Cerita ni berlaku suatu masa ketika saya mengikuti seorang kawan balik ke kampungnya semasa cuti sekolah beberapa tahun yang lalu.
Kampung ini terletak di pedalaman dan belum ada bekalan elektrik dibekalkan. So rumah kawan saya ini masih menggunakan lampu minyak tanah.
Naik ke rumahnya selepas mandi, saya mendapati emak kawan saya ni sedang membebel sambil memegang lampu minyak tanah. Kawan saya menghampiri emaknya dan bertanyakan benda yang dicarinya. Emaknya menjawab," Ni.. saya menyuluh mancis..nak menyalakan lampu yang satu lagi ni.. ntah mana korang semua simpan mancis ni.."
Kawan saya apatah lagi..terbahak-bahaklah dia, memandangkan saya cuma tetamu segan pula nak ikut membahak-bahakkan diri tapi dalam hati tu memang gelak tak tertahan..yalah..apa salahnya pakai je lampu yang sedia menyala tu untuk menyalakan lampu yang sebuah lagi tu, daripada sibuk menyuluh mencari mancis...