COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL;
Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;
COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka hingga ke hari ini;
Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand);
Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan tetapi kenapa tidak ada peruntukan kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Kos untuk mendapatkan sijil halal kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam;
Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa produk-produknya HALAL.
Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? Bush...?
Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonglah produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli;
Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam.
BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan bantahan kepada syarikat multi-nasional yang tidak menghormati serta mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama.
Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab.
hmm... btol la tu ape yg ko tulis ni.. aku rasa dh lame dh org tahu. tp buat2 x tahu sbb ubat gigi yg ade jenamahalal, yg confirm halal, mahal sket compare ngan colgate ke, ape ke... thats why le colgate still laku..
sebelum pegi jauh anim nk tanya bijan ni..ko ni bukan new bie kan...ko org lama kt forum ni tul tak...cos baru je masuk dh veteran member, msti something wrong...ke ko tukar nick ja...ok cete pasal ubat gigi ekk...ala lain kali pakai arang je, org2 tua guna arang...tp apa tertera diatas mmg fakta betul tu...dh pnh baca..
sebelum pegi jauh anim nk tanya bijan ni..ko ni bukan new bie kan...ko org lama kt forum ni tul tak...cos baru je masuk dh veteran member, msti something wrong...ke ko tukar nick ja...ok cete pasal ubat gigi ekk...ala lain kali pakai arang je, org2 tua guna arang...tp apa tertera diatas mmg fakta betul tu...dh pnh baca..
a'a la hanim aku pun plik.cpat sangat dia ni jadi veteran member
bijan wrote: aku memeng baru masuk kat sini lah.mana ada tukar nick name.semalah aku nak balik hujan,jadi aku layan kat dlm web nipercaya laaaaaaaaaa..... aku tak cayer la.ko post bru pluh2 aku yang beratus post ni bru senior.baik ko ngaku bijan.u r under arrest!!!!
betullllll...aku tak tipu.tapi berbalik pada topik kita apa pandangan kia tentang ubat gigi ni.
kiamorion wrote: bijan wrote: aku memeng baru masuk kat sini lah.mana ada tukar nick name.semalah aku nak balik hujan,jadi aku layan kat dlm web nipercaya laaaaaaaaaa..... aku tak cayer la.ko post bru pluh2 aku yang beratus post ni bru senior.baik ko ngaku bijan.u r under arrest!!!! betullllll...aku tak tipu.tapi berbalik pada topik kita apa pandangan kia tentang ubat gigi ni.
bijan wrote: kiamorion wrote: bijan wrote: aku memeng baru masuk kat sini lah.mana ada tukar nick name.semalah aku nak balik hujan,jadi aku layan kat dlm web nipercaya laaaaaaaaaa..... aku tak cayer la.ko post bru pluh2 aku yang beratus post ni bru senior.baik ko ngaku bijan.u r under arrest!!!! betullllll...aku tak tipu.tapi berbalik pada topik kita apa pandangan kia tentang ubat gigi ni. eleleleleh nak tukar tajuk ler tu
betul ,mana lak tukar tajuk......tapi tajuk ni penting kita bincangkan....
btul ker diam?tapi aku rase ade gak tindakan d ambil tapi tak dapat sambutan sangat.em lagipun tak semua kilang ubat gigi d malaysia dapat d pantau dari semasa ke semasa