Apa la yg nak eksaited sangat setakat post kat gc ni cik misi, bukan best pun forum ni, penuh gay je kat sini, kalau hemsem takpe jugak, ini semua hodoh macam syaitan nirrajim..
15 tahun berlalu sejak tragedi makcik saya (cik imah).Bukan nama sebenar.Jgn peg carik pulak orang nama imah ni..Cik imah pun dah redha.Dia pun dah ada 3 orang lagi anak selepas tu.Semuanya macam normal sampailah satu hari Cik Imah jatuh sakit.Badan dia jadik kurus kering.Terlantar kat katil x blh bergerak.Cuma mata dia je yang terkelip2 menandakan Cik Imah masih hidup.X Boleh makan langsung.Cuma air je yang disudukan hari-hari.Sepanjang dia sakit,anak Cik Imah yang sulunglah yang jaga.Suami dia makin jarang ada kat rumah.Alasannya barang makin banyak nak hantar ke Singapore(Orang lelaki ni mmg mcm tu ya?).Kadang2 dalam seminggu tu sehari je dia ada kat rumah.Bini yang sakit ni langsung tak dipeduli.Pernah anak lelaki yg no 2 ditampar sbb mengingatkan dia tentang tanggungjawab terhadap isteri dia yg sakit tu.
Satu malam,malam jumaat..Semua orang tgh tido.Malam tu mcm lain sikit.Suasana sejuk,sunyi sangat.Cik Imah yang tgh tido tiba-tiba terjaga.Yang peliknya,dia blh duduk tanpa dibantu oleh anaknya.Dan dia dapat tgk anak2 dia yang lain terbongkang tido.Tiba-tiba..
"Assalamualaikum,Mak.."
Cik Imah berpaling dan dia tengok ada seorang budak dalam lingkungan umur 14-15 tahun sedang tersenyum .Budak lelaki tu memakai persalinan macam zaman dulu2.Serba kuning dari tanjak sampai ke capal yang dia pakai.Air muka dia bersih sangat.Berseri-seri dan dia asyik tersenyum kat Cik Imah
"Awak ni siapa?kenapa awak panggil saya mak?"
Budak tu dok sengih lagi.Pastu dia capai tangan cik imah dan cium.
"Saya anak mak.Mak ingat tak dulu mak pernah mengandungkan saya.Pastu kandungan mak hilang.Sayalah anak mak yang hilang tu"..
Cik Imah terkejut..Sampai terbeliak mata.Terus dia peluk budak lelaki tu..
"Ya Allah..Firdaus anak mak...Mak bagi nama kau Firdaus walaupun mak x sempat jumpa kau."
Drama Queen betullah Cik Imah ni.Tapi yang peliknya,anak2 dia yg lain x terjaga pulak walaupun Cik Imah terjerit2 melalak.
"Kenapa sebelum ni kau x datang jumpa mak,Firdaus?Kenapa sekarang baru nak carik mak?"
"Mak,dunia kita berbeza,mak.Saya datang ni pun sebab nak tengok mak.Mak sakit ni.Ada orang hantar sihir kat mak.Tapi x pe.Dengan izin Allah,nenek akan cuba pulihkan mak.Mak ingat x nenek yang jumpa mak dulu masa dia nak ambik saya?Dialah yang jaga saya kat sana,mak."
"Ya..mak ingat,nak.Tapi sapa yang dengki sangat kat mak ni?Apa salah mak kat dia?"
"Mak,sebenarnya,suami mak ada berlaku tak jujur di belakang mak.Perempuan tu x baik,mak.Dia nak kenakan mak sampai merana dan mati.Suami mak pun dah termakan benda kotor sebenarnya.Sebab tu dia x pedulikan mak lagi.Mata dia dah dibutakan oleh syaitan yang dihantar."
"Astaghfirullahalazimm"
"Sabar,mak.Ni adalah ujian tuhan.Lepas ni,nenek akan datang sini setiap malam Jumaat sebanyak 3 kali untuk ubatkan mak.Tapi ada syaratnya..Syaratnya mak kena terima ilmu membidan dan mengurut.dan lepas tu mak wajib membantu orang yang di dalam kesusahan.Mak rasa boleh terima syarat tu?"
"Insya Allah,Firdaus.Mak cuba.."
Lepas perbualan tu,Cik Imah terjaga dari tidur.Macam mimpi tapi nyata.Sejak hari tu,macam yang anak dia bg tau,nenek tu datang mengubat cik Imah sampailah Cik Imah sembuh.Suami dia pun dah berubah dan terus berhenti bawak lori.Macam syarat yang diberi,Cik Imah terima ilmu mengurut dan membidan melalui mimpi 7 hari berturut2.Cik Imah terkenal kat Felda tu sebab pandai membidan dan mengurut.Plus dia jugak boleh mengubat penyakit2 mistik.Caranya pun agak unik.Bila ada orang sakit datang nak berubat,Cik Imah kena ambil wuduk dan pakai telekung.Pastu dia kena calit minyak wangi 'malaikat Subuh"kat tangan.kalau minyak wangi lain,x jadik.Pastu dia kena baring mengadap kiblat dan dia baca sesuatu(X taulah apa yg dia baca.X de la pulak dia bgtau).Tiba2 badan dia akan tersentak dan lepas tu jasad dia akan dimasuki oleh nenek tu.Orang perantara yg akan translate perbualan diorang lepas tu adalah anak sulung Cik Imah.Hanya dia yang paham.Sebab nenek ni cakap bahasa ala2 Indon + Jawa..
Ok..Tu jelah untuk kali ni.Lepas ni Cik Misi akan post benda2 lain plak.Kan Cik Misi dah bagi tau hidup Cik Misi ni horror.Banyak lagi benda2 lain tapi kenalah citer step by step..Ok
cik badda,betul kan cik misi cakap...nak kena enjet baru takut ya....cik misi bizi skit la skarg ni.bnyk kemunculan kuman2 baru yg mmg terjal spesisnya....nanti kuman dah mati baru cik misi sambung balik ya...peace yoo...
Wakda... kami misi mmg nasib kot hidup penuh ngan mende2 mistik ni. Isk..isk..takut oo
he..he..misimaria,dia tau kot misi2 mmg berani(sangatlahhh...)
nkorang berdua nie buat aku fenin tauuu ..
rupanya ada dua misi dalam GC nie ...
woalaaaa .....
apalah misi misi misi misi nie yea ...
bnyk benar horor .. eh .. x suka kata horor ... hodoh bunyinyer ...
seram ... aaaa .. baru rasa seram ...
macamana misi-misi nie yea ...
isk .. kolo aku laaa .. maunye pitam tiga mpat malam ....
Sebab tu la wakda kami insan2 terpilih yg bole buat keja ni. semua org bole jg org sakit tp xsemua org bole merawat org sakit. Berbeza ertinya tu. Walaupun nmpk misi2 ni lemah tp cb try test tgk pakai bj misi buat keja misi.
lemah lembut mcmna pun misi tu tgh2 mlm bole wat LO sorang2. LO( last office-mandikan mayat sblm dihantar ke rmh mayat). Sbb tu org kata misi ni hati kering. Klu rasa nk manja2 ngn isteri jgn kawin ngn misi sbb klu suami setakat demam2 skit2 tu dia buat bo layan je sbb kt spital dia tgk sakit yg lbh trk lg wakda.