Setiap hari tanpa jemu Saripah akan melakukan kerja menjaga bayi di wad penjagaan bayi yang baru dilahirkan.Apa yang membuatkan Saripah seronok dengan tugasan tersebut kerana sikap yang menyukai kanak-kanak yang memang tersemat di dalam dirinya.Tambahan pula saripah juga turut mempunyai seorang cahaya mata yang baru berusia setahun membuatkan naluri keibuannya terserlah.
Jika sesetengah orang tidak selesa dengan tangisan bayi yang laparkan susu atau kerana lampinnya sudah basah namun bagi Saripah tangisan itu satu bunyi yang sudah sebati dalam dirinya.Sebagai ibu dia pernah merasai keadaan tersebut..memang tidak dinafikan pada mulanya dia juga tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi lama kelamaan dia telah biasa dan lali.
Setelah dua bulan ditugaskan bekerja shift siang,kini tiba gilirannya pula untuk bertugas pada shift malam.Sebagai kakitangan baru Saripah hanya mampu mengikut jadual tanpa banyak soal.nasib baiklah suaminya bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang,maka Saripah tidak risau akan penjagaan anaknya di rumah.Jadual kerja Saripah memerlukannya sentiasa memeriksa bayi-bayi di wad berkenaan agar segala-galanya berjalan dengan sempurna.
Selain Saripah terdapat terdapat juga 3 jururawat yang bertugas menjaga bayi ini secara bergilir-gilir,dengan cara ini dapat jugalah mereka berehat sambil melakukan kerja-kerja lain.Hari pertama bertugas malam segala-galanya berjalan dengan lancar,cuma kadang-kadang Saripah dan rakan sekerja sibuk sedikit apabila terdapat kelahiran baru pada waktu itu.Namun disebabkan diri masing-masing sudah dilatih untuk mengatasi sebarang masalah,setiap tugas mampu dilakukan dengan baik sekali.
Begitu juga hari kedua segala-galanya baik dan ini membuatkan Saripah berasa senang walaupun ditugaskan pada waktu malam.Namun begitu pada malam ketiga sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku ketika tiba giliran Saripah memberi minum susu kepada bayi-bayi yang terjaga pada pukul 2 pagi.Tangisan seorang bayi lelaki yang agak kuat memecah keheningan awal pagi membuatkan Saripah yang baru bertukar giliran berasa amat terkejut.Sepanjang pengalamannya bekerja tidak pernah dia mendengar bunyi tangisan yang sebegitu.
Sedang Saripah tergesa-gesa mahu menuju kebilik yang menempatkan katil bayi tersebut tiba-tiba dia mendengr suara seorang wanita yang mahukannya agar cepat kesana.Terkejut juga Saripah mendengar suara itu sebab setahunya pada waktu sebegini tiada ibu-ibu yang terjaga.Mungkin itu hanya khayalan,fikir Saripah dalam hati.
Sebaik sahaja Saripah sampai ke dalam bilik tersebut dia berasa amat terkejut apabila melihat bayangan seorang wanita yang berada diluar cermin bilik itu,tambah menghairankan ialah cermin tersebut menghala ke balkoni luar dan tidak ada tempat berpijak yang cukup walaupun untuk seorang insan.Saripah agak kaget tangisan bayi tersebut tidak di endahkan,apa yang terdetik di hatinya ketika itu adalah menyelamatkan wanita tersebut dari terjatuh,tanpa membuang masa Saripah pun menuju ke cermin tingkap yang boleh dibuka bersebelahan dengan balkoni tersebut.
Namun belum sempat Saripah tiba disitu,tiba-tiba bayangan tersebut terbang dengan pantas,Saripah berasa terkejut dan menjerit ketakutan,apabila mendengar jeritan Saripah itu dua orang rakannya yang berada berhampiran bergegas mendapatkannya.Sebaik saja mereka sampai di bilik tersebut segera mereka mendapatkan Saripah,beberapa ketika kemudian Saripah tersedar dari terkejut lalu mendapatkan bayi yang menangis itu.Nasib baik tiada apa yang berlaku pada bayi lelaki itu.
Setelah berpuas hati dengan keadaan bayi itu,barulah Saripah menceritakan keadaan yang berlaku pada rakannya.Terkejut juga mereka kerana sewaktu mereka bertugas tiada apa-apa yang berlaku.Saripah tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut,terus saja dia mengambil keputusan untuk menyiasat bayi siapa yang menangis dan mengapa bayangan tersebut berada di sana,setelah disiasat barulah Saripah faham apa yang telah berlaku.
Ibu bayi tersebut sebenarnya telah meninggal dunia sebaik saja bayi tersebut dilahirkan,mungkin disebabkan rindu dan kasihan dengan anaknya,roh wanita tersebut datang melawat anaknya pada malam itu...wallahua'alam
perghhh.. sungguh menyeremkan.. ni yg cm seram sket nk bsalin kt spital ni..
huh.. dah ujung2 ni nak pkai stoking pun kena bertungkus lumut dlu... lumut la pasal sekian lama berusaha baru nak setel pakai, tu pun sebelah je, belum dua2 kaki lagi.. heh...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
perghhh.. sungguh menyeremkan.. ni yg cm seram sket nk bsalin kt spital ni..
huh.. dah ujung2 ni nak pkai stoking pun kena bertungkus lumut dlu... lumut la pasal sekian lama berusaha baru nak setel pakai, tu pun sebelah je, belum dua2 kaki lagi.. heh...
ha kan..biasa la tempat2 macam sikit sebanyak mesti ada gangguan dari makhluk tuhan tu jugak
Hahaha... Ini ika sayong datang balik.. Preeedoom.. Dia tu masih newbie,mungkin dia tu saje2 nak tambah jumalqh komen dia kot.
Balik2 pasal bayi tu tadi,kesian baby tu nangis kan. Dah tu mak dia meninggal pula. Klau aku pun macam tu juga,sapa laa x rindu dgn anal oii.. Hihihi..9 bulan bersama tiba2 berpisah pula..
Kalau hospital memang slalu ada hantu. Sebab banyak org meninggal kat situ. Tapi yg wad bayi tadi ok lagi. Belum lg bilik mayat. Haaaa.. Lg laaa seremmmmm.
lorrr... bukak ler kat opis kejap. sblm enko balik wajibul ghunnah ko bukak dulu link tu..
silap2 bukan takat ayaq mata, ayaq ingus ayaq lioq sume meleleh ko....
tu lah, dia jaga anak angkat pun buleh berlembut ni aku ngan anak sendiri lak nak garang2...
eleh, korang pun kan... kan... kalo nampak anak org buat perangai setan siap sound lagi, kalo ko anak aku dah kena tibai dah ni... haaa.. dengaq tu.. KALO KO ANAK AKU....
betui dak?
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
aku ni dulu belajar tak pandai....ilmu pun tak penuh mahu pun di dada atau di dlm otak ni....jadi nak keje opis ni n mgadap komputer ni tak merasa la....keje aku cuci longkang tepi jalan je....nak join????
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi
aku ni dulu belajar tak pandai....ilmu pun tak penuh mahu pun di dada atau di dlm otak ni....jadi nak keje opis ni n mgadap komputer ni tak merasa la....keje aku cuci longkang tepi jalan je....nak join????
alohaiii..
aku reja sikat rambut singa pun ada ja masa nak mencelah intai pc sat. siap singa tu join aku nengok u-tiup american idol. hahaaa..
tak pe lah, nanti2 ko dah top up tenet ko bley la sama2 mencairkan mata.. eh... memberairkan mata.. hahaaa...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..