Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Copy+Paste=CoPaste


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:
Copy+Paste=CoPaste


Ayah Kawanku Adalah Balan-Balan

Kisah ini diceritakan oleh dormmate aku sewaktu di boarding school dulu. Untuk info bagi yang belum tahu, di Sabah, penanggal dikenali sebagai balan-balan. Kebiasaan bagi budak-budak hostel, ada saja kisah seram yang nak dikongsikan.

Mula-mula, aku buka cerita bahawa ada orang Peneroka Felda tempat aku buat pengakuan bahawa dia ni balan-balan. Tapi dia bukan beragama Islam. Aku beritahu dormmates aku yang lain, di keliling leher pakcik tu ada tanda hitam macam lebam or something. Itu membawa maksud bahawa kepala pakcik tu sering berpisah dengan badannya. 

Dormmate aku seorang ni pun buka cerita bahawa dalam keluarganya, ada yang mengamalkan ilmu balan-balan ni. Tak lain dan tak bukan, ayah dia sendiri. Kami yang lain (dalam dorm tu) semua terkejut, kot-kot ilmu tu diwarisi oleh kawan kami ni. Syukur kawan kami ni memberitahu bahawa ayahnya sudah lama membuang ilmu itu kerana tidak selamat.

Bila ditanya, kenapa tidak selamat? Dia menjawab, pengamal ilmu balan-balan ni ada perasaan dendam yang mendalam. Dalam tempoh tertentu, mereka perlu mencari mangsa untuk dihisap darahnya. Selalunya mangsa adalah ibu yang bersalin, atau bayi yang dilahirkan. Tetapi, memang lumrah bukan hari-hari orang bersalin di tempat yang sama. Kalau ada je orang bersalin, semua pengamal ilmu ini akan menjadi alert untuk target rumah orang tu.

Bayangkan, kalau mangsanya seorang, pemangsa pula berpuluh-puluh orang, maka persaingan tu tinggi. Maka selalulah tercetus pergaduhan antara balan-balan ni. Dikisahkan pada suatu malam, ada seorang ibu ingin bersalin. Balan-balan kawasan perkampungan ayah kawan aku ni macam dalam alert perkara ni. Cepat-cepat ayahnya buat ritual memisahkan kepala dari badan. Sebaik kepalanya mulai terawang-awang, dia pun menuju ke rumah mangsa.

Alangkah kecewanya ayah kawan aku ni apabila mendapati ada balan-balan yang terlebih dahulu sampai di rumah itu. Berlaku sedikit pertengkaran antara mereka kerana balan-balan ni nak hisap seorang diri, tak mahu kongsi jamuan. Datang pula balan-balan lain, dalam enam-tujuh kepala macam tu. Maka balan-balan pertama halau semuanya supaya berambus. Dengan perasaan dendam, semuanya terbang pergi meninggalkan rumah tersebut.

Keesokan paginya, ada dua berita kematian tersebar di kampung tu. Satu kematian, pasal ibu bersalin. Manakala satu lagi kematian, kerana punca yang pelik. Rupa-rupanya, sebaik balan-balan yang dihalau tu terbang pergi, mereka berpakat untuk berkumpul di rumah balan-balan pertama tu (setelah mereka bercantum dengan badan semula). Mereka kesemuanya bersekongkol memasukkan serpihan kaca yang banyak ke dalam tubuh balan-balan yang pertama.

Maka, apabila balan-balan yang pertama balik dari menjamah mangsanya, oleh kerana keletihan, dia pun masuk balik ke dalam badannya. Sebaik kepala dan badan bercantum, balan-balan pertama ini menjerit kesakitan. Serta-merta dia mati kerana terlalu banyak serpihan kaca dimasukkan oleh musuh-musuhnya.

Menurut kawan aku lagi, itu bukanlah kejadian pertama tentang pergaduhan sesama balan-balan. Ada satu insiden lagi apabila satu balan-balan ditemui mati dalam keadaan dahsyat. Rupa-rupanya, musuh balan-balan tersebut telah menterbalikkan posisi tubuhnya (dari baring secara biasa, kepada baring meniarap). Maka, apabila kepala bercantum dengan tubuh, kepala berada dalam posisi yang salah! Terpaksalah mayat dikebumikan dengan kepala menghadap belakang. Dahsyatkan?!

Sekian untuk setakat ini. Kejap lagi update pasal balan-balan di PLKN.

Sumber: Aqill.Azrri



-- Edited by AnkDara Kebabom on Thursday 31st of October 2013 12:26:08 AM

__________________

Jeongmal Saranghaeyo Lee Hyun Woo.........................



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

jap nk tye la...bila dh bercantum dia xley tgglkan lik ye kepalanya klo dh taw yg posisi'y terbaik

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Hah balan-balan cari makan.. err balan-balan carik pasal..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

dasyatt...balan2 pn boleh gaduh eh...siap bersaing dgn penuh sengit lagi...

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Tamak haloba sungguh. Org tamak selalu rugi.
Tapi ingat balan2 perempuan je. Lelaki pun ada eh?

__________________
People hate other people because they feel insecure
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard