Said terbangun. Terbangun dari tidur yang sememangnya sukar untuk melenakan. Selalunya Said bangun kerana kelaparan ataupun kerana kesakitan. Kali ini Said bangun kerana kelaparan. Satu hari suntuk Umi tidak memberi Said makan. Said lapar. Perut Said sudah kembung. Said mahu makan tapi Said tahu Umi susah. Umi harus kerja keras untuk beri Said makan. Said terus menangis kerana perut Said betul-betul sakit. Said mahu makan tapi Umi kata makanan dah habis. Umi dan abang Sufi dan Kakak Isha sedang tidur. Said mahu kejutkan Umi kerana perut Said sakit. Said menangis lalu menggoyang-goyangkan tangan Umi supaya bangun. Umi bangun lalu memeluk Said. Umi tahu Said lapar. Umi juga lapar, Abang Sufi dan Kak Isha juga lapar. Tapi mereka dapat menahan kerana memang sudah biasa hidup kelaparan. Tapi Said masih kecil lagi. Said tak kuat macam Abang Sufi dan Kak Isha.
Said terus menangis meminta makanan. Perut Said tidak dapat bertahan lagi. Umi terus bangun ke dapur untuk mencari sisa-sisa makanan. Nasib baik Umi terjumpa secebis roti yang tertinggal di dalam pinggan. Said terus menelannya. Umi menangis. Said tahu Umi sedih dengan nasib keluarga Said. Umi selalu berkata “Alangkah bagusnya jika Ayah masih ada.” Ayah meninggal kerana ada orang jahat menembaknya. Orang jahat itu kejam. Dia mahu membunuh Umi dah Said dahulu tapi Ayah dapat menolong Umi dan Said dari dibunuh tapi Ayah terkorban. Ayah korbankan nyawanya untuk Said dan Umi. Said sayangkan Ayah. Said rindukan Ayah. Said berjanji bila Said sudah besar nanti Said akan membalas dendam orang yang bunuh Ayah. Said harus menjaga Umi dan Abang Suri dan Kak Isha. Said sayangkan mereka. Mereka tempat Said bergantung. Kalau Umi dan Abang Sufi dan Kak Isha mati, Said pun hendak ikut mati. Said tak ada orang lain. Tapi Said tak faham kenapa Said hidup susah macam gini? Setiap hari Umi menangis. Setiap hari Said dan Abang dan Kakak menangis kerana kelaparan. Kenapa hidup Said seperti ini? Said bertekad bila Said besar, Said mahu keluarga Said hidup senang lenang. Said tidak mahu Umi, Abang Sufi dan Kak Isha kebuluran.
Esok malamnya, Said tidur dengan lena. Umi telah mencari makanan untuk Said. Said berasa cukup kenyang sehinggakan terlena. Tiba-tiba Said terbangun. Said nampak rumah jiran Said terbakar. Said dengar orang terpekik-pekik dan berlarian. Said nampak api menyala-nyala di luar rumah. Api itu semakin lama semakin besar. Said dengar ada bunyi letupan yang kuat. Ada benda jatuh dari langit lepas itu benda itu membakar rumah jiran Said. Said mengejutkan Umi. Umi juga terkejut. Umi terus mengejut Abang Sufi dan Kak Isha. Umi pun terpekik-pekik dan terus mengangkat Said dan keluar dari rumah. Bila sahaja Said jejak kaki ke luar, rumah Said meletup. Said nampak ada banyak kapal terbang di atas dan kapal terbang itu membuang satu botol yang besar sekali. Botol itu meletup bila jatuh ke tanah. Said takut. Said memeluk Umi kuat-kuat. Umi suruh Abang Sufi dan Kak Isha lari sekuat-kuatnya ke bawah tanah. Said tidak dapat larikan diri jadi Umi terpaksa mendokong Said. Rumah Said hangus. Rumah jiran said semuanya hangus. Said nampak ramai orang terbaring di tanah. Said nampak banyak darah. Said tanya Umi kenapa ini semua berlaku. Umi hanya menjawab perang. Said tidak faham perkataan itu. Tapi Said dapat rasakan kepanasan itu. Said asyik tengok kapal terbang di atas. Said tidak faham kenapa mereka meletupkan rumah Said. Mereka itu siapa?
Said ternampak kawan Said, Sheikul terbaring di atas perut Uminya. Said melambai-lambai tangan dan mengajak Sheikul ikut sama tapi Sheikul tidak mahu. Sheikul sedang menangis di atas perut Uminya. Muka Umi Sheikul berdarah. Umi Sheikul terbaring tanpa bergerak. Said ternampak kawan Kak Isha sedang berlari tapi tiba-tiba dia jatuh tersungkur dan sekeping papan yang terbakar terjatuh atasnya. Kawan Kak Isha terpekik tetapi selepas itu senyap dengan tiba-tiba. Semua orang terpekik-pekik. Api semakin banyak. Botol-botol yang terjatuh dari atas langit semakin banyak. Setiap kali botol itu jatuh, tanah akan terbakar. Said takut botol itu jatuh ke atas Said dan Umi. Kalau botol itu jatuh, Said dan Umi mesti terbakar. Umi lari kuat-kuat sehingga Said hampir terjatuh.
Orang ramai sudah ada di dalam tanah. Semua berlumba-lumba untuk masuk ke dalam tanah. Bawah tanah itu selamat. Tapi Abang Sufi dan Kak Isha belum sampai. Selepas meletakkan Said ke dalam bawah tanah itu, Umi terus keluar mencari Abang Sufi dan Kak Isha. Said menarik baju Umi. Said takut. Said tidak mahu jauh dari Umi, tapi Umi berlari juga. Said mengikut Umi. Tapi ada orang menarik Said supaya duduk diam. Said tak faham kenapa tiba-tiba jadi macam gini. Said tak mahu kehilangan Umi. Said tidak mahu Umi Said jadi macam Umi Sheikul. Umi Sheikul dah mati. Said tidak mahu Kak Isha jadi macam kawannya. Kawannya kena timpa papan berapi itu. Said tanya kepada pakcik dan makcik kenapa rumah Said terbakar. Mereka kata kampung Said diserang pengganas. Said masih tidak faham? Kenapa mereka harus menyerang kampung Said. Apa salah Said dan jiran-jiran Said? Said dapat rasa gegaran yang kuat diluar. Botol-botol itu semakin banyak jatuh ke tanah. Banyak rumah meletup. Ramai orang mati. Said masih tidak faham kenapa ini semua terjadi. Said bertanya sana-sini semuanya hanya menangis. Said mendengar makcik dan pakcik berbual tentang negeri barat hendak membasal dendam. Tapi kenapa? Apa salah negeri Said? Said dengar negeri orang putih besar, kaya. Tapi kenapa nak serang negeri Said yang miskin ini? Mereka ini tidak takut tuhan ke? Orang putih jahat. Orang putih tak ada belas kasihan. Biar Tuhan membalas kejahatan mereka. Tapi Said tidak mahu mati. Said tidak mahu Umi dan Abang Sufi dan Kak Isha mati. Said tinggal seorang.
Said keluar mencari Umi. Tiba-tiba Said ternampak Umi tersungkur. Botol dari langit itu jatuh dekat Umi dan terus meletup. Umi tercampak jauh. Said mahu berlari ke Umi tapi pakcik menarik Said. Said meronta-ronta untuk dilepaskan. Umi tidak bergerak. Said nampak banyak darah di tubuh Umi. Tiba-tiba Abang Sufi dan Kak Isha berlari ke arah Umi. Mereka menangis dan mengoncang-goncangkan badan Umi, tapi Umi tidak bergerak. Said cuba hendak lari ke arah Umi tapi pakcik memegang Said kuat-kuat.
Said memekik nama Umi nama Abang Sufi nama Kak Isha tapi mereka tidak dengar. Kampung Said sangat bising. Said sendiri tidak dengar suara Said terjerit.
Tiba-tiba papan terbakar itu terjatuh ke atas badan Abang Sufi dan Kak Isha. Mereka cuba berlari tapi susah kerana ditimpa papan yang terbakar itu. Abang Sufi dan Kak Isha melambai-lambaikan tangan. Said mahu menolong mereka tapi pakcik masih memegang Said. Said cuba juga. Said menggigit tangan pakcik sehingga pakcik melepaskan Said. Said terus berlari ke arah Umi, Abang Sufi dan Kak Isha. Said memanggil-manggil mereka tapi mereka senyap. Mata mereka tertutup. Badan mereka hitam dan berdarah. Said tidak mahu mereka mati. Said tidak ada kawan. Said tidak mahu Umi mati. Said memekik-mekik nama mereka. Said mengoncang-goncangkan badan Umi, badan Abang Sufi dan Badan Kak Isha tapi masih tak bergerak. Tiba-tiba ada orang menarik tangan Said dan mendokong Said. Dia terus berlari ke bawah tanah itu. Said meronta-ronta. Said mahukan Umi. Said mahukan Abang Sufi. Said mahukan Kak Isha. Pakcik itu memeluk Said kuat-kuat. Suara tangisan dan teriakan di dalam semakin senyap. Di bawah tanah tempat ramai orang berlari kedalamnya juga senyap. Said tidak terlarat untuk bangun dah memekik lagi. Kaki dan tangan Said sudah tidak larat lagi untuk bergerak. Said akan bersama Umi lagi di Syurga.
aku kesian la pulak kat nenek2 kita yang terpaksa mengharungi perang ni.kenapa mereka perlu jajah kita?
nenek aku pernahla kata bila dia tengok cerita embun(lakonan umie aida tu berr)yang mereka dulu makan ubi kayu je.tapi aku rasa amat bersyukur yang kita lahir dan tinggal di bumi yang betuah MALAYSIA BOLEH!!!( ada semangat patriotik gak aku ni ek)
__________________
my idol!C.T..
adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..
aku kesian la pulak kat nenek2 kita yang terpaksa mengharungi perang ni.kenapa mereka perlu jajah kita? nenek aku pernahla kata bila dia tengok cerita embun(lakonan umie aida tu berr)yang mereka dulu makan ubi kayu je.tapi aku rasa amat bersyukur yang kita lahir dan tinggal di bumi yang betuah MALAYSIA BOLEH!!!( ada semangat patriotik gak aku ni ek)
Nurul kita yang ada kat sini berdoa je la ye semoga semua perkara yang yang berlaku kat sana tak akan terjadi kat sini ok.... yang penting kita berbanyakkan doa bagi orang yang menghadapi peperangan kat sana ok.. AL-FATIHAH....