Budak Terjal dan Buaya Putih Tasik Pulau Dayang Bunting
Assalammualaikum.
Aku sebenarnya masih ada rasa was-was juga nak cerita banyak kisah misteri yang menyeramkan, yang pernah ku lalui. Hakikatnya- terutama sekali dulu-dulu, aku agak terjal- baik di darat, maupun di air, baik di Sarawak, maupun di negeri-negeri kat Semenanjung yang pernah aku kunjungi. Sebagai orang yang pernah tinggal dan pergi ke banyak tempat antara Sarawak dan Semenanjung, banyak juga yang dah ku alami. Logik juga kalau kalangan pembaca di GC ini meragui kesahihan ceritaku. Terserahlah kepada kalian... Pada masa ini, aku anggap ini sebagai perkongsian cerita dan pengalaman...
Memang masa sekolah dulu aku pernah bercita-cita nak jadi pengembara. Aku juga bercita-cita nak majukan artworks ku, sebagai antara sandaran pendapatanku/perniagaanku. Semasa di bangku sekolah lagi, aku dah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan kecil-kecilan. Dalam pada tu, aku banyak juga mempelajari pelbagai ilmu yang berkaitan dengan pertahanan diri. Memang bagus kalau nak jadi pengembara siap dengan ilmu di dada, kalau tak banyak, sikit. Bila habis sekolah, aku laksanakan cita-citaku itu.
Kalau sebelum ini aku post pasal kisah seramku(yang kurasa macam tak berapa seram) dengan makhluk ghaib di darat, kali ini aku nak ceritakan pasal kisahku dengan makhluk misteri di dalam air. Sebenarnya ada dua, satu di Sarawak, satu di Langkawi. Kali ini aku nak cerita pasal yang kat Langkawi, kat tasik di Pulau Dayang Bunting.
Kisahnya- pada beberapa tahun dahulu...(lama le jugak)... aku pakat dengan kawan-kawan pergi ke Langkawi. Memang ada kawan yang agak terjal jugak join aku. Cuma, kurengle sikit keterjalannya berbanding aku. Kami bergerak naik bas ke jeti. Pastu naik feri. Bila sampai di Langkawi, kami pergi naik bot dan berkhemah kat Pulau Singa Besar... yeah... seronok beb... menerjalkan diri kat pulau tu- mandi-manda kat lautnya yang cantik dan agak cetek...
Lepas bermalam kat Pulau Singa Besar, pada hari lainnya, kami bertolak ke Pulau Dayang Bunting... yela... terlanjur lalu, singgah le dulu, menerjalkan diri kejap kat pulau tu... Antara 'masalah' peel budak terjal cam aku masa tu- bukannya nak ngamalpun petua-petua yang sepatutnya kalau pergi kat tempat asing... main redah je... Bila sampai di Pulau Tasik Dayang Bunting, aku dengan kawan-kawan pun pergi la ke tasiknya yang indah. Airnya biru kehijauan atau hijau kebiruan...
Pada masa tu, dah tengah hari, cuaca cerah, panas ceria. Kat jeti kayu tasik, dah ada ramai pelancong yang rasanya dari Taiwan/China... ramai amoi seksi beb... pergghhh... pakai bikini, body cun, bergetah & fit... syok jugak le geng kami nengok. Aku pasal pompuan seksi ni- dah memang perangai aku suka tengok jugak... tapi yang lebih ku suka tengok ialah- reaksi orang kat sebelah, aku suka tengok camana ternganga/terliurnya kawan tu nengok pompuan yang sama... Lagi satu yang ku suka tengok- camana memana lelaki yang konon baik/alim konon-konon tak tengok, padahal sebenarnya curik-curik tengok... pas tu aku gelakkan dia.. ha ha... nak cover dah tak sempat, aku dah tau... kantoi.. ha ha...
Setelah menjamu mata sekejap, aku dengan geng2 terus terjun ke dalam tasik, berenang enjoy heppi sakan... tunjuk skil berenang yang konon hebat sangat... ha ha...
Geng terjalku pun join sama. Mana boleh nengok je aku nunjuk skil renang dengan heppi beb... satu yang aku rasa agak problem kat tasik tu- tebingnya... tegak, dah macam dinding... ia bukannya berkeadaan landai macam sungai atau laut. Kena pegang betul kat tebing tasik, kalau nak rehat sikit semasa kat dalam air. Kami tak main le nak rehat-rehat kat jeti kayu. Tapi, kalau nak dive/terjun kaw-kaw, kena naik jugak ke jeti. Oleh kerana nak nunjuk keheroan/keterjalanku kat kawan-kawan dan pengunjung yang ada... maka dengan berlagaknya, aku pun terjunlah dalam-dalam ke dalam air tasik tu. Dah le terjun cam tu, aku siap nak menyelam dalam-dalam lagi! ... dah namanya budak terjal, tu le yang dibuatnya... tak tau yang bahaya sedang menunggu kat bawah sana...
Semasa dalam air, aku menyelam dan nak berenang lagi dalam ke bawah- ke dasar tasik... kerja gila beb... aku nampak dalam air tasik- warna biru kehijauan/hijau kebiruan je, jelas le jugak, pasal cuaca cerah. Ketika tangan-tanganku 'rakus' 'menarik-narik' air untuk menyelam lebih dalam, tetiba aku tergambar dengan jelas di depan mataku- mulut seekor buaya putih yang agak besar saiz kepalanya menganga, meluru ke arahku nak membahamku!!! Arrrgghhh... aku terkejut, terus berenang naik ke permukaan tasik! Berdebar ku rasa beb... aku termenung... adakah itu cuma khayalan atau benda nyata?
Bentuk kepala buaya putih dalam air tu memang agak samar-samar bagi pandangan mataku, sebab semasa aku menyelam, pergerakan ku agak laju. Tau jelah pandangan mata manusia yang tak pakai google dalam air, tak berapa jelas, agak kabur. Tapi memang aku rasa betul-betul makhluk tu muncul depan mataku! Aku jadi sangsi- betulkah itu cuma khayalan atau realiti? Kalau realiti, kalau itu memang betul-betul buaya pemangsa biasa yang nak membaham aku, rasanya, memang sempat ia membaham aku.
Aku jangka begitu, sebab, aku memang tau pergerakan buaya dalam air- memang lebih pantas daripada manusia biasa. Aku orang Sarawak- negeri yang ada banyak buaya pemangsa dalam sungai, aku taula... Lagipun, berdasarkan pergerakan aku dan posisi badanku yang menjunam ke dalam tasik, memang aku ambik masa untuk buat 'U turn' dalam air tu nak berenang naik ke permukaan tasik semula.
Selepas tu aku dengan kawan-kawanku balik. Aku cerita kat mereka. Hakikatnya, aku memang tak tahu langsung pun pasal lagenda buaya putih kat Pulau Dayang Bunting sebelum kejadian itu. Bila kawan cerita- memang ada lagenda buaya putih kat pulau tu, sapen jugak aku... Nak kata cuma bayanganku saja-saja, kenapa sebelum itu- aku mandi dan menyelam kat tempat lain tak pernah pun mengalami keadaan macam tu? Memang tak pernah pun aku terbayang kepala buaya putih yang menganga nak membaham aku, walaupun aku berenang kat sungai kat tempatku di Sarawak, yang terkenal juga dengan buaya pemangsanya, yang pernah juga heboh dengan lagenda buaya putihnya(Bujang Senang), lagi hebat sejarahnya tu...
Entah...
.....mungkin itu satu petanda bahawa- kalau aku menyelam lagi dalam kat tasik tu, mungkin aku akan kena baham betul-betul atau terus tak timbul?
Wallahualam....
Mungkin lepas ni, di hari yang lain, aku akan ceritakan pula kisah aku dengan makhluk misteri dalam air semasa aku mandi kat sungai kat Sarawak... yang itu pun bleh tahan misterinya, ... ia ada juga kaitan dengan lagenda ular raksasa yang bertapa dalam air kat sana... dah banyak kisah mengenainya disampaikan secara lisan di kalangan penduduk sana... baik Dayak atau Melayu... baik kat Kuching atau daerah lain... nak kata membohong, payah... sebab ramai yang bercerita sanggup bersumpah akan kebenaran cerita itu. Mereka sendiri yang mengalaminya suatu ketika dahulu...
cuma pada masa ni... aku ada rasa was-was... nak cerita ke tak... pasal aku rasa macam aku membohong pulak berkaitannya...
ala... kau ni reza, macam badda dan kawan2 sama lepak kat warung ku jugak...
suka na nak tahu umo aku berapa... ha ha....
umo aku- lebih muda 'beberapa negeri' daripada Pak Najib dan lebih tua 'beberapa kampung' daripada Yuna...
...baru maghrib petang semalam 'masuk jawi'... tapi cepat je sembuhnya... ha ha...
pasal mimpi lepas kejadian buaya putih kat pulau tu- memang aku banyak kali jugak mimpi buaya- tapi buaya jenis pemangsa kat sungai, Sarawak sana...
memang menakutkan mimpi2 tu- buaya2 ganas tu asyik nak membaham aku je, orang lain tak pulak diserangnya, walaupun ada ramai orang dalam mimpi tu... aku jugaaak nak dibahamnya... saspen beb... sampai aku berdebar2 dan berpeluh2 bangun tido... macam real la jugak mimpi2 tu...
dalam mimpi2 tu, ada buaya yang bersaiz besarlah, ada yang bergeng2 nak membaham akulah... payah aku nak lawan... pasal dalam mimpi2 tu- aku jadi cam penakut... walhal dalam realiti, pernah juga aku dipanggil kawan untuk menangkap 'anak buaya' kat tempatnya...(anak buaya je...) err... peel ku berani tangkap biawak & ulo tak dikira termasuk dalam kategori ni...
bila fikir2 balik, mungkin ia ada kaitan ngan perangai 'buaya'ku masa tu... suka menerjalkan diri jugak kawan ngan ramai aweks...
aku rasa gitu sebab- bila dah berenti jadi 'buaya' tu... macam takde langsung pun mimpi buaya pas tu...
bila dah solo balik... cam takde je buaya nak muncul dalam mimpi ku... mungkin ia satu peringatan supaya aku tak berterusan menerjalkan diri jadi 'buaya' jugak...
...ada kebaikan tu... walaupun aku boring, ha ha...
-- Edited by hardrock on Saturday 19th of October 2013 07:04:40 PM
ala... kau ni reza, macam badda dan kawan2 sama lepak kat warung ku jugak...
suka na nak tahu umo aku berapa... ha ha....
umo aku- lebih muda 'beberapa negeri' daripada Pak Najib dan lebih tua 'beberapa kampung' daripada Yuna...
...baru maghrib petang semalam 'masuk jawi'... tapi cepat je sembuhnya... ha ha...
pasal mimpi lepas kejadian buaya putih kat pulau tu- memang aku banyak kali jugak mimpi buaya- tapi buaya jenis pemangsa kat sungai, Sarawak sana...
memang menakutkan mimpi2 tu- buaya2 ganas tu asyik nak membaham aku je, orang lain tak pulak diserangnya, walaupun ada ramai orang dalam mimpi tu... aku jugaaak nak dibahamnya... saspen beb... sampai aku berdebar2 dan berpeluh2 bangun tido... macam real la jugak mimpi2 tu...
dalam mimpi2 tu, ada buaya yang bersaiz besarlah, ada yang bergeng2 nak membaham akulah... payah aku nak lawan... pasal dalam mimpi2 tu- aku jadi cam penakut... walhal dalam realiti, pernah juga aku dipanggil kawan untuk menangkap 'anak buaya' kat tempatnya...(anak buaya je...) err... peel ku berani tangkap biawak & ulo tak dikira termasuk dalam kategori ni...
bila fikir2 balik, mungkin ia ada kaitan ngan perangai 'buaya'ku masa tu... suka menerjalkan diri jugak kawan ngan ramai aweks...
aku rasa gitu sebab- bila dah berenti jadi 'buaya' tu... macam takde langsung pun mimpi buaya pas tu...
bila dah solo balik... cam takde je buaya nak muncul dalam mimpi ku... mungkin ia satu peringatan supaya aku tak berterusan menerjalkan diri jadi 'buaya' jugak...
...ada kebaikan tu... walaupun aku boring, ha ha...
adinda batu keras batu belah batu bertangkop ....
nko punye pengiraan pasal umor .... buat mata aku juling laaa dik ...
alaa ... ape salah cakap jerlah umor tuuu ..... x de sape nak tangkap pon kat sini kalo nko buat `pencerahan' ...
kalu nak kira `beberapa negera' tua boleh ler aku kira .... contoh ... johor melaka seremban selangor perak kedah perlis ...
aaa .. 6 negeri ... pak najib tu umor berape ek" 50 - 6 = 44
okeh beberapa kampung .... banyak tu dikkk .... kg istana ... kg batu putih .. kg parit salam ... kg kajang ... kg bagan ... kg kg kg kg n kg
so ... lebih kurang umor nko nie 30 an la yea .... okeh tuu ... muda lagi ....
pasal legenda buaya putih kat pulau dayang bunting tu ... aku ingat ingat lupa ... sebab walau pon dah g langkawi 6 ke 7 ke 8 kali ...
stil lupa lupa ingat ..... tapi kolo x silap aku ... buaya putih tu ... `lelaki'
tasik dayang bunting tu dalam dik dasar dia ... berani nko mandi manda kat dalam tu dikkk ... eeeee ... kecut ati aku ... eh .. ati ayam ...
aku ngan grup rombongan opis aku .. pernah sekali jerk jejak ke pulau dayang bunting tu ... kat jeti diaang bele ikan keli ...
julur kaki kaat air sepaya ikan keli jamah kulit2 kaki pun .... aku da rasa geli dan ngeri .. takut kene sengat dia ....
aku nie memang `phobia' ngan air dalam ... apa lagi air tasik .... eeee ... phobia phobia phobia sopia sopia .. eh .. phobia betulll ...
sebab ... kalau tasik ke sungat ke ... yg terbayang kat aku buaya ulor beso naga ... eee ...
rupernya ... memang betol laaa dalam tasik .. hatta tasik pon ade benda benda tu ........ bertambah ler `phobia' aku
(nak naik ape tu ... kat tasik dayang bunting ... er perahu beca yang kayoh dua org tu .... x beraniiii akuuu ....)
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
usshhh rugi'y...klo ko stay kt ctu ag silap2 compny tu ko pye...hahhaha
x bg elaun siap dibelikan kete..tp kete tu atas nama ko or nama compny???
klo aida jadi reza..urmmm ambk jer...
ni kire penghijrahan reza ker hotel tu atas darah membawa hati yg remuk
majuk x dpt elaun la erk..huhuhuhu sgguh sdh pjalanan kerja reza...
haaa la braper umo'y tu duhai abg hardrock???
jgn le memalu dgn adinda aida ini...hihi
wahaaa.. tu namanya melantak a.k.a mentekedarah...
ko ni makan ikut napsu ke ikut serakah?
adik reza, moh le keje kat umah aku jadik tukang masak. nanti aku bagi ko umah nak? makan minum preee. sewa tak payah bayor. tolong ngemas umah je, nak tak?
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
ala baddar oi nak ngantor ngantor barang ni leceh la...wpun aku tau ko keje mana....ade baiknyer ko mintak dari pekerja kefsi tu pastu ko cari la dua tiga keping kertas warna merah dlm handbeg LV ko tu bagi kat budak tu....senang kan...
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi