Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rahsia Seorang Jaga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:
Rahsia Seorang Jaga...


Cerita nih berlaku 4 tahun dahulu,diceritakan oleh senior badan agama islam aku.Alkisah seorang jaga yg baru sahaja menjadi jaga di sekolah asrama penuhku dahulu(nama sekolah dirahsiakan).

         Ditakdirkan suatu malam beliau kena jaga shift malam selama 2 hari,dia tak kisah sebab tugas katanya.Padahal malam itulah yg mengubah hidupnya sampai sekarang.Pada malam pertama,agak dalam pukul 12 malam,dia terdengar bunyi bising dari padang kawat.Macam pesta katanya,namun ketika dia pergi menghampiri tempat tu,bunyi makin hilang dan sampai je takder sesiapa pun,hanya ade pokok yg lentuk ditiup angin.Maka dia pun balik ke pondok jaga,memikirkan ntah ntah tu hanya salah angin ribut malam tu.

         Pada malam kedua,ketika mendengar radio di bilik jaga pada pukul 12 malam, bunyi riuh seperti malam sebelumnya terdengar lagi.'Esok aku mesti siasat apa yg terjadi', azam si jaga muda kerana apabila disiasat, perkara seperti malam sebelumnya terjadi,yg menanti beliau hanyalah padang kawat dan pokok pokok.Malam esoknya si jaga pun ready di dalam semak berhampiran padang kawat pada pukul 11.30 malam.Cota yg bagai nyawa untuk si jaga sentiasa tersisip di pinggangnya.Beliau menganggap bunyi yg didengarinya  itu itu ialah bunyi budak baru balik Fly(istilah asrama) padahal hakikatnya bukanlah begitu.

          Apabila jam menunjukkan 11.35 malam,kelihatan satu lembaga melompat lompat masuk ke padang kawat.dan satu lembaga lagi dan satu lagi dan satu lagi dengan berbagai cara bergerak.Si jaga mula rase curious dan sebab tak nampak,dia pun menyuluh lembaga lembaga tadi dgn torchlight.Dan apa yang dilihatnya ialah pelbagai jenis hantu iaitu pocong,langsuir,hantu jepun etc dan semuanya ada tujuh ekor.

          Apabila disuluh,serentak mereka memandang ke arah jaga yg kaliber itu.Apalagi,si jaga pun melarikan diri dari situ.Beliau benar benar ketakutan dan apabila dia mendengar suara yg berkata 'tunggu' semakin kuat dia memecut.Bila dia menoleh ke belakang,semua lembaga itu sedang mengejarnya menyebabkan dia terkencing dalam seluar.malam yg gelap itu membuat dia tak nampak dan habis semua semak dan longkang diredahnya.Sampainya dia ke pondok jaga,ada hantu langsuir dah pun menunggunya dengan wajah berdarah darah.Kerana ketakutan dan keletihan dia terduduk dan melaungkan azan sekuat kuat hatinya.

          'Bang Man,belum masuk subuh lagilah,'kata langsuir itu.'kitorang cuma nak bagitau malam ni kami nak guna padang kawat untuk raptai penuh drama [hantu malaysia] sempena hari kebangsaan'kata pontianak dari belakangnya.'Ntahnya,orang panggil lari,sombong giler'sambung hantu raya dari belakangnya.'Lah,rupa rupanya hantu hantu tu bebudak sekolah yang sertai hari kebangsaan peringkat sekolah,sial,tertipu aku'desus hati si jaga sambil cover seluarnya yang basah.

         Sejak peristiwa itu jaga itu dengarnya dah berhenti jadi jaga dan mula bisnes kecil kecilan sebagai penjual nasi lemak di Kampung Baru. Namun rahsia beliau terkucil didalam seluar sampai sekarang kekal tersimpan didalam otak kepala beliau... Wassalam...


__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

keh.. keh.. kehhh...

punya serius aku baca.. last2 tergelak sensorang aku di petang khamis nan dingin ni..(baru lepas ujan daaa..)

hadoii.. senak perut aku tahan gelak.. mau kena sembelit ni karang. nak lepas gelak nanti opis mate marah.

paalnye aku kalo gelak tak hingat org keliling..


hahahaaaa....

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

Kih2...aku nk tumpang mengilai jg erk ketupat penyek
long time no seeeee uuuu....
awat hang kena rebuih lama sgt ka?

senak perut aku jap
budak sekolah tu pn sengal..
dlm byk2 imej baik kat dunia nih
pontianak jg jd pilihan

cer menyamar jd Ustaz Don ker
Ustaz kazim ker
sejuk ht pak jaga
tak pasal2 bini dia ade keje tambahan
kn myental

__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aku da baca da citer nie

kat satu forum tu

 

kekadang boring boring .. layan forum tu...

pasal da kira `addict' citer misteri paranormal dan seram

tu layan ;a forum lain ...

nak harap GC  .. kemarau selalu

 

biggrinbiggrinbiggrin

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

wak.. sekarang nikan tgh musim panas...

sekali sekala ujan.. lebattt... terus banjir..

panas nye buleh goreng karipap..
(itu bohong hokeh.... hehehee...)

pasal dah panas yang teramat ni idea pun kering, bukan baju bajan pakok kayu je kering...


cer timbul musim ujan nanti.. banyak ler citer nyer..

agaknye laaaa...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard