Ok my 1st trial...mulakan ngan bismillahirrahmanirrahim
Aku ngan kawan aku baru 3bulan masok rumah yang dia baru beli.Pangsapuri 21tingkat yang betoi2 mengadap kearah laut telah menawan hati bersertakan sanubari kawan aku yang lebih mudah kat sini ak bahasakan dia nur.Rumah nur ni belah hujung skali,memiliki 3bilik tidur 1bilik mandi serta stor kecil yang boleh memuatkan barangan terpakai.
Kami tinggai kat rumah ni 3orang ja...aku,nur ngan cousin dia lia,so kami dapat sorang sebilik la..tapi yang memangkaqkan si lia ni jenih penakot tahap sipot sedut,so dia lebih prefer kalu tidoq sebilik ngan nur..Sebab apa nur bukan aku?sebab dulu dia pernah tidoq ngan aku sekali..and aku pernah sepak teranjang dia sekali,hoho sekali ja taw
Ok back to main course,hihihiMalam tu aku masok tidoq awai dari kebiasaan,mungkin akibat keletih membedai nasik kandaq sebungkus.Sedang enak melayari bahtera merdeka tetiba perot terasa memulas2 pulak..emmm bikin spoil,ku gagahi jugak la bangun dalam kesamaran menuju ke toilet.Aku jangkakan masa tu dah nak dekat2 subuh,sebab kedengaran mendayu suara orang membaca AL-QURAN di masjid berhampiran pertempatan aku.Dalam pemikiran aku harus langsaikankewajipan aku sebelum azan subuh berkumandang..
Sudah menjadi kebiasan setiap kali azan subuh,anjing2 liar menyalak secara mendayu2.Orang kata iris mata anjing sangat sensetif,binatang ni mampu melihat apa yang manusia tidak mampu dengan mata kasar.5 minit kemudian aku selesai dengan perot yang selesa..Sejurus tu aku melompat ke katil empok ku itu
Azan subuh mula berkumandang dan diselang seli kan dengan salakan anjing liar dibawah flat,walaupun sudah menjadi kebiasaan tapi perasan takot masih bersarang dalam hati...Mencuba sedaya upaya untuk lena,ketika mencapai 50% untuk separa lena,aku tiba2 merasakan seakan ada pergerakan seperti seeorang yang sedang duduk dihujung katil..sedangkan aku berseorangan di dalam bilik!!!
Dadaku kian berombak tapi aku kawal supaya tidak menampakkan bertapa takotnya aku ketika itu,untuk membuka mata adalah mustahil....aku beristifar dan cuba menganggap itu hanya khayalan,tiba2 pergerakan tu beralih ke sisi kepala,sesaat kemudian aku rasakan seolah2 bulu kasar(aku mengagak itu adalah rambut) meniup lembut kemukaku..
Peluh sudah membasahi tubuhku,aku sudah tidah terdaya lagi aku memejam kuat mataku dan mengumpul segala kekuatan menyebut kalimah ALLAHUAKHBAR dengan lantangnya lalu aku buka mata,aku dapat melihat seakan2 angin berlalu keluar dari tinkap bilik aku yang aku pasti sudah terkunci rapat...
Nur ngan lia yang mungkin terkejut akibat tempikan aku meluru masok kedalam bilik aku,seakan dapat mengagak lia menutup tingkap kemudian dia bersama nur memapah aku kebilik sebelah,wajah aku kelihatan sangat pucat,lia membaca beberapa potong ayat lalu mengusap kemuka aku...Kami tidur walaupun ketiga2 kami masih merasa seram sejuk nya.
Pada keesokkan hari nya baru aku cerita kat nur ngan lia apa sebenarnya yang terjadi semalam.Selepas mendengar cerita aku,riak wajah nur ngan lia berubah..rupanya depa pown ada mengalami gangguan seperti aku malah lebih dahsyat lagi.
Pada mulanya depa berniat untuk diamkan saja,sebab xmau takot kan antara satu sama lain..tetapi akhirnya nur diikoti ngan lia membuka cerita semasa diganggu intity tu.
Cerita depa tu aku akan sambung kat post lain ok....
amalkan lah budaya bersopan santun untuk menjauhi penyakit sosiologikonomi yang semakin menular di kalangan remaja kita sekarang.
oleh itu kementerian kebudayaan dan kemasyarakatan menyarankan untuk mempraktikkan amalan berbudi bahasa di mana jua bagi menjamin kesejahteraan hidup yang harmoni dan aman sejahtera sepanjang masa.
sekian iklan dari jawatan kuasa kebajikan dan kesaksamaan kampung antah berantah.
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Bismillahirrahmanirrahim....salam JUMAAT semua,baru terasa ada kelapangan nak sambong cita ni...al makloom la aku nih orang penting kat opis,so sibok la sikit(ni pepatah melayu ada berkata masok bakoi pas tu angkat sendiri)ok2 come on olls..close to me..hihihihih
Ni betoi2 taw bukan olok2..nur kata benda ni jadi masa malam rayo,aku balik umah mak aku seminggu sebelum raya tu..si lia cousin nur pown balik umah dia sendiri...(nampak sangat menumpang umah orang kami ni)Si nur ni dia dok berasingan ngan family dia,saja la konon nak bujet cam dah besaq la sangat..nak berdikari la kononnya..hihihihi...memang jadi kebiasaan la bukan saja family nur,family aku tapi semua umat islam pasti nak menghidangkan menu2 istimewa..secara ala kadar la xbaik membazir taw pada bulan2 mulia ni...
Si nur yang mengada2 ni suruh family dia mai beraya kat umah dia...makloom la 1st time nak raya kat umah baru kan,so semua preparation kena wat kat umah nur la.Berangkai la si baba ngan mak pekakas nak memasak,ingredients nak memasak..bukan apa kat umah nur ni haram..apa pown xdak..jarang sekali kan kami nak masak,wanita bekerjaya la katakan...hihihi,bermula la proses memotong ayam,memotong daging,serta pelbagai lagi la haiwan peliharaan..hahaha..tapi serious nak habaq mai mak dia kalu masak gulai ayam,ayam masak pedas,rendang daging,pulut kacaw,ketupat nasik ngan kuah kacang.....perggghhhhhhh!!!!!!!terbayek la guys,air tangan orang niaga la katakan...dulu parents si nur ni memang ada bukak kedai makan,tapi pas parents dia received cucu berderet2 xlarat la depa pown...hihihi
Masa tu jam menunjukkan dah pukoi 3pagi kowt...huhuhu,depa baru setel reja2 memasak ni,rumah toksah kata la berselerak terok,nur kesian kat baba ngan mak ni..so dia kata xpa p mandi2 pas tu masok tidoq,dia t kemas semua...Selepas mengemas segala2 sampah2 yang berteraboq(berselerak kat lantai),dia mencuci segala periok belangga,kuali2..so done la part tu,now dia sapu pas tu mop lantai..haa kat part ni la 'benda alah'tu menegur nur...
Kesian nur,jam dah menunjukkan pukoi 5:30pagi..tapi dia masih lagi dok mengemas,xpala la anak emas mak ni..besok mesti dapat duit raya lebih...hihi,masa dok sempoi nya sapu lantai,tetiba ada satu suara menyapa nur...suara halus dari sang gadis...'assalamualaikum..boleh saya masuk...'(emmm jin islam kowt nih),masa tu nur kata memang meremang la bulu roma dia,dia kumpoi gak kekuatan nak paling muka dia yang sedari tadi tunduk melihat lantai untuk melihat kearah suara tadi....sesaat dia paling xdak pown kelibat empunya suara tadi.
Nur beranggapan mungkin kerana dia terlalu letih sehinggkan dia berhalusinasi,tetapi nur masih terasa seram sejuk...dia mempercepatkan sapuan dia,hasrat untuk mop lantai dibatalkan sebab dia takot suara tu akan muncul lagi...huhuhu..dia p store untuk simpan penyapu ngan penyodok...sekali lagi dia di uji,masa dia nak p tutup pintu yang dari tadi dok terngaga luas...(gila punya orang pepagi buta buka pintu luas2 buat ap),masa tu nur nampak kelibat auntie saru(jiran sebelah umah)dok berdiri depan umah kosong yang berhadapan umah nur(paham kowt maksud aku ni)posisi badan mengadap kearah laut..
Berani bisik dalam hati ja nur ni,awat yang orang tua ni pepagi buta dok kat luaq??masa tu dah lewat kan,terlalu lewat kan nur jerit pelan2 panggil auntie saru...'auntie...hai xtidoq lagi ka?sudah lewat la..'panggilan pertama auntie xsahut..panggilan kedua nur kuatkan sikit sikit sebab dia sangka maybe auntie x dengar...pown dia xsahut jugak,nur mula rasa ada xkena la...tetiba dia rasa meremang tapi posisi mata dan badan masih mengadap auntie saru...Guess what tetiba auntie saru berpaling kearah nur dalam keadaan slow motion,best part is walaupown mata nur bertemu mata auntie tapi nur still bleh nampak auntie seakan2 terapung..kaki xjejak tanah!!Opss..cannot call auntie already la..huhuhu
'assalamualaikum..boleh saya masuk...'Ya Allah...rupa2nya suara tadi dari makhluk tuhan ni rupa2nya..Nur memang dah mengigil terok habaq mai,rasa nak jerit tapi xdak kekuatan..Last ap nur buat dia pelan2 pejam mata..pelan2 dia udur kebelakang..xtutup pintu gate dia terus tutup pintu kayu,kunci pintu berlari masuk dalam bilik...hasrat nak mandi sebab belemoih(kotor..badan melekit) sangat pown dibataikan...memang dia teriak menggigil terok la hari tu...hihihi kesian dia..patot la masa aku p beraya umah dia lantai umah melekit..dia pown baru bangun time tu...muka pucat sembab...hehehehe..mati2 aku ingat dia penat tidoq lewat kan..mana tau ni rupanya cerita dia...
Pengajaran kat sini jangan wat berani sangat..pagi2 buta dok menyapu..dah la tu buka pintu luas2..kan ada yang nak ajak sembang..hihihi,nasib baik dia xteman tidoq sekali..hihihihi
Berselera aku membaca cerita serammu ini, Cesilia...terima kasih sebab tak tulis dalam bahasa sms dan bahasa geli geli manja yang ew ew ew kat hujung tiap perkataan itu..silalah sambung lagi...tengkiuewwwww...
Tudia lah aku..seminggu dua baru leh nak setel cerita intity aku ni...huhuhuh al-makloon la wanita bekerjaya la katakan(ayat xleh blah).Ok back to the point,part si lia plak...Lia ni sepupu kepada kawan aku nur,kat umah tu kami tiga2 orang pernah disapa 'mesra' oleh makhluk ciptaan tuhan tu.Tapi apa yang membeza dengan si lia ni..dia bukan saja disapa malah intity tu memperlihatkan diri dia kat lia....huhuhuhu
Lagu ni cerita dia...once upon a time,aicehhh...lia dia reja tesco,kalu sapa2 penah mai penang taw la tesco yang baru bukak kat tanjung tokong mula beroperasi seawai 8am-1am setiap hari.Hari tu lia duty pukoi 4.30pm sampai la pukoi 1am..sebagai TL(team leader)dia kena make semua la semua counter bawah jagaan dia clear dulu,so gedebaq gedeboq 1.30am camtu baru la leh punch out...Kebiasaan lia ni dah lewat2 camtu pown masih dok melenggang ngan kawan2 dia singgah minum la apa la...pok,pang,pok pang koi 2.30am baru la dia sampai umah.Pangsapuri kami ada dua lift..sejarah lift pertama kami tu polis pernah untuk bawak turun sorang uncle cina mati kena pukoi,dah 4hari baru orang perasan dia dah mati sebab bau busuk dari umah dia...
Si lia ni sungguh2 xmau naik lift tu la time2 camtu plak..tambahan sorang2 plak tu..(padan la muka bersidai la lagi),tapi apakan daya nasib xmenyebelahi dia.Lift yang 2nd depa tutup..yang beroperasi hanya yang 1st tu ja...hehehehe kesian dia,apa lagi masa nak naik lift tu terkumat-kamit la pulun baca doa..padahal xdak masalah pown ngan lift tu,maybe sebab sejarah dia yang buat orang takot kot..hehehehe,masa lia keluar dari lift tu tiba2 dia rasa macam angin sejuk menerpa dari arah depan dia,sedangkan kawasan tu tertutup.Dia memilih untuk berpikiran positif la,maybe sebab dah pagi kan so angin2 sejuk tu biasa la...walau macam mana pown dia mempercepatkan jugak langkah dia,memandangkan umah kami belah hujung sekali..so dia kena melalui 2,3 umah la..masa melangkah berhadapan umah no 2 tu lia dapat menangkap bunyi bayi yang sedang merengek...korang bayangkan la dia boleh brenti depan umah tu siap boleh pkiaq g jiran yang kami taw ngandung tu dah beranak ka??hahaha..apa la lia ni...once again dia pkiaq positif..maybe la dah beranak kowt.
Selamat la dia sampai depan umah,masa dok bukak mangga pintu umah(bukan mangga yang dok makan tu taw)tiba2 ada satu suara menyapa dia..'baru balik reja ka?'..dia kecut dah nak kalih belakang..tapi buat2 berani la,dia kalih belakang rupanya jiran tingkat 17 yang sapa dia..mak cik nora,orang tua tu pown xlena2 g aih..hehehehe,jam kat dinding menunjukkan tepat pukoi 3.00am,si lia ni boleh lagi dok melentey(buat benda perlahan2)...tawaf satu umah,dah la tu lewat2 pown dia gagah gak nak mandi...pong,pang,pong,pang pukoi 4.30am baru dia masuk bilik..pas kejadian yang menimpa aku tu aku mintak dia tidoq ngan aku..hihihi
Memang dah jadi kebiasaan dia la,sebelum nak lena tu ada la aktiviti xsihat dia...dia pasang lagu(volume pelan sebab pernah kena sound ngan aku..hihi),pastu dia bukak sliding window maha luas pastu plak terjongoi(keluar)kepala kat luaq..konon nak ambik angin la..masa dok melayan perasaan akibat lagu dari slam,tiba2 dia terpandang sesusuk tubuh 'manusia' dari tingkat 16 sedang mengadap kearah pangsapuri kami.Dia pasti ngan apa yang dia nampak,sorang perempuan yang tinggi berpakaian merah..berambut hitam ikal mayang,tapi wajah dia xjelas sebab agak jauh kan.
Lia kata dia seakan terpanggil untuk merenung 'wanita' tu..mereka berdua seolah2 sedang memandang satu sama lain,lia mula rasa seram sejuk kat belakang tengkuk dia,dia usap2 dan berpaling kebelakang..nothing hanya dengkuran halus aku kedengaran.Kemudian dia teringat tentang 'wanita' tadi sesaat dia paling semula kearah luar..dia xnampak dah kelibat 'wanita' tersebut..dia tercari-cari jugak mungkin 'wanita' tu dah berjalan kedepan,tapi hampa..'wanita' tu ghaib.Lia memang dah xsedap hati dia rasa tu bukan 'manusia'.Masa lia nak tutup sliding window dia sekali lagi terpandang kelibat 'wanita' tadi..tapi kali ni 'wanita' tu duduk kat atas bumbung tempat parking reta sambil memerhati lia,memang sohih la benda alah ni bukan 'manusia'.Kali ni lia nampak jelas,wajah 'wanita' tu xmgerunkan..'wanita'tu berpakaian macam perempuan yang menjayakan opera cina..huhuhuh..wajahnya pucat bibirnya kering,matanya sayu memandang lia...
Lia seakan tidak gentar merenung 'wanita' tu,tapi tiba2 wanita tu memberi senyuman..senyuman yang lia xdapat lupakan..lia rasa kejang badan tiba2 dia hanya mampu pejam mata dan berdoa supaya apa yang dia tengok taksat ni hanya khayalan,syukur alhamdulillah..azan subuh berkumandang diselang-selikan dengan salakkan anjing yang kami dah biasa tu dan 'wanita' tu ghaib sekali lagi...lia mengucap panjang lalu ditutupnya tingkap...Pengalaman malam yang dirasakan seakn panjang,yang sebetulnya xingin dikongsi takot dipukoi gelak oleh kami akhirnya terbongkar jugak...hihihihi
Tak lena tidoq dia pagi tu,nasib la besok tu dia cuti bleh gak la cover...Dalam tengahari tu dia p umah jiran kami yang dia dengaq bunyi baby semalam,konon nak tengok baby tu la,lia ni dia memang suka budak2..masa nak berjalan p tiba2 jiran dia keluaq rumah...tragisnya jiran tu masih dok usung perot..means belum beranak lagi?beh bunyi baby yang dok merengek semalam yang dia dengaq tu dari mana?allah hu alam..start dari hari tu memang dia xbalik lambat lagi la..and dia xlalu dah depan umah jiran kami yang ngandung tu...hehehehe dia just lalu belah ngadap umah jiran tu..and dia dah xbukak sliding window g..hahahahahaha
Banyak pengajaran yang kami jadikan iktibar melalui pengalaman kami tu...tapi lani semua dah ok semenjak kami dah buat kenduri bacaan doa selamat..Alhamdullilah
tq sasha aqira..kalau la cesilia tau yang sasha menginginkan untuk kesana..sudah tentu cesilia akan mengtransferkan tawaran tu kepada sasha...sebab cesilia xberminat..huhuhuhu..
cengkodok tu bukan jawa la tu bahasa mexico tempat kelahiran rosalinda porrfarrvooo...kau xreti meh esey ngajor deme sampey pandai mau ke idok...??sementara tawaran masih ado ni haa...
ni kira sikit la badda...dulu time skool mau 5,6 pages kami balun...hahaha,xmenyeramkan lagi pownbut nvm i'll keep trying...wish me luck babeh...
ujung ayat nie ler yang cengkatak putih (putihlaaa sangat .. cam tepung gomak .. keh keh keh ... nie asik turn mengutuk time taww... so .. jangan jelesss )
ohhh .. baru nie ler haku baca bahase max hi co (bunyi dri ejaan mexico) ...
errr .... agak agak ... nko cuba simpan tu lama x adik cililia padi putumayam ??? keep trying = cuba simpan ...)
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
uk aloh... aku baru nak monopaus... enko tu dah tak dan nak pouse pouse dah.... forward atau rewind je... tak pun terus stop.. nga hahaaaaa...
kurang2 aku masih ada napsu serakah nak dilampias kat jantan2 macho ke awek2 jambu nak main karom, daripada enko bagi mentibang pakai bikini baru naik keghairahan nak join sekaki.
ni dah bagi yang hensem2 kacak bergaya, cantik manis ayu lagi menggoda pun tak terhingin menjentik papan karom tu.
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..