Hari ini adalah hari Jumaat.. Penghulu bagi segala hari..
Pagi ini aku bangun pagi dengan perasaan yang berbeza dari hari2 biasa..
Ada satu perasaan yang amat menyentuh kesegenap pelusuk hati aku..
Satu perasaan yang sangat halus sehingga membuatkan aku duduk ditikar sejadah selepas solat subuh agak lama berbanding dengan hari kebiasaan ku..
Lama aku berteleku disitu..sehingga aku tidak sedar yang kawan2 ku semuanya sudah bersiap2 untuk kepejabat..tapi aku masih lagi disitu…
Mungkin inilah yang dikatakan hidayah…atau pentunjuk..ntahlah.. tapi apa yang pasti pagi ini perasaan aku amat halus...amat tenang..amat ikhlas….hmm.. itulah yang kurasakan..satu perasaan yang amat kuharapkan setelah sekian lama aku membiarkan diri ku hanyut dengan diri sendiri, hanyut dengan hawa nafsu sendiri, hanyut dengan kemahuan diri sehingga aku hampir lupa tentang perasaan ini..mungkinkah ini adalah keajaiban hari Jumaat???....mungkinkah??
Terlalu banyak cerita yang telah ku lalui dalam tempoh ini, terlalu banyak perasaan yang ku alami, terlalu banyak persoalan yang ku hadapi, terlalu banyak watak yang telah kulakonkan..
Mungkin ini masanya untuk aku menghayati hanya satu cerita, satu perasaan, satu persoalan dan satu watak sahaja supaya jalan hidupku menjadi lebih tenang dan ikhlas