Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sulur Bidar


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:
Sulur Bidar


image.jpg

 

Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding  Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang. Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai.

 

Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih. Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

 

kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada "sesuatu" yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut. Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari   dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.

 

Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.

 

Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.

 

Versi Pertama

 

Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.

 

Versi Kedua

 

Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.

 

Versi Ketiga

 

Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

 

Versi Keempat

 

Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang  dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

 

Versi Kelima

 

Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

 

Versi Keenam

 

Masyarakat Sunda menggelar Sulur Bidar sebagai Leled Samak. Leled bermaksud menggulung manakala samak bermaksud tikar. Kepercayaan mereka mengatakan Leled Samak bermula apabila tikar bekas alas memandikan jenazah telah dibuang ke dalam sungai yang kemudiannya diserap oleh makhluk halus penunggu sungai.

 

Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar?

 

 

Sumber: blog misterialamnusantara



Attachments
__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

kat belakang umah aku ada jugak spesis sulur ni ...

tapi bukan kat tasik ...

diamnya kat tanah ....

misteri jugak tu ...

sebab .... dia keluar dari pokok pokok keladi yang ditanam

selain akar ... keluarla sulur sulur nii ..

kalau di masak asam ke ... maska sambal tumis ...

pehhh enak sungguh sulur nii ...

misteri x mokcik Ijoi ...?

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Sulur keladi tu masak sambal, bukan sahaja misteri, malah GaBRiEL dan icu pun terliur tu..

Bosan kan? Sebab aku kopi paste je. Kalau aku senirik yg taip, mau 3 kali check dgn editing utk kasik best bace. ..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Saje je, sebab tengok dah lama takde new post.. Semua worang dah busy main pesbuk instagram wasap group twiter bagai.. Kesian gc ni..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

owhhh gitu ke ...

kolo ada new post tu ... tau le aku .. mokcik ijoi yang ganteng ini kebosanan rupanya ..

bukan bizi dgn menatang menatang tuister intergram interkilogram tu mokcik ..

bizi rewang laaa mokcik ...

bizi uat paper work yea jugak mokcik ...

banyak benda la mokcik ...

susah  nak menaip banyak banyak mokcik ...

errrr ... mokcik .. x tdor lagik ke mokcik

 

 

(aku bukan sengaja nk menaip bnyk bnyk `mokcik' tu ..

tapi ... maklomla .. dah larut malam nii .... mokcik jer yang aku ingat ...)biggrinbiggrinbiggrin

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

tula.. sunyi je gc ni sekarang..

sekali sekala aku hadap muka2 enkorang berdua je muncul.. muka aku pun tenggelam.. heheh..


bukan ape beb, nak kata layan insta ke fb ke.. rasanya tak sume kot..


sekarang kan dah dekat2 ujung taun, ramaiyg bizi pasal keje menimbun ujung taun ni.

macam aku la.. jaga duit gomen kan... ujugn2 ni la nak kena make sure akaun balance kiri kanan.. tang cedok2 masuk poket lain tu jgn tanya aku la, aku tak terlibat aaa..


nak jugak aku post citer2 tapi cam tak sempat je..

eh ehh... mengkomen ni sempat pulak ekk.. hahaaa..




__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ni la citer aku hari ni..


hari ni patner aku bawak anak bujang aku orientasi darjah 1, kakak dia yg nak naik darjah 3 tu jadi tourist guide tunjuk kantin toilet sume, siap jadi cikgu disiplin jaga adik dia tak bagi notti2..


besok turn aku pulak bawak anak dara aku register tadika 5 tahun taun depan.

ceh.. sebok citer utk 5 tahun padahal hari ni baru genap 4 taun.

hepi besday utk anak aku.. hehee...



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Hepi besday la utk anak makcik cengkodok putih.

Ikhlas dari saya, mat the gaytics.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:

badda2 wrote:

kat belakang umah aku ada jugak spesis sulur ni ...

tapi bukan kat tasik ...

diamnya kat tanah ....

misteri jugak tu ...

sebab .... dia keluar dari pokok pokok keladi yang ditanam

selain akar ... keluarla sulur sulur nii ..

kalau di masak asam ke ... maska sambal tumis ...

pehhh enak sungguh sulur nii ...

misteri x mokcik Ijoi ...?

 


 misteri sungguh cite waknda ni

apesal sulur namanya

aku hengat akar keladi..pergh

sungguh haru biru tatabahasa kamus DBP aku ni

fail!!!!

 

lama sungguh aku x aktif..1 thn weh xjenguk

cewah

sejak menambah umat Nabi MUhammad

& berpindah ke opis baru nih

(opis buruk tp tempat keje je baru)

komitmen aku utk berpoya2 dgn korg suma

makin tersekat

hrp korg dpt MAAPKAN KAMI (bak P Ramlee)



__________________
Aku IBU si Comel...


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wah apasal adindaku yang putih lagi comel cik Nadia qut kena pindah tempat kerja baru tapi opis buruk?

nie tentu atas pemintaan nk keje dekat dgn rumah kan kan kan ....

pandai waknda agak kan kan kan ......

kan kan kan .......

 

 

kolo kat johor ... akar keladi tu yg tumbuh dalam tanah laaaa ...

kolo yang menjalar atas tanah .. tu namanya sulur keladi ...

kolo masak sambal tumis ... pehhh ..

mak mentua lalu depan..... lalu belakang .... lalu atas..... lalu bawah ....

memang x sedor x perasan punya laahhhhh ...

cayalaaaa .......

ngeeeeeeee

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum semua...

Lama Bonda tak singgah...

Wak Badda - makhluk apakah yg terjuluq keluar tu..? huhuhu

Nadia sayang - dah berpindah? Pindah ke mana? Lama kita tak bergurau senda di rumah seram ni kan...

Ijoi - Sulur Bidar? 1st time Bonda dengar nama makhluk ni. Pernah juga dengar cerita tentang Sulur Bidar dari kaki pancing area sana sebab kawan-kawan dan ayah Bonda memang suka memancing.
Kalau tak silap Bonda ada video yang menunjukkan penampakan makhluk ni..tapi entahlah... Allahuallam... ^_^

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

BondaDiana wrote:

Assalammualaikum semua...

Lama Bonda tak singgah...

Wak Badda - makhluk apakah yg terjuluq keluar tu..? huhuhu

Nadia sayang - dah berpindah? Pindah ke mana? Lama kita tak bergurau senda di rumah seram ni kan...

Ijoi - Sulur Bidar? 1st time Bonda dengar nama makhluk ni. Pernah juga dengar cerita tentang Sulur Bidar dari kaki pancing area sana sebab kawan-kawan dan ayah Bonda memang suka memancing.
Kalau tak silap Bonda ada video yang menunjukkan penampakan makhluk ni..tapi entahlah... Allahuallam... ^_^


 adinda bondaku diana danele yag manis lagik ayu lagi anggun gitu ...

yg terjulur tgu .. setau wak ... kaki la .. terjulur bawah meja  ...

 

tu .. nak gurau senda la sangat kat GC  ...

sempat ke dinda?  biggrinbiggrinbiggrinbiggrin

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ekkk... sulur bidar ekk?

dulu2 masa bujang senang dulu.. (senang la tgh bujang, x bnyk bende nak pikir kan.. hehee..) arwah pakcik pernah citer. arwah ni kaki pancing jugak.

once upon a time.. heheh..


ada satu hari tu arwah gi mancing ngan geng2 dia. x hingat pulak kat mana. tgh mlm buta la. banyak gak dorg dapat ikan.

biasa la kaki pancing kan, lagi bnyk dpt ikan lagi rasa x puas ht, nk pancing lagi kan.

pakcik dah terasa cm ada yg x kena, tp napsu nk mancing tu lagi tinggi dr rasa nak balik.

tgh sedap2 tunggu ikan tu tetiba arwah nampak cm ada kain selendang melayang atas air betul2 depan dorang (jarak jauh sket dr dorang)..

sambil melayang tu ada sora bergemersik.. lebih kurang la dia cakap... "balik lahhhhh....." sore pompuan cm halus2 je dengar.


tu ke mende nye?

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard