Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak?????????? ARGHHHHHHHHHHHHHH
hanim wrote: HUAHUAHUA...laila, datt korang ni kenape hah...letih ekk...gi mandi, basuh muka, cuci gigi, amik tikar jom kita semayang..se.ma..yang...faham
hek eleh hanim....eja semayang pun tak betul.......S.O.L.A.T la......tu pun tak tau ker?.....
senang je kalau x nak letih bekerja...korang keje ngan aku,,,senang je...tolong kira duit2 aku...x terkira dah ni...kalau minat,bagiatu..a.s.a.p..hehhe
senang je kalau x nak letih bekerja...korang keje ngan aku,,,senang je...tolong kira duit2 aku...x terkira dah ni...kalau minat,bagiatu..a.s.a.p..hehhe
huh? bole...bole...aku pun sgt berminat dgn perkerjaan tu...aku pun mata duitan gak.....sama cm ko...
woi..gali lubang kubur lg penat arr...ingat senang ke pegang cangkul pas tu hempas ke tanah, gali sampai 7 kaki dlm..ko je la pegi gali lubang kubur..ada gerti kok..gerammmm je aku kt budak ni..
kasik comment berapi nyer!!dia slalu sgt bising kat citer org..akakakka...bende nih aku penah dengar sejak berade di dlm perut mak ku....skang baru ko sedar?...ish ish ish...takpe..byk org ketinggalan zaman...takyah malu...akakakakak!!