Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: budak guli kat office


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:
budak guli kat office


Hai mataku kembali. Tapi ada jugak yang sudi menambah-nambah perisa dekat nickname aku ni. Mata kuyu lah, mataku matamu jua lah. Aku letak nickname mataku sebab aku rasa mata aku cun, gitew. Sebabnya nama sebonar aku ada kena mengena dengan mata. Eh nama aku bukan matahari eh. Klasikkkk sangat. Kot la makbapak aku nak letak nama aku matahari pagi di ufuk timur, tak pun matahari melur  jelita ke. Harus lah aku mengamuk sakan. Sekiannn mukadimah.

Sepupu aku, yakini si jariku. Bagi yang tak kenal sapa jariku, dia ni lah yang minta ampun kat jembalang siap buat deal-deal bagai tuh. Dah pergi cari tajuk cerita hantu sawah padi.

Beliau ni muda dari aku 4 tahun. Sekarang dia kerja. Kerja jugak malaun ni. Tapi tak tahu lah kan berapa lama bertahan. Selalu dia kerja kejap-kejap je. Lepas SPM dia lingkup dulu, dia taknak belajar. Dia tak dapat PLKN tapi bapak dia pergi mohon dekat PLKN suh masukkan nama jariku. Muahahha selama 5 purnama berturut-turut aku gelak setan dekat dia. Sebab bapak dia bengang spm dia kantoi. Padan muka kau. Tu lah sape suruh merempit je keje.

Office dia dekat rumah atok aku, jadiknya sekarang ni dia duduk dengan atok. Nak berulang alik ke rumah dia jauh, jadi dia duduk ngan atok je. Baru 3 minggu kerja. Office ni kawan bapak dia yang punyaaa. Dipendekkan cerita, aku balik umah atok. Alang-alang aku tido sana 2 3 malam.

Satu malam aku tengah syok membelek album-album lama sambil gelak sorang-sorang tengok ayah aku zaman muda dengan seluar ketat, rambut afro, perut yang masih kempis serta hensem, jariku datang bawak air segelas. Dia kata, weh mesti ko penat belek album ni kan? Nah, minum lah air ni. Minum laaa, minum laa. Air ni sedap sebab aku buat dengan penuh kasih sayang. Aku siap menyanyi-nyanyi kecil lagi sambil buat air ni tau. Ikhlas ni. Cu tengok muka aku. Nampak tak keikhlasan dia?

Aku pon pandang je muka dia. Cuba nak cari tang mana ikhlas nya tuh. Tak jumpa pon. Aku pon cakap, ko nak apa? Cakap je lah, banyak pulak cekadak ko ni. Aku pon cekak pinggang sambil kira selama 5 saat. Aku cakap, dalam masa 5 saat kalo ko taknak cakap nak apa, sila blaa. Aku nak menenangkan fikiran ni, muka ko dah la tak hensem, makin semak sel-sel otak aku ni. Aku tengok air ko ni penuh dengan air liur ko je, dah ko menyanyi sambil buat air, kompem air liur ko tempias.

Dia pon buat muka konon cute yang memang aku tengok jadi macam labi-labi je, sambil sengih-sengih. Pastu tarik-tarik baju aku. Lemas betul lah aku macam ni. Jariku pon cakap, matakuuuu, oo matakuuu, aku tengok ko macam fasha sandha la sekarang, apa rahsia nya? Aku bidas, ah takde, fasha sandha tu yang iras-iras aku. Dia tarik lagi baju aku, matakuuu, oo matakuuu jom teman aku pergi office ambik dokumen. Lepas ni aku belanja kau makan hot burger fizo omar. Jom laaaaaa. Ko kan dah lama nak makan hot burger tu, kot la dalam burger tu ada fizo, boleh kidnap.

Patut lah macam ulat aje tergedik-gedik. Buat air lah, puji aku macam fasha sandha lah. Dah sah-sah fasha sandha tu putih, buta warna ke apa dia ni. Tapi kalo dia cakap aku macam the oprah mau aku baling album ni atas muka dia.

Aku malas sebenarnya. Aku cakap, wei ambik esok takleh ke? Dah pukul 10 kot. Tengah-tengah malam cenggini. Tak nak aku. Pastu cepat aje dia balas, baru kul 10 malam, belum tengah malam lagi. Aku nak pakai dokumen tu esok masalahnya. Jariku buat muka kesian sambil menyanyi tolong kami, bantu kami anak-anak yatim piatu. Aku pon laser, tak payah mengada-ngada, mak bapak ko idop elok je lagi. Dia pon slow-slow blah sambil buat muka setengah sen, dan-dan je buat-buat lap air mata yang kompem tak ada setitik pon air mata dia keluar.

Aku pon cakap, orait lah tapi bersyarat. Syarat pertama ko kena belanja burger fizo. Aku nak daging double ngan cheese sekali. Pastu esok ko yang kena sidai kain, angkat dan lipat sekali. Deal?

Bengang aje muka jariku, hahahah. Dia jerit, aku kerja la esok mangkuk. Aku cakap oklah, aku sidai tapi ko angkat pastu lipat. Pastu dia malas nak bengang lama-lama dia cakap, yelah yelah. Jom ar wei.

Dipendekkan cerita, sampai la aku depan office jariku ni. Mak aih, apasal menyeramkan sangat office ni? Siang hari tak lah nampak horror sangat. Aku cepat-cepat cakap, ok aku tunggu sini. Jariku tarik tudung aku, aku ajak ko datang sini fungsinya aku nak ko naik atas sekali la gila. Waaaaaa aku taknak naik. Patut lah orang tua kata menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tarak berguna woo.

Lepas cakap dekat pakgad yang kita orang nak ambik dokumen, pakgad pon cakap, abang mat ada kat dalam tengah ronda. Aku tak payah ikut ko lah eh. Takde sapa nak jaga kat luar ni pulak. Hati-hati, kalo nampak pon buat-buat tak nampak je. Takpayah nak pergi salam-salam pulak. Pastu dia gelak-gelak. Eh bergurau pulak pakgad ni. Kau ingat kau kelakar? Kecik beso kecik beso je aku nampak kepala pakgad ni. Ade aku hempuk dengan helmet ni nanti. Ko tunggu lah pakgad, aku dendam ngan kau sampai esok. Esok jelah sebab mak aku cakap tak baik gaduh lama-lama, nanti allah tak sayang.

Aku pon masuk la office jariku. Ada empat tingkat. Dokumen tu ada kat tingkat 3. Lepas masuk password maka berjalan la aku terhendap-hendap macam orang nak merompak je rasa. Ada penyapu kat tepi aku ambik buat pertahanan diri. Mana tau terserempak ngan orang jahat ke. Jariku tengok aku ambik penyapu, dia pon cakap, wei tak payah nak over sangat lah eh. Ko letak balik penyapu tuh. Aku pon letak balik. Pastu berjalan la lagi. Nak sampai ke tempat dokumen tu punyalah jauh gila. Dengan banyak meja-meja office nya. Seram gila kot.

Pastu aku macam dengar bunyi orang berjalan belakang aku. Aku pandang tak ada orang. Aku pon cakap perasaan aku je. Pastu sampai la depan pintu tempat dokumen tuh. Kat luar tu ada macam taman mini. Ada air pancut keluar. Bawah tu ada ikan-ikan yang tengah berenang dengan bebasnya. Air pancut tu tak terpancut lah sebab malam-malam macam ni. Eh? Macam lushah je ni. Ish tapi tu bukan maksud aku tau. Haha!

Aku pon biarkan je jariku masuk dalam tu, aku duk tengok ikan-ikan tu. Lepas tu aku dengar  kedeganggg dari dalam. Aku pon cuak, aku tak berani nak g tengok, aku pon jerit, wei jariku ko langgar dinding ke?

Tak sempat habis ayat aku, jariku berlari keluar sambil pegang satu fail. Dia jerit mataku! Sambil cari aku. Wei aku kat belakang ko ni sambil ambik torchlite dan letak bawah dagu aku. Niat nak buat kelakar. Tapi jariku menjerit macam orang gila pastu ambik dokumen tu nak hempuk aku. Aku pon cakap, wei aku lah ni. Dia pon apa lagi, carut aku. Dia kata jom blah. Aku tengok muka dia punya lah berpeluh-peluh. Pastu dia berlari keluar. Aku ni terkejut gila lah. Terus aku berlari keluar jugak.

Pastu gedenganggg lagi sekali, sebab nya terlanggar pintu kaca. Aku ni memang la lari slow, jadi aku tak sempat nak langgar pintu kaca tu. Aku pon tengok jariku terjelepuk menahan sakit. Aku pon hapa lagi kan, gelak tak hengat dunia. Senak perut aku. Wei masukkan password lah! Yang kau pergi langgar pintu ni kenapa? Dah sah-sah lah kau yang kecundang. Pastu jariku pon bengang, haa gelak la gelak. Sakit tau tak! Dia marah aku. Pastu jariku pon duduk je kat situ dan cakap jap jap aku pening laa. Haruslah ko rasa pening, nak pecah pintu tu ko langgar.

Lepas tu aku cakap, weh berapa password? Jariku cakap, mana leh gtau ko. Nanti ko rompak office aku. Ko kan tengah miskin sekarang. Dia merujuk kepada pengangguran yang aku hadapi sekarang. Kuang asam punya budak ni. Aku cakap, wei agak-agaklah sikit, buat amende aku rompak office ko yang sah-sah la ada dokumen je yang bersepah-sepah. Dah sekarang bagi password bilik yang ada simpan harta. Senang sikit aku nak rompak. Jariku pon carut aku, wei boleh pelan tak suara ko tuh? Bodo je cakap pasal rompak-rompak dalam ni, kalo orang dengar kita boleh disyaki tau tak. Aku pon jeling dia, rasa jelingan aku ni boleh tembus kepala hotak dia tuh, aku cakap wei cantekkk sikit, ko yang up pasal rompak ni eh. Pakgadddd ada orang nak rompak office ni, tolong tolong, aku cakap sambil pakai action-action sekali.

Jariku pon sound, diam lah bodo. Ko ni bangang betul lah. Tiba-tiba ada bunyi pintu terhempas kat ruangan jariku ambik dokumen tuh. Aku yang baru je habis melakonkan watak yang ntah haper-haper tu, terdiam seribu bahasa. Jariku pon letak jari kat mulut dan buat isyarat kelar leher dia kat aku. Tandanya kalo aku bising dia nak bunuh aku lepas ni. Aku pon bisik, weh bunyi apa tu? Jom lah bla, ko tak habis pening lagi ke?

Lepas tu jariku pon cepat-cepat bangun dan masukkan password. Eh error? Masukkan lagi, error lagi. Aku cakap wei jangan main-main lah. Masa tu aku ngan jariku tengah mengadap benda password tu. Sekali aku nampak dengan ekor mata aku ni budak tengah berlari masuk ke dalam bilik dokumen tuh. Aku haa sudah, waaa nak balik peluk atokkkk.

Aku tak cakap apa-apa kat jariku. Lepas tu tiba-tiba je dengar ada orang main guli sambil gelak dalam bilik dokumen. Jariku terdiam dan ketap bibir. Dia pon cakap, sebab tu lah berlari keluar dari bilik tu sampai pergi karate pintu kaca ni. Aku yang dengar ni alangkah gembiranya. Terima kasih pada jariku kerana sudi cakap pasal ni masa saat-saat genting!

Lepas tu kitaorang sepakat taknak layan benda tu dan masukkan password. Error lagi. Aku cakap, apasal salah eh? kot ko hilang ingatan sebab langgar pintu ni kot? Ko kenal tak aku sapa? Aku sepupu ko. Nama aku mataku. You remember me? aku pegang kepala dia sambil kocakkan kepala dia sekali.

Jariku pon bengang pasal aku buat kelakar yang konon kelakarlah sangattt saat-saat macam ni. Pastu jariku marah, ko ingat ko kelakar? Diamlah! Aku kena sound setepek.

Lepas aku kocak kepala jariku, makin galak pulak bunyi guli tu, kali ni tambah pakej bunyi suara-suara pulak. Macam suara 2 3 orang kanak-kanak ribena yang tengah girang main guli. Tapi tak jelas bunyi tuh.

Pastu tiba-tiba jariku cakap, ok aku tau ni macam bodoh, tapi aku nak try gak. Pastu otak aku ni tak dapat la proses maksud dia tuh. Ko tau apa? Masa tengah menaip ni aku gelak macam orang gila. Hahahahhaha.

Jariku pon cakap..... atok, please la tok jangan nak buat gempak kat sini. Tolonglah, esok orang ada benda penting nak buat ni tok. Atok jangan la kacau kita orang. Jangan la meng-error-kan password orang ni tok. Lagi satu tok, atok pergi la balik. Dah malam ni, bini atok tak cari ke? Haa pastu jangan lupa ye, angkut cucu-cucu atok yang tengah syok main guli kat dalam tu. Dari main guli, baik dorang baca abc. Emm tok nak buat permintaan boleh tak? mintak-mintak esok bos masuk lambat boleh? Boleh mengulor jap. Please tok? Apa kata tok surrender je. Atok pon dah tua.

Aku yang dengar ni memula ada la tercengang, lepas tu makin lama ayat jariku makin bengong je aku rasa. Aku pon hapa lagi, terduduk-duduk aku gelak sambil tekup mulut aku ni. Menyembur-nyembur air liur aku sebab tutup mulut. Nak gelak kuat-kuat takut makin seram pulak. Lepas tu tiba-tiba bunyi macam sebekas guli yang jatuh dari tempat yang tinggi. Melantun-lantun bunyi nya. Apa lagi wei, jariku pon masukkan lagi password, error. Pastu dia cakap ya allah, jangan la ko cuba menguji hamba mu yang hina ini. Sambil baca ayat qursi, jariku masukkan password dan alhamdulillah ya allahhhhhhh, jariku jerit sambil menadah tangan. Terbukak jugak pintu tu. Aku pon cepat-cepat tarik tangan dia yang masih menadah tangan tu. Wei dah-dah la buat drama, jom blaa. Lepas ni ko sambung.

Aku pon berlari-lari dengan jariku. Nak dekat sampai dekat tangga, jumpat abang mat. Dia pon sound, hah korang dah kenapa? Pak him kata korang gi ambik dokumen, yang lama sangat kenapa?

Jariku pon cakap, takdelah bangmat, tak jumpa benda ni. Aku pon tambah, aah letak kat lain cari tempat lain. Pastu bangmat cakap, yelah jom la turun ngan bangmat. Aku ngan jariku laju aje setuju. Takut wooo.

Lepas tu turun la macam biasa. Sampai kat motor jariku pon ketuk-ketuk kepala dia dekat side mirror sambil tonyoh-tonyoh dokumen tu. Aku tanya, wei tersilap dokumen ke? Ko jangannn. Jariku cakap, bukan lah betul dah dokumen ni. Aku tanya, habis tu? dia pon berlakon la menangis teresak-esak. Tolongla, tolong la bagitau aku bila anak wayang next season nak start. Aku nak daftarkan mamat ni. Nampak ada dah bakat terpendam tu. watak jadi orang lalu lalang pon takpe.

Sebenarnya, aku kena ambik dua dokumen waaaaaaaaa. Lupa nak ambik satu lagi, terkejut dekat budak guli tengah main guli masa aku buka almari nak ambik dokumen ni. Yang ni je sempat aku capai. Waaaaaaa. Jariku terus menangis sambil hentak-hentak kaki. Aku pon diam-diam pergi dekat ngan telinga dia dan ajar dia mengucap. Parah sangat nampak ni sampai hentak-hentak kaki. Pastu jariku ketuk kepala aku, wei ko hengat aku nak mati ke ajar mengucap ni! Marah jariku. Aku cakap, habis yang ko buat drama kat depan ni kenapa? Dah tertinggal pergi la ambik. Aku taknak. Aku nak tunggu sini sambil ejas abang mat. Aku pon bla pergi buat senyuman yang paling manis dekat abang mat.

Pastu jariku pon jerit, wei tak payah ngada-ngada. Aku pon tak hingin nak naik pergi sana. Dah lah, aku ambik esok je lah. Aku rasa atok jembalang tu akan makbulkan permintaan aku kot. Aku dah suruh atok tu buat bos aku masuk lambat esok. Aku cakap, haa syirik! Syirik! Ko mintak dengan allah, bukan dengan setanlah setan.

Dah jom bla, aku dah nampak bayangan hot burger fizo omar memanggil-manggil ni. Aku tendang-tendang kaki jariku ajak blah. Aku tersengih-sengih, sedapnya!

Balik tu kitaorang lepak makan kat sana. Jariku cakap, takpe balik lambat-lambat lah, lagipon sikit aje nak kena tengok fail ni. Fail yang tertinggal tu lagi banyak kena buat sebenarnya.

Malam tu sebelum tidor, jariku dan aku pon diskas la pasal budak guli tu. menurut jariku, office dia memang horror. Sebab bangunan tu dulu ada staff mati gantung diri sebab stress kerja. Dulu bangunan tu buat bisnes lain. Sekarang company jariku dah beli bangunan tu. Memula bayangan orang bunuh diri je staff-staff lain nampak. Lepas tu macam-macam hantu yang lain muncul. Budak guli ni jariku tak penah lak dengar. Mungkin geng dia tak cerita kot. Sebab dia baru 3 minggu keje.

Malam tu aku end up tido bukak lampu haha. Takut gila rasa. Aku membayangkan budak guli tu tengah main guli dalam bilik aku tido ni. Esoknya, dalam kul 9 gtu, jariku antar mesej, wei bos aku meeting kat luar, masuk office lepas lunch. Aku gembiraaaaaa.

Aku pon tergelak sorang-sorang baca mesej tu, kot betul atok imaginasi jariku semata-mata tu makbulkan permintaan dia. Ish syirik lah mataku!

Pukul 6 dia sampai rumah, belum sempat nak bukak helmet aku dah cekak pinggang. Aku jerit kat pintu, wei angkat kain, lipat sekali! Jariku cakap hah apa dia? Mana ada aku buat perjanjian apa-apa ngan ko. Tak ada hitam putih pon. Aku terus bengang, banyak la ko punya hitam putih, ko buat sekarang! Dia pon gelak-gelak sambil angkat kain. Lepas maghrib dia lipat. Tapi hujung-hujung aku lipat balik semua baju-baju sebab aku tak dapat kenal pasti adakah dia lipat baju atau gulung baju.

 

#prayforMH370.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

kik kik kik ... ekekekek kekekek .... wahhaha ..wahahahaha ....

dah le pepagi bute niii ... aku gelak sorang sorang ..

nko nie betul la adinda mataku mataku yang cun lagik babyface ....

muah muah muah ...(nie efek aku cium tangan aku senirik ... kolo aku cium tangan nko .. kang bebekas pipi aku .. hisssh)

 

memang gelak sakan aku .. besh tol citer nko nihhh ....

paling kelakaunya .. adegan ayat sepupu badigol nko tuu ...

 

errr .. citer lain ade lagi x?

 

(err .. adindaa mataku yg x juling ....... x pelaaa .. Allah belom nak bagik nko rejeki ...

Insya Allah .. usaha lagi ... kolo dah rejeki nko ade ... mudah je tuuu ...)

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Hehe..gelak sorang sha dengar kisah mataku ni
Ade lg tak citenye..klau ade tepek byak2..sha da jd admirer mataku dah ni hihi..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

badda2 wrote:

kik kik kik ... ekekekek kekekek .... wahhaha ..wahahahaha ....

dah le pepagi bute niii ... aku gelak sorang sorang ..

nko nie betul la adinda mataku mataku yang cun lagik babyface ....

muah muah muah ...(nie efek aku cium tangan aku senirik ... kolo aku cium tangan nko .. kang bebekas pipi aku .. hisssh)

 

memang gelak sakan aku .. besh tol citer nko nihhh ....

paling kelakaunya .. adegan ayat sepupu badigol nko tuu ...

 

errr .. citer lain ade lagi x?

 

(err .. adindaa mataku yg x juling ....... x pelaaa .. Allah belom nak bagik nko rejeki ...

Insya Allah .. usaha lagi ... kolo dah rejeki nko ade ... mudah je tuuu ...)

 

 

 


 

cuba jgn gelak kalo baca cita aku waknda, seram ni cita ni..

tak seram ke? hahahaha..

ada gak cita lain, tapi bukan cita aku lah.

nanti aku g korek2 ngan kengkawan aku..

sedih la tak dapat keje waknda. ingat senang ke nak dapat.

paling sedih bila tak dapat nak beli mainan yang best2 utk kucing aku.

nak bawak g klinik pon susah. bulu dia makin gugur tapi aku tak hado duit.

aku sayang dia macam anak aku walapon dia kucing kampong yang sikit pon tak cun. hahahahha.

hahahah komen aku dah terbabas ni.

 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Sasha Aqira wrote:

Hehe..gelak sorang sha dengar kisah mataku ni
Ade lg tak citenye..klau ade tepek byak2..sha da jd admirer mataku dah ni hihi..


 ni sorang lagi, cuba feel sikit keseraman cita budak guli aku ni.

apa kata ko pasang muzik2 horror masa baca.

wei jangan ah jd admirer aku, sebab apa sebab ko pompuan.

kalo ko laki takpe. hahahahah..

tima kasih lerr sebab suka baca cita aku.

(malu sambil berlari2 menyembam muka kat bantal)



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Mata ku xleh jd admirer ye..
hmm ok sha jadi kipas susah mati (hard die fans) awak lah boleh??

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

ada kakak kat opis aku ni baru naik dari cafe.. lunch hour kannn...

lalu tempat aku dan dan kena tegur.. awak nangis ke?

ha'ah... menangis tahan kelakau.. sampai berair mata ku gelak sorang2 kat sini..


paling tak boleh blah ayat jariku.. hahahaaa...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

tu laaa ... kate citer seram ...

punye gelak aku sorang sorang pasal ayat jarku badigol tu ..

memang pandai ngayat betoll ...

 

 

nie adindaa mataku mataku juaaa ...

mana pigi dik?

mane citer lagik?

nak baca nak baca .... nak baca sekarang jugakkk ....

kolo x aku nangis bawah tangga ....

sapa yang susah...?? akuuuu jugakkkk

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Sasha Aqira wrote:

Mata ku xleh jd admirer ye..
hmm ok sha jadi kipas susah mati (hard die fans) awak lah boleh??


 

baik ko jadik tukang mekap aku.

nak jugak aku jadik cantekkkkk.

hikhikhikhik..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

cengkodok puteh wrote:

ada kakak kat opis aku ni baru naik dari cafe.. lunch hour kannn...

lalu tempat aku dan dan kena tegur.. awak nangis ke?

ha'ah... menangis tahan kelakau.. sampai berair mata ku gelak sorang2 kat sini..


paling tak boleh blah ayat jariku.. hahahaaa...


 

hahaha, ko pon agak2 la nak menangis pon.

nasib baik tak meraung2..

badigol tu memang macam tu.

sejak2 dia mintak ampun dekat hantu telaga, mana2 hantu pon dia nak buat sesi dialog.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

badda2 wrote:

tu laaa ... kate citer seram ...

punye gelak aku sorang sorang pasal ayat jarku badigol tu ..

memang pandai ngayat betoll ...

 

 

nie adindaa mataku mataku juaaa ...

mana pigi dik?

mane citer lagik?

nak baca nak baca .... nak baca sekarang jugakkk ....

kolo x aku nangis bawah tangga ....

sapa yang susah...?? akuuuu jugakkkk

 


 

nanti la waknda aku story nanti.

sori ler aku dpt on9 tengah2 malam je.

awal2 waktu duk berebut ngan penghuni2 alam nak pakai berukband.

siang my daddy bwk g kerja. sebab office dia line internet wengg.

nanti laa aku cita.

malas nak menaip panjang2..

heheheheh..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

disebabkan dah lame aku tak terjah sini,tau2 jer citer ko nih dah buat aku gelak mcm org x hengat dunia di pagi jumaat nan mulia nih...terburai sel-sel dalam usus aku...adoi la...

psstt...pssstt...sedap x hot berger pizo tu?

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

Zaza Izzati wrote:

disebabkan dah lame aku tak terjah sini,tau2 jer citer ko nih dah buat aku gelak mcm org x hengat dunia di pagi jumaat nan mulia nih...terburai sel-sel dalam usus aku...adoi la...

psstt...pssstt...sedap x hot berger pizo tu?


 sedap jugak lah. tapi harga dia mahal sikit dari burger biasa. tapi sebab aku makan orang belanja jadi aku balun je. hahaha.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

mataku wrote:
Sasha Aqira wrote:

Mata ku xleh jd admirer ye..
hmm ok sha jadi kipas susah mati (hard die fans) awak lah boleh??


 

baik ko jadik tukang mekap aku.

nak jugak aku jadik cantekkkkk.

hikhikhikhik..


 Haha..sorry..sha pun xpandai mekap2 ni..

nnti muka mataku jd cm lukisan permandangan tepi sawah nnti camne hahabiggrinbiggrin



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

mataku.....cite ko best....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

g_freedom wrote:

mataku.....cite ko best....


 

memang lah , kalo tak aku tak cita (riak)

hahahahha.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Mataku, ketinggalan zaman sunggoh hantu kat opis Jariku tu.. mana ada orang.. err.. hantu main guli lagi sekarang..

Apa kata ko suruh badigol (ko yg sebut eh, bukan aku) tu nasihat hantu tu supaya main tab ke, pesbuk ke, wichat ke, tak pong main angry bird..



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

aaa betol la Joy .... antu mataku mataku jua nii ketiggalan jaman ..

tp kan ... da alang alang ketinggalan jaman tuu .. aa teruskan laaa ..

bak kata pepatah alang alang selok budu .. biar sampai ke pangkal peha ...

 

apa kata suh remote tun ckp kat antu mantu tuu ...

suh la main galah ke .. main teng teng ke ... x pon main congkak ..

tp jangan lupa ... suh duk bersimpuh sopan sopan ... untuk control ayu gituew ...

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 186
Date:

badigol btl waknda ngan ijoi ni..

suka dia lah nak main apa, engko ke dia yang hantu?

wakakaka, bak sini id wechat, bebudak guli nak add.



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

mataku...sebelum ko mintak id wechat baddar ade baik ko tanya dulu .....baddar tu ade ke wechat....bukan mcm aku ni....wechat...twiter...line...ape binatang lagi laman sosial ni...semua aku.....semua aku takde.....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ade ke aku di badigol kan ngan budak mataku niii ... atoiii ....

pasall aku bukan hantu ler makanya  aku cakap cam gitu ... atoiiiii .....

 

g pedem ... c de leg laaa .... aku ade apa weechat ke weechot ke niiii  ... anak aku buatkan ...

tapi kan ...... la nie aku dahh lupe paswed nyer pulakkk .. so weechat aku .. cam tu jer laaa ....biggrin

apasal aku buleh lupa? mana x nye .... password email jabatan aku kene ingat ...

password pesbuk kene ingat ... password email senirik kene ingat ...

password bank kad kene ingat ... password tabung haji pun kene hingat ...

berapa banyak angka ngan abjad .... nak kene simpan kat kepala otak aku yang aku nak kene hingat...?

 

tu lom lagik utang nomor akaun kete .. nomor akaun asb loan .. aaa macam macam laa...

tu .. naseb baik .. aku x buat password kat `log' pintu jamban ....

kolo x? ... keceret depan pintu ler jawabnyer .....

sapa yang susah ...?? akuuu jugakkkk ......!!!

 

 

 

 

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

mataku wrote:

badigol btl waknda ngan ijoi ni..

suka dia lah nak main apa, engko ke dia yang hantu?

wakakaka, bak sini id wechat, bebudak guli nak add.


 Wahh bukan main sedap lagi nko yek Mataku.. sesuka hati nko jek nak panggil haku dgn gelaran manja haku tu.. (rahsia ni.. jgn bagitau sesapa..)

 

Kalau nko jin tanah nak tau, masa aku kije kepsi dulu kan, bebudak keyepsi tu panggil haku dgn gelaran manja haku ni lahh.. "oitt badigol.." tapi ni pun rahsia lagi.. bukan sume boleh panggil haku camtu, yg hensem2 cam G Freedom je yg layak panggil haku dgn gelaran manja tu taww.. jgn bagitau sesapa taww..

nko tak bleh Mataku, nko tak layak.. kecuali kalau nko buat pembedahan pelastik jadi macam Brat Pid ke.. baru boleh..biggrinbiggrin Hoh! Shaitonn nirrajim sungguh kan aku.disbelief



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

uiii banyaknyer password ko kena ingat baddar...nak aku tolong tak...aku ni baik hati lagi berbudi pekerti...aku dgn rela hati dgn niat yg sesuci murni ingin menolong ko baddar....

aku boleh tolong kurang kan beban ko....ko bagi je password kad atm ko kat aku....aku boleh ingatkan.....lagi baik klu ko bagi akudgn kat sekali....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

meh aku yg baik ati tolong wak nak?



banyak sgt password nk ingat ek? hmmmm... buat mcm ni...

sume pakai password yg sama je.. ekekekeee..... kalo terbocor 1 password lain2 akaun sume kantoi..


tapi nk lg selamat utk setiap satu akaun pakai password lain2 tapi guna nama akaun tu.


contoh ada email yahoo kan, password yahoo1234 atau apa2 nombor yg senang wak nak ingat.



email opis, cth keje kat lhdn.. lhdn1234 atau emaillhdn1234 atau emailopis1234...


pesbuk... fesbuk1234....



maybank2u.... mebank1234...

atau tukar le pape yg senang nk ingat tapi hint guna nama akaun yg wak pakai tu... kalo nak spesel aksara lepas huruf tu bubuh la tanda #.. ni maknanya nombor... macam #1 maknanya nombor 1 atau omputeh cakap FIRST.....


amacam... senang x?

tapi ada sekali aku punyer sistem utk buat keje rompak2 duit awam ni kan.. hehehee.. bukan la, nak buat baucar bayaran ke jurnal2.... kena tukar password 3 bln sekali.. last sekali aku dh tak tau nak pakai pe, pasal xleh buat nama sendiri atau nombor dari IC, so aku buat Pa$$word.123.... hahaaa... senang nk ingat..


pas 3 bln nak tukar lagik... aisehh... leceh tul la... aku buat Kuceng.oren#1234, pas tu tukar kaler lak, Kuceng.biru#1234, pas tu tukar lagi Kuceng.ijau#1234, sampai sekarang kaler tak abis lagi.. ahaks.. pasal aku dah tukar password lain. cam boring pulak pakai kucing jer....



ok tak tips aku?

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

sungguh bernas lagi geliga pendapat cekodok tu...boleh di gunakan idea tu...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

Ohoh. Betul betul. Aku pun byk gak nak ingat pw.
Pw fb, twitter, wechat, blog, email, pw fon, kad2 bank bagai.....

Tp sume aku simpam dlm fon. Kalu fon hilang,mampuih...... tp pw bank2 sume aku x simpan dlm fon la. Hahaha

Lagik, kalu tanak mudah lupa, kita kena share password tu dgn org terdekat. Contoh paling senang dan terdekat, dgn Ariesyaz Iris.

Insya Allah dye akan ingat segala password yg diberi. Hahaha.

Apa haku merepek ni? Pw gc pun aku mudah lupa.

__________________

AKU BERCITA-CITA MAHU MENJADI ORANG KAYA

DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. INSYA ALLAH...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

Ops... satu lagik sal cerita mataku. Memang la!
Udah la aku kije kat tempat yg sunyi munyi. Sekalu sunyi2 aku bantai gelak macam orang gila yang terlebih gila malah lebih gila dari mereka yang gila gila. Sume segala cicak kobeng cicak belang belang cicak putus ekor cicak gatal yabg suka berdecit decit dengan tikus gomok tikus pantas tikus comel sep3rti jerry dlm tom and jerry, juga binatang kecil seperti lalat2 atau semut2 yg sedàng berusaha mencuri sisa makanan aku yg halus2 yg jatuh atad meja, sume nya mencicit lari mendengar suaraku yabg merdu bergelak ketawa dengan manja.

Hadoidoi... disebabkan aku terlampau banyak sangat helak, habeh ßume customer lari.

Lagi2 semalam pas aku habis kije, malamnya terus cirit birit akibat tertelan oxygen yg kurang enak. Ugh... tak lah, smlm ptg aku makan nasi lemak basi. Tu malam sakit perut.

Ehh mataku matamu jua, post la lagi.... excited nie! !! Hahahahahaha. Tengok tu, gelak lagi..

__________________

AKU BERCITA-CITA MAHU MENJADI ORANG KAYA

DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. INSYA ALLAH...



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

g preedem ... bijaksana bijaksini sungguh nko ehh ... nak tolong hingatkan nomor atm aku ...

x pelahh ... pasal aku pon macam nko jugak ... mempunyai sipat sipat terpuji ... baik hati .. lagi tomakninah ...

makanya ...... aku bagi jugak laa kad ... kad mesra petronas ... yng tu x de nomor atau password ...

pasal ...? untuk mudahkan nko laaa ... memudahkan orang lain kat sipat yang baik ati ...

betul x arisak .. cengko dok?? ...

 

 

cengko dok ... punya banyak aku nak ingat ... weeiiiii .... makin penin aku ... bila baca nko punya tip tuu ......

isk .. mau keceret alus aku adanya ....

 

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

wah kad mesra petronas je yg ko nak bagi aku....lagi bijaksana bijaksini bijaksinun ko ni baddar.....aku guna kad mesra ko.....ko plak yg dapat point.....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wakakakakaka .... tau x pe ...

kebijaksinun aku nie .. diwarisi dari nko jugak ..'

pasal? nko kan adinda ananakonda ehh ... anaknda angkat kepada aku .....

so ...

bukan ke  .. mane x tumpah kuah kalu x kat nasik .....biggrinbiggrinbiggrin

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.

1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard