Nampaknya hari ni saya nak kongsi lagi satu tip pula untuk kaum hawa Pada yang kawan2 perempuan saya tu ambil ni sebagai tips ya, bagi yang lelaki nak tanya ..betul ker ni ciri2 yang kita suka?
commentlah sikit.. tapi.... jangan ambil masa anda sedang bekerja.
9 sikap wanita yang disukai lelaki Keibuan Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. Keanak-anakkan Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. Penuh Pengertian Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya . Menghargai Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. Menjaga Penampilan Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3? Pandai berbicara Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung. Menghormati Diri Sendiri Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. Simpati dan prihatin Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona.
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
-- Edited by Yusran at 17:41, 2006-04-27
__________________
Insan Fana (Segala Lawak dan bahasa ketelanjuran MOHON MAAF Ye!!!!!!)
yus lain kali buat la rumusan dah le...ni ko pi buat karang 350 patah perkataan tu buat ape...pas tu lah ko punya susunan berterabur pening kepala aku membacanya...lain kali masukan isi penting dah leh...
Jika kita menerima sesuatu berita atau cerita, perlulah bersabar membacanya, utk makluman saudara n saudari cerita di atas sungguh menarik ...maka rugilah bagi mereka yg kurang minat membaca.... Jadi secara kesimpulan yg teman telah buat dan kaji mereka yg membuat posting sikit dan tak menarik berkemungkinan disebabkan kurangnya pengetahuan khususnya pada pembacaan, lebih suka membaca komic dan sangat jarang membaca bahan2 yg ilmiah, oleh sebab itulah kita lebih gemar melalut, tergesa-gesa atau ingin mempercepatkan taraf kedudukan posting......
__________________
Insan Fana (Segala Lawak dan bahasa ketelanjuran MOHON MAAF Ye!!!!!!)
betul tu yusran kasim... walaupun aku tak baca langsung apa ko post tu... aku sokong ko 80%... 80% je sebab lagi 20% aku tak sokong sebab kepala ko mereng macam bijan...
yusran nape dgn ko???aku tak masuk berapa hari je, dah jadi macam nih, ko/??? nape??? aku nak bac, yelah citer dia best, tp, aku pening tulisan kecik2 pastu, rapat soacing...ko kalo ada best, hantar kat email aku jelah...posting2 nih, aku pening..leh tak
Bacala pelahan-lahan....setiap perkataan yg ada huruf besar, didepan ayat itu ada titik akhir kata k.... sabar ye....ibarat minum teh yg tak ditapis......
__________________
Insan Fana (Segala Lawak dan bahasa ketelanjuran MOHON MAAF Ye!!!!!!)
betul tu yusran kasim... walaupun aku tak baca langsung apa ko post tu... aku sokong ko 80%... 80% je sebab lagi 20% aku tak sokong sebab kepala ko mereng macam bijan...
Ni lah salah satu cth orang yang kurang membaca buku ilmiah....sehingga tidak dapat membezakan yang mana minyak kelapa dan yang mana minyak bijan...ada ke patut kata aku mereng...Kalau ko nak tau rie aku lah salah seorang yang bakal menjadi angkasawan pertama malaysia yang akan memijak kaki ke bulan....
ha` la...nape 9,why tak 18ke,12ke,86ke...??ehhhh cam tarikh lahir aku je..hehehehe
hemmm rupanya muda lagi cik fariesya ni ye....tapi itu tak akan jadi penghalang untuk kita teruskan perhubungan kita yang telah lama terjalin(tapi kenapa aku baru tau tarikh lahir dia)
Memang pening kepala lutut aku nk membaca posting Yusran kali ni.. panjang giler.. perenggan pun takde.. pemalas betul ko ni nak buat posting yg elok2 sikit.. Jangan la main copy paste je, rajin2 la edit sikit.. bagi cantik.. bagi semua org suka membaca.. sedap mata memandang.. Ni tak, dah benda yg elok, nmpak mcm tak teruja ke kita nk membacanya.. Aku ikhlas nasihat aje, jgn terasa ati pulak..
Dah la tu pulak.. bila lagi ada posting dari Cik Hikekiutsangat, lagi tambah berpusing mata aku menengok gambar2 beliau.. ada kena lempang la.. CT Nurhaliza la.. ari ni ada ahli akrobat sarkis pulak.. meroyan photo betul la beliau ni..
__________________
"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."