Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BIODATA IBLIS


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 43
Date:
BIODATA IBLIS


BIODATA IBLIS


Nama :Iblis Laknatullah

Tarikh kelahiran :Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s.

Pejabat operasi :Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Status diri :Fasik kelas pertama

Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia

Agama :Kufur.

Sumber pendapatan :Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah

Tempat tinggal di akhirat :Neraka Jahannam

Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari kiamat

Kawasan :Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Matlamat Perjalanan :Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam

Arah perjalanan :Tiada haluan dan bengkang bengkok

Teman Sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Isteri di dunia :Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya

Ganjaran :Dosa dan kemurkaan Allah

Kaum kerabat :Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Berkomunikasi dengan…Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Modal pusingan :Angan-angan kosong

Makanan kegemaran :Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Tempat pertemuan :Pasar-pasar

Yang ditakuti :Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal

Musuh ketat :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'

Alat perangkap :Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya

Kesukaannya :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Saat ajal :Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Cita-cita :Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Janji-janji :Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Kelemahannya :Bila orang membaca Istighfar

Yang membuatnya menangis :Bila orang sujud kepada Allah s.w.t

Lambang :Sebarang tatu


__________________
Biarlah Rahsia....


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

fuhh.... artis kegemaran dia ni mesti semua artis barat dan timur kan... senang citer semua artis yang lagha kat dunia ni la...

lagi satu... makanan kegemaran mesti yang haram dan minuman kegemaran ialah apa sahaja yang memabukkan...

kenangan pahit dia plak bila sebelah matanya dicucuk oleh nabi sehingga buta sebelah matanya...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard