CERITA INI DIADAPTASI MENJADI SEBUAH CERITA FORUM BERDASARKAN KISAH BENAR...
SESIAPA YANG RASA CERITA NI BORING + KARUT DAN SEBAGAINYA MOHON SKIP AJE TOPIK NI...
KISAH NI ADALAH SEPERTI YANG DICERITAKAN DAN KISAH BENAR...
NAMA DAN TEMPAT DITUKAR SEOLAH2 AKU (REZA) YANG ALAMI BAGI MEMUDAHKAN PEMAHAMAN
(HAK MILIK YOUNG AREZA)
Kisah aku bermula dengan pergaduhan dalam keluarga aku. Aku agak benda ni memang dah lama ada..tapi aku buat endah tak endah je sebab aku malas buruk snagka kat mak ayah aku. Al maklumlah..kita kan anak..Anak mana dapat terima bila orang sekeliling cakap mak kita ada ilmu sesat kan?
Sebab kita nampak dia solat..baca yasin..marah kalau kita tak solat..Ayah?? ayah ikut je cakap ibu..dia tak membantah. Ramai orang kata ayah tu dah kena ilmu penunduk. Wallahualam.
3 Hari sebelum Hari Raya Aidilfitri 2013
Aku gembira gila sebab akak aku balik untuk shopping barang raya. Beli langsir, cat dan berbuka sama-sama keluarga.
Malam tu...ada jemputan berbuka puasa dengan bos aku. Semua ahli keluarga aku pergi. Shiok la..makan sedap-sedap kan. Sepatutnya..malam tu aku nak ikut kawan ambil anak dia kat Penang. Dia ni dah cerai dengan laki dia. Jadi anak dia waktu tu kat penang..rumah atoknya. Tapi entah kenapa..malam tu terasa berat hati sangat-sangat..aku cancle ikut kawan last minit. hahahah tahan telingan aku kena maki dengan anak mami...
lebih kurang 9 lebih, aku dah tido..aku telan panadol. Kepala aku terasa berat sangat..badan berpeluh-peluh tak menentu. Aku tak tau pulak itu petanda dan permulaan kisah hidup aku yang penuh ranjau dan liku...
Aku tido kat ruang tengah rumah. Atau lebih tepat ..depan tv. Sekejap-sekejap aku terbangun..aku tengok akak aku dengan mak ayah aku rancak berbual kat ruang tamu. Ayah aku ni...dia boleh menurun. dan dia menurun salah silah dia (moyang-moyang) keturunan dia yang dulu. Malam tu rupanya diorang rancak berbual mengenai susur galur keluarga..dan termasuk lah kisah sejarah Dayang senandung tu..salah satu keturunan.
Ibu aku ni jenis yang tak berapa pandai nak pakai henpon cangih manggih ni hehe..jadi.demi nak simpan gambar si dayang senandung yang asli..dia suruh akak yang buat. Akak search dekat mr gugel..pastu nak save dalam henpon. Waktu tu..adik lelaki, Izam dah balik. Diaorang berborak sambil makan kuih balance berbuka katanya.
Waktu tengah sibuk-sibuk along dengan Izam nak simpan gambar tu dalam galeri henpon..entah macamana..terbuka la gambar-gambar kat 'Whatsup' ibu. Along terdiam. Dia campak henpon pada ibu yang waktu tu tengah baring meniarap menghadap diorang. Ibu pun terkejut..ehh apa hal ni? kata ibu..
Bengis muka along yang memang terkenal dengan sikap tegas dia tu. 'Ibu buang semua gambar-gambar ni. Along tak nak tengok!!' jerkah along. Pasaan dia waktu tu memang dah tak boleh kawal. Izam cuma jeling je sambil geleng kepala. Tak sangka ibu boleh bertindak diluar batasan. Kemana akalnya sebagai seorang ibu..dan isteri?
Ibu menafikan...ibu marah along sebab pandai-pandai buka galeri 'Whatsup' dia. Dia ckap along sibuk lah apa semua.
Along dah malas panjang cerita..dia terus masuk dalam..nak tido. Dia baring lebih kurang 3 meter dengan aku.
Sambil-sambil dia main game kat henpon..terbayang-bayang apa yang dia nampak kat dalam henpon ibu..perasaan sayu dan sedih mula datang..dia malu sebab ada ibu macam tu..Alaong mulai menangis..perlahan..
Lama-kelamaan menjadi-jadi esakan nya...uuuuuu....huuuuuuu....sambil dia terus main game..
Aku tersedar!! bunyi apa tu?? Aku pandang along..dia menangis teresak-esak...
Aku pujuk dia..kenapa ni long? apesal kau? buat takut aku jela..
Along : aku malu la ade mak mcm ni..aku malu..aku tak sangka mak kau buat macam ni kat anak-anak..
ehh pasal ni? dah-dah..esok pagi kita bincang..dah kul3 lebih ni..
Along : takpe..kau tido la..aku ok..(sambil teresak-esak)
hurmm dah mula la aku tak dpat lelap mata...apehal pulak la akak aku ni..setau aku..dia ni kesayangan mak aku..die ni memang akan back up mak aku gila-gila punya..tak terima kalau kita cite ibu buat kita itu..ini..dia akan mara kita balik..
tiba-tiba..esakan along makin kuat..aku pulak marah dia..ehh long..dah-dah la..esok pagi kita bincang..
along terus bangun dan lari..keluar rumah..dia duduk kat buai depan rumah..dengan rambut mengerbang..
aku ikut dia keluar..ibu ayah terbangun dengar bunyi pintu yg akak aku rempuh..sebab ibu ayah tido kat ruang tamu..aku cakap takde apa..along nak ambil angin luar..dia tak boleh tido..aku kalis!
Sampai depan rumah..dia hayun buaian laju-laju sambil menagis meraung...nak ikut arwah atuk (tok yah)
Along : uuuuu....aku nak ikut tok yah...aku dah tak nak hidup..aku maluuuu....huuuu..huuuu
(perghhh naik seyh bulu roma aku..gila kau..memalam buta akak aku ni buat perangai..)
Aku : kau ni kenapa? macam dah tak ada hari esok lagi nak bincang
Along : kau tak tau...aku jumpa apa dalam henpon mak kau..kau tak tau!! (sambil pukul-pukul badan aku)
eehhh ni dah lebih..aku pulak kena..nak aje aku sepak kepala dia..kang dibuatnya hantu setan ni mengamuk..pengsan aku..huhuhu aku sabo je dlu
Aku : apa? apa benda? haa...cakap..
ALong mula la menggogoi nagis macam baby nk susu...pastu aku paksa die balik rumah..sebab takut jiran-jiran dengar..lagi kecoh kang...
sampai depan rumah...makin kuat pulak dia nangis..dah mak ayah aku kelam kabut buka pintu rumah..
Along terjelepuk jatuh kat depan tangga rumah...ala tanga buat ada-ada je tu..takat 3 anak tangga huhu
ayah papah along masuk..dia dah mula la meracau menjerit-jerit.."aku tak nak ibu..aku benci perempuan ni..aku benci !"
jerit along sambil tuding jari kat ibu..
ibu dah nangis-nangis..ap salah ibu nak..apa salah ibu..perghhh aku..makin naik boring..sape tak kenal mak aku yang dapat jolokan 'drama queen' oleh anak-anak dia? asal hari raya datang je..mesti dia sakit..nazak..hurmm nak minta simpati..apa pon tak bole !
'haa tulah..dah tua pun buat perangai..bagusla perangai ibu ni ' aku pulak menambah..sakit aty aku dengar apa yang akak aku ckap tadi..
'ayah...along tak nak sesiapa...along nak cakap dengan arwah tok yah..along nak tok daik...along tak nak sesiapa!! ' menjerit-jerit akak aku..
(tok daik - salah stu keturunan sebelah ayah aku..menjaga keturunan aku..paling rapat dengan aku sekeluarga..datang secara menurun oleh ayah aku)
Tok daik datang..papah along masuk dalam rumah.. mak aku sibuk tanya..apa semua ni..apasal ibu pulak salah..dia pulak melenting..ehh mak aku ni kang!!
Setelah along berbual hati ke hati dengan tok daik..tok daik buatkan air sikit untuk dia..basuhkan muka..suruh dia minum..bammm...dia terus terbaring..tido..siap berdengkur seyh!! apa punya orang!
aku dah masuk dalam..aku malas nak campur..ala..konon je ..padahal aku curi0curi dengar tok daik bebelkan mak aku...
T.D : apa kau dah buat sampai melukakan hati anak kamu? (bahasa dia memang macam purbakala sikit)
ibu : mana ada lah pak..budak-budak ni je lebih-lebih...saya tak ada apa pun..
T.D : kamu jangan menipu aku..aku..walaupun ghaib..aku sudah hidup beratus-ratus tahun
ibu : alah..dia jumpa gambar saya..tak ada apa-apa pun pak..saja je saya simpan..suami saya pun tahu
T.D : aku tahu yang suami kamu tahu..tapi...dia sudah tegur kamu bukan? kamu keras..tidak mahu dengar!! apa pun alasan kamu..aku tidak mahu ambil pusing..yang aku tahu..kamu dah lukakan hati cucu aku..kamu buat seperti yang anak kamu minta! padam semua gambar tidak senonoh kamu!!
ibu : alah pak ni..jangan diikutkan..saya tau lah apa saya buat la pak..biar budak-budak tu..
serba sedikit pertengkaran kecil mak aku dengan orang tua tu..aku panas je aty..aku tahan kan..aku terus tido..ngantuk kesan ubat masih berbaki..
Aduhh..baru sikit je luak popcorn da besambung da..aloo cepat dek rezza..tgah smangat ni...eeeii gambo pebende tu?
__________________
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
semua adik beradik pakat-pakat tak nak bercakap dengan ibu..ini kes pulaukan ibu..ibu...lagi la memulaukan diri..
dia dah sound awal-awal yang kami tak patut masuk campur urusan laki bini..ceitttt..podahhh apa? kami takde air muka? kami anak-anak..
ibu kata..kalau dia tau anak-anak akan kurang ajar dengan dia besar nanti..dia nak je cekik waktu kecik-kecik dulu..
adik aku yang perempuan bersunggut "sapa suruh dulu kau gatal sangat %&^** ....hahahah" siot adik aku..
lepas je mak aku keluar atas urusan apa tah..ayah aku panggil semua buat family meeting..
dia terangkan kenapa dan apa yang terjadi..
dia kata..ibu tak bersalah..along yg salah..sebab along yang ajar ibu ber'fb'...pastu ada pulak aplikasi chat yang 'wechat' dengan 'whatsUp' tu
perghhhh tak pasal-pasal along pulak yng kena kan..pastu ayah cakap...dia tau ibu simpan gambo tu..jangan risau..tu gambar dia punya
hahahahah aku yang kuat mantol ni gelak kuat " ayah..agak-agak la nak tipu kitorag...ayah tu..henpon pun takde..celah mana ayah nak hntar gambar tu kat galeri 'wasap' dengan 'wechat' ibu?? cube cite? mesej pun ayah terkial-kial...ayah takyah nk tipu kitorang..kitorang lagi tau.." terdiam ayah aku..
aku bukan nak kurang ajar sangat..yang dia nk back up sangat bini dia apahal??
dahla buat benda tak senonoh..patutla macik pakcik aku cakap ayah aku ni dayus!! ikut je cakap mak aku..
ayah masih nak defence lagi..dia cakap dia tau..la ni dia pusing cerita..cakap..ibu ambil gambar dia..dan ibu share gambar dia kan orang lain..
hadoiii lagi menyirap pulak darah aku..si adik perempuan aku pulak membangkang " ayah...ayah tu tido kadang-kadang terbuka kain..aku ni yang tukang tutup..aku tau la camne gaya 'benda' tu ayah..." diam lagi..sambil geleng kepala...
'ok lah...ayah jujur cakap...tu memang bukan gambar ayah..!' sambil tunduk..bergenang air mata..
anak-anak semua senyum..akhirnya ayah aku berani mengakui yg mak aku ni bersalah...
'tapi...ayah tau dan ayah izinkan dia simpan gambar-gambar kawan lelaki dia 'tu' saja..untuk koleksi..'
O..MAIIII....GOOSHHHH.... 'am i really deaf??!!' seriusly...aku tak boleh nak brain apa ayah aku cakap..hello..umo mak aku da 49 seyhh!
'ayah dah tak mampu..dah tak larat...ibu tak puas..ayah 'buat' dengan dia..tapi..dia layan juga 'yang lain' '...rintih ayah aku...
time ni..aku da naik berang..."stop it la ayah!! this is nonsense..!" aku blah..akak..n adik-adik aku sume bercakap sama sendiri..
"along..pack barang..jom aku hantar kau balik.."
"ayah..along minta ampun..minta maaf..kalau apa along dah buat menyusahkan ayah semua..tapi along tak boleh terima apa yang ibu dah buat kat anak-anak...halalkan makan minum along ayah..." berjurai-jurai air mata akak aku..sambil salam dan peluk ayah...dia angkut semua adik-adik aku yang kecik ikut dia..dia siap dah bagitau..dia tak akan balik raya ni..padahal lagi 3 hari je lagi..
ayah aku dah pening kepala...dia berjalan mundar-mandir kat ruang tamu...aku kan bajet hari kering sangat..aku mana nak nangis..hahahah padahal dalam hati dah banjir macam empangan pecah tengok akak aku buat drama ari raya tak jadi...aku terus start kete..hantar akak aku balik..pukul 10 malam baru aku gerak balik ke rumah..dengan harapan..tak nak tengok muka mak aku..aku jengkel!!!
Dua hari berikutnya..yang sepatutnya meriah menyambut kedatangan hari raya...
aku lalui dengan rasa sedih...suram..sebab akak aku sebolah-boleh tak nak balik..asal cerita je pasal ibu..dia akan nangis tak berhenti-henti..
sehari sebelumj raya...aku dapat gaji...aku balik..perghhh..dengan ot semua..masyukkk...time ni la pertama kali aku dapat duit riban-riban buat raya..
eksited giler...hahahah sampai mandi dengan duit sebelum berbuka tu..hahah amalan syaitonnn..jangan diikut sangat...
aku masukan duit raya tuk mak ayah aku sorang rm150..balik keje tadi..aku dah ambil kain baju raya mak aku..aku dha bayar..kira belanja jela
mak ayh aku balik..nk buka..beli lauk dari bazar je..aku terus salam cium tangan..bagi duit raya awal-awal..konon sedekah la..
bagi duit belanja raya rm100 untuk rumah..hepi gila..tabur duit kat rumah takde hal la..aku pergi bagi nenek aku rm 50 duit raya..sebab dia banyak 'loan' kan aku duit pencen die waktu aku susah-susah heheh...
malam tu...bahagia...semua hepi....
esok adalah hari penentu hari raya..yang pakcik tu duduk kat kusi..bagitau bila nak raya kan?? tapi aku keje juga..half day..aku dah kemain pujuk akak aku tuk balik raya...akak aku nangis-nangis tak nak..tapi adik-adik semua nak..baju semua dah beli..kita ni jadi sedih..sebab adik-adik yang nk merasa raya tu..tak puas lagi..kesian...
aku amek keputusan..aku balik keje separuh hari..aku nak ambil akak aku...bawa balik raya semua sekali..
kat rumah : mak aku dah mula buat hal...dia baring je sepanjang hari..dia kata dia tak nak masak...takde ood nak beraya tahun ni...aku siap bergaduh dengan mak aku..sebab aku nk anyam ketupat..mak aku pulak nak yang segera..cehhh mana boleh..setiap tahun aku akan anyam ketupat tu..tak pernah pakai yang segera...
aku cakap..kang amek akak aku kat tempat dia..aku akan lalui satu kampung...sana senang cari daun ketupat...aku pun gerak ke tempat akak aku...sambil bawa kek-kek raya yang ditempah staff tempat akak aku tu...
dah merata aku cari..tak jumpa juga daun ketupat ni..ishh...aku tak putus asa..tanya akak staff yang beli kek aku tu..
dia cakap..kalau kat situ..diorang tak pernah beli..diorang ambil sendiri je..wahhh..akak aku terus terjah kat pokok kelapa terdekat..tengok-tengok..ada daunya..dia berlari pergi pinjam mat indon sabit..hahha kelakar pun ada tengok aksi akak aku..padahal katanya tak nak balik..time cari daun..die eksited !
yes!! dah dapat daun...time untuk balik...yeahh...kebetulan..hari terakhir ni..semua kaum perempuan keluarga aku diserang penyakit Allah Bagi CUti (ABC) maka nyaaa....dengan jaya kami tak pose...yeahhh hahah..dalam perjalanan balik..kitornag terserempak dengan mak ayah yang entah nk kemana..
ehhh tadi bukan main marah lagi aku nak cari daun ketupat kat sini..jauh lah..apa lah..apa dia buat kat sini maghrib-maghrib? nak buka dah ni...
kitornag terus balik..malas panjang-panjang cerita..esok nak raya..heheh
balik...dah masing-masing ambil bahagian..mana yang kemas..mana yang anyam dan potong memotong...tak lama...mak ayah aku balik..bawa air tahu..dia kata takde orang jual apa-apa kat bazar...banyak tak niaga..esok dah nak raya..adoiii dahla tak makan apa-apa walaupun tak pose..bajet nak makan rendang lah ini malam!!
mood semua orang dah cantik malam tu...ayah pun tersenyum sebab along dan adik-adik balik beraya..
yang buat spoil..macam biasa lah...watak utama cerita ni..."drama queen @ mak aku"
dia marah kitorang kemas-kemas rumah apa semua..habis dia haruk..dia tak habis-habis ulang ayat ' korang jangan risau lah..ini kali terakhir nak masak ke kemas rumah..lepas ni korang dah tak sambut hari raya lagi..'
aku selamba je loyar buruk " tak pe jam (adik lelaki aku) pasni kan kau sambut raya cina...mana pakai ketupat bagai..." si izam pun sambil menyampuk buat lawak..mak aku tarik muka..hempas-hempas barang..kitorang malas nak layan..biasa lah..taktik lama...dia..kalau tiap kali nak raya..mesti gaduh..pastu malam nya..dia akan 'nazak' haa...tu memang patern mak aku..harap korang paham..dia memang ada apa masalah..aku pun tak paham..
adeh..lagik2...cepatin crita nya cik areza yg muda...baru ku paham perasaan yg xsabar itu..
__________________
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
okehhhh part ni..aku tak sabar nak cite....kamon kawan-kawan..mari kita membaca ! buat iklan sikit...
okeh..kalau korang ingat..pada akak-akak makcik-makcik...ade tak tengok drama 'Setia Hujung Nyawa' siri hari raya punya?
dia ni lebih kurang kisah dia...laki dia ni melayan gepren lama dia..dalam waktu isteri dia mengandung..apa la punya somi..pastu..si gepren lama dia pulak..sibuk duk usha-usha laki tu...nak ngorat...
jadi...ahli-ahli jawatankuasa cik kiah ni termasuk lah aku..akak aku..dengan adik aku semua duk kutuk perempuan tu (si bekas gepren)..
antara ayat-ayat klishe yang biasa dilafazkan " apa la perempuan ni...macam dah takde laki lain ko nak cari..pergi la cari yang bujang..tak kesian ke laki ornag dia kacau..bini pulak tengah ngandung.."
"yang laki tu ambil kesempatan lah..bini ngandung..dia buat perangai.." bla...bla..bla...
waktu tu..aku kat dapur,,,tengah goreng segala macam bagai untuk juadah raya..akak dan adk perempuan aku tu depan tv..ngadap cerita..akak aku potong bawang ke apa tah...adik perempuan aku cat ruang tengah..mak aku tengok tv juga...tapi dari ruang tamu tu...
tiba-tiba aku dengar mak aku dah berteriak dari depan..."oiii kau cakap apa ha?? aku memang tak puas hati dengan kau! mari sini cakap depan aku..aku nak bunuh kau malam ni !" ugut mak aku..ehhh pelik..dah dengan tv pon nak bergaduh ke apa? meroyan betul mak aku ni...
tiba-tiba akak aku bangun ke dapur..terus ke sinki..sambil jerit.. " aii terasa?? siapa yang buat..dia terasa la...dengan tv pon terasa...haa tu lah..."
mak aku datang ke pintu dapur sambil bawa pisau !! yes,,,bawa PISAU ye kawan-kawan kat tangan kanan dia..sambil jegil mata kat akak aku..
aku yang tengah goreng kat tengah dapur ni..jadi penghalang akak aku dengan mak aku..aku dah jerit "wehhh pahal korang ni..malam raya nk berbunuh ke? elok la..kite tengok..sapa mati dulu..sapa masuk pernjara dulu"
mak aku dengan ganasnya terus tarik rambut akak aku ke ruang tengah...entah macam mana akak aku buat..terlepas rambut dia dengan pisau kat tangan mak aku..al maklum lah..akak aku ni dulu sri kandi silat..terkenal dengan kehebatan menangkis..mak aku..silat caca marba..apa dia dapat..dia tikam..dia memang bahaya..huhh...baru aku tau ok...mak aku ni orang yang bahaya kalau dia naik hantu..
bermula la pergaduhan...macam-macam semua ungkit keluar...sampai apa perangai mak aku...apa yang akak aku jumpa..
akak aku ugut dia padam semua..atau...dia akan tunjuk bukti kat pejabat agama..atau dia akan masukan dalam fb mak aku...
mak aku makin naik hantu..ayah aku yang hadang dua ornag kat tengah-tengah ni..dah mula pucta muka...last-last...ayah aku bammmm!! pengsan...sambil pegang dada...
aduhhhh sakit jantung ke apa ni?? aku matikan semua api...ayah aku dah terbaring ni pun..dua ornag ni masih lagi sibuk bergaduh..berebut kan ayah aku pulak..akak aku dengan isu..dia tak nak perempuan derhaka dan nusyuz suami ni pegang ayah aku..mak aku pulak tak abis-abis cakap akak aku ni derhaka..sebab meninggikan suara..alahh..padahal dia dah malu..rahsia dia dah terbongkar..lagi pulak yang bongkarkan..anak kesayangan dia..gila ke...selama ni..akak aku backup gila kot...
dah tu..tak lama...masing-masing dah reda...ayah aku bangun..aku ambil kan air..dia baru nk minum..mak aku start balik dah...perghhh aku memang dah maki hamun mak aku dalam hati...tak sempat ayah aku nak minum lagi la..
mak aku warning aku dengan adik aku..siapa masuk campur urusan dia..dia nak pecahkan kepala kami satu-satu..aku apa lagi...aku dengan sudip panas aku keluar ke ruang tengah..kau nak apa? cakap kitornag takde hak apa semua..siap sumpah seranah akak aku.tak bagi jejak kaki kat rumah dan tanah dia lagi..suruh pergi..siap tak halalkan susu yang pernah dia bagi..aku dah geram..aku keluar..aku sound die..pehal pulak aku terlibat dalam hal ni?
kau yang buat kecoh..jatuhkan maruah sendri..aku pulak kau nak pecahkan kepala..kau jangan sampai aku rakam apa kau cakap..aku repot balai kau ugut ea..jangan ingat aku tak berani..mak aku terus slow..dia cakp..kau tau ke apa yang ibu buat? ibu tak buat apa-apa..kau takda bukti..meh sini..ibu terangkan...
'kau tak payah terangkan dan cakap tak ada bukti lah..aku dah ada bukti pengakuan kau..apa kau dah buat sebelum ni...belakang ayah aku" aku cakap
"ehh kau salah faham tu..meh sini..meh ibu terangkan" sambil separuh merayu...
"kau simpan penerangan kau...aku tak perlu apa-apa" bajet cool..adik-adik semua dah nangis...
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
ni citer ko senirik ke adik reza? tapi berdasarkan pengumuman pertama ko ni citer pasal famili orang lain kan?
tapi kan nak mencelah la sikit. anak2 dia tak patut kurang hajar cenggitu dgn mak dia. memang mak dia bersalah dengan ayah dia, berdosa, dan segala2 kesalahan yang mak dia dah buat la. tapi tu semua antara mak dia dengan ayah dia & ALLAH, cam mana jahat sekali pun mak dia, teruk cam ne pun mak dia, anak dia berdosa besar kalo derhaka dengan mak dia.
ingat la syurga di bawah tapak kaki ibu. walaupun ibu tu seorang pelacur sekali pun (maaf cakap, ni cuma perumpamaan) atau meminyak dagukan ayah dia ke, nak minyak senyonyong ke minyak cap kapak ke kat ayah, tu kesalahan antara mak & ayah, & dosa antara makl dgn ALLAH. anak2 kalau dah tau wajib mengingatkan mak dia.
TAPI.... kalau mak dia tetap ingkar masih nusyuz dengan ayah dia, masih mensyirikkan ALLAH, anak2 tetap TAK BOLEH berkurang hajar a.k.a derhaka pada mak. inikan pulak mak dah tak halalkan susu yang dah masuk perut dia. na'uzubillah.... tak dapat aku nak bayangkan betapa besar dosa dia dgn mak dia.
korang pernah tak baca kisah jiran Nabi Musa di syurga nanti? nanti aku tepek citer dia.
aku pernah gak dengar citer, citer betul tau tapi aku tak ingat bila, siapa, kat mana. anak dia tak puas hati ngan mak. pasal ape tah aku tak ingat tapi mak dia pun salah jugak sebenarnya. dia gaduh rasanya ngan mak dia pas tu mak dia marah kat anak ni, dan dan haramkan susu yang anak dia minum dulu, terus anak dia lumpuh.
tapini kisah orang yang aku tak nampak. ni citer jiran aku sendiri. jiran kat sebelah rumah mak aku, okeh... makcik bedah ni (bukan nama sebenar) tah hape kenanya tak suka sangat ngan orang kelantan. ditakdirkan ALLAH tiga orang menantu dia dari kelantan. yang last sekali kakak tu dari kalangan orang biasa2 je, anak dia ni pulak kerja bengkel gaji kecik. sakit susah makcik ni selalu anak dia ni la yang jaga. sebab dia sorang je yang duduk ngan makcik bedah ni.
makcik ni pulak sangat tak suka ngan menantu. apa menantu ni buat sume tak betul, sumer tak kena. alah, kitorang kenak makcik bedah ni, memang gitu pe'elnye, kalo dah tak suka tu ape pun tak boleh.. tak sedar diri makan minum sakit sumer anak lelaki ni la yang tanggung. siap tolong renovate rumah lagi, tak la besar mana tapi lagi selesa la dari sebelum ni. makcik bedah ni ada kencing manis, darah tinggi, so paham2 la cam na cerewet nak menjaga orang tua ni.
ditakdirkan menantu ni pun yang selalu dok ngadu2 ngan mak aku (tak selalu la sbnrnye tapi ada la beberapa kali) dah tak tahan sangat pindah balik kelantan. yang suami pun nak pindah la jugak tapi nak setlle sume utang2 ngan kakak2 dia dulu. lagi la makcik bedah ni tak puas hati. hari2 makcik bedah ni dok melepak umah mak aku. sib baik mak aku ni jenis tak amik port kalo orang dok ngumpat2. dinasihat supaya ubah perangai, macam2 la mak aku cakap la termasuk la pasal menantu dia ni yang jaga time dia sakit, kemas umah, masak utk dia. cam tu gak perangainyer..
sampai satu masa menantu ni peknen. sebab punya la tak suka sangat dgn menantu ni + tak puas hati tindakan pindah balik kampung, makcik bedah ni terkeluar la perkataan lebih kurang cenggini.. "tengok la nanti nak bersalin nanti macammana, baru ko tau..." dia cakap kat mak aku tapi tuju kat menantu dia la. mak aku cakap tka baik cakap camtu, cam ne pun tu anak menantu dia, dah kira cam anak dia, dia buat tak tau je.
masa akak tu nak bersalin memang sakitnyer sampai beberapa hari. susah dia nak bersalin. mak aku pujuk2 maafkan la dia, keras hati betul orang tua tu. tak tau cam ne bersalin jugak la akak tu.
kesimpulan yang aku nak sampaikan, macam mana jahat sekali pun mak tu jangan sesekali menderhaka dengan beliau. macam citer jiran aku ni, tu menantu tu, belum anak sendiri lagi. ni mak sendiri dah haramkan susu anak kandung aku tak tau la akibatnye.
terjumpa pulak aku ni tadi aku tepek sekali:
Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
ok..setelah habis semua sumpah seranah keluar dari mulut mak aku...die tak puas aty..dia kalah..die cepat-cepat lari ambil beg dan baju..nak lari dari rumah katanya...minta ayah aku ceraikan dia..dia cakap..biarlah aku pergi..anak-anak kau dah tak suka aku..kau kan lelaki dayus..aku isteri nusyuz..kau lepaskan aku..aku dah tak nak tengaok anak-anak kau lagi..menjerit-jerit...sampai semua jiran-jiran berkumpul kat depan rumah..gila kau!!
die sepahkan semua barang yang akak aku dah kemas tadi...baju semua die rentap dari tempat penyidai..habis terabur..
along yang kesedihan dah duduk kat dalam kereta menangis-nangis...aku dah tak tau nak buat apa..aku pergi rumah nenek aku..ada pakcik lelaki aku..aku ngadu dengan dia..uncle...ibu buat perangai lagi..die nak lari...
pakcik aku cakap..biarlah dia lari..penant nanti die balik la..macma tak kenal je mak kau tu..
tapi dia minta ayah ceraikan dia...(time ni air mata dah macam air terjun bak anggg..bajet cool sangat)
pastu pakcik aku malas nak layan..dia tetap main ps..tiba-tiba adik perempuan aku datang..
uncle..tolong ibu tu...dia nazak..nak bawa g spital...aku pndang muka adik aku..die cebik bibir..hahahah tau lah..tu taktik biasa mak aku..uncle aku pergi rumah aku...angkat mak aku..papah dia..
kebetulan pulak makcik, nenek aku semua balik dari shopping malam raya..terkejut diorang...
bila ayah aku dah hantar mak aku g hospital..macik-pakcik semua panggil...time ni..keluar la semua cerita...beriya-iya akak aku bercerita..
last-last..akak aku cakap..'wehh bawak aku pegi MCd..aku lapar..belum makan apa-apa lagi dari pagi ' haa baru kitorang perasan..kitorang eksited sangat nak raya..sampai tak makan apa-apa..
aku suruh semua siap..ko bayang..stu kereta 6 orang...bersempit-sempit..ingat nak pergi MCd je..sekali tu penuh..hurmm..aku pusing..cari kedai makan..malam-malam buta pukul 12 tu..harem satu tak buka...
aku terus drive...sampai ke muar..baru ada satu kedai makan...kitorang berhenti..makan...semua lelaki kat situ usha pelik je..hahaha lantak la
siap makan..masuk kereta..akak aku tanya..kita nak kemana ni? aku tak nak balik..kata akak aku..
hurmm..kita pergi la melaka..ada kawan aku kat sana..minta dia carikan hotel..
sampai melaka dalam pukul 3 pagi..perghhh berpinar biji mata aku drive kete..cek in apa semua..tido...
Pagi tu...bangun tido..akak aku cek henpon..buka fb mak aku...
dia masih lagi mesej dengan skandal dia kat fb..bukan sorang...tapi ada dalam 5 orang...
siap cakap..selamat hari raya sayang..apa semua..lelaki tu akui ibu tu isteri dia..dahla dah tua...nak aje aku tumbuk muka tak hensem dia tu!
macam-macam la mesej tak senonoh beserta gambar-gambar yang meloyakan semua keluar..kami copy semua conversation..pastu habiskan masa kat melaka..balik rumah malam nya...
mak ayah aku tarik muka lagi...tak siapa berani nk salam dia..akak aku tak balik rumah..dia balik rumah nenek..tpi nenek backup kami..sebab nenek kata..ni bukan tanah dia..rumah dia..ni tanah aku..aku belum mati lagi..kenapa dia nak halau along?huhuhu
perkara ni berlarutan beberapa lama...aku nampak mata ayah sayu je..merah...rindu kat anak-anak..tpi ibu? aku diam..tak cakap apa-apa pun..aku duduk dalam bilik..dia boleh jerit-jerit panggil aku lembu apa semua..
bila ayah aku tanya adik aku..aku dah makan ke belum balik kerja..mak aku akan marah ayah..dia cakap..yang kau sibuk ambil tau pasal dia nk buat apa? dia dah mampos.jangan sibuk nak ambil tahu..sambil lempar pinggan kat ayah aku..yang aku sedih...ayah aku terlalu ikutkan cakap mak aku.,..
bila belakang mak aku..dia bukan main marha lagi..siap ambil no telefon lelaki tu..warning apa semua..tpi bila lelaki tu mengadu dengan mak aku..mak aku balik..dia marah ayah..ayah diam je tak cakap apa..ayah peluk ibu..ibu tepis...tak kira kat mana..dia tengking ayah..dia tak bagi sesiapa pun duduk belakang dia.takut kantol pasword apa..padahal dah banyak kali kantol ngn aku..mak aku cite bukan-bukan dengan lelaki lain...siap ckap..dia cuma kesian je hidup dengan ayah tu..kalau dia tak kutip ayah..ayah takde tempat lain..
yang paling aku sedih..mak aku masukan gambar kat dalam fb..die makan dengan ayah..ada la orang komen..wahh makan sedap nampak..
ibu balas apa tau..biasalah..aku nak asah gigi anjing ni sikit..perghhh sebakk...mak apa macam ni...
bila aku dah tak tahan..aku cari kawan aku..minta carikan mana-mana ustaz yang boleh ubatkan...
sampai la aku pergi berubat....mackik ni...aku masuk je..dia senyum je...
kebetulan kan waktu tu waktu raya..jadi nya dia jemput makan kuih apa semua..dia mula la bertanya apa semua...waktu tu aku ni cite sikit je..
pastu makcik tu suruh la aku ambil air yang dia dah botolkan...dia cakap..maafkan makcik...kalau nak dibuang..terlalu banyak benda kotor yang ayah kamu dah makan..kalau nak lagi cept..minta ayah kamu amalkan solat malam..supaya dia dapat membersihkan diri dia sendiri...
balik...air yang dibagi tu...aku buat bacaan yasin seberapa mampu aku...
aku campurkan pada air minuman kat rumah..air tarmos..mandi semua cukup...
selang dua tiga hari...aku dengar suara ibu meraung-raung...
aku dapat tau..ibu blok aku dengan adik beradik dari tengok fb dia...
dia siap tukar pasword..dan paling tak tahan..die pergi jumpa sedara mara cakap nenek aku halau dia..padahal tak de keluar lansung isu tu..
kenapa la mulut mak aku ni macam longkang sangat..sampai kan saudara mara pndang serong kat nenek aku..
pastu..dia cakap kami tak minta maaf..padahal hari raya kedua kami adik beradk gagahkn diri pegi minta maap...tu lah mak aku..suka buat cerita..
pastu...kita sambung bab yang dia menjerit tu ye,,,
muka dan badan dia habis melepuh...sampai naik ke muka..kne atal-gatal..kalau siapa ada tengok cerita mengejar neraka (kot la tajuknya) camtu lah gaya lukanya...gatalnya...tergaru sana..tergaru sini..pergi hospital semua tak jalan...
aku tak nak syak...air yasin aku puncanya..aku anggap mak aku ada salah makan..tapi dalam masa yang sama..aku berterusan buat solat hajat...bacaan yasin setiap malam..sampai tertido2 kat sejadah...
keadaan mak aku makin kritikal..dia garu kepala dia semua macam apa..dia tak betah duduk kat rumah..mesti keluar..dia tak makan atau minum lagi kat rumah...balik just mandi dan tukar baju...
baju-baju dia semua dia longgok bawah meja komputer...ayh cakap..takpe,,biar ayah buat kerja semua..ayah jumpa adik aku yang bongsu...dia cakap..'adik..kau cakap pada akak-akak kau..berhenti lah seksa ibu...jangan baca yasin lagi...kesian kat ibu tu'
yang aku pelik..tak ada sesiapa tau apa aku buat...macamna dia boleh tau? adik aku pun blur je bila sampaikan pesanan tu...
anak mana yang nak percaya..ibu dia ada ilmu hitam? anak mana? semua anak tak akan mengaku keburukan ibu ayah dia..
aku hadapai ni semua dengan tabah..dengan linangan air mata tak henti-henti..aku bersujud pada Allah..sedarkan lah kedua ornag tuaku sebelum mereka terlambat Ya Allah...