Seperti biasa setiap malam kecuali malam Jumaat, Lin dengan adik Lin akan pergi mengaji. Masa tu umur Lin dalam 9 tahun dan adik Lin 7 tahun. Jarak rumah kami dengan rumah ustaz yang mengajar lin tu, tak lah jauh sangat. Dekat giler. Tapi, antara kedua rumah itu, dipertengahan jalan, kita kan menemui sebuah rumah lama yang tak berpenghuni lagi. Kira lama dah tak ada orang. Sejak memula kitaorang duduk rumah tu dah kosong.
Mula-mula sampai rumah, ok.. Line clear sebab dalam perjalanan ada 2, 3 orang kawan lain lagi. Tapi, time balik tu yang tak sedap apabila tetiba masa balik tu Lin macam nampak ada lembaga siap pakai uniform rasmi dorang ( macam jubah warna putih), tengah berdiri merenung kat Lin tapi Lin diamkan aje sebab Lin takut adik pecut tinggal Lin. Bulu roma meremang giler. Naik menegak, macam tegaknya tiang bendera kebangsaan kita.
Hairan dan pelik, kami malam tu tak banyak cakap. Adik pun diam sama. Entah, mungkin dia tiada mood. Sebab dia tu ada angin Monsun Barat Daya. Mata lembaga tu tajam giler tengok Lin. Lin lirik jek.. Tak lama lepas tu Lin ajak Adik pecut, aduh… adik Lin buat dek je.. Geramnye.. Siap tanya kenapa nak pecut? Nak main kejar-kejar ke? Lin tak peduli, Lin pecut terus. Dia pun kejar Lin.
Sampai rumah, Lin tak cerita kat dia. Konon-kononnya merajuk tak nak cakap ngan dia. Lepas hari tu, walaupun jarak rumah hanya beberapa inci, Lin minta teman kat abang atau abah. Tak kira. Kalau tak, Lin tak nak pergi mengaji. Adik Lin, dia memang buat tak tahu je walaupun dia tahu. Kiranya semangat dia lagi kuat dari semangat Lin la… Sekian.