Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedangberenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anakkesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi.
Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidakketahui wahai ibu?".Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnyaterdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu inginsampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh pendita-pendita ikan yangterulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh wargaalam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan....
Suatu hari nanti, anakanda akan beruji dengan godaan-godaanyang mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enaksedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampakoleh mata kasar.
Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazatsehinggakan anakanda tidak terfikir akan apapun kecuali utk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihatmanusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara.""Alam apa itu ibu?""Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akandisentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan akananda akan merasakesakitan di mulut anakanda.
Kemudian, mereka akan tarik anakanda kearah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakandaakan buta... anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahumereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...Kemudian mereka akan membawaanakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumahmereka.
Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelaranakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu takdapat bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu danketakutan."Setelah dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yanghalus itu... manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalamminyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecurdan bertukar warna... Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dandikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihanitu... Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit... ibuberpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu..."Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masihtidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu...
Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengankawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampaklazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dariorang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan matakasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yangtidak yakin dengan ceritaibunya tadi berkata," Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku.... makanan selazat ini tidakakan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....",terlintas nafsu yang dtg menggoda... lalu.. setelah si anak itumengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacingitu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat..
Ssetelah puas cuba melepaskan diri.. si anak ikan tadi berasa kesal dan sedih dlm dirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang benar...cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu.
kesian si anak ikan itu..
moral of the cerita... dengarlah nasihat ibu selagi hayat di kandung badan..
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..