdad pada 16 Februari 1991. Letupan tersebut amatlah dahsyat sehinggakan garis kasar tubuh kanak-kanak yang terbunuh bersama-sama ibu mereka yang terbakar hangus masih melakarkan dinding tempat berteduh tersebut; anda masih boleh menarik keluar cebisan kulit yang hangus yang terlekat kuat di dinding tersebut - sebagai tanda kemenangan anda.

"Tetapi bayangkan jika saya tidak bernasib baik dan akan mati dengan perlahan, seperti Faisal yang berumur 14 tahun, yang sekarang ini terlantar menunggu masa di wad maut di hospital kanak-kanak di Baghdad. Dia menghidap kanser lymphoma - sejenis barah yang disebabkan oleh bahan sisa uranium yang ditinggalkan oleh peluru berpandu semasa Perang Teluk dulu. Ataupun saya akan mati dalam penuh kesakitan dan teraniaya seperti Mustafa yang berumur 18 bulan. Organ-organ pentingnya telah dijangkiti parasit yang dibawa oleh lalat pasir. Amat sukar untuk dipercayai bahawa penyakit Mustafa mampu dirawat dengan ubat yang berharga hanya AS$25. Tetapi ubat-ubatan seperti ini tidak boleh didapati disebabkan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh anda".

"Atau mungkin juga saya tidak akan terbunuh tetapi akan terus hidup dengan kerosakan psikologi yang tidak boleh dilihat dari luaran seperti yang dialami Salman Mohammed. Dia masih tidak boleh melupakan ketakutan yang dialaminya berserta adik-adiknya apabila anda membedil Iraq dalam tahun 1991. Bapa Salman telah mengumpul semua ahli keluarganya agar tidur di dalam kamar yang sama supaya kesemua mereka akan mati atau hidup bersama. Dia masih lagi dihantui igauan akibat desingan bunyi amaran pengeboman dalam tahun itu".

"Mungkin juga saya akan menjadi anak yatim seperti Ali yang berumur hanya tiga tahun semasa bapanya terkorban dalam Perang Teluk. Selama tiga tahun selepas itu Ali akan ke kubur bapanya setiap hari dan menguis-nguis tanah kubur yang menyemadikan orang yang amat dirinduinya. Sambil menangis teresak-esak, dia akan memanggil ayahnya: 'Jangan risau ayah, ayah boleh keluar sekarang. Orang-orang yang (bertanggungjawab) meletakkan ayah di sini telah lama meninggalkan tempat ini.' Yang sedihnya, perhitungan Ali adalah silap. Nampaknya orang-orang itu akan kembali".

"Ada kemungkinan saya akan terselamat seperti Luay Majid yang ketika Perang Teluk hanya tahu bahawa dia tidak payah ke sekolah dan boleh tidur malam selewat-lewatnya. Hari ini, dia tidak mempunyai pelajaran dan hanya mampu menjual akhbar di jalanan".

"Bayangkanlah jika kanak-kanak ini adalah anak-anak anda - atau anak saudara ataupun anak jiran anda. Bayangkan teriakan seorang anak yang sedang menahan sakit akibat hancurnya salah satu daripada anggota tubuhnya - tetapi anda tidak boleh melakukan apa-apa untuk mengurangkan kesakitan yang dialami ataupun menenangkannya. Bayangkan anak perempuan anda yang menangis kesakitan dicelah rekahan bangunan yang runtuh tetapi anda tidak boleh membantunya. Bayangkan anak-anak anda berkeliaran dengan tidak menentu di jalanan, dalam kelaparan dan keseorangan, setelah melihat anda terbunuh di hadapan mata mereka sendiri.


Ini bukan filem pengembaraan, fantasi ataupun permainan video. Ini adalah realiti bagi kanan-kanak di Iraq. Baru-baru ini, sekumpulan pengkaji antarabangsa telah ke Iraq untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak akan terjejas jika perang berlaku. Separuh daripada kanak-kanak yang ditemu bual berkata bahawa tiada gunanya mereka hidup lagi. Kanak-kanak yang sangat muda pun tahu akan peperangan dan amat takut dengannya. Assem yang berumur lima tahun menggambarkan perang sebagai `senjata dan bom, dan udara akan menjadi sejuk dan panas dan kami akan terbakar hangus'. Aesar yang berusia 10 tahun menghantar mesej kepada Presiden Bush dan mahukan agar Bush sedar bahawa `ramai kanak-kanak Iraq akan terbunuh. Anda akan menontonnya di kaca TV dan anda akan menyesal'.

########################################## #####

Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-! benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
(Al-Isra':12)

"Ya ALLAH ya Tuhan kami, janganlah kiranya Tuhan pesongkan hati-hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk; anugerahlah kepada kami akan rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengurnia"


 



__________________
Father + And + Mother + I + Love + You = FAMILY


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

panjangnya tak larat nak baca tapi surat ini membuatkan hati biskut sedih dan sebak bayangkan lah kalu biskut di tempat dia kan...biskut ini memng tak leh tgk kekejaman tau....waaaaaawaaawaa kesiannya napelah semua ni berlaku........

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard