mimpi aku ni, bermula 3 hari sebelum masuk bulan ramadhan.
hari ketiga sebelum ramadhan
aku berada dalam sebuah hutan. entahlah hutan apa, aku tak kenal. aku melihat keliling. hanya hutan hujan tropika sahaja. langsung tiada penempatan manusia. aku berjalan didalam hutan tersebut. tapi yang aneh, ada seekor harimau yang akan turut mengikut langkah aku. walaupun ia seekor harimau, ia tidak menyerang atau menerkam aku. ia hanya ikut dalam jarak 4-5 meter di sisi aku. bukan dibelakang. macam dalam cerita waris jari hantu tu. kemana aku berjalan, disitulah ia mengekor. aku pun tidak merasa takut dengannya.
hari kedua sebelum ramadhan
ya, mimpi ini bersambung atau berangkai. aku masih berada didalam hutan yang sama. aku masih berjalan didalam hutan dan harimau itu tetap setia mengekori aku. ketika sedang berjalan itulah, aku terjumpa sebuah kota ditengah hutan. suasana agak sibuk. besar dengan bangunan tinggi menjulang. harimau itu masih setia berdampingan dengan aku sehinggalah aku keluar dari hutan.
hari pertama sebelum ramadhan
aku masih berjalan didalam hutan. masih ditemani dengan seekor harimau tersebut. tapi kali ini ia bukan berseekor, melainkan ia membawa dua baby harimau. comel. macam anak kucing versi besar. aku masih meneruskan langkah aku dalam hutan. aku pun tak pasti sebenarnya aku kemana. dalam setiap langkah aku, harimau itu setia menemani bersama anaknya dua ekor. anaknya saling bercakaran manja. ku agak. macam anak kucing yang sedang bermain sesama mereka. macam tu lah. sampailah aku pada rimbunan pokok buluh. kiri dan kanan pokok buluh rendang dan membentuk gerbang ditengahnya. pokok buluh ni sama macam pokok buluh depan rumah aku. masa aku dah berada diluar pokok buluh, harimau tersebut bersama anaknya dah tak mengikut aku. hanya berdiri pada pokok buluh. masa tu, mata harimau hanya memandang aku. seolah ucapan selamat tinggal. entahlah, masa tu memang aku merasa sedih.
dan betul, 1 ramadhan, aku dah tak mimpikan harimau itu lagi.
sekian sahaja dari mimpi aku. ni cerita benar dari aku okey. kekadang aku memang selalu mimpi yang berangkai, bersambung-sambung. macam melakukan perjalanan astral (batin) dalam mimpi.
mimpi adalah penceritaan roh kita yang keluar dari tubuh tetapi tersekat dihujung hidung dan melakukan perjalanan dan merentas waktu. ketika sedang mengembara, roh akan bercerita kepada jasad melalui hati dan dipanggil mimpi.
sebab tu Allah cakap, bila sampai waktu roh akan dikembalikan melainkan dengan kehendakNya iaitu mati.
1718141719 111819
__________________
that was I this is Me
to be judge of what you were, just as unfair as a butterfly being judge while it was a caterpillar.
masak lemak cili api .. letak babat ... pehhhh ... meleleh air lior
er ... relevan x statement aku kat atas nu?
okeh bai
yang ikhlas
neelofahh yang cun
Pak badar..pak badar. Mentang2la bulan posa ni kau ingat mkn je ek.. anyway kecur air liur sy bila pak badar sebut rebung td. Sok nk cr rebungla nk wat pajeri rebung n wat kari ayam buh rebung. Perghh. Kecur liur lg
Aq pon penah gak tapi bukan mimpi , aq nampak bayangan harimau kat umah lama aq, bukan aq sorang adek aq pon sama.
Cerita nya , aq nk ke tandas so aq lalu depan bilik mak ayah aq. Masa tu pintu terbukak. Sekilas aq nampak harimau tgh duduk atas katil parent aq sambil pandang aq. Bila aq toleh balik, harimau tu hilang. Aq ingat prasaan aq jee. Then, one day, adek aq cite kat aq yg die nampak harimau same mcm mane aq nampak. Harimau tu duduk atas katil parent aq sambil pandang adek aq. Tapi bila pindah rumah baru , dh x nampak dh.
Bile aq cite kat ayah aq, dia main2 ngan aq . Dia kate mak aq kan dari kerinchi. Kerinchi byk harimau jadian. Aq xtaw lh nak percaya x nak.