Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mobile : Teknologi Edge - Enhanced Data-Rates For Global Evolution


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Mobile : Teknologi Edge - Enhanced Data-Rates For Global Evolution




Sekarang, sejak network GSM diperkenalkan dalam tahun 90-an… keadaan dah jadi kelam-kabut sikit. GSM ialah teknologi 2G (2nd Generation). Permintaan mendapatkan data dengan kelajuan tinggi dah tahap kritikal sekarang ni. Kalau boleh, semua orang nak guna MMS. Semua orang nak surf internet. Semua orang nak buat stuff macam video-conferencing tapi… apa yang telco kita buat? Janji sana, janji sini… lepas setahun baru dapat. Itupun tak semua. Tak complete dan tak reliable. Down sana-sini, bugs sana-sini. Dalam pada tu pulak, network GSM kita dah makin sesak sebab nak cope dengan permintaan bandwidth yang makin bertambah. Jadi, disebabkan masalah begini… network revamp terpaksa dibuat.

Maxis dan Celcom komited nak guna 3G tapi bukan sekarang la… mungkin hujung tahun 2004 atau pun awal 2005. DiGi pulak, ‘play-safe’ dengan EDGE. EDGE bermaksud Enhanced Data-rates for Global Evolution. Lebih dikenali sebagai teknologi 2.5G. Apa yang best pasal EDGE ialah teknologi ni boleh terus digunakan kat network kita yang sediada sekarang. Bukan setakat modal yang murah untuk menggunakannya, EDGE jugak akan lebih cepat dilancarkan – secara teori la. Tahun lepas, DiGi pernah buat satu statement mengatakan some form of EDGE implementation akan digunakan pada hujung 2003. Hmm… mana dia? We are still waiting!!!

Memandangkan EDGE ni mungkin akan dilancarkan lebih awal dari 3G, jom kita tengok apa yang EDGE boleh offer kat kita.

KELEBIHAN EDGE

EDGE mampu menghantar high quality dan secure mobile voice/data services dengan full roaming capabilities ke seluruh dunia. GPRS menjadi lebih laju dan pengguna dapat menerima data dengan cepat. Stuff macam streaming video/music clip tak akan tersangkut-sangkut lagi. MMS dah tak jadi masalah lagi. Kita boleh browse internet pada kelajuan tinggi dan check email kat mana-mana kita berada. Best kan?

EDGE mampu provide 3 kali ganda dari kapasiti data yang kita gunakan melalui GPRS sekarang. Maknanya, telco boleh handle lebih ramai subscribers dan upgrade sistem komunikasi suara mereka.

STRUKTUR

Sebenarnya, tak susah bagi telco untuk integrasikan EDGE ke network sekarang. Implementation ni dah direka untuk menjadi simple. EDGE membenarkan semua sel-sel plan yang sediada to remain intact sebab teknologi ni menggunakan struktur rangka, channel logik dan juga carrier bandwidth yang sama dengan yang network GSM guna sekarang.

Cuma satu unit transceiver EDGE diperlukan untuk ditambah ke setiap sel. Transceiver baru ni boleh menangani masalah trafik GSM dan akan secara automatik switch ke EDGE mode bila diperlukan. Senang je, kan? Cuma, apa yang kita tak paham sekarang ialah kenapa telco kita ambil masa begitu lama untuk buat benda ni. Masalah kewangan ke?

RINGKASAN

1. Pemindahan data GPRS melalui EDGE adalah 3 kali lebih laju dari yang kita ada sekarang. Network GSM mampu provide sampai 114 kbps tapi secara realitinya, kita boleh kira bertuah kalau dapat 40 kbps. Dengan EDGE, kita akan dapat lebih kurang 342 kbps. Lagi sekali, secara teori je la. Secara realiti, kita boleh expect 200 kbps. That’s not bad at all!
2. Mudah dan cepat untuk digunakan. [Dah citer dah tadi…]
3. Integrasi mudah. EDGE dah direka supaya mudah untuk diintegrasikan ke network GSM/GPRS yang sediada. Installed base dah ada, apa lagi masalahnya? Bukannya nak kena tukar terus atau pun start from scratch macam yang 3G perlukan…
DiGi
Mesti ada yang tanya kenapa DiGi tak straight buat 3G? Jawapan simple yang boleh aku fikirkan ialah implementing EDGE ni cuma perlukan kos start-up yang rendah dan boleh terus digunakan dalam masa yang singkat. Mungkin DiGi mahu menjadi telco yang pertama untuk menggunakannya di pasaran.

Tak terlalu awal untuk Malaysia mula menggunakan EDGE ni sebenarnya. Harap-harap DiGi boleh launch servis ni lebih awal lagi sebab sebenarnya telco Malaysia agak ketinggalan dalam membangunkan EDGE ni.

Antara telco antarabangsa lain yang dah/dalam proses membangunkan EDGE:
1. Telstra [Australia] – 12/2004
2. MTC Vodafone [Bahrain] – 03/2004
3. TIM [Itali] – 06/2003
4. TIM [Brazil] – Dah launched pun…
5. StarHub [Singapura] – Trial run
6. Telefonica [Chile] – Dah launched gak…
7. Bouygues Telecom [Perancis] – 2004/05
8. Hong Kong CSL [Hong Kong] – Dah launched
9. Sunday [Hong Kong] – Still percubaan
10. SMART Communications [Filipina] – Launching soon
11. Globe [Filipina] – Launching soon
12. Cable & Wireless [Sri Lanka] – Tgh planned
13. AIS [Thailand] – Launching soon
14. DTAC [Thailand] Dah launched dah
15. Orange [Thailand] – 03/2004
16. EDGE Wireless [Amerika] – Tgh planned
17. T-Mobile USA [Amerika] – Dah launch


Antara handphone yang capable untuk menggunakan EDGE:
1. Motorola T725
2. Nokia 7700
3. Nokia 7200
4. Nokia 9500
5. Nokia 6220



__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....
fi3


Super Member

Status: Offline
Posts: 816
Date:

fenin gak aku biler bacer mender2 ni sumer..

__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard