Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Al - Fatihah


Super Member

Status: Offline
Posts: 1018
Date:
Al - Fatihah


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"sesungguhnya Allah telah menurunkan atasku suatu surah yang belum pernah diturunkanNya ke atas anbiya dan rasul sebelum aku.."

Sabda baginda, Allah berfirman yang bermaksud:
"Aku memberi surah ini antara-Ku dan antara hamba-Ku sesuatu pembukaan Al-Quran (al-Fatihah).."

"Aku jadikan sebahagian untukKu dan sebahagian lain untuk mereka dan ayat di antaraKu dan antara mereka.."

dalam kitab Khazinatul Asroor dinyatakan:

Maka apabila seorang hamba mengucapkan:
"Bismillahirrahmaanirrahiim"
Allah menjawab:
"hambaKu telah mengajukan permohonan akan Daku, menyebut dia namaKu, kasih dan sayang. Salah satu kedua-duanya lebih kasih daripada yang pengasih dan lebih sayang daripada yang penyayang."

Maka apabila hamba mengucap:
"Alhamdulillahi"
Allah berfirman:
"Telah menyatakan syukur hambaKu kepada Ku dan memuji Aku"

Maka apabila hamba mengucapkan:
"Rabbil'aalamiin"
Allah berfirman:
"Telah bersaksi hambaKu bahawa Akulah Tuhan semesta alam. Tuhannya manusia,jin dan syaitan. Tuhannya sekalian makhluk dan Tuhan yang memelihara dan mengatur setiap sesuatu"

Maka apabila hamba mengucap:
"Arrahmaanirrahiim"
Allah telah berfirman:
"Telah memuliakan oleh hambaKu kepada diriku"

Maka apabila hamba mengucapkan:
"Maalikiyaumiddiin"
Allah berfirman:
"HambaKu telah bersaksi kepada Ku bahawa tiada seorang yang berkuasa pada hari kemudian selain Aku. Maka sesungguhnya telah memuji hambaKu akan Daku"

Maka apabila hamba mengucapkan:
"Iyyaakana'budu waiyyaa kanasta'iin"
Allah berfirman:
"Inilah dia hubungan Ku dengan hambaKu, maka hanya kepada Ku yang pantas beribadat, nah inilah bagiKu. Dan kepada Ku ia meminta pertolongan, maka inilah permohonan untuknya. Dan untuk hambaKu segala apa yang dipohonkannya."

Dan apabila si hamba mengucapkan:
"Ihdinashshiraatul mustaqiim, shiraatalladziinaan amta'alaihim, ghoirilmaghdhuubi 'alaihim waladhdhaaalliin...."
Allah berfirman:
"itulah untuk hambaKu, dan untuk hambaKu apa yang dipohonkannya..."


Apabila imam mengucapkan:
"waladhdhaaalliin"
dan makmum mengucapkan:
"amiin"
Allah menjawab dengan firmanNya:
"inilah untukKu ya Muhammad. Inilah kebebasanMu dan kebebasan umatmu dan orang yang mengikutmu atas petunjuk itu, Kami akan bebaskan engkau daripada azab api neraka.."

INSYA ALLAH

-- Edited by chikun at 21:22, 2006-05-18

__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR... DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard