Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.
Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.
kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesuatu" yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.
Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.
Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.
Versi Pertama
Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.
Versi Kedua
Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.
Versi Ketiga
Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.
Versi Keempat
Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.
Versi Kelima
Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.
Versi Keenam
Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.
Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?
sekali sekala aku hadap muka2 enkorang berdua je muncul.. muka aku pun tenggelam.. heheh..
bukan ape beb, nak kata layan insta ke fb ke.. rasanya tak sume kot..
sekarang kan dah dekat2 ujung taun, ramaiyg bizi pasal keje menimbun ujung taun ni.
macam aku la.. jaga duit gomen kan... ujugn2 ni la nak kena make sure akaun balance kiri kanan.. tang cedok2 masuk poket lain tu jgn tanya aku la, aku tak terlibat aaa..
nak jugak aku post citer2 tapi cam tak sempat je..
eh ehh... mengkomen ni sempat pulak ekk.. hahaaa..
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
hari ni patner aku bawak anak bujang aku orientasi darjah 1, kakak dia yg nak naik darjah 3 tu jadi tourist guide tunjuk kantin toilet sume, siap jadi cikgu disiplin jaga adik dia tak bagi notti2..
besok turn aku pulak bawak anak dara aku register tadika 5 tahun taun depan.
ceh.. sebok citer utk 5 tahun padahal hari ni baru genap 4 taun.
hepi besday utk anak aku.. hehee...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Wak Badda - makhluk apakah yg terjuluq keluar tu..? huhuhu
Nadia sayang - dah berpindah? Pindah ke mana? Lama kita tak bergurau senda di rumah seram ni kan...
Ijoi - Sulur Bidar? 1st time Bonda dengar nama makhluk ni. Pernah juga dengar cerita tentang Sulur Bidar dari kaki pancing area sana sebab kawan-kawan dan ayah Bonda memang suka memancing.
Kalau tak silap Bonda ada video yang menunjukkan penampakan makhluk ni..tapi entahlah... Allahuallam... ^_^
Wak Badda - makhluk apakah yg terjuluq keluar tu..? huhuhu
Nadia sayang - dah berpindah? Pindah ke mana? Lama kita tak bergurau senda di rumah seram ni kan...
Ijoi - Sulur Bidar? 1st time Bonda dengar nama makhluk ni. Pernah juga dengar cerita tentang Sulur Bidar dari kaki pancing area sana sebab kawan-kawan dan ayah Bonda memang suka memancing. Kalau tak silap Bonda ada video yang menunjukkan penampakan makhluk ni..tapi entahlah... Allahuallam... ^_^