Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: gOstOriE


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
gOstOriE


bismillah.jpg

Sudah sepurnama kiranya hamba tidak bekarya..terasa rindu jiwa dan raga..hari ini hamba ingin bercerita..kiranya tak seram jangan la deme ketawa...biggrinbiggrin

 

Sebulan berlalu dalam pengiraanku,aku meninggalkan kampung halaman dan berhijrah kebandar...Sebenarnya tujuan aku kebandar bukan lah atas faktor kewangan peribadi mahupun keluarga...walaupun hanya tinggal dikampung aku asal dari keluarga yang berada..ayahku mempunyai beratus hektar tanah yang diusahanya pokok kelapa sawit serta pelbagai lagi tanaman lain..ibuku pula pemilik butik pengantin yang berjaya..Mungkin atas faktor kesibukkan ayah dan ibu membuatkan aku merasa terasing dalam duniaku sendiri..Lina(bukan nama sebenar)sahabat baik aku..dan dia juga merupakan seorang part time model dibandar.

Lina sudah beberapa kali mengajak aku kebandar dan mulakan hidup baru dengan hasil usaha sendiri,namun aku kerap kali memberikan alasan kerana aku tahu ibu dan ayah tidak akan memberikan keizinan,sudah 2minggu lina pulang kebandar tetapi aku dikampung termenung memikirkan setiap butir kata lina..'liz(nama aku)kau dah besar la..buat apa segulung ijazah kau tu kalau kau asyik terpuruk ja kat kampung ni?jom ikut aku g bandar..disana nanti kau akan terasa nikmat dunia sebenar..and disana ijazah kau ni akan lebih beharga'jelas lina yang sedikit sebanyak telah membuka minda aku..

Seperti yang dijangkakan..apabila aku menyuarakan hasrat untuk berhijrah ke kuala lumpur..ibu dan ayah menentang habis-habisan,ya ada betulnya alasan mereka tidak membenarkan aku kebandar kerana ingin aku menyambung usaha mereka selama ini memandangkan aku satu2nya anak merekanotetapi aku tidak berminat dalam urusan perniagaan..Malam tu aku masuk tidur awal sebagai protes terhadap ibu dan ayah..tapi aku tekad walau rasa bersalah aku nak keluar juga dari rumah..Keesokkan hari setelah ibu dan ayah keluar pada waktu kebiasaan..aku turut sama bergegas keluar..

Setibanya di stesen bas aku telefon lina dan memaklumkan tindakan bodoh aku..lina agak terkejut dengan tindakan drastik aku namun dia tidak menghalang aku untuk ke kuala lumpur..bandaraya metropolitan..semua bermula dari sini..dimana aku seolah2 diekori..seolah2 ada saja mata yang memandang peri laku aku..



Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ada smbgan kan kan kan...haaa jgn lpe smbung yerrr dik hehehe

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

cesilia sambung yer kak aidabiggrin

Setibanya aku dikuala lumpur aku seperti teruja,sedangkan ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki disini..mungkin  kali ini situasinya berbeza aku bakal menetap disini,bekerja disini tanpa ibu dan ayahcryDalam hati bersarang pelbagai rasa,sedih..rasa bersalah terhadap ibu dan ayah yang selama ni menatang aku bagai minyak yang penuh.Aku yakin ibu dan ayah pasti risaukan aku..aku ingin menghubungi mereka tetapi dihalang oleh sikap ego aku yang mana aku yakin aku mampu berdikari serta berjaya dibandar ini..

10minit mengelamun,lamunanku tersentak akibat terkejut mendengar jeritan sahabat baikku lina..Dari jauh lina melambai aku,lalu aku berjalan mendekati dia...dari jauhku lihat lina,dia begitu cantik sekali,kakinya yang tirus dan panjang kelihatan menarik..ya benar,lina mempunyai pakej seorang model..dalam hatiku mula terdetik untuk mengikut jejak langkah lina,tapi melihat kembali diriku yang serba kekurangan aku merasakan ianya adalah sesuatu yang mustahilno

Sudah hampir seminggu,aku hanya dirumah saja tanpa berbuat apa2..aku sudah pun menyuarakan keinginan aku pada lina untuk mengcuba nasib dalam bidang permodelan yang mana tiada kaitan lansung dengan apa yang aku pelajari dikolej duludisbelieftapi hatiku tekad serta aku sangat berminat..dan lina berjanji akan membantu aku.Tiba2 terdetik dihati aku perasan rindukan ibu dan ayah..cryaku mengcapai telefon lalu mendail number ayah..suara sayu ibu kedengaran dihujung talian..aku terdiam..ibu mungkin tidak perasan kerana itu adalah number baru aku..aku tidak dapat menahan lalu menangis..ibu dapat menangkap suaraku lalu kami sama2 menangis...aku memohon sejuta kali pengampunan dari ibu..ternyata suci hati ibu,dia memaafkan aku dan meminta supaya aku pulang kerumah.

Hampir 20minit melepaskan rindu dengan ibu,aku tekad untuk pulang kekampung..sedang aku bersiap2 tiba2 aku menerima panggilan dari lina yang membawa perkhabaran baik yang mana pusat agensi permodelan tempat dia bekerja membuka peluang untuk model2 baru mengasah bakat..Terus aku lupa niatku untuk pulang kekampung.

Tiba hari yang dinanti,aku mengperagakan diri dihadapan cermin..aku kelihatan agak menarik hari tu dan ini semua atas pertolongan lina.Setibanya aku disana ditemani lina,aku lihat ramai lagi wanita2 cantik yang ingin mengcuba nasib..2 jam berlalu,aku yakin aku tidak akan berjaya kerana mereka seolah2 tidak menunjukkan minat terhadap akucrysedang menunggu keputusan penuh debar lina berbisik ditelingaku katanya ingin ketandas..

5orang sahaja yang bakal dipilih,dan kelima2 nama sudah dipanggil tetapi dukacitanya nama aku tidak disebut..aku kecewanotetapi aku terima kekalahan ini dengan bermaruah,aku bangun untuk beredar tiba2 mikrofone mereka sekali lagi berbunyi dan memberikan aku perkhabaran yang baik...aku adalah pemenang bertuah..paling bertuah..aku diterima masuk dalam agensi itu.....aku bersyukur.Lina sesungguhnya seorang sahabat yang baik,dia tidak pernah lekok memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuannya kepada aku..

Aku sekali lagi bersyukur kerana ibu dan ayah akhirnya merestui aku..tetapi aku berbohong kepada mereka tentang status sebenar kerjaya aku..nomaafkan aku...crybagiku sudah cukup aku mendapat restu mereka..dan aku berjanji tidak sama sekali aku lupa diri serta asal usul aku..Setahun berlalu,aku selesa dengan kerjaya aku walaupun aku merasakan kewujudan aku dalam agensi tu hanyalah sebagai 'supporting staff'no

Sedang leka aku membelek2 majalah..Tasha model junior yang paling hot kat agensi tu mengambil tempat disebelah aku..aku hanya melemparkan senyuman lalu kembali mengadap majalah,tiba2 tasha bersuara dan aku amat tertarik dengan setiap ungkap bicara dia...Malam itu aku rasakan begitu panjang,aku sudah tidak sabar menunggu hari besok yang mana akan mengubah segala2 nya...

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

'I boleh bantu u untuk bertambah2 cantik'bisik tasha..semakin berminat aku mula mengasak tasha dengan pelbagai soalan..    

i tengok kulit u mulus,cantik ja...walaupun u berbadan kecil tapi permata milik u kelihatan sangat besar dan cantik..apa rahsia u..if u don't mind share la dengan i'aju aku...

'I yakin u xakan percaya dengan apa yang i nak share dengan u'terang tasha lagi..aku semakin teruja..tasha merapatkan mulutnya ketelinga aku..

'Susuk Emas'bisik tasha..aku seakan tidak percaya masih relevant ka lagi permakaian susuk pada zaman sekarang..

'Terpulang pada u..just want to share dengan u..just dengan u..'bisik tasha lagi

'But why me?'aku bertanya..

'Sebab i suka dekat u..u xsombong'jelas tasha...

'Never mind just cut da crap and forget it..'kata tasha lagi dan ingin berlalu pergi..sebelum sempat dia berlalu aku menarik tangan dia lalu dia terduduk kembali..

'Besok i nak g tambah lagi dekat mak itam..u ikot i ok?'pelawa tasha..aku mengangguk tanda setuju..aku tahu benda ni salah..benda ni syirik,tapi aku sangat sayangkan kerjaya aku..harapan aku ingin berikan yang terbaik..

Tok..tok..tok..lamunanku tersentak,wajah lina terpancul didepan pintu..

'Beb...(sejak2 dok kl ni macam2 ja panggilan nama akubiggrin)jom supper..aku lapar la'ajak lina..aku turuti ajakan lina bagi menjaga hati baik sahabatku itu.. 

'Liz aku rasa kau kena juga cari satu kerja yang stabil'kata tasha dengan mulut yang penuh dengan nasi..aku cubit lengan dia...

'Tak senonoh la kau ni..cuba habiskan dulu makanan tu..haishhh'marah aku...dia hanya tersenyum..

'Betul aku cakap ni..sampai bila kau mampu bertahan dalam bidang ni?umur kita makin lama makin lanjut liz..pada masa tu khidmat kita dah tak diperlukan lagi..'memang betul apa kata lina..tetapi aku masih belum berputus asa..walaupun wajah ibu dah ayah silih berganti difikiranku..namun aku sudah tekad...seolah2 ada suatu semangat yang mendorongku..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit untuk sampai ke rumah mak itam..hampir senja kami tiba..dan itu adalah waktu yang tepat bagi proses permasangan susuk mengikut amalan mak itam..Rumah mak itam sangat2 cantik..dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna warni..siapa yang melihat tidak akan pernah menyangka ianya milik seorang bomoh wanita yang usianya separuh abad..

Bermula la pantang larang dari sebelum permakaian susuk lagi..kami harus melangkah masuk kedalam rumah didahului dengan kaki kiri??pelik ka??dan jangan diberi salam apabila melangkah masuk..namun aku masih lagi ingin meneruskan niat bodoh aku itu..no

Tasha sudah pun mengambil tempat dipembaringan..aku duduk disisnya dan melihat upacara itu berlansung..mak itam perasapkan tasha dari hujung kaki hingga kehujung rambut..sambil mulutnya terkumat kamit membaca mantera yang aku tidak pasti butirannya..sesudah itu aku lihat mak itam membuka kain batik yang disarung tasha dibahagian dada dan dia membuat beberapa tanda..sejurus tu diletakkan biji emas sebesar sebutir nasi pada tempat yang ditanda ditekan2 lalu hilang..

Langkah itu diulangi hampir 5 kali kerana 5butir emas ditanam dalam badan tasha..aku terkedu melihat itu dan merasa pelik..bagaimana emas itu boleh tertanam dalam badan tasha tanpa sebarang kesan..hampir 45minit upacara itu berlansung dah disudahi sekali lagi diasapkan kemenyan dan tasha diberi minum minuman yang telah dijampi...

Kini tiba giliran aku..debaran aku dipembaringan dapat dilihat oleh mak itam..mak itam juga memberi aku minum minuman yang telah dijampinya,dan mak itam berpesan agar aku tidak perlu membaca doa..aku turuti..sesaat kemudian aku seperti terawang-awangan dah hilang..selepas itu aku tak ingat lagi apa yang berlaku...

bersambungbiggrin



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Aku terjaga dari lelapku setelah mak itam menyapu air dimukaku..dalam pengiraan mungkin upacara menanam susuk dibadanku telah selesai..aku tak tahu bahagian mana lagi yang ditanamnya,tetapi apa yang pasti aku dapat merasakan kelainan pada diri aku..'aku bagi kau yang lebih bagus punya'bisik mak itam disebelah aku..perasaan serba salah aku hilang dengan serta merta..aku merasa lebih yakin membawa diri..

'dengar...patang larang aku nak bagitau kat kau ni..susuk ni bukan sebarang susuk,dengan sekelip mata kau boleh merasa kesan dia,tapi kalu pantang kecil dia kau xtau nak jaga kesan buruk dia kau tak tertanggong rasa..'terang mak itam..aku mengangguk tanda setuju..

benda2 ni semua kau jangan sentuh...labu air,pisang tanduk,pisang emas,sate tusuk dan jantung pisang..'terang mak itam lagi..ingin aku mencelah dengan pelbagai persoalan namun dihalang laju penerangannya lagi...

'Perbuatan ni adalah pantang kau lakukan,melalui bawah tali jemuran kain,melalui dibawah tangga rumah,melalui dibawah pohon kelor,di lempar bantal serta elakkan minum air penawar...'begitu lah pantang larang permakaian susuk yang diterangkan mak itam..bagiku tidak lah sukar untuk aku menjaga pantang larang itu kerana apa yang tidak boleh dimakan itu sememangnya aku tidak pernah makan..begitu juga dengan perbuatan yang tidak pernah aku lakukan..

Kos yang dikenakan terhadap aku hampir mencecah rm1000..satu keuntungan yang luar biasa hebat..tidak hairan la mak itam mampu memiliki rumah yang begitu cantik..noaku dan tasha bertolak malam itu juga,dan yang menarik tasha dlepas2 memuji kecantikkan aku..aku tiba dirumah tepat pukul 2pagi,aku meluru masuk kedalam rumah sebelum terserempak dengan lina..aku yang letih...malas kiranya untuk menjawab soalan bertubi2 dia..

Dihadapan cermin,aku meneliti setiap inci tubuhku..ermmm,dulu cantik tetapi sekarang lebih cantik..kataku dalam hati,aku sangat2 berpuas hati dengan hasil kerja mak itam..walaupun melayang 1k tetapi hasilnya amat membanggakan..Malam itu terasa lena tidurku..tetapi dengan tiba2 aku dikejutkan dengan bunyi ketukkan pintu..masih terpinga2 aku bangun menyarungkan robe..lalu bergegas turun kerana tidak tahan bingit bunyi ketukkan pintu..aku sempat mengerling jam yang pada masa itu menunjukkan pukul 5:30pagi..'liz......buka pintu'kedengaran suara memanggil aku dari luar..suara yang sangat aku kenali..ya itu suara milik lina..tetapi apa yang dia buat time2 ni diluar??

'i'm coming'jerit aku dan bergegas untuk membuka pintu..

'liz...kau buat apa ni terjerit2 pagi buta ni???'terkejut aku apabila melihat lina dibelakang..

'lina tadi aku dengar kau panggil aku bukakan pintu kan??'aku mula meremang...lina terdiam sejenak..direnungnya kau dari jauh..aku dah mula rasa seram sejuk..

'liz...seriously u are damn hotttt'kata lina..sambil jarinya mencubit pipi aku...aku ketawa,dan terus melupakan apa yang terjadi tadi..



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

lagi dik...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Itu adalah permulaan bagi setiap kejadian pelik yang menimpa aku..namun aku tidak pernah mengambil serious dan menganggap itu halusinani aku..

Keesokkan harinya aku melangkah masuk dengan lebih yakin..lebih bertenaga,seperti yangku duga semua mata tertumpu kearah aku..seolah2 aku memberikan aura yang sangat2 menarik,bermula saat itu lah kerjaya ku bertukar dari 'zero to hero'..banyak tawaran yang aku perolehi,dan banyak juga yang mula menyimpan hasad dengki terhadp aku termasuklah tasha,walaupun dia seolah2 berlagak baik dihadapanku namun aku yakin mungkin dia merencanakan sesuatu..

Lina kerap kali mendesak aku supaya berterus terang dengannya tentang rahsia kecantikkan aku,namun aku hanya mengelak dengan berkata aku hanya memakai produk keluaran korea yang begitu serasi denganku.

'Lina besok malam aku ada show,kau ikut aku ek...?'pujuk aku

'Laaa...malas la nak terconggok tunggu kau'kata lina..

'Lina...please2 tolong la,aku bukan xboleh g sorang2..tapi aku takot kalau aku xleh ngelak dari dato harry yang gatai tuuu..kalau kau ada aku rasa selamat la sikit...please la lina'rayu aku lagi sambil membulatkan mulut ala2 ikan emas...biggrin

'Kau ni ader saja teknik kau nak perangkap aku kanfurious'getus lina...hahaha misi berjaya

Malam itu terasa sangat panas,walaupun sudah aku hidupkan air-cond pada suhu rendah namun masih terasa panas semacam,memandangkan aku sangat letih akhirnya aku terlelap juga..lelap lenaku terganggu apabila aku tiba2 merasa sejuk semacam dipembaringanku namun aku rasa sangat selesa..kejadian itu bertambah pelik apabila aku merasakan diriku seakan tenggelam diatas katil lalu aku cepat2 bangun...amat memeranjatkan aku apabila melihat genangan darah pekat diatas katil dan tubuhku yang disaluti darah pekat yang berbau sangat hanyir...lalu aku menjerit sekuat hati....tiba2 akan merasa tubuhku digoncang sejurus itu aku tersedar...aku lihat lina sudah berada disisi aku..aku bangun lalu memeluk lina...ini bukanlah kali pertama aku menjadi tetamu mimpi buruk..tetapi hampir saban malam..noPagi tu aku bangun dan tidur dibilik lina..no

Agak keletihan aku pagi tu,namun aku gagahi untuk ke agensi kerana pagi tu aku harus menghadirkan diri untuk rehearsal..

'Liz..lina on the phone'jerit marshal..aku berlari mendapatkan lina..

'Yes..anything lina?soal aku..

'Liz...i'am so sorry i can't make it today,i kena stay back la beb..so sorry'kata lina..apakan daya terpaksa la aku harungi malam ni sorang diri..lina sebenarnya seorang sales executive,bidang permodelan ini adalah kerjaya sampingan dia..

'Its ok la beb..what can we do..xpala bukan i tak biasa pergi sorang..'kata aku..

'Thanks beb..if anything you call i ok..bye'pesan lina..

'Ok bye..'aku menamatkan panggilan..

Malam itu aku harus memperagakan evening dresses keluaran terbaru butik terkemuka Jovani,aku kelihatan sangat menawan banyak mata yang terpukau memandangku..sedang asyik aku memperaga mataku tiba2 terpaku pada susuk tubuh 'manusia'yang melambai-lambai kearahku..disatu sudut aku lihat dia seakan2 terapung diudara..rambut yang panjang..sangat panjang itu menutupi bahagian depan wajahnya..aku terpaku,pandanganku tidak berganjak..mungkin pelik dengan peri laku aku linda..rakan seangkatanku menghampiriku aku lalu aku tersentak lantas susuk tubuh itu pun hilang dari pandangan ku...

Rakan2 menghampirku dan bertanyakan perihal tadi,aku hanya memberikan mereka alasan yang aku letih dan pening dengan tiba2..show itu berakhir dengan persoalan yang bermain difikiranku..siapakan makhluk tadi?manusia atau 'sesuatu?aku mempercepatkan langkah..tujuan untuk mengelak dari bertembung dato harry atau kuncu2 dia..

Namun nasib aku tak berapa baik malam tu..aku lihat orang tua tu bersama kereta mewah miliknya dan dua orang kuncu setia dia telah pown menunggu aku dilobby..malang sungguh nasib,aku tidak dapat mengelak..aku bersama orang tua gatal tu duduk dibahagian belakang,berbual2 kosong..orang tua itu tanpa segan silu melihat aku dari bawah sampai keatas..sambil memuji2 dengan pujian yang sangat melampau..angered.gif

Orang tua itu bertindak keterlaluan dengan meletakkan tangan dipahaku sambil matanya memandang kebawah..angered.gifsesaat dia mendonggak kembali memandangku..dengan tiba2 dia menjerit...'hantu!!!!!'jerit dia..lalu dia mengarahkan kuncu dia memberhentikan kereta dan menghalau aku keluar..aku yang xtahu menahu apa2 terus keluar..tetapi aku lebih rela diluar dengan hantu dari didalam dengan manusia yang lebih dahsyat dari hantu ni...

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

20minit kemudian lina tiba dimana aku telah ditinggalkanfuriousfurious......'memang dasar orang tua xsedar diri,dia tu yang hantu dikatanya kau pulak hantu'getus lina..aku hanya mendiamkan diri..masih terbayang2 peristiwa tadi yang memeningkan kepala otak aku yang dah sarat dengan persoalan..

'Urmmm..liz,can i ask u something?'

'Yup?'kataku..

'Just be honest dengan aku..kau ada bawak balik mana2 lelaki kat kat rumah kita'soal lina

'What???aku bawak balik lelaki?apa kau merepek ni lina?aku xpernah buat benda bodoh cam tu la'terang aku yang seriously sangat2 terkejut dengan soalan lina..

'Don't get mad..iam so sorry,aku bukan saja2 beb nak cakap kau bukan2 tapi......'lina tergantung disitu..

'Tapi kenapa??kau kenal aku dari kecik kan,kau tahu aku macam mana kan?'soal aku bertubi2..sesungguhnya aku sangat2 terkejut dan sedih dengan soalan lina tadi..

'Aku xdak niat lansung nak tuduh2 kau,sejak dua menjak kau asyik dok meracau mimpi2 buruk kan..hampir saban malam la aku jengok kau dekat bilik kau masa tu lah aku nampak ada sorang lelaki baring tepi kau..1st time aku nampak aku rasa maybe bayangan saja..tapi kerap sangat aku dok nampak hampir saban malam..'hujah lina..aku memang terkejut sangat2 dengan apa yang aku dengar dari mulut lina..aku hanya diam membatu,aku pasti ini semua angkara kerja bodoh aku selama ini..ini angkara susuk!!tapi aku masih belum bersedia untuk berterus terang pada lina semua kejahatan aku..cry

Lepas ja kejadian itu,hari2 yang aku lalui penuh dengan kejutan..aku telah berpindah ke agensi yang lain yang menawarkan tawaran yang lebih lumayan disamping itu jalan aku pilih untuk mengelak dari tasha yang mana sedang berusaha menjatuhkan aku..hmmSebulan sebelum aku berpindah,tasha menghampiri aku..'murah sungguh kan rezeki u sekarang ni..sampai2 lupa kawan yang berjasa ni'perli tasha sambil mendabik dada..

'Tasha..apa u merepek ni,i tak pernah pun terniat macam tu..maybe sebab jadual waktu i yang padat membuatkan i xdak masa dengan u..iam sorry kalau ada buat u terasa..i really xdak niat'pujuk aku..tetapi tasha hanya berdiam diri la

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

pastu dik....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 103
Date:

Cerita jadi kat akak ke?

__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . . ~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

'I pelik kenapa i punya x kick macam u?sedangkan i pakai yang lebih banyak dan yang lebih mahal dari apa yang u pakai sekarang?'

'Urmm..maybe u sembunyikan sesuatu dari i kan?'

'No..i xpernah sembunyikan apa2 or might be u ingat i pergi jumpa mak itam tanpa pengetahuan u..but i xpernah....tasha memandang aku dengan pandangan tajam yang menunjukkan yang dia sangat2 tak berpuas hati..dari sejak itu aku mula merasakan yang aku bakal berdepan dengan masalah dari tasha..

'Ehh..tasha u nak buat apa pisang banyak2 ni?'kata mira..aku yang kebetulan lalu didepan pantry terdengar perbualan antara mira dan tasha..

'Saja i nak blend dengan yogurt and then minum'terang tasha..

pisang???aku terkejut..sepatutnya tasha tau yang kami tak boleh makan pisang...ingin rasa aku mencelah tapi takot dikatakan aku menyibuk dah membongkarkan rahsia yang tersimpan rapi oleh kami..aku hanya berlalu pergi begitu saja..

'Nah..mango lassi ala2 mamak'tasha berseloroh sambil menghulurkan gelas berisi air kekuning kuningan..

'Try la..i make n specially untuk u tau'pujuk tasha..aku dah mula risau dengan nasib aku,aku tau air tu bukan air manga sebaliknya air pisang tanduk dan pisang emas.

'Thanks..buat apa la u susah2 ja ni..mesti sedap kan'aku cuba memujuk hati aku..namun aku sedih,mau tak mau aku kena jugak minum demi persahabatan kami,biar lah apa nak jadi..pelan2 aku menyuakan gelas kemulut..

'BOOOMMMM!!!!gelas terlepas dari genggamanku sebelum aku sempat minum..kami masing2 terkejut dan berlari kearah letupan itu..rupa2nya itu bunyi letupan cerek elektrik yang mungkin telah rosak..setelah keadaan makin reda,aku menghampiri tasha dan memohon maaf kerana aku betoi2 tak sengaja menumpahkan air tu..tasha berlalu tanpa berkata apa2..aku agak berkecil hati namun aku hanya berprasangka baikcryLepas kejadian hari tu aku mula merasakan diri aku tidak lagi dalam keadaan selamat,aku dah mengambil keputusan untuk berpindah ke agensi lain..

Aku amat selesa di tempat baru..seperti biasa aku begitu menjadi perhatian,apa saja kena dan berjaya sekiranya aku yang menyertainya..Pada suatu malam,selepas tamat show dihotel awina aku berlari ketandas kerana sedari tadi aku menahan..setelah selesai aku buka pintu toilet,aku terkejut apabila melihat seorang wanita yang agak cantik sedang menyisir rambutnya..

'Sorry ya..i memang mudah sangat terkejut'aku meminta maaf kerana reaksi aku sebentar tadi agak terang-terangan..pelik dia tidak menjawab,tetapi aku tidak berputus asa..aku ajukan lagi dengan soalan..

'Datang for vacation ke'soal aku..masih lagi diam..aku mula rasa meluat,tiba2 aku terdengar dia bersuara..

'Aku kena jaga kauuu....kalau aku tak jagaa kauuu..aku tak dapat makannn...hiiiiiii'wanita tu berkata2 sejurus itu mengilai-ngilai...aku paling kearah dia..dia masih lagi mengadap cermin dan baru aku perasan...image dia tidak kelihatan pada cermin!!!dengan apakah yang sedang aku berhadapan...aku mula menggigil,air mata telah membasahi pipi aku..sesaat itu aku rebah..

Bila aku tersedar aku telah pun berada di rumah..

'Beb.....are u ok??aku lihat lina setia menemani disisi aku..

'Apa dah jadi..aku tak ingat??'soal aku..

'Kita jumpa u pengsan dalam toilet'terang lina...aku menangis sambil memelok lina,aku mula teringat kejadian tadi..saat ini aku sangat2 memerlukan ibu dan ayah..aku merasakan apa yang terjadi sejak kebelakangan ini adalah dari kesilapan aku sendiricrycry

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Selepas kejadian malam tu,aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan berterus terang dengan ibu dan ayah kesalahan yang telah aku lakukan..aku sudah tidak kuat berhadapan dengan semua ini,malam tu lina menemani aku kerana sangat takot dan merasakan ada orang lain di dalam bilik aku selain aku dan lina..aku seolah2 rasa terhimpit dan terasa berbahang sepert=..tapi aku lihat lina yang baring disisi aku kelihatan tenang dengan berselimut tebal..aku memaksa diri untuk tidur walaupun tidurku ditemani penuh yang membasahi tubuh aku..

Hampir 20minit aku memaksa namun tidak berjaya..basah lencuh aku diperbaringan,aku kejutkan lina..

'Beb...wake up..aku panas sangat ni,air-cond rosak ka?aku dah berpeluh terok dah ni..'

'Erm...asal kejut aku pagi2 nii?aku sejuk ja ni mana ada panas nya..mana ada aku nampak kau tak berpeluh pun?'jelas lina..

Aku terkejut mustahil lina xnampak peluh yang membasahi wajahku serta seluruh tubuhku..aku pun berprasangka yang mungkin lina tidak memerhati jelas keadaan aku..tekak aku rasa dahaga sangat lalu aku mennyuruh lina ambilkan aku segelas air sejuk..Lina tidak membantah walaupun aku tahu dia sangat letih tapi dia gagahi..lina dia adalah teman sejati akucryaku amat terkilan kerana sudah terlalu banyak menyusahkan dia..lina berlalu pergi tinggallah aku seorang diri dalam bilik tu..

Lina kembali dengan membawa segelas air..tiba2 lina terkejut apabila ternampak susuk tubuh lelaki yang sedang membelakangi dia dan sedang berhadapan dengan pintu bilik aku..

'Who the hell are u!!!???'jerit lina..seolah-olah tanpa pergerakkan lelaki tu memaling wajahnya mengadap lina..setika lina terpukau kerana wajah lelaki itu sangat2 luar biasa tampan..sangat menarik,matanya yang redup,kulitnya yang mulus,bibirnya yang kemerah-merahan mampu membuatkan wanita tergoda..tiba2 lelaki tampan itu menghadiahkan lina senyuman aku bertambah terkejut kerana tiada barisan gigi yang dia pamerkan sejurus itu gelas ditanganku terlerai dari gengaman..tiba2 cecair pekat merah mengalir dan mengeluarkan bau yang maha dahsyat..mata redupnya bertukar menjadi kehitaman seolah dia tanpa biji mata..lina terkesima dengan persekitaran yang tiba2 beralih arah..tiada rasa yang mampu lina ungkapkan ketika itu..lalu lina jatuh pengsan..

Lina tak pasti dah berapa lama lina pengsan tapi yang pasti hari sudah berganjak kesiang sejurus terjaga ja lina dari pengsan lina meluru masuk bilik aku..dia amat terkejut kerana aku xdak dalam bilik..melilau lina mencari-cari aku..tiba2 dia terdengar suaraku dari dalam bilik store..

'Woiiii!!!!hahahahahaha!!!!!woiiiii!!!!'jerit aku..aku telah dirasuk oleh sesuatu..lina berlari menuju kearah store setelah membuka pintu alangkah terkejut lina apabila melihat aku dalam posisi merangkak di atas almari terpakai sambil aku bulatkan mata aku memandang lina seperti seekor harimau yang bersedia menerkam mangsanya..lina cepat2 tutup pintu tu lalu menguncinya..bagi lina ini saja jalan terbaik sementara lina mendapatkan bantuan dari luar...

Lina cepat2 memaklumkan pada ibu dan ayah tentang keadaan aku..pagi tu jugak mereka bertolak dari kampung..perjalanan ibu dan ayah yang agak mengambil masa telah membuatkan lina berfikir untuk berada dirumah kawan dia kerana lina tak sanggup berada lebih lama didalam rumah kami..tapi kerana dia adalah sahabat sejati aku dia tak keluar dari rumah dan terus berada dalam rumah kami untuk memastikan aku berada dalam keadaan selamat..



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Malam semalam yang memenatkan..tak sedar bila yang lina tertidur disofa ruang tamu,tiba2 lina terkejut mendengar ketukan pintu bertalu2..lina beralih pandangan pada jam yang menunjukkan pukul 3ptg..dalam hati berbisik mungkin ibu dan ayah aku sudah sampai.Apabila lina buka pintu..dihadapan lina kosongconfusemungkin khayalan lina saja mendengar bunyi ketukan pintu tu..lina berkata dalam hati..lina menutup dedaun pintu tetapi belum sempat pintu itu tertutup rapat bertalu2 lagi ketukan cepat2 lina buka kembali pintu dan alangkah terkejutnya lina apabila buat kali kedua dia berhadapan dengan 'lelaki'semalam..dan buat kali kedua juga lina pengsan..kesian linacry

Tersedar dari pengsan lina nampak dia dikelilingi oleh ibu dan ayah aku serta mama dia..lina menangis dan memeluk erat mama dia..Ayah aku dan ustaz halim..seorang pengamal perubatan secara islam yang tinggal satu kampung dengan aku,ayah nampak aku sudah pun terbaring lemah sebaik saja pintu dibuka..ayah memapah aku turun dan dibaringkan aku ditengah2 ruang tamu..30minit kemudian aku sedar..aku sangat lemah,kini tiba giliran aku menangis sambil memeluk ibu..aku takot nak mula bicara..sebab itu aku minta untuk berbincang dari mata ke mata bersama ustaz saja..hampir 15minit bercakap dengan ustaz..aku berterus terang dengan dia dari pertama kali aku memakai susuk hingga lah kejadian yang berlaku pada aku malam semalam..

'Liz tau x selain susuk ni liz diberi 'sesuatu' untuk liz jaga?'jelas ustaz..

'Sesuatu'untuk dijaga???maksud ustaz?saya x paham?'aku keliru..

'Ya..orang yang memakai susuk ni telah menlepaskan 'sesuatu'atas nama liz dia telah berjanji sebulan 7hari liz akan bagi 'benda' tu makan melalui darah bulan liz'terang ustaz..aku terkejut dan tergamam,aku menangis sekuat hati,akibat ketamakkan aku..aku juga telah menjadi mangsa ilmu sihir.

'Ustaz tengok benda tu lemah mungkin sebab dia xdapat darah bulan..maaf ustaz bertanya liz xdatang bulan ka?tanya ustaz..

'Ya ustaz..sebulan dua ni saya ada ambil pil untuk stop darah..kerana jadual kerja saya yang padat jadi saya xselesa waktu datang bulan'terang aku..

'Jadi patot la dia marah sangat,ustaz boleh tolong liz buang 'benda'ni..tapi susuk tu ustaz xboleh nak tolong sebab ada pada bahagian aurat..tapi ustaz ada kawan perempuan yang boleh tolong liz..aku bersyukur sangat aku harap semua ini akan berakhir dan aku mahu mula kembali hidupku dikampung halaman aku.

Malam tu aku berubat 'benda'tu xla degil sangat walaupun ada sedikit kesulitan..ada ka 'benda' tu minta tuan baru?'benda' tu kata kata jangan hantar balik tuan lama 'benda' tu nak tuan baru..tetapi dengan akal panjang ustaz..ustaz telah berjaya memerangkap benda tu.Sebenarnya ini semua kerja tasha..dia yang sengaja mengupah mak itam supaya mengenakan aku kerana dia dah lama xsukakan aku..aku dapat tahu dari kawan ustaz yang membantu aku mengeluarkan susuk jahanam tu.

Akhirnya hidup aku kembali normal..aku berhenti dari kerjaya modeling dan kembali kekampung halaman,aku bersyukur kerana ibu dan ayah masih menerima aku walaupun aku pernah menconteng arang di muka mereka...lina sahabat sejati aku masih meneruskan kerjaya dia..cuma dia sudah berpindah kerumah baru kerana ingin memadamkan kenangan hitam dirumah lama.Tasha aku dengar kata dia sedang kritikal akibat terkena simbahan asid kerana ada skandal dengan lelaki orang..ini adalah balasan dari perbuatan jahat dia selama ni,namun aku tetap berdoa semoga dia cepat2 sembuh dan sedar akan kesilapan dia..amin

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

sesila...pnjg lagi ke cite ni....bila agaknya nak tamat....sbb nnt nak marathon baca balik.....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

g_freedom wrote:

sesila...pnjg lagi ke cite ni....bila agaknya nak tamat....sbb nnt nak marathon baca balik.....


 cerita ni sudah pun disudahi dengan tamat..bkn to be continuebiggrin



__________________

aNAK maK abAH akU



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ha boleh la aku start marathon ni.....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard