mendiaminya. Mereka tidak mempunyai cahaya mata. Si suami bekerja mencari kayu api. Hasil dari tugasnya itu, bolehlah dia menyara isterinya nan seorang yang teramat disayanginya. Sementara si isteri pula mengambil upah menjahit baju, maka ada jugalah rezeki masuk.
Ditakdirkan tuhan, dugaan mendatang. Suami si isteri tersebut meninggal dunia. Jenazah diuruskan dengan sempurna. Si isteri merasa sedih ditinggalkan bersendirian, apatah lagi tanpa cahaya mata. Tinggallah dia menghabiskan sisa hidup. Namun siapa sangka, oleh sebab terlalu sayangkan si isteri dan kasihan meninggalkan isterinya sendirian. Setiap malam, ‘dia’ melawat isterinya. Meninjau-ninjau melalui lubang-lubang pondok. Tetapi, ‘dia’ tidak mengganggu.
Pada suatu malam, isterinya terkejut apabila terlihat sepasang mata merah bagai saga meninjau-ninjau dirinya yang sedang menjahit. Apatah lagi mendengar seperti dinding pondok itu dicakar-cakar. Kenapa hari itu berlainan benar? Menyeramlah seluruh badan isterinya. Hendak keluar tidak berani pula rasanya. Namun, isterinya menggagahkan diri menjenguk. Alangkah terkejutnya, apabila ada satu lembaga menyerupai arwah suaminya mendongak ke arahnya.
Isterinya terjelepuk, pengsan. Tidak berapa lama kemudian, hebohlah sekampung ada lembaga ngeri mengganggu mereka. Maka, orang kampung beranggapan bahawa semasa hayat, arwah ada membela hantu. Mengenangkan nasib yang sentiasa tidak menyebelahi isterinya, maka mengamuk sakanlah si arwah suami. Hingga pada suatu hari, si isteri mati akibat tertekan.
Oleh itu, jangan biarkan hidup anda tertekan. Buatlah apa yang patut. Ish, Lin rasa tak best la cerita ni…