Weii..jom Ba suh hang naik makan dulu,Ba masak nasik lemuni ngan sotong kering masak sambai...perrgghhhh melele ayaq liuq aku,hahahaha..aku makan apa la tak tau pagi ni tiba2 yang happy tahap gaban sangat,tapi masa tu aku tengok Shida cool ja..dia tak hok,dia tak haq..padahai dia lagi paling banyak mulut,dia kalau cakap macam bertih jagong dok meletup dalam periok..tapi malam tu aku pelik lepas ja kami keluaq dari tapak pesta dia diam ja sepanjang jalan..aku tertanya jugak awat ngan dia ni???gadoh ngan marka dia ka apa??urmm...pelik2
Shida ikot jugak aku naik ataih,maybe sebab penangan nasik lemuni Ba membuatkan dia terlupa ceritera duka dia dengan marka dia kot...hahahaha,masok2 ja dalam lift tiba2 aku rasa seram sejuk..aku perati Shida,wajah dia agak sedikit kepucatan,yang aku bertambah pelik tu dia diam ja..berdiri tegak sambil kepala tu menunduk kebawah..aku betoi2 keliru ngan sikap dia malam tu...bila aku tanya dia buat dono jaaa...sakit pulak hati iterr ni...ishhh lembab plak la lift malam ni..haishhh..
'Mak..Ba mana?'tanya aku bila aku tengok mak ja sorang dok melepakkan diri kat ruang tamu...aku dah masok rumah aku tengok Shida dok tercegak lagi kat luaq.
'Ba...mana lagi p bergosip kat tingkat bawah la'begitu la Ba aku...memang kesukaan dia dok melepak rumah orang..hehe
'Woi mai la masok..hang dok tercegak apa lagi kat luaq,dok buat tak biasa..aku sekeh satgi kott...!!!'marah aku kat Shida...pastu aku teros masuk bilik nak salin baju,aku keluaqkan fon dari dalam beg aku tu dan letakkan kat ataih meja..lepas ja salin baju aku check fon...mahaiii,sampai 20 missed call??aku bukak dan check tengok nama Bura kakak tengah aku dengan Shida????awat yang deni kol aku sampai 16 kali ni??elok ja aku nak tekan call kat number bura tiba2 call Shida masuk...aku teragak2 jugak nak angkat tapi aku angkat jugak laahh..
'Woiiii...hang ni berak taik batu ka??punya berejam aku dok tunggu hang kat luaq ni woiii???marah 'Shida' kat aku..memang tak salah tu sora shida,habis sapa yang kat luaq tu??aku tak tau nak kata apa kat Shida..aku terus letak call dia..aku tau dia mesti maki aku berjabu..aku terus call Bura dan mintak bura p ambik Shida dan mai hantaq kat rumah..
Lutut aku dah longgaq...mengigil dan rasa lemah nak berdiri,aku call Ba suh dia mai naik...nasib la Ba bawak fon dia masa tu,patot la dia lain macam ja..rupanya 'Shida'bukan Shida...huhuhuhu...kelebihan Ba aku ni,dia memang ada deria rasa dekat makhluk2 istimewa ni..Ba aku jerit dari luaq aku dapat dengaq..maybe Ba dah nampak kawan aku dok terconggok kat luaq tu...
'Kak..mak..jangan keluaq dok dalam'jerit Ba,mak aku yang xtau apa ni nak bangun la jenggok kat luaq dia ingat Ba panggil,tapi aku sempat halang dan aku cerita kat mak aku apa yang dok jadi la tu....tiba2 muka mak aku berubah macam nak nangis tak mau nangis,maybe sebab dia pown takot..dari dalam,aku dengaq Ba dok soal jawab 'Shida'..tapi apa yang 'Shida' reply aku tak dengaq...dekat 20 minit macam tu baru la selesai,ba kata 'Shida'saja nak berkawan dengan aku.....
Punggah...tak cukup ka kawan2 aku perangai macam hantu ni hantu pulak nak kawan dengan aku???serious malam tu aku tak boleh tidoq weiii bila asyik teringat aku membonceng hantu weiiii hantuuu!!!!!
'OFFICEMATE'BARU
Dekat 2bulan lebih aku bercuti sebab berpantang setelah melahirkan putera sulung aku,aku kembali bekerja..rindu rasanya nak menjalankan tugas kembali...haiicehhhh..haha,2bulan aku tak masuk ada la beberapa muka baru mengisi ruang dalam company aku tu,dalam banyak2 staff baru tu,aku terpanggil untuk terpikat dengan sorang staff baru ni,raut wajah dia ayu ja putih gebu plak tu..hehe aku menghampiri meja dia,tiba2 dia bangun lalu kenaikan diri dia...amboihhh dah la segak hormat orang pulak tu...
Nama dia Ayu,owhhhh Ayu...kena sangat la nama tu ngan dia..hehe katanya dia baru lagi,baru 2 minggu..pastu dia tanya plak aku,aku ni staff baru gak ka?sebab dia tak pernah nampak sebelum ni..aku pown terangkan kat dia,lepas ja perkenalan singkat tu aku semakin rapat dengan dia..Ayu ni sangat baik orang dia,dan aku sangat selesa dan seronok berkawan dengan Ayu...tapi aku agak kehairanan,bila aku sembang ja dengan Ayu ada ja mata2 yang memandang aku dengan pelik...urmmmm..
2,3 hari ni aku terpaksa ambik emergency leave,tak tau aku sejak dua menjak ni anak aku ngan suami aku tak sihat ja...suami aku ngadu sakit2 badan,kadang tu badan dia lebam2,anak aku plak asai aku balik ja reja dia teriak..teriak sungguh2 plak tu macam kena pukoi terok2..lepas aku cuti 3 hari tu balik ja office aku tak nampak Ayu..pastu aku tanya la Kak Zai dia yang urus segala leave staff2 kot2 Ayu ada apply leave..
Bila aku mention nama Ayu,Kak Zai terkejut..dia kata kat aku tak dak lansung staff baru nama Ayu,nama yang nak seakan2 pown tak dak sebab semua staff baru orang cina..tiba2 Kak Zai tarik aku rapat dengan dia..Kak Zai tanya aku ada masalah kat ngn laki aku kat rumah??ehhh..aku kata la tak dak masalah apa lansung antara aku ngan laki aku,pastu Kak Zai kata lani satu office dok canang yang aku ni tertekan kat rumah sebab tu bila mai kat office aku bercakap sorang2,pastu ada staff2 office yang nampak aku lunch dekat warung buruk selang 2block dari office aku..
Setahu depa warung tu dah lama tak beroperasi sejak 3tahun lalu kerana mereka diarahkan tutup kerana tidak menepati piawai kebersihan.. dan persekitaran dia yang kotoq tu buatkan orang tak sangguh nak duduk meski pown untuk berteduh,yaa aku tahu pasai kes tu tapi seingat aku,tak pulak aku p makan kat warung tu..selalu Ayu yang nanti bawak aku p makan...Ayu????
Kak Zai mintak aku p berubat,bila aku cerita laki ngan anak aku dok kerap sakit semenjak dua menjak ni,Kak Zai mintak aku p berubat,sebab Kak Zai kata mungkin ni ada kena mengena dengan 'Ayu'.
'Ingat Shimaa Ayu tu tak wujud,bawak laki ngan anak hang p berubat'sekali lagi Kak Zai tekankan aku..memang aku blur gila time tu..mula aku tertanya2 sapa Ayu?kenapa dia hadir dalam hidup aku dengan tiba2??aku mintak balik half day hari tu sebab tiba2 aku risaukan anak dan laki aku..sampai ja aku kat rumah aku tengok anak aku ada kat lantai dia menangis tersesak2 aku berlari mendapatkan Rayyan..di ruang tamu aku terdengaq suara laki aku menjerit dari dalam dapoq..
Aku terkejut melihat 'Ayu' berdiri disisi laki aku yang sedang menghiris tangannya dengan pisau,aku beristifar lalu berlari keluaq,kebetulan ada jiran yang prihatin Pak Mat,katanya ingin menolong aku..dan dia meminta aku bersama rayyan tunggu diluaq..15minit aku gelisah menunggu diluaq tiba2 pak mat keluaq memapah Faiz yang sedang memegang tangannya yang luka..aku dan pak mat membawa Faiz kehospital..Faiz kehilangan banyak darah..dan dia kelihatan seperti trauma..
'Perkara ni masih belum selesai,benda tu tak mau tinggaikan aku..dia nak bersama aku???Ya Allah ya tuhanku...pak mat ajak aku balik dan bersemuka dengan 'Ayu'..Sampai ja dirumah,aku lihat gelap gelita..sekarang aku bersama Pak Mat berada di muka pintu rumah aku,Pak Mat membaca sepotong ayat dan samar2 kelihatan 'Ayu' sedang berdiri di penjuru rumah..wajah 'Ayu' pucat..
'Tapi dunia kita berbeza Ayu...Ayu tak sepatutnya kat sini dan berkawan dengan kak'sekelip mata wajah Ayu berubah riak wajahnya menunjukkan dia marah..
'Kalau diberi pilihan untuk kembali ke masa lalu,Kak Shimaa nak balik masa lalu supaya kak sempat jumpa dan mengenali 'Ayu' dengan lebih dekat'aku mula menangis..
'Tolong lah Ayu..jangan sakiti suami dan anak kak,mereka nyawa kak 'Ayu',mereka masa depan kak...tolonglah kembali kedunia asal 'Ayu',In Syaa Allah kak akan sentiasa berdoa semoga 'Ayu' tenang disana dengan izin Allah..'semakin laju air mata aku mengalir...dengan sekelip mata bayangan 'Ayu' hilang...
'Dia dah pergi..kamu jangan risau lagi,p lah tengok anak laki kamu..'pinta Pak Mat
2bulan berlalu,alhamdullilah keadaan semakin membaik..aku juga sentiasa doakan untuk arwah Ayu semoga dia tenang.Rupanya Ayu adalah mangsa kekejaman,dia dirogol bergilir2 dan dibunuh..Ayu juga merupakan bekas pekerja company aku,jawatan yang disandang aku rupanya milik arwah Ayu dulu..In Syaa Allah aku akan menziarahi pusaranya dan sedekahkan Al-fatihah.