Sekarang, sejak network GSM diperkenalkan dalam tahun 90-an… keadaan dah jadi kelam-kabut sikit. GSM ialah teknologi 2G (2nd Generation). Permintaan mendapatkan data dengan kelajuan tinggi dah tahap kritikal sekarang ni. Kalau boleh, semua orang nak guna MMS. Semua orang nak surf internet. Semua orang nak buat stuff macam video-conferencing tapi… apa yang telco kita buat? Janji sana, janji sini… lepas setahun baru dapat. Itupun tak semua. Tak complete dan tak reliable. Down sana-sini, bugs sana-sini. Dalam pada tu pulak, network GSM kita dah makin sesak sebab nak cope dengan permintaan bandwidth yang makin bertambah. Jadi, disebabkan masalah begini… network revamp terpaksa dibuat.
Maxis dan Celcom komited nak guna 3G tapi bukan sekarang la… mungkin hujung tahun 2004 atau pun awal 2005. DiGi pulak, ‘play-safe’ dengan EDGE. EDGE bermaksud Enhanced Data-rates for Global Evolution. Lebih dikenali sebagai teknologi 2.5G. Apa yang best pasal EDGE ialah teknologi ni boleh terus digunakan kat network kita yang sediada sekarang. Bukan setakat modal yang murah untuk menggunakannya, EDGE jugak akan lebih cepat dilancarkan – secara teori la. Tahun lepas, DiGi pernah buat satu statement mengatakan some form of EDGE implementation akan digunakan pada hujung 2003. Hmm… mana dia? We are still waiting!!!
Memandangkan EDGE ni mungkin akan dilancarkan lebih awal dari 3G, jom kita tengok apa yang EDGE boleh offer kat kita.
KELEBIHAN EDGE
EDGE mampu menghantar high quality dan secure mobile voice/data services dengan full roaming capabilities ke seluruh dunia. GPRS menjadi lebih laju dan pengguna dapat menerima data dengan cepat. Stuff macam streaming video/music clip tak akan tersangkut-sangkut lagi. MMS dah tak jadi masalah lagi. Kita boleh browse internet pada kelajuan tinggi dan check email kat mana-mana kita berada. Best kan?
EDGE mampu provide 3 kali ganda dari kapasiti data yang kita gunakan melalui GPRS sekarang. Maknanya, telco boleh handle lebih ramai subscribers dan upgrade sistem komunikasi suara mereka.
STRUKTUR
Sebenarnya, tak susah bagi telco untuk integrasikan EDGE ke network sekarang. Implementation ni dah direka untuk menjadi simple. EDGE membenarkan semua sel-sel plan yang sediada to remain intact sebab teknologi ni menggunakan struktur rangka, channel logik dan juga carrier bandwidth yang sama dengan yang network GSM guna sekarang.
Cuma satu unit transceiver EDGE diperlukan untuk ditambah ke setiap sel. Transceiver baru ni boleh menangani masalah trafik GSM dan akan secara automatik switch ke EDGE mode bila diperlukan. Senang je, kan? Cuma, apa yang kita tak paham sekarang ialah kenapa telco kita ambil masa begitu lama untuk buat benda ni. Masalah kewangan ke?
RINGKASAN
1. Pemindahan data GPRS melalui EDGE adalah 3 kali lebih laju dari yang kita ada sekarang. Network GSM mampu provide sampai 114 kbps tapi secara realitinya, kita boleh kira bertuah kalau dapat 40 kbps. Dengan EDGE, kita akan dapat lebih kurang 342 kbps. Lagi sekali, secara teori je la. Secara realiti, kita boleh expect 200 kbps. That’s not bad at all! 2. Mudah dan cepat untuk digunakan. [Dah citer dah tadi…] 3. Integrasi mudah. EDGE dah direka supaya mudah untuk diintegrasikan ke network GSM/GPRS yang sediada. Installed base dah ada, apa lagi masalahnya? Bukannya nak kena tukar terus atau pun start from scratch macam yang 3G perlukan… DiGi Mesti ada yang tanya kenapa DiGi tak straight buat 3G? Jawapan simple yang boleh aku fikirkan ialah implementing EDGE ni cuma perlukan kos start-up yang rendah dan boleh terus digunakan dalam masa yang singkat. Mungkin DiGi mahu menjadi telco yang pertama untuk menggunakannya di pasaran.
Tak terlalu awal untuk Malaysia mula menggunakan EDGE ni sebenarnya. Harap-harap DiGi boleh launch servis ni lebih awal lagi sebab sebenarnya telco Malaysia agak ketinggalan dalam membangunkan EDGE ni.
Antara telco antarabangsa lain yang dah/dalam proses membangunkan EDGE: 1. Telstra [Australia] – 12/2004 2. MTC Vodafone [Bahrain] – 03/2004 3. TIM [Itali] – 06/2003 4. TIM [Brazil] – Dah launched pun… 5. StarHub [Singapura] – Trial run 6. Telefonica [Chile] – Dah launched gak… 7. Bouygues Telecom [Perancis] – 2004/05 8. Hong Kong CSL [Hong Kong] – Dah launched 9. Sunday [Hong Kong] – Still percubaan 10. SMART Communications [Filipina] – Launching soon 11. Globe [Filipina] – Launching soon 12. Cable & Wireless [Sri Lanka] – Tgh planned 13. AIS [Thailand] – Launching soon 14. DTAC [Thailand] Dah launched dah 15. Orange [Thailand] – 03/2004 16. EDGE Wireless [Amerika] – Tgh planned 17. T-Mobile USA [Amerika] – Dah launch
Antara handphone yang capable untuk menggunakan EDGE: 1. Motorola T725 2. Nokia 7700 3. Nokia 7200 4. Nokia 9500 5. Nokia 6220
__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....