Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku Bermula Disini


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:
Kisahku Bermula Disini


Excitednya...first posting kat group ni..

Apa yang saya tulis ni adalah kisah benar.X de yang tipu melainkan yang benar aje.Kalau ada pun cuma tambah ajinomoto

nak kasi sedap skit.sbb masa citer ni berlaku balum ada pati ayam knorr lagi.

Alkisahnya bermula masa umur saya 8 tahun.Tapi masa ni pengalaman makcik saya..hidup saya blm start horror lagi masa ni..

Kisah ni berlaku di sebuah Felda.Dulu2 Felda ni bukan macam sekarang.cantik lagi indah.Suasana felda 20 tahun dulu of

course lah banyak semak samun dan berhutan.Makcik saya tengah mengandungkan anak yang ke 3 masa benda ni

berlaku.Lebih kurang 6 bulan dah usia kandungannya masa tu.Suami dia walaupun dok kat felda,tapi kerja drebar lori yg 

bawak barang2 ke Singapore(ini perkara biasa untuk yg nak menambahkan pendapatan.Waktu tu pokok sawit blm bnyk 

hasil.So diorg ni kena kerja luar nak tambah duit).

 

Petang tu(anggaran pukul 7 pm),letrik x de.Biasanya letrik masa tu ada 12 jam je.Dari pukul 6pm-6am.So makcik saya ni

start motor la nak pegi kedai beli lilin.Dah siap berebut lilin kat kedai,dia pun cepat2 nak balik pulak.Maklumlah,dulu2 punya 

permandangan bukan macam skarg.Dulu pukul 7 dah gelap macam nak malam.Tambah pulak Keliling dipenuhi hutan.So

suasana horror tu jelas terasanya.Suami dia pulak x de kat umah.pegi hantar barang kat Singapore.Tengah2 syok

merempit(x padan ngan perut boyot),tiba-tiba gedegung!!!nasib baik x jatuh.Dia terlanggar sesuatu macam bayang-bayang

anjing.Puas dia tengok kiri,kanan,depan,belakang,atas...(pergh..nampak no menipu.dah kena langgar mestilah jatuh

bawah.yg g tengok atas buat apa).Tak de apa2 pun...confuseMemandangkan tak de apa2,dia pun start la motor balik rumah..

 

Malam tu,x de apa-apa lagi yang berlaku.Lepas tidurkan anak2 dia yang lagi 2 orang tu,dia pun baringlah sama sebelah

anak dia.Puas dia cuba nak lelapkan mata.Tapi badan dia rasa panas membahang.X blh nak lelapkan mata.Kalih kiri,kalih

kanan,last2 lelaplah jugak mata.Masa tidur tu,dia rasa macam diri dia berada kat satu tempat yang sangat cantik..sangat

indah..sangat wangi..Keliling dia dipenuhi dengan manusia-manusia yang cantik2 dan kacak2 belaka(macam cerita hikayat

merong mahawangsa plak).Dia nampak ada satu air sungai yang sangat jernih.Banyak anak2 ikan berenang dalam sungai

tu..Tiba-tiba dia rasa ada orang tepuk belakang dia.Terus dia berpaling dan....alamak,sambung jap lagi blh x?ada keja nak

buat ni..Sori kengkawan..See u later



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:





Ok...sambung balik.

Terus dia berpaling dan ada sorang nenek tua tengah senyum2 kat makcik saya ni.Dia punya tua sampai bongkok 3(macam pernah

tengok je bongkok 3 tu camana).Walaupun dah tua,muka nenek tu berseri2.Nenek tu tegur makcik saya ni

"Jauh jalan cucu ni"

"Saya kat mana ni?knapa saya ada kat sini?"

"mmm...nenek mintak maaf.bukan nenek sengaja nak tarik cucu masuk kat alam ni.Tapi cucu ada buat salah ngan kami"

"Salah?salah apa?saya x kenal pun nenek ni sapa"

"Smalam,cucu dah langgar anak cucu nenek yang tengah main2 kat sini.Skarang cucu nenek dah mati.Mak dan ayah dia sedih

sangat skarang ni" Terus makcik saya ni teringat pasal dia langgar bayang-bayang anjing masa balik dari kedai semalam

"Tapi mana saya nampak cucu nenek tu kat situ.Saya mintak maaflah nenek"

"Hmm...Tapi mak ayah cucu nenek ni nak mintak ganti"

"Ganti?Nak ganti macam mana.Saya ni bukan berduit sangat nenek"

Nenek tu diam dan terus senyum.Tiba2 dia hembus kat muka makcik saya dan makcik saya terus tersedar dari tidur.Bukak je

mata,dia tengok kain batik yang dia pakai penuh dengan darah.Terus dia raba-raba perut..Kempis....!

Apalagi...terpekik terlolonglah dia sorang2 sampai ke pagi..

Kecoh jugaklah satu felda pasal makcik saya ni anak dalam kandungannya kena ambik ngan bunian..

Tapi kisah ni x abis sampai sini..Ada banyak lagi kisah2 pelik yang berlaku lepas tu..Ada yang kata makcik saya tipu.Tapi saya pun

membesar bersama2 diorg.So saya tgk sendiri perkara2 yang berlaku..Dan apa yang terjadi lepas ni lebih mencabar..




























































































__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Apa la yg nak eksaited sangat setakat post kat gc ni cik misi, bukan best pun forum ni, penuh gay je kat sini, kalau hemsem takpe jugak, ini semua hodoh macam syaitan nirrajim..

Stail penulisan macam seseorg yg aku kenal.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

he..he..en ijoi..tu namanya serupa tapi x sama..



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

Asalamualaikum ..

cik misi ..... saya newbie kat sini'kalau salah toong jolok jolokan yea ..

 

cik mis cik misi ... saya nak tanya buleh ...

cik misi ada x posted cerita nie kat satu forum ... ehem ehem ehem .... (x leh bagik tau kat sini)

sebab cam pernah baca jer ...

kolo saya silap mohon maap yea cik misi ....

 

Ijoiii .. belanje aku cendol pulut kacang kat rasah jaya seremban buleh ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

badda2 wrote:

Asalamualaikum ..

cik misi ..... saya newbie kat sini'kalau salah toong jolok jolokan yea ..

 

cik mis cik misi ... saya nak tanya buleh ...

cik misi ada x posted cerita nie kat satu forum ... ehem ehem ehem .... (x leh bagik tau kat sini)

sebab cam pernah baca jer ...

kolo saya silap mohon maap yea cik misi ....

 

Ijoiii .. belanje aku cendol pulut kacang kat rasah jaya seremban buleh ....


 waalaikumsalam en badda 2

biasa ya dia...kita ni la 1st time join blog2 ni.sblm ni x sempat .

X de la cik badda.mungkin org yg post tu pun ada pengalaman camtu jgk kot..

enjet ngan jarum baru tau..blehwink



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

Ok...sambungan kisah makcik saya...

15 tahun berlalu sejak tragedi makcik saya (cik imah).Bukan nama sebenar.Jgn peg carik pulak orang nama imah ni..Cik imah pun dah redha.Dia pun dah ada 3 orang lagi anak selepas tu.Semuanya macam normal sampailah satu hari Cik Imah jatuh sakit.Badan dia jadik kurus kering.Terlantar kat katil x blh bergerak.Cuma mata dia je yang terkelip2 menandakan Cik Imah masih hidup.X Boleh makan langsung.Cuma air je yang disudukan hari-hari.Sepanjang dia sakit,anak Cik Imah yang sulunglah yang jaga.Suami dia makin jarang ada kat rumah.Alasannya barang makin banyak nak hantar ke Singapore(Orang lelaki ni mmg mcm tu ya?).Kadang2 dalam seminggu tu sehari je dia ada kat rumah.Bini yang sakit ni langsung tak dipeduli.Pernah anak lelaki yg no 2 ditampar sbb mengingatkan dia tentang tanggungjawab terhadap isteri dia yg sakit tu.

Satu malam,malam jumaat..Semua orang tgh tido.Malam tu mcm lain sikit.Suasana sejuk,sunyi sangat.Cik Imah yang tgh tido tiba-tiba terjaga.Yang peliknya,dia blh duduk tanpa dibantu oleh anaknya.Dan dia dapat tgk anak2 dia yang lain terbongkang tido.Tiba-tiba..
"Assalamualaikum,Mak.."
Cik Imah berpaling dan dia tengok ada seorang budak dalam lingkungan umur 14-15 tahun sedang tersenyum .Budak lelaki tu memakai persalinan macam zaman dulu2.Serba kuning dari tanjak sampai ke capal yang dia pakai.Air muka dia bersih sangat.Berseri-seri dan dia asyik tersenyum kat Cik Imah
"Awak ni siapa?kenapa awak panggil saya mak?"
Budak tu dok sengih lagi.Pastu dia capai tangan cik imah dan cium.
"Saya anak mak.Mak ingat tak dulu mak pernah mengandungkan saya.Pastu kandungan mak hilang.Sayalah anak mak yang hilang tu"..
Cik Imah terkejut..Sampai terbeliak mata.Terus dia peluk budak lelaki tu..
"Ya Allah..Firdaus anak mak...Mak bagi nama kau Firdaus walaupun mak x sempat jumpa kau."
Drama Queen betullah Cik Imah ni.Tapi yang peliknya,anak2 dia yg lain x terjaga pulak walaupun Cik Imah terjerit2 melalak.
"Kenapa sebelum ni kau x datang jumpa mak,Firdaus?Kenapa sekarang baru nak carik mak?"
"Mak,dunia kita berbeza,mak.Saya datang ni pun sebab nak tengok mak.Mak sakit ni.Ada orang hantar sihir kat mak.Tapi x pe.Dengan izin Allah,nenek akan cuba pulihkan mak.Mak ingat x nenek yang jumpa mak dulu masa dia nak ambik saya?Dialah yang jaga saya kat sana,mak."
"Ya..mak ingat,nak.Tapi sapa yang dengki sangat kat mak ni?Apa salah mak kat dia?"
"Mak,sebenarnya,suami mak ada berlaku tak jujur di belakang mak.Perempuan tu x baik,mak.Dia nak kenakan mak sampai merana dan mati.Suami mak pun dah termakan benda kotor sebenarnya.Sebab tu dia x pedulikan mak lagi.Mata dia dah dibutakan oleh syaitan yang dihantar."
"Astaghfirullahalazimm"
"Sabar,mak.Ni adalah ujian tuhan.Lepas ni,nenek akan datang sini setiap malam Jumaat sebanyak 3 kali untuk ubatkan mak.Tapi ada syaratnya..Syaratnya mak kena terima ilmu membidan dan mengurut.dan lepas tu mak wajib membantu orang yang di dalam kesusahan.Mak rasa boleh terima syarat tu?"
"Insya Allah,Firdaus.Mak cuba.."

Lepas perbualan tu,Cik Imah terjaga dari tidur.Macam mimpi tapi nyata.Sejak hari tu,macam yang anak dia bg tau,nenek tu datang mengubat cik Imah sampailah Cik Imah sembuh.Suami dia pun dah berubah dan terus berhenti bawak lori.Macam syarat yang diberi,Cik Imah terima ilmu mengurut dan membidan melalui mimpi 7 hari berturut2.Cik Imah terkenal kat Felda tu sebab pandai membidan dan mengurut.Plus dia jugak boleh mengubat penyakit2 mistik.Caranya pun agak unik.Bila ada orang sakit datang nak berubat,Cik Imah kena ambil wuduk dan pakai telekung.Pastu dia kena calit minyak wangi 'malaikat Subuh"kat tangan.kalau minyak wangi lain,x jadik.Pastu dia kena baring mengadap kiblat dan dia baca sesuatu(X taulah apa yg dia baca.X de la pulak dia bgtau).Tiba2 badan dia akan tersentak dan lepas tu jasad dia akan dimasuki oleh nenek tu.Orang perantara yg akan translate perbualan diorang lepas tu adalah anak sulung Cik Imah.Hanya dia yang paham.Sebab nenek ni cakap bahasa ala2 Indon + Jawa..
Ok..Tu jelah untuk kali ni.Lepas ni Cik Misi akan post benda2 lain plak.Kan Cik Misi dah bagi tau hidup Cik Misi ni horror.Banyak lagi benda2 lain tapi kenalah citer step by step..Ok

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 27
Date:

Nak lagi........sambung la wahai cik misi oiiii...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adinda cik misi a .. cik misi aaaa ...

betul betul pior la cik misi punya cerita ni,...

aaa .. gud gud gud ...

 

sambung la lagik cik misi aaa



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

Sambung agi cik misi.


Wakda... kami misi mmg nasib kot hidup penuh ngan mende2 mistik ni. Isk..isk..takut oo

__________________

BLUEEESSS FOREVER... AHAK..AHAK..



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

badda2 wrote:

adinda cik misi a .. cik misi aaaa ...

betul betul pior la cik misi punya cerita ni,...

aaa .. gud gud gud ...

 

sambung la lagik cik misi aaa


 cik badda,betul kan cik misi cakap...nak kena enjet baru takut ya....cik misi bizi skit la skarg ni.bnyk kemunculan kuman2 baru yg mmg terjal spesisnya....nanti kuman dah mati baru cik misi sambung balik ya...peace yoo...



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

misimaria wrote:

Sambung agi cik misi.


Wakda... kami misi mmg nasib kot hidup penuh ngan mende2 mistik ni. Isk..isk..takut oo


 he..he..misimaria,dia tau kot misi2 mmg berani(sangatlahhh...)



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

cik misi wrote:
misimaria wrote:

Sambung agi cik misi.


Wakda... kami misi mmg nasib kot hidup penuh ngan mende2 mistik ni. Isk..isk..takut oo


 he..he..misimaria,dia tau kot misi2 mmg berani(sangatlahhh...)


 

 

nkorang berdua nie buat aku fenin tauuu ..

rupanya ada dua misi dalam GC nie ...

woalaaaa .....

 

apalah misi misi misi misi nie yea ...

bnyk benar horor .. eh .. x suka kata horor ... hodoh bunyinyer ...

seram ... aaaa .. baru rasa seram ...

macamana misi-misi nie yea ...

 

isk .. kolo aku laaa .. maunye pitam tiga mpat malam ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 49
Date:

badda2 wrote:
cik misi wrote:
misimaria wrote:

Sambung agi cik misi.


Wakda... kami misi mmg nasib kot hidup penuh ngan mende2 mistik ni. Isk..isk..takut oo


 he..he..misimaria,dia tau kot misi2 mmg berani(sangatlahhh...)


 

 

nkorang berdua nie buat aku fenin tauuu ..

rupanya ada dua misi dalam GC nie ...

woalaaaa .....

 

apalah misi misi misi misi nie yea ...

bnyk benar horor .. eh .. x suka kata horor ... hodoh bunyinyer ...

seram ... aaaa .. baru rasa seram ...

macamana misi-misi nie yea ...

 

isk .. kolo aku laaa .. maunye pitam tiga mpat malam ....


 Sebab tu la wakda kami insan2 terpilih yg bole buat keja ni. semua org bole jg org sakit tp xsemua org bole merawat org sakit. Berbeza ertinya tu. Walaupun nmpk misi2 ni lemah tp cb try test tgk pakai bj misi buat keja misi.

lemah lembut mcmna pun misi tu tgh2 mlm bole wat LO sorang2. LO( last office-mandikan mayat sblm dihantar ke rmh mayat). Sbb tu org kata misi ni hati kering. Klu rasa nk manja2 ngn isteri jgn kawin ngn misi sbb klu suami setakat demam2 skit2 tu dia buat bo layan je sbb kt spital dia tgk sakit yg lbh trk lg wakda.



__________________

BLUEEESSS FOREVER... AHAK..AHAK..



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

wak.. aku pun misi jugak..


misinakcarimakan..

jom wak.. lapor la ujan2 ni.. kan ke best kalo dapat berpelukan.




tapi x nak la ngan wak.. hahaaa.. geli la i nak peluk2 pingu ni..

keh keh keh...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

adik misi aaa ... macam tu ke .... naseb baik nko bagik taw awal awal ..

cadang nak carik menantu misi .... kolo gitu ....kensel la nk cari menantu misi ...

kanag anak anak aku demam buat dek jer .... eeeeeeeee

 

wah hengko adik misi ... memalam bute buat buat kerja LO ke ...

(istilah kt sepital LO tu ... last office - mandikan mayat ...

kolo opis aku ... LO tu local order - borang pesanan ... jauh beza .. satu jazad satu lagi kertas ....biggrin)

kolo aku laaa ... hengko upah aku dua ribu hengget pon lom tau la haku berani...

 

adik cengkuduk itam putih kelabu asap ..

kt tmpt aku x ujan ...

so aku bolayan la kolo hengko nak peluk peluk haku ... rimas ....

hehehehehehehe .....

 

 

 

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

badda2 wrote:

adik misi aaa ... macam tu ke .... naseb baik nko bagik taw awal awal ..

cadang nak carik menantu misi .... kolo gitu ....kensel la nk cari menantu misi ...

kanag anak anak aku demam buat dek jer .... eeeeeeeee

 

wah hengko adik misi ... memalam bute buat buat kerja LO ke ...

(istilah kt sepital LO tu ... last office - mandikan mayat ...

kolo opis aku ... LO tu local order - borang pesanan ... jauh beza .. satu jazad satu lagi kertas ....biggrin)

kolo aku laaa ... hengko upah aku dua ribu hengget pon lom tau la haku berani...

 

adik cengkuduk itam putih kelabu asap ..

kt tmpt aku x ujan ...

so aku bolayan la kolo hengko nak peluk peluk haku ... rimas ....

hehehehehehehe .....

 

 

 

 

 

wah en badda...Ada hati ya.Buat menantu ke apa?Biar betul .Ada yang kena tidur luar 2 hari dua malam ni....



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 90
Date:

sambung2.. :D

__________________

semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA... 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard