Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Teman nak kongsi dgn kaum HAWA


Super Member

Status: Offline
Posts: 233
Date:
Teman nak kongsi dgn kaum HAWA


Assalamualaikum...
   
Nampaknya hari ni saya nak kongsi lagi satu tip pula untuk kaum hawa Pada yang
kawan2 perempuan saya tu ambil ni sebagai tips ya, bagi yang lelaki nak tanya ..betul ker ni ciri2 yang kita suka?
   
commentlah  sikit.. tapi.... jangan ambil masa anda sedang bekerja.
   
   
9 sikap wanita yang disukai lelaki Keibuan                                                                     Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,
lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu
membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah
dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan
baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan
dalam diri masing2.   Keanak-anakkan   Dalam batas yg wajar, sifat
keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat
keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap
keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.   Penuh Pengertian   Sikap pengertian wanita
membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk
berbincang
masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang
berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh bukan2
sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya .   Menghargai   Wanita yang menghargai
lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn
lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.   Menjaga Penampilan   Lelaki
menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut
menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan
kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur
dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki
juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan
kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yg
masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?   Pandai berbicara 
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita
tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi
dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang
baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh
menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.   Pandai Bergaul dan
Menyesuaikan Diri   Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai
nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang
baru, wanita
tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja
dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.   Menghormati Diri Sendiri 
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri
mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki
terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga
maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan
lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.   Simpati dan prihatin   Lelaki suka
wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan
hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dgn indah
dan mempesona. 
  
  
  
   
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia" 

  
  
  
  
  
  
  
  
 
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa  kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"



-- Edited by Yusran at 17:41, 2006-04-27

__________________
Insan Fana (Segala Lawak dan bahasa ketelanjuran MOHON MAAF Ye!!!!!!)


Super Member

Status: Offline
Posts: 552
Date:

fening lalat aku membcanya

__________________
my idol!C.T.. adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 204
Date:

berbiol kopala eden membaconya..... adesss pening.......



__________________
~apa ada pada nama~


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

waa wah wah wah..., sumer ciri2 tu ada pada aku.... mak aku pun ada ciri2 cam 2 gak!!!!!


yer lah,!!! aku sbg diri aku, aku taulahhh, haha!!!



__________________
ameynorsella


Super Member

Status: Offline
Posts: 1381
Date:

yus lain kali buat la rumusan dah le...ni ko pi buat karang 350 patah perkataan tu buat ape...pas tu lah ko punya susunan berterabur pening kepala aku membacanya...lain kali masukan isi penting dah leh...

__________________
Copyright©Bijan 2009


Super Member

Status: Offline
Posts: 233
Date:

Jika kita menerima sesuatu berita atau cerita, perlulah bersabar membacanya, utk makluman saudara n saudari cerita di atas sungguh menarik ...maka rugilah bagi mereka yg kurang minat membaca.... Jadi secara kesimpulan yg teman telah buat dan kaji mereka yg membuat posting sikit dan tak menarik berkemungkinan disebabkan kurangnya pengetahuan khususnya pada pembacaan, lebih suka membaca komic dan sangat jarang membaca bahan2 yg ilmiah, oleh sebab itulah kita lebih gemar melalut, tergesa-gesa atau ingin mempercepatkan taraf kedudukan posting......

__________________
Insan Fana (Segala Lawak dan bahasa ketelanjuran MOHON MAAF Ye!!!!!!)


Super Member

Status: Offline
Posts: 783
Date:

yelah yus,, aku pun pening baca...


nak bas\ca tp pening...



__________________
sweet november 2006-


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

betul tu yusran kasim... walaupun aku tak baca langsung apa ko post tu... aku sokong ko 80%... 80% je sebab lagi 20% aku tak sokong sebab kepala ko mereng macam bijan...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 783
Date:

yusran nape dgn ko???aku tak masuk berapa hari je, dah jadi macam nih, ko/??? nape??? aku nak bac, yelah citer dia best, tp, aku pening tulisan kecik2 pastu, rapat soacing...ko kalo ada best, hantar kat email aku jelah...posting2 nih, aku pening..leh tak

__________________
sweet november 2006-


Super Member

Status: Offline
Posts: 233
Date:

Bacala pelahan-lahan....setiap perkataan yg ada huruf besar, didepan ayat itu ada titik akhir kata k.... sabar ye....ibarat minum teh yg tak ditapis......

__________________
Insan Fana (Segala Lawak dan bahasa ketelanjuran MOHON MAAF Ye!!!!!!)


Super Member

Status: Offline
Posts: 552
Date:

kalo yusran masih dapat edit,apa salahnya menjarakkan nya sedikit.

__________________
my idol!C.T.. adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1381
Date:

Mister Rie wrote:


betul tu yusran kasim... walaupun aku tak baca langsung apa ko post tu... aku sokong ko 80%... 80% je sebab lagi 20% aku tak sokong sebab kepala ko mereng macam bijan...

Ni lah salah satu cth orang yang kurang membaca buku ilmiah....sehingga tidak dapat membezakan yang mana minyak kelapa dan yang mana minyak bijan...ada ke patut kata aku mereng...Kalau ko nak tau rie aku lah salah seorang yang bakal menjadi angkasawan pertama malaysia yang akan memijak kaki ke bulan.... 

__________________
Copyright©Bijan 2009


Super Member

Status: Offline
Posts: 552
Date:

iyer bijan..mintak autograph dulu...

__________________
my idol!C.T.. adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2147
Date:

fuhh!!aku baru bc cket yus,taklarat nk bace fenin pale gua...emmm..tp aku tau sume yg ko mksdkan kat ats 2 mst ade pade aku..hehehehe

__________________

huh!!buhsan tahap gaban la..



Super Member

Status: Offline
Posts: 2023
Date:

Nape 9. Apsal x 10 ke 11 ke 12 ke..

__________________
Sepi sekuntum bunga sekeping hati


Super Member

Status: Offline
Posts: 2147
Date:

ha` la...nape 9,why tak 18ke,12ke,86ke...??ehhhh cam tarikh lahir aku je..hehehehe

__________________

huh!!buhsan tahap gaban la..



Super Member

Status: Offline
Posts: 552
Date:

iyer fariesya

__________________
my idol!C.T.. adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1381
Date:

fariesya wrote:


ha` la...nape 9,why tak 18ke,12ke,86ke...??ehhhh cam tarikh lahir aku je..hehehehe

hemmm rupanya muda lagi cik fariesya ni ye....tapi itu tak akan jadi penghalang untuk kita teruskan perhubungan kita yang telah lama terjalin(tapi kenapa aku baru tau tarikh lahir dia)

__________________
Copyright©Bijan 2009


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Memang pening kepala lutut aku nk membaca posting Yusran kali ni.. panjang giler.. perenggan pun takde.. pemalas betul ko ni nak buat posting yg elok2 sikit.. Jangan la main copy paste je, rajin2 la edit sikit.. bagi cantik.. bagi semua org suka membaca.. sedap mata memandang.. Ni tak, dah benda yg elok, nmpak mcm tak teruja ke kita nk membacanya.. Aku ikhlas nasihat aje, jgn terasa ati pulak..


Dah la tu pulak.. bila lagi ada posting dari Cik Hikekiutsangat, lagi tambah berpusing mata aku menengok gambar2 beliau.. ada kena lempang la.. CT Nurhaliza la.. ari ni ada ahli akrobat sarkis pulak.. meroyan photo betul la beliau ni..



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard