Bahan2 yang diperlukan: (ini cukup utk buat 4 bekas (medium size tupperware) trifle)
(1).bahan2 buat kek : telur, butter, gula, tepung gandum, serbuk penaik, esen vanilla atau beli kek gulung
(2).satu tin fruit cocktail, asingkan (tapis) sirapnya,
(3).2 senduk tepung custard
(4).satu tin susu cair
(5).1 1/2 gula
(6).1 1/2 tin air (guna tin susu cair)
(7). bahan2 utk buat agar2 (agar2, gula, air, perisa ros/sirap) atau 2 kotak agar2 segera lady’s choice.
Level paling bawah
Potong kek gulung (tebal lbh kurang 2cm), atur dalam bekas. ambil sirap dari fruit cocktail, sudukan sedikit2 keatas kek sehingga kek nampak lembab (jangan sampai basah lejun!). tinggalkan dulu kek...
Level 2 (tengah)
Tuangkan satu tin susu cair dalam periuk, masukkan 1 1/2 tin air, panaskan dgn api perlahan. Dalam mangkuk lain, masukkan dua senduk tepung custard, 1 1/2 senduk gula, masukkan 2-3 senduk susu+air tadi (yg belum panas). kacau sehingga gula & tepung custard larut & tak berketul. Bila susu mula nak menggelegak ,masukkan custard yg dah larut, teruskan kacau sampai campuran custard & susu menjadi likat. tutup api. Tuangkan custard keatas kek, ratakan. Ambil fruit cocktail yg dah ditoskan, taburkan ke atas custard.
Level 3 (atas)
Agar2 ni macam masak agar2 biasa je la, masak agar2 dengan air, gula & perasa ros. Tapi kalau nak senang, just guna 2 kotak agar2 segera lady’s choice (perisa ros), masak dengan 4 cawan air sampai mendidih kemudian tutup api dan tuang agar2 ke atas lapisan custard. Biarkan agar2 keras. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk….. dah sejuk boleh potong & makan….
ala korang ni...kalau bg resepi tu tlg la selitkan sekali gambarnye boleh.. kitorang yg lelaki ni tak dpt nak ramal sedap ke tidak menu tu, kalau nampak sedap nnt bleh la aku suroh bini aku masak...boleh?
gmbr kat atas ni salah 1 kuih triffle..tapi dlm resepi aku kasi tu,x der letak strawberi...klau nak letak strawberi pun boleh gak @ ganti dgn buah lain..buah yg sesuai la..jgn letak buah durian plak...nah viovox,sedap ke x ko rasa..suh bini ko msk skang..tapi kurangkan gula n sirap cocktail tau...ko kan ada kencing manis..
frust..?? x der la melurr...hihi...insya allah,msh dlm perancangan...nnt kalau tiba masanya,asya umumkan pada suma k...ceehh..mcm siti nurhaliza plak komen aku nih..