Cerita nih berlaku 4 tahun dahulu,diceritakan oleh senior badan agama islam aku.Alkisah seorang jaga yg baru sahaja menjadi jaga di sekolah asrama penuhku dahulu(nama sekolah dirahsiakan).
Ditakdirkan suatu malam beliau kena jaga shift malam selama 2 hari,dia tak kisah sebab tugas katanya.Padahal malam itulah yg mengubah hidupnya sampai sekarang.Pada malam pertama,agak dalam pukul 12 malam,dia terdengar bunyi bising dari padang kawat.Macam pesta katanya,namun ketika dia pergi menghampiri tempat tu,bunyi makin hilang dan sampai je takder sesiapa pun,hanya ade pokok yg lentuk ditiup angin.Maka dia pun balik ke pondok jaga,memikirkan ntah ntah tu hanya salah angin ribut malam tu.
Pada malam kedua,ketika mendengar radio di bilik jaga pada pukul 12 malam, bunyi riuh seperti malam sebelumnya terdengar lagi.'Esok aku mesti siasat apa yg terjadi', azam si jaga muda kerana apabila disiasat, perkara seperti malam sebelumnya terjadi,yg menanti beliau hanyalah padang kawat dan pokok pokok.Malam esoknya si jaga pun ready di dalam semak berhampiran padang kawat pada pukul 11.30 malam.Cota yg bagai nyawa untuk si jaga sentiasa tersisip di pinggangnya.Beliau menganggap bunyi yg didengarinya itu itu ialah bunyi budak baru balik Fly(istilah asrama) padahal hakikatnya bukanlah begitu.
Apabila jam menunjukkan 11.35 malam,kelihatan satu lembaga melompat lompat masuk ke padang kawat.dan satu lembaga lagi dan satu lagi dan satu lagi dengan berbagai cara bergerak.Si jaga mula rase curious dan sebab tak nampak,dia pun menyuluh lembaga lembaga tadi dgn torchlight.Dan apa yang dilihatnya ialah pelbagai jenis hantu iaitu pocong,langsuir,hantu jepun etc dan semuanya ada tujuh ekor.
Apabila disuluh,serentak mereka memandang ke arah jaga yg kaliber itu.Apalagi,si jaga pun melarikan diri dari situ.Beliau benar benar ketakutan dan apabila dia mendengar suara yg berkata 'tunggu' semakin kuat dia memecut.Bila dia menoleh ke belakang,semua lembaga itu sedang mengejarnya menyebabkan dia terkencing dalam seluar.malam yg gelap itu membuat dia tak nampak dan habis semua semak dan longkang diredahnya.Sampainya dia ke pondok jaga,ada hantu langsuir dah pun menunggunya dengan wajah berdarah darah.Kerana ketakutan dan keletihan dia terduduk dan melaungkan azan sekuat kuat hatinya.
'Bang Man,belum masuk subuh lagilah,'kata langsuir itu.'kitorang cuma nak bagitau malam ni kami nak guna padang kawat untuk raptai penuh drama [hantu malaysia] sempena hari kebangsaan'kata pontianak dari belakangnya.'Ntahnya,orang panggil lari,sombong giler'sambung hantu raya dari belakangnya.'Lah,rupa rupanya hantu hantu tu bebudak sekolah yang sertai hari kebangsaan peringkat sekolah,sial,tertipu aku'desus hati si jaga sambil cover seluarnya yang basah.
Sejak peristiwa itu jaga itu dengarnya dah berhenti jadi jaga dan mula bisnes kecil kecilan sebagai penjual nasi lemak di Kampung Baru. Namun rahsia beliau terkucil didalam seluar sampai sekarang kekal tersimpan didalam otak kepala beliau... Wassalam...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...