Memang aku suka cakap terus terang. Aku tidak pandai mengambil hati orang dengan kata2 yang manis! Aku memang tidak pandai bermain kata yang berbelit2 semata2 untuk berpura2 menyenangkan hati orang. Dan itu adalah kelemahan aku! Kerana sebab itu, maka ramai orang tidak suka kepada aku! Ramai orang tidak suka kawan dengan aku! Aku terpaksa menerima hakikat ini walaupun pahit buat ku telan!
Aku rasa, kehidupan ini agak aneh. Kadang2 apa yang aku inginkan tidak berlaku. Dan dimasa lain pula, apa2 yang tidak aku inginkan berlaku pula kepada aku! Memang aneh dan mistery. Aku lebih suka menyendiri. Aku juga lebih suka berdiam diri. Tetapi, kadang2 aku suka pula mengacau orang lain dengan cara yang agak kasar! Bukan niat dihati ini untuk menyakiti. Barangkali sudah memang gaya dan cara aku berkawan dan bersaudara! Memang cara aku menunjukkan kemesraan aku dan cara aku berkawan agak lasak, kasar dan ganas sedikit, tetapi itulah AKU! Itulah yang dinamakan aku!
Aku ada cuba juga ingin menukar kelakuan dan style aku, tetapi aku rasa kurang selesa dengan diri aku sendiri! Aku rasa saolah2, aku seperti berpura2! Aku rasa aku seperti menipu diri aku sendiri. Aku pun tahu dan sedar yang ramai orang lebih suka gaya berbudi bahasa dan menawan serta pandai bergurau senda. Kadang2 ianya sungguh dapat dipandang moleh lagi baik. Tetapi apakan daya aku, kerana masih juga tidak dapat membuat seperti begitu!
Memang kehidupan ini aneh! Dan aku terperangkap didalamnya!
__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....